Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha dan seperti biasa akan melakukan ibadah korban.
Namun tular baru-baru ini mengenai korban daging lembu wagyu yang mencecah RM30,000 bagi satu bahagian.
Biarpun ia tidak menjadi satu kesalahan, namun nilainya sama bagi enam lembu biasa yang mana manfaatnya lebih luas dan ramai orang miskin boleh merasai daging korban ini.
Nilai daging wagyu cecah RM30,000 seekor.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, selaras konsep korban mengikut keutamaan berdasarkan situasi semasa penularan pandemik wabak Covid-19, maka ia perlulah diteliti dengan sebaiknya.
Beliau berkata, mengikut pengamatan, terlalu ramai individu yang memerlukan bantuan terutama untuk merasai daging yang nilainya sekarang ini melebihi RM30 sekilogram.
“Jika dilihat, dengan nilai RM30,000 itu, sekiranya dihitung menggunakan jumlah nilai semasa lembu iaitu kira-kira RM5,000 bagi seekor lembu, maka kita dapat memperoleh sekitar enam ekor lembu biasa.
“Daripada jumlah enam ekor lembu ini, sudah tentu ia dapat memberikan manfaat yang lebih besar dan ramai orang miskin akan dapat merasainya.
Ads
“Justeru, tidak salah untuk melakukan ibadah korban dengan lembu wagyu. Tetapi dari sudut perolehan manfaat yang lebih ramai dan besar, maka sudah tentu melakukan ibadah korban dengan lembu biasa adalah lebih utama dalam situasi seperti ini,” katanya menerusi Al-Bayan Siri 11 bertajuk Ibadah Korban Dengan Lembu Wagyu di Facebook (FB) beliau, hari ini.
Beliau difahamkan harga satu bahagian korban lembu wagyu baka Jepun itu boleh mencecah sehingga RM30,000 yang mana dagingnya bergred A5 dan berat hidup sekitar 800 kilogram (kg).
Menurutnya, manakala setiap peserta akan menerima 50 kg daging apabila selesai proses sembelihan dan justeru setiap peserta akan membayar dengan harga RM600 bagi satu kilogram daging wagyu.
Ads
“Adalah ditegaskan bahawa lebih aula (utama) dari sudut Fiqh Aulawiyyatnya untuk memberi makan seramai mungkin kepada golongan asnaf dan yang memerlukan.
“Dengan cara ini (korban lembu biasa), jelas kita akan dapat membantu golongan masyarakat dalam bilangan yang lebih ramai. Faedah merasa daging lembu dan korban juga dapat dikongsi bersama dengan lebih meluas,” katanya lagi.
Korban daging lembu biasa lebih diutamakan.
Takrif Lembu Wagyu
Istilah Wagyu berasal dari dua perkataan iaitu “Wa” bermakna Jepun dan “gyu” bermakna “daging lembu.” Justeru secara ringkasnya daging Wagyu bermaksud daging lembu Jepun. Di Jepun, terdapat empat jenis baka lembu yang menghasilkan daging wagyu iaitu Japanese Black, Japanese Brown, Japanese Shorthorn dan Japanese Polled.
Ads
Salah satu jenis wagyu yang paling mahal adalah daging Kobe. Ia merujuk kepada daging lembu Jepun yang datang dari wilayah Hyogo yang mana ibu negerinya adalah Kobe. Daging jenis ini berasal daripada baka lembu Japanese Black, dilahirkan dan dibesarkan di wilayah Hyogo, Jepun.
Untuk layak mendapat label Wagyu, lembu-lembu perlu dibesarkan dan diberikan makanan berdasarkan garis-garis panduan terperinci. Mana-mana lembu yang sudah bersedia untuk diproses akan dipastikan mempunyai berat keseluruhan 780 hingga 800 kg dengan berat rangkanya selepas dilapah, kurang daripada 470kg.
Setelah dilapah, daging yang ada akan digredkan mengikut tahap kualiti kandungan lemak itu. Ada empat kategori diambil kira iaitu tahap lemak, warna, kepejalan dan kualiti lemak dalam daging itu. Semua daging akan diberikan gred A, B dan C, dengan markah 1 ke 5 akan menentukan tahap kualiti daging itu mengikut gred.
Selain itu, semua daging turut sama akan dinilai tahap yang digelarkan ‘Beef Marbling Score’ (BMS), yang akan menentukan tahap kecairan daging itu ketika dimakan, dengan skor 1 hingga 12. Kebanyakan daging Wagyu mempunyai pencapaian sekitar A4 – A5.[1]
Rasanya yang enak menjadikan daging ini lain dari daging lembu biasa.
Tidak dinafikan lambakan makanan hipster atau viral menjadikan nafsu makan tidak dapat dibendung. Asal saja makanan dijual viral, pasti kita mahu merasainya kerana dikatakan tidak mahu ketinggalan dan menjadi orang yang pertama di media sosial.
Walau bagaimanapun, dek kerana keinginan untuk merasainya lebih tinggi, jadi ada antara kitayang tidak peduli status makanan berkenaan adakah ia halal atau tidak.
Jika sebelum ini, isu air teh boba (satu jenama) yang diragui status halalnya dan terkini viral di media sosial status premis menjual Laksa Ah Cheng di Putrajaya.
Dikatakan premis laksa berkenaan yang sering dikunjungi orang Islam mengandungi campuran darah babi pada penyediaan kuahnya.
Sebaik isu ini menjadi tular pihak Laksa Ah Cheng menerusi laman Facebook juga turut membuat penjelasan berkenaan produk makanan keluaran mereka.
Kredit Foto: Facebook Ah Cheng Laksa
Menurut mereka makanan keluaran dari Central Kitchen Ah Cheng Laksa adalah disahkan HALAL oleh pihak JAKIM.
Malah semua bahan-bahan dan penyediaan makanan yang disediakan di semua cawangan Ah Cheng Laksa adalah dibekalkan dari Central Kitchen yang telah disahkan HALAL.
Sijil HALAL diperolehi
Sebelum ini Facebook Bahagian Hab Halal Jakim juga turut memberi respon berhubung isu viral ini.
Menurut mereka, Premis Makanan Ah Cheng Laksa tidak pernah mendapat sijil Halal cuma Central Kitchen yang berlokasi di Subang Jaya telah dipersijilkan HALAL.
Penjelasan Isu Status Halal Premis Makanan Ah Cheng Laksa
Media sosial halal Malaysia kini dihujani dengan pertanyaan awam berkenaan status halal premis makanan Ah Cheng Laksa. Ianya berpunca daripada tular yang mendakwa premis makanan tersebut menggunakan ramuan yang tidak halal dan tidak sesuai dikunjungi oleh pelanggan khususnya yang beragama Islam.
Untuk makluman, premis makanan Ah Cheng Laksa masih belum menjadi pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Walau bagaimanapun, central kitchen bagi premis makanan berkenaan yang didaftar atas nama Ah Cheng Laksa Sdn Bhd di lokasi Taman Perindustrian USJ 1, Subang Jaya, Selangor telah dipersijilkan halal.
Pensijilan halal yang diperolehi oleh central kitchen tidak bermakna seluruh rangkaian outletnya telah dipersijilkan halal kerana bagi permohonan premis makanan berangkai, terdapat syarat-syarat khusus pensijilan halal yang perlu dipenuhi.
Justeru, JAKIM mengalu-alukan usaha murni pihak syarikat untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk seluruh rangkaian premisnya agar kekeliruan status halal dapat diatasi dengan berkesan.
Pihak kami menyarankan kepada para pengguna untuk mengutamakan produk atau premis makanan yang telah mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Premis atau produk makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia bukan sahaja dijamin halal malahan ianya toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard, peraturan dan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.
Pengguna juga dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah dan salah faham sesama ummah yang akan menjejaskan keharmonian negara.
Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.
Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-
KASHOORGA: Perlu diingat apa yang kita makan akan menjadi darah daging. Jadi fikirlah apa yang terbaik dan buat penilaian terutama bab makanan kerana kita tidak mahu mencampurkan apa yang syubhah menjadi darah daging. Jangan disebabkan viral kita meminggirkan soal kandungan sebenar apa yang kita makan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tidak dinafikan jika selama ini golongan transgender atau transjantina bebas melakukan apa saja disukai melangkaui batas norma biasa tanpa penguat kuasaan.
Malah ada yang berani mendedahkan apa yang tidak sepatutnya di media sosial hingga mendatangkan salah faham di kalangan masyarakat kita.
Sebenarnya mereka juga adalah makhluk Allah yang mungkin sedikit tersasar. Golongan ini sebenarnya boleh kembali ke pangkal jalan jika kena dengen caranya.
Malah dibuktikan ada juga antara golongan ini yang akhirnya kembali ke pangkal jalan, malah lebih fokus berhijrah dan terus beribadah pada Allah.
Justeru, tindakan Menteri Agama memberi lesen penuh kepada penguatkuasaan JAWI untuk melaksanakan fungsi secara inisiatif mendidik golongan transgender di Malaysia dianggap sangat bagus untuk kebaikan bersama.
Walau bagaimanpun beliau berkata, Islam adalah agama yang mendidik dan pihaknya tidak mhu golongan ini hanya ditangkan semata-mata tanpa memberikan kesedaran kepada mereka.
Golongan transgender yang ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) perlu diberi pendidikan atau tarbiah supaya mereka kembali ke pangkal jalan.
“Saya beri lesen penuh kepada semua penguatkuasa JAWI untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan JAWI dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan. Dengan syarat, patuhi SOP yang telah ditetapkan.
”Kita tidak hanya mahu tangkap semata-mata tetapi yang paling utama adalah tarbiah (pendidikan) dengan cara yang paling berhikmah agar mereka semua (transjantina) kembali ke pangkal jalan.
“Islam adalah agama yang mendidik. Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama).
Semoga dengan inisiatif yang dilakukan oleh JAKIM ini akan memberikan sinar baru kepada golongan ini untuk terus berubah dan cembali ke pangkal jalan.
Perkongsian ini turut mendapat perhatian warganet. Masing-masing bersetuju dengan tindakan dilakukan dan berharap golongan ini akan
mard.amirr@ahmadazlan93 Sabarlah…. Kita sebagai umat Islam tolong doakan dia… siapa kita utk menghukum…. Allah sahaja yg layak… Kasih sayang Allah itu lebih besar dr kasih seorang ibu kepada anaknya.. disaat manusia menghukum manusia lain, Allah tidak pernah kejam pada hambaNya.. pintu taubat sentiasa terbuka utk @nursajat23 selagi nyawa belum di kerongkongan…. masih ada ruanh dan peluang..
adibzulfadli19 Tahniah Dato’ satu usaha murni dalam memartabatkan agama Islam, semoga usaha ini diberkati Allah SWT.
chayunkpinky Islam adalah agama yg mendidik…. Setuju sangat… Contohi ust ebitblew selembut lembut ustz bg tazkira… Ya allah sukenye dgr..
suhaimekamaludin Alhamdulillah Datuk..Sekurang kurang kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai Muslim yg menegur kemungkaran..supaya tidak ditanya dia Akhirat kelak…
miss_intan7 Alhamdulillah.. smoga diprmudahkn urusan tuan n seluruh warga kerja JAWI dlm melaksanakan tugas trsebut.. tindakam mmg sgt2 diprlukm ng membendung gejala ini dr terus merebak.. Tahniah tuan..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai impikan rumahtangga bahagia hingga ke akhir hayat saat di akad nikah. Tanyalah, tiada wanita yang inginkan gelaran ibu tunggal, perlu turun naik mahkamah selesaikan kes perceraian serta perlu melalui bermacam-macam prosuder yang sesetengahnya masih kurang jelas kerana tidak pernah mengambil tahu hal ini sebelumnya.
Dalam hal ini, peguam syarie Nurain berkongsi perbezaan di antara Pengesahan Lafaz Cerai dan Permohonan Cerai yang perlu wanita tahu.
Pertama sekali, kena faham ia adalah dua kes yang berbeza.
Kes Pengesahan lafaz cerai perlu difailkan sekiranya suami telah melafazkan talak di luar mahkamah (dalam rumah/kereta/di mana-mana selain mahkamah/whatsapp/fb/ig).
Perlu tahu, lafaz cerai ada dua jenis; kinayah & sarih.
Kinayah bermaksud lafaz bukan secara langsung yang memerlukan kepada niat suami. Contoh: baliklah kau ke rumah ibu bapamu! (lafaz yang mempunyai maksud samar-samar sama ada bermaksud cerai atau tidak).
Satu lagi situasi, lafaz kinayah adalah yang melalui tulisan (surat, status di media sosial/ whatsapp/fb/ig) sekalipun ayatnya : kanda ceraikan dinda dengan talak 1.
Lafaz soreh: lafaz yang jelas, melalui lisan, tanpa niat pun boleh jatuh, contoh: kanda ceraikan dinda (dalam hal begini, hanya beberapa pengecualian yang memungkinkan tidak jatuh, contohnya suami berada dalam keadaan terpaksa/marah/mabuk tanpa sengaja) perincian keadaan ini akan diambil keterangannya oleh hakim untuk menentukan darjah kemarahan seseorang, keterpaksaan perlu cukup dengan syarat paksaan yang boleh menjejaskan nyawa (ada syarat-syarat khusus berkaitan paksaan).
Kesan pengesahan lafaz cerai, sekiranya sabit lafaz cerai, suami akan di kompaun RM1000 disebabkan lafaz luar mahkamah adalah suatu kesalahan menurut Seksyen 125 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003.
Ada pasangan yang kerap bergaduh dan akhirnya memutuskan untuk bercerai di mahkamah. Gambar hiasan
Permohonan cerai pula bermaksud suami @ isteri pergi ke mahkamah untuk mohon cerai. Biasanya menurut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003.
Lafaz talak ini dibuat oleh suami @ hakam suami di hadapan hakim & tidak dikenakan kompaun memandangkan talak di dalam mahkamah.
Kesimpulan: Dah tahun 2021 ni, tolong peka sikit beza kes perceraian dengan perceraian. Ini ada yang tanya saya, nak buat kes perceraian, pada hal suami dah lafaz talak luar mahkamah berkali-kali. Sumber : FB Peguam Syarie Nurain
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...