Rukun nikah itu ada lima iaitu pengantin lelaki (suami), pengantin perempuan (isteri), wali, dua orang saksi dan terakhir ijab dan kabul.
Sementara syarat sah nikah itu ada 9 (bagi lelaki) iaitu, beragama Islam, lelaki (tulen), bukan mahram dengan calon isteri, lelaki yang diketahui dan tertentu, berkahwin atas kerelaan sendiri dan tidak terpaksa, mengenali wali yang sah di dalam perkahwinan tersebut, mengetahui bahawa calon isteri itu halal untuk dinikahi, tak mempunyai 4 orang isteri yang sah dalam suatu masa dan terakhir bukan di dalam ihram umrah atau haji.
Sementara bagi isteri pula ada 8 iaitu beragama Islam, perempuan tulen dan bukan khunsa, wanita yang halal dikahwini oleh lelaki tersebut iaitu bukan muhrim, perempuan yang tertentu, berkahwin atas kerelaan sendiri dan bukan terpaksa, bukan dalam keadaan iddah’, jelas statusnya sebagai perempuan yang tidak bersuami dan terakhir bukan dalam keadaan ihram Haji atau Umrah.
Namun bukan semua lelaki bernafsu pada perempuan namun tetap memilih berkahwin untuk menutup “nafsu songsang” mereka pada pandangan ibu bapa, ahli keluarga dan juga masyarakat setempat.
Namun yang tersakiti dalam hal ini tentulah perempuan kerana saat bersetuju dinikahi, mereka tidak mengetahui nafsu songsong suami kerana pada luaran suami nampak seperti lelaki normal sedangkan nafsunya songsang.
Dikongsi dari akaun Tik Tok @Tokadi Hipster, jurunikah ini banyak berkongsi permasalahan terjadi dalam masyarakat termasuklah kisah lelaki gay yang “ tidak menyentuh” isteri sahnya kerana takut “Nusyuz” pada suami Mat Salehnya.
Menurut Tok Kadi ini, dia menerima pesanan mesej dari seorang isteri yang teraniaya mengenai suaminya, seorang gay.
“Isteri ini dapat tangkap kelainan diri suaminya yang bekerja di sebuah hotel. Rupanya seorang gay. Hal ini terbongkar bila isteri ini dapat “tangkap” suaminya dengan seorang lelaki mat saleh.
“Mat Saleh tu siap sound isteri ini agar jangan ganggu “ISTERI” dia (suami wanita tersebut). Selama ini bila isteri mengajak adakan hubungan kelamin, suami tolak. Ajak keluar suami tak nak, rupanya ada udang di sebalik mee.
“Suami dia siap cakap, dia takut NUSYUZ sebab suami dia (mat saleh tu) tak izinkan. Bantu saya ustaz,” kata Ustaz ini yang mengakui “pening” dengan perangai lelaki tersebut.
Dalam pada itu, Ustaz ini menasihati kalau ada isteri begini, sebaiknya buat aduan ke pejabat agama dan lalui sesi kaunseling. Jika suami ada perubahan, boleh masuk ke pusat pemulihan bagi individu yang kecelaruan jantina.
Dalam pada itu netizen mengatakan lelaki berkenaan tamak kerana memegang dua “tittle” iaitu suami dan “isteri”, dan tahu menyebut tentang nusyuz tapi cetek dengan pengetahuan agama.
Apa dia Akta 355?
Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri sedang dalam proses meminda Akta 355 bagi mempertingkatkan hukuman atas kesalahan membabitkan golongan lesbian, gay, bisexsual dan transgender (LGBT).
Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Agama) pernah memaklumkan, hukuman sedia ada dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun, enam kali sebatan dan denda yang sedia ada dilihat ringan. Dan ia sedang dipinda untuk hukuman lebih berat kepada pesalah LGBT ini.
” Akta 355, mengenakan tiga tahun penjara, enam sebatan dan denda sebanyak RM5,000. Kita sedang dalam proses meminda Akta 355 bagi meningkatkan lagi hukuman.
https://www.tiktok.com/@tokadi_hipster/video/7035563315287936282?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI