Beruntung kita jika masih ada ibu dan ayah yang duduk sebumbung dengan kita. Orang tua yang sudah semakin dimamah usia, kudrat semakin susut dan hanya mengharapkan prihatin dan kasih sayang anak-anak sepanjang sisa usia berbaki.
Mereka adalah insan yang perlu terus bertahkta di hati lantaran mereka telah banyak berkorban harta dan nyawa buat kita; anak yang dikasihi selama ini.
Dan apabila sudah bekerja dan kecapi hidup senang, sudah kah kita lihat pada diri kita apa yang telah kita lakukan terhadap mereka?
Tiada buih di lautan mampu menyaingi kasih sayang mereka. Oleh itu selayaknya mereka disantuni laksana raja dan permaisuri. Bagaimanapun kehidupan hari ini menyaksikan anak-anak kurang menyantuni ibu dan ayah.
Ada sahaja yang tidak kena di mata dan di hati apatah lagi apabila duduk sebumbung dalam sebuah mahligai. Kasihan nasib sang ibu dan ayah andai memiliki anak seumpama ini.
Perkongsian ustaz Suhaimi dalam satu majlis agama yang dicatat semula oleh Mohd Ibrahim dalam entri facebooknya tentang hak ibu ayah terhadap anaknya cukup memberi tamparan buat kita yang lalai dan lupa, bahawa kita ini anak, bukan siapa-siapa pun. Kita selami coretannya.
Terdapat sebuah pertanyaan di suatu Majlis Taklim (majlis ilmu) Suatu saat pada sesi tanya jawab.
Penanya: Wahai Syeikh, ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku dan terjadi masalah antara beliau dengan isteriku.
Ads
Syeikh: Ulangi pertanyaanmu!
Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.
Syeikh: Cuba ulangi pertanyaanmu!
Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.
Syeikh: Ulangi lagi pertanyaanmu!
Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku.
Syeikh: Ulangi sekali lagi pertanyaanmu!
Ads
Penanya: Wahai Syeikh, tolong biarkan aku menyelesaikan dulu pertanyaanku, jangan anda potong.
Syeikh: Pertanyaanmu salah, yang benar engkaulah yang hidup menumpang pada ibumu, meski rumah itu milikmu dan atas namamu.
Penanya: Ya Syeikh, kalau demikian selesai sudah permasalahannya.
Syeikh: Jangan derhaka wahai anak, jangan derhaka wahai menantu! Kamu dengan seluruh hartamu adalah milik ibumu.
RasululLah SAW bersabda:
“Engkau dan semua hartamu adalah milik ayah Ibumu” [HR. Ibnu Majah no. 2291]
Sedih kan?
Rumah ibu bapa adalah rumah bagi anak- anak tapi tak semua rumah anak adalah rumah ibu bapa.
Ads
Anak- anak boleh bebas dalam rumah ibubapa, makan apa sahaja, tengok siaran televisyen ikut suka dan guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka.
Tapi, meganpa ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak? Tak boleh masak sesuka hati, makan apa yang ada dalam peti ais ikut suka dan buat apa sahaja ikut suka. Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa.
Begitu juga, kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak. Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati. Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah. Kalau rosak semua ibubapa tanggung.
Tapi, tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna. Apatah lagi dengan sesuka hati. Takut rosak la, takut langgar la, takut calar la. Kalau guna pun, akan pastikan minyak penuh semula.Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak.
Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak. Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak, tapi anak-anak belum tentu mengasihi ibubapa. Untuk hidup sebumbung pun boleh menjadi masalah besar.
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa.Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yang ada.Tapi, anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta.
Inilah diantara isi kandungan kuliahUstaz Suhaimi yang sangat terkesan dan realistik dalam keadaan dunia yang akhir zaman ini.Mudahan kita tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti
Ibu sudah tua. Minta sahaja dia berehat tumpukan ibadat.
Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu-ibu jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.
Pesanan untuk kita yang bergelar anak.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ini kerana hukum menggantikan puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadan adalah wajib. Oleh itu, tidak boleh untuk membatalkannya dengan sengaja tanpa uzur yang disyariatkan oleh syarak.
Ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ RA, katanya:
Maksudnya: Wahai Rasullullah, sesungguhnya aku telah berbuka sedangkan aku berpuasa”. Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Adakah kamu sedang mengqadhakan sesuatu (puasa)”. Beliau berkata: “Tidak”. Sabda Rasulullah SAW: “Maka tidak memudaratkan kamu (tidak berdosa) sekiranya ia puasa sunat.” Riwayat Abu Daud (2456)
Dalam hadis ini Rasulullah meminta penjelasan dari Ummu Hani’ sama ada beliau berpuasa qadha tertentu dan setelah dijelaskan ianya adalah berpuasa sunat maka Rasulullah SAW menjawab bahawa tidak berdosa untuk sengaja berbuka bagi puasa sunat. Ini bererti jika puasa qadha maka adalah tidak dibenarkan untuk berbuka dengan sengaja .
Puasa ganti Ramadan wajib
Puasa ganti Ramadan merupakan fardu ain yang diwajibkan ke atas mereka yang meninggalkannya. Oleh itu memutuskannya atau membatalkannya dengan sengaja adalah haram bahkan ia menyebabkan dosa yang besar. Syeikh Jamal menyebut di dalam hasyiahnya bahawa:
Maksudnya: (Menurut Imam Zakarian al-Ansari: haram membatalkan fardhu ain) sebahagian dari dosa besar sepertimana yang disebut oleh para ulama usul fiqh.
Dah ada dua cahaya mata perempuan dan teringin nak anak lelaki pula. Ada juga pasangan yang dah ada lima anak perempuan dan masih mahu mencuba untuk beroleh anak lelaki.
Bagai pasangan yang begini boleh cuba amalkan doa berikut. Ia sebagai salah satu usaha, selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT.
1. Doa yang ditulis oleh Imam Sulaiman bin Muhammad Al-Bujairami
Pertama, doa yang ditulis oleh Imam Sulaiman bin Muhammad Al-Bujairami dalam kitab Tuhfatul Habîb ‘ala Syarhil Khathîb [Hasyiyah Al-Bujairami ‘ala Khathib]. Dalam kitab ini, Syeikh Sulaiman Al-Bujairami menulis doa agar dikurniakan seorang anak lelaki.
“Ya Allah, sesungguhnya aku akan menamai apa yang ada di dalam kandungannya dengan nama Muhammad, maka jadikanlah ia anak lelaki bagiku, kerana Muhammad dilahirkan sebagai seorang lelaki, Insya Allah”
(Sulaiman bin Muhammad Al-Bujairami, Tuhfatul Habîb ‘ala Syarhil Khathîb, (Beirut: Darul Kutub Al-Ilmiyah, 1996), juz I, h. 520)
2. Doa dari Sayidina Ali
Terdapat juga doa untuk mendapatkan anak lelaki yang berasal dari Sayidina Ali. Doa ini boleh diucapkan selepas solat atau selepas berzikir. Ini adalah usaha memohon kepada Allah agar dikurniakan anak lelaki. Berikut doanya:
“Ya Allah, jadikan janin (yang dikandung) sebagai anak lelaki yang beruntung lagi diberkati, yang soleh lagi bertakwa.”
3. Doa oleh Syeikh Abi Muhammad Maulana At-Tihami
Terdapat juga percubaan untuk mendapatkan anak lelaki. Penjelasan ini terdapat dalam kitab Quratul ‘Uyun halaman 82 oleh Syeikh Abi Muhammad Maulana At-Tihami, yang menjelaskan bahawa salah satu cara untuk mendapatkan anak lelaki ialah dengan meminta isteri tidur dengan kepala di sebelah kiri perut setelah melakukan hubungan intim.
“Apabila anda menginginkan anak lelaki maka setelah selesai (dari jimak) hendaklah memerintahkan isteri anda untuk tidur di sebelah kanannya, dan bila ingin anak perempuan, maka lakukan sebaliknya.” (Quratul Uyun:82).
Syeikh Abi Muhammad Maulana At-Tihami turut menjelaskan doa khusus agar dikurniakan anak lelaki. Doanya adalah seperti berikut:
Bacaan ayat dalam rumi:
Bismillahirrahmanirrahim allahumma inni usammi ma fi bathniha Muhammadan faj’alhu li dzakaran.
Ertinya:
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sungguh aku (akan) menamakan janin dalam kandungan isteriku dengan nama Muhammad, maka kurniakan aku seorang anak lelaki.”
Kala ini negara diuji dengan kejadian banjir terutama di negeri Pahang dan beberapa negeri lain. Banyak kawasan dan daerah ditenggelami air termasuk jambatan runtuh akibat tolakan air besar. Bukan sahaja rumah tenggelam tetapi ada juga pemilik kereta gagal menyelamatkan kenderaan mereka ke tempat tinggi.
Dalam pada itu, bagi mangsa banjir, ada pantang larang kena tahu terutama melibatkan kenderaan yang ditenggelami selepas air surut. Dipetik dari info Roadblock JPJ/ Polis ini adalah tips untuk kereta sebelum ditenggelami banjir, ketika tenggelam dan selepas banjir.
Sebelum tenggelam:
1. Jika kenderaan memang tidak boleh dilarikan ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kenderaan masih belum ditenggelami banjir, maka sumbatlah lubang ekzos tersebut dengan sesuatu yang padat dan kalis air. Contohnya menutupnya dengan plastik.
2. Cabut terminal bateri kerana kita tidak tahu berapa lama kenderaan kita akan dibiarkan tanpa dihidupkan kerana musibah banjir bermacam-macam peringkat.
3. Selamatkan barang-barang yang dirasakan penting terutama yang mudah rosak akibat air. Pendek kata, selamatkan semua yang boleh diselamatkan kerana banjir bukanlah air biasa, tetapi air berlumpur.
Ketika tenggelam:
1. Kenderaan yang sedang ditenggelami banjir jangan dihidupkan enjinnya terutama apabila air banjir mulai menutup ekzos kenderaan dan bahagian enjin . Apatah lagi cuba untuk memandunya meredah banjir.
Setelah banjir surut:
1. Selepas banjir telah surut, jangan hidupkan enjin! Jangan hidupkan enjin! Jangan hidupkan enjin! Inilah pantang besar jika kenderaan anda ditenggelami banjir besar, iaitu jangan hidupkan enjin!
2. Panggil lori tunda untuk ditunda ke bengkel yang dipercayai. Komponen utama seperti enjin dan transmission mungkin akan rosak. Samada rosak banyak atau rosak sikit. Enjin mungkin tak perlu overhaul, sekadar flush minyak enjin beberapa kali. In shaa’ ALLAH enjin OK. Kalau enjin dihidupkan semasa atau selepas banjir surut, maka enjin akan mengalami kerosakan yang lebih parah.
3. Sistem transmisi pula kalau jenis manual, maka prosesnya sama macam enjin. Flush minyaknya beberapa kali sampai tiada air di dalamnya. Hal ini mekanik akan nasihat. Mungkin 3 hingga 5 kali flush. Atau mungkin lebih. Tapi kalau sistem transmisi jenis auto, mungkin ada masalah yang lebih besar. Kemungkinan kena overhaul atau lebih teruk dari itu iaitu tak dapat diselamatkan. Terpaksa tukar gear box baru. Harap-harap tidaklah sampai macam itu.
4. Sistem elektornik boleh selamat in shaa’ ALLAH. Cuma dalam masa yang panjang, mungkin baru nampak kesannya.
5. Kusyen pula memang kotor dan berbau habislah. Kena cuci samada upah atau sendiri. Kadang-kadang pihak bengkel ada tawarkan juga khidmat cuci kenderaan dan kusyen khas akibat banjir.
Khidmat cuci kenderaan akibat banjir ni memang mahal harganya sebab mereka akan buka habis kerusi dalam kereta dan cuci dengan teliti. Selepas siap dicuci, bau tidak menyenangkan tetap juga wujud selama beberapa tempoh. Terpaksa bersabarlah dengan bau tersebut tu dalam lebih kurang sebulan. Lama-lama OK, in shaa’ ALLAH.
Itulah setakat yang saya tahu dan mampu berkongsi. Ini pun tahu sebab dulu kereta pernah tenggelam banjir. Kalau tuan/puan ada nasihat-nasihat lain, silakanlah kongsi. Dan kalau maklumat di atas tidak tepat, silalah betulkan. In shaa’ ALLAH kita sama-sama berkongsi untuk kebaikan bersama.
Mengenai kos pembaikan, ia sangat subjektif. Bergantung kepada kita samada ada hidupkan enjin atau tidak. Jika hidupkan enjin, maka kos pembaikan akan menjadi tinggi kerana komponen enjin boleh banyak rosak. Jika tidak hidupkan enjin, maka mungkin kosnya tidak tinggi sangat. Lagi satu faktor ialah jenis kenderaan. Pihak bengkel akan nasihatkan proses semuanya. Jadi pemilihan bengkel yang dipercayai juga merupakan faktor yang penting.
Semoga ALLAH Ta`ala mempermudahkan urusan semua saudara-saudara kita yang mengalami musibah banjir, dikuatkan kesabaran, dikurniakan kebaikan dari sisiNYA, diberikan keselamatan dan dikeluarkan dari musibah tersebut dengan segera, amin… #inforoadblock
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Seronok beraya, pergi rumah terbuka bertemu saudara mara dan rakan taulan tapi tanpa sedar kita turut sama melakukan dosa.Dikongsi oleh Ustazah Asma' Harun, terdapat...