‘Tak mahu mereka terlambat kenal al-quran.’ Berhentikan anak dari sekolah, Aidid Marcello buat keputusan nekad hantar tahfiz untuk menghafal Al-Quran dan bergelar hafiz suatu hari kelak.
Ternyata bukan suatu keputusan yang mudah bagi sesiapapun, begitu juga dengan pasangan personaliti televisyen ini (TV). Membuat keputusan yang bertentangan dengan kebiasaan pasti akan dinilai yang bukan-bukan.
Namun berbeza dengan pasangan ini iaitu Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek, tindakan berani mereka mendapat pujian ramai. Malahan perkongsian Aidid Marcello akan perkara ini di akaun Instagramnya menjadi inspirasi buat mak ayah yang lainnya.
Berpuluh kali fikir nak post atau tak. Tapi aku set nawaitu aku bukan untuk riak dan sombong, tapi sebab aku bangga dengan depa (mereka) dan happy dengan panggilan ini.
Kenal Al-Quran
Bukan senang nak buat keputusan ni, dari sebelum PKP kami usaha, sampai sekarang baru dapat, Alhamdulillah. Terima kasih kepada @dilla_rayhanah dan @ustazjohariabdulwahab kerana banyak sangat membantu kami berdua. Besar betul hikmah silaturrahim Allah atur untuk kita semua kenal.
Ads
Kepada isteriku @norziepwc yang aku tahu, dia memang jenis yang firm, well research, korek segala info gila-gila dalam segala apa jua yang nak buat terbaik untuk anak-anak dia.
Berhentikan Anak Dari Sekolah
Tapi kali ini, kami tak tahu macam mana boleh dapat kekuatan, dengan rela hati dan tenang memberhentikan anak-anak kami dari sekolah rendah dan menengah, untuk masukkan mereka ke Akademi ini. Mudah betul proses, tak sampai tiga hari semua proses berhenti dan kemasukan. Masyallah.
Kita memang boleh rancang, tapi DIA yang tentukan. Kalau dulu aku happy sebab sekolah depa (mereka) lima minit daripada rumah aku, tapi sekarang aku bertambah happy walaupun hari-hari aku kena redah traffic hantar sejauh 25 kilometer (km).
Aidid Marcello Buat Keputusan
Kepada yang baca ni, nawaitu aku sekadar nak share rasa happy sebagai ayah dan ibu. Dan aku juga nak share, jangan sekali-kali kita sangsi dengan apa yang DIA akan berikan kepada kita. Aku jahil sangat lagi, tapi aku tak nak anak-anak aku start lambat.
Tentang masa depan mereka, insyallah harapan kami, biarlah depa nak jadi apa sekalipun lepas ni, asalkan Quran sudah ada di dada.
Aku mohon sangat, hampa (kalian) yang sedang baca ni, doa dalam hati kejap, sebutkan nama depa.
Ads
Muhammad Iman
Dan Muhammad Yusuf
Serta Muhammad Ibrahim
Semoga depa bertiga dapat menghafal Al-Quran dengan lancar dan tenang. Insyallah.
Nekad Hantar Tahfiz
Maaf kalau ada terbunyi sombong atau riak. Aku hanya seorang ayah yang masih jahil tapi terlalu gembira hendak kongsikan pilihan perjalanan untuk anak-anak kami yang tak pernah kami fikir mampu kami lakukan.
Moga-moga dengan perkongsian ini, ada juga kawan-kawan yang 50-50 atau sangsi tentang masa depan anak mereka, terus dapat keyakinan untuk register kan anak menghafaz Al-Quran, insyallah.
Dalam masa yang sama, ramai pengikut Aidid berbangga dengan keputusan yang telah dia dan isteri lakukan. Malahan rata-ratanya mendoakan yang terbaik buat ketiga-tiga anak Aidid.
Suhaila ahmadnor MasyaAllah tabarakallah…Tahniah Aidid and wife and anak-anak syurga korang … well done! Semoga Allah Taala memberkati semuanya dan teruskan perjuangan ke jalan NYA
Min haji sobari Alhamdulillah…tahniah! Nak post ni pun sebenarnya dengan izin Allah. Kalau Allah tak bukakan hati mesti tak akan terbuka nak kongsi cerita gembira macam ini. Semoga anak-anaknya berjaya dunia akhirat.
Mazlin Nordin Syukur Alhamdulillah… DIA sebaik baik perancang… Tahniah Aidid dan Norzie… Keputusan yang amat baik…. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala pembelajaran ketiga-tiga putera tersayang…
Kashoorga : Semoga Allah mempermudahkan perjalanan anak-anak ini. Insyallah.
Sebenarnya masih ramai yang kurang yakin bahawa individu yang berada di sisinya sebagai kekasih itu betul-betul sesuai atau tidak untuk menjadi pasangannya.
Memang betul jodoh itu ialah rahsia ALLAH. Pun begitu, kita pasti mahu tahu bahawa benarkah dia insan yang ditakdirkan untuk kita.
Kita sering dihambat kebimbangan jika tersalah pilih. Maklumlah perkahwinan ialah komitmen sepanjang hayat. Berikut 10 tip untuk memastikan bahawa si dialah orang yang tepat sebagai jodoh anda.
1) Anda dan Si Dia Kekal Bercinta Tanpa Banyak Usaha Ada orang yang hubungannya penuh onak dan duri. Pelbagai masalah datang sehingga mengganggu-gugat keharmonian perhubungan. Berbeza dengan anda dan si dia. HUbungan berlangsung dengan aman dan kedua-dua belah keluarga merestui hubungan kalian tanpa banyak soal. Ya, maka dialah orangnya.
2) Hubungan Cinta Kurang Drama Jika anda dan si dia tenang dan tidak banyak drama air mata, maka itulah salah satu tanda kalian memang dijodohkan bersama. Berbeza jika anda asyik berendam air mata kerana si dia asyik melukakan hati anda. Lagi pelik jika walau kerap dia membuat anda memangis, anda masih tetap mahukan dia.
.3) Si Dia Mudah Diterima Oleh Keluarga dan Sahabat Anda Penerimaan keluarga dan sahabat terdekat anda adalah tanda yang si dia memang sesuai untuk anda. Ini kerana aura positif yang terpancar daripada personalitinya itu yang membuatkan orang sekeliling anda mudah menerima si dia.
4) Dia Bijak Menjernihkan Suasana Tiap kali anda dan dia berselisih pendapat, hubungan mudah kembali pulih kerana si dia bijak menjernihkan suasana. Orang sebegini memang sesuai dijadikan pasangan kerana pandai membuat emosi stabil.
5) Dia Bukan Sekadar Kekasih Tetapi Sahabat Sahabat ialah orang yang selalu ada kala kita suka dan duka. Sahabat tidak akan pernah meninggalkan kita walau macam mana buruk pun perangai kita. Justeru, kekasih yang berusaha menerima segala kekurangan kita adalah orang yang sesuai menjadi pasangan kita.
6) Dia Mengajak Anda Ke Jalan Yang Lebih Baik Sepanjang berkawan dengannya, anda menjadi lebih baik. Dia mengingatkan anda mengenai solat, menutup aurat dan sebagainya. Dia memberi semangat untuk anda cepar khatam Quran. Jika dia begitu, maka dialah orangnya.
.7) Dia Tidak Ganggu Kehidupan Sosial Anda Sebelum bercinta dengannya, anda mempunyai hobi dan rakan-rakan lain. Bercinta tidak sepatutnya membuatkan anda kehilangan kehidupan sosial. Jika dia asyik ganggu kehidupan sosial anda dengan rakan-rakan yang lain, maka lupakanlah. Ini kerana nampak sangat dia suka mengongkong.
8) Selalu Bercerita Soal Masa Depan Dengan Anda Jika si dia selalu bercerita impiannya untuk hidup dengan anda sebagai suami isteri, dan mulai merencana itu ini dengan anda, maka dialah orang yang sesuai untuk dijadikan pasangan.
9) Anda Rasa Yakin Untuk Hidup Dengannya Jika anda ada rasa yakin untuk meletakkan harapan kepada si dia selepas berkahwin, itu tandanya jodoh. Anda rasa dia mampu menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dari segi percakapannya, perwatakannya dan komitmennya.
10) Dia Melengkapi Hidup Anda Bersama si dia, anda rasa hidup lengkap. Dia boleh diharapkan untuk melengkapi kelemahan anda. Misalnya anda jenis panas, manakala si dia jenis sejuk dan lembut. Anda pandai memasak, si dia pula rajin mengemas rumah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebaik selesainya musim haji pada 1440H lalu yang menyaksikan beberapa rakan selebriti menjadi tetamuNya, kini barulah Tanah Suci Mekah dibuka pula untuk mereka yang mahu menunaikan ibadah umrah.
Nampaknya seperti biasa rakan selebriti lain tidak ketinggalan dipanggil menjadi tetamu Allah untuk menunaikan ibadah umrah di sana.
Antara yang pergi kali ini adalah penyanyi Lan Solo yang bukan sahaja pergi seorang diri, tetapi juga bersama seluruh ahli keluarga, termasuk anak kecil berusia setahun.
Dalam posting terdahulu di laman Instagramnya, Lan ada memaklumkan dia dan keluarga kini dalam perjalanan sedang mengerjakan umrah. Justeru Lan memohon maaf kepada semua follower dan memohon agar segala urusanya dipermudahkan.
Menurutnya juga dia bukanlah insan sempurna dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Jadi dia memohon mereka yang membaca postingnya itu memaafkan segala kekhilafannya.
Lan juga menganggap jika ini adalah perjalanan terakhirnya, dia meminta agar segala keburukan mereka sekeluarga dapat dilenyapkan dan mungkin dengan hanya satu kebaikan yang pernah dilakukannya.
Rata-rata rakan selebriti dan netizen memberi komen positif. Malah mereka turut mendoakan agar urusan ibadah umrah Lan sekeluarga berjalan lancar.
Assalamualaikum.. Hari ni..8 sept 2019, Ahad.. Kami sekeluarga akan berangkat ke tanah suci utk menunaikan umrah.
Dgn rendah hati, sy mewakili isteri serta anak2 memohon semua sama2 berdoa agar perjalanan umrah kami mudah dan lancar.
Sbg manusia,kami tidak sempurna dan tidak lepas drpd melakukan kesilapan. Dgn kesempatan ini, dpt la andainya semua yg membaca ini memaafkan segala kekhilafan kami, dr segala segi.
Terlanjur perbuatan,terlanjur tuturkata,terhina tanpa sengaja,tutur bicara yg menghiris hati sesiapa,terusik harta, terlebih kira, terdgr berita yg tidak sepatutnya.
Mohon juga halalkan makan minum kami seikhlas hati serta segala yg keruh dapat dijernihkan dr hati ke hati.
Seandainya perjalanan ini adlh perjalanan terakhir kami, dapatlah kiranya sejuta keburukan kami dapat dilenyapkan mungkin dgn hanya satu kebaikan yg pernah kami lakukan sekiranya ada.
Semoga perjalanan kami ke tanah suci, penuh dgn redha dan berkat illahi.
Ar-Rahman, Ar-Rahim dan Ar-Razzaq adalah nama-nama Allah yang bermaksud pemberi segala rezeki di dunia ini. Rezeki itu luas, ia tidak terbatas pada wang ringgit atau harta benda saja.
Sebaliknya rezeki itu datang dari pelbagai sudut seperti rezeki telah dijamin, rezeki kerana usaha dan kerja, rezeki kerana bersyukur, rezeki yang tak disangka-sangka, rezeki kerana istgfar, rezeki kerana bernikah, rezeki kerana anak, rezeki kerana sedekah bahkan rezeki kerana menyambung silaturahim.
Dalam keadaan negara diuji dengan banjir di pelbagai tempat, nampaknya rezeki tak disangka berlaku di Pantai Sg Kajang, Tanjong Karang, Selangor kerana puluhan ribu kupang naik ke darat tanpa disangka-sangka.
Bahkan gambar-gambar menunjukkan terlalu banyaknya kupang ini dikongsikan di fb warga sekinchan.
Menurut gambar dikongsi oleh Alia Humaira, rumah emaknya berdekatan pantai sahaja dan ramai yang pergi mengutip rezeki tidak terduga di pantai ini. Kelihatan berbaldi-baldi diangkut. Di saat ramai yang bertanya lokasi pantai ini, jalan masuk ke pantai ini mesti melalui dari Agrobank Tanjong Karang, jalan terus sampai jumpa pantai.
Walau ramai menyifatkan fenomena alam ini agak luar biasa dan dikaitkan ingin berlaku tsunami apabila hidupan laut “mendarat” di pantai, ia menurut fahaman masing-masing. Memang benar tsunami terjadi selepas banyak kejadian hidupan laut datang ke pantai (seperti terjadi di Indonesia) namun kehadiran puluhan ribu kupang ini juga adalah rezeki tidak terduga buat warga Tanjung Karang pagi tadi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Seronok beraya, pergi rumah terbuka bertemu saudara mara dan rakan taulan tapi tanpa sedar kita turut sama melakukan dosa.Dikongsi oleh Ustazah Asma' Harun, terdapat...