Namun menurutnya, walau kita berniat nak putuskan hubungan dengan ibu, dia tetap akan menjadi ibu kita selamanya dunia akhirat.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang boleh dijadikan panduan. Sayangilah ibu selagi dia masih hidup dan bernafas di muka bumi ini.
Ads
BENCI IBU TAK MENGUNTUNGKAN
“Mungkin ada di kalangan kalian yang sangat sayangkan ibunya.
“Dan mungkin juga ada di kalangan kalian yang bencikan ibunya.
“Dan boleh jadi juga di kalangan kalian yang sangat bencikan ibunya.
“Teman pernah ditanya soalan tentang ibu, dia ni seorang anak yang memang bencikan ibunya. Sebab ada kisah silam yang menjadikan hidupnya berubah gara-gara kerana sikap ibunya.
“Sayang ke, benci ke, sangat benci terhadap ibu ke, ianya tak dapat nak mengubah takdir, dan ia tetap tak boleh nak ubah status seorang ibu. Kalau nak buang ibu jauh-jauh, nak putus hubungan sekalipun, ibu kita tetap ibu kita walau apa keadaan sekalipun.
Ads
“Ibu tetap seorang manusia yang ada kekurangannya. Ibu kita tetap ada dosanya, adakalanya kata-katanya mengguris hati. Kadangkala perbuatannya tersalah jua sebab dia seorang manusia, dia bukan Malaikat.
“Kadangkala kasihnya pada anak tak sama antara Along dengan Angah, Ucu dengan Ude. Ada lebih, ada kurang. Sebab dia seorang manusia yang ada hati dan perasaan. Jeles Along pada Angah sebab ibu lebihkan Angah. Apa-apa je Angah. Along ni ibu tak pandang langsung. Ye, sebab ibu seorang manusia yang tak sempurna.
“Sebenci-benci anak kepada ibunya, satu perkara yang WAJIB kita tahu dan sedar, dia adalah SYURGA kita.
Ads
“Ada sesiapa yang teringin nak masuk Neraka? Teman yakin semua nak masuk SYURGA. Kalau Syurga depan mata kita sekarang ni pun kita benci, agak-agaknya dapat ke nak masuk Syurga Hakiki nanti?
“Jika ada di kalangan kita yang berhadapan dengan masalah ibu, anggaplah ia sebagai ujian. Ujian bagi orang Mukmin sebagai hiburan. Jangan anggap ia sebagai tekanan, nanti kita stress, berkat pun tak dapat.
“Jika ibu benci kat kita, jangan pula kita benci dengan ibu. Teruskan berbuat baik dengan dia, anggaplah ia sebagai jalan yang sukar untuk menuju Syurga. Memang nak pergi ke Syurga jalannya sukar! Sabarlah dan syukurlah sebab kita masih punyai Syurga
Ada skeptikal tentang kehadiran kanak-kanak ke masjid khusus di bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Asyik dengan dunia mereka yang seronok, melompat di sana sini dan akhirnya ia mengundang berbagai pendapat.
Ada melarang, ada menyokong anak-anak dibawa ke masjid kerana kata mereka jika anak kecil tidak diasuh dari kecil menyukai masjid, jangan salahkan mereka bila remaja kelak mereka menjauhkan diri dari rumah Allah ini.
Menurut al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, pada umumnya masjid adalah tempat solat, tempat melakukan ibadah harian dan ini sebagai salah satu tonggak kekuatan dalam Islam.
Dalam pada itu, mengimarahkan masjid adalah satu perbuatan dituntut dalam agama.
Maksudnya:“Hanya orang yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah”.
Dalam pada itu, dari satu perkongsian di tik tok @Bang Lajak_perunnersepi, memperlihatkan indahnya Islam bila mana Ustaz Don Daniyal memaklumkan kepada barisan jemaah masjid agar mengalihkan kedudukan mereka sedikit dan tidak mengejutkan seorang kanak-kanak yang lena tertidur (namanya Uwais). Walau pun kelihatan kanak-kanak itu duduk di tempat imam solat.
Jelas Ustaz Don, kanak-kanak di bawah usia belum wajib solat dan katanya kehadiran kanak-kanak ini ke masjid untuk mendengar kuliah ilmu pun sudah cukup mulia. Dipercayai video ini dirakam di Surau Annajahiyah, Seksyen 19 Shah Alam.
Dalam rakaman itu, jelas adik Uwais sedang lena tidur dengan buku catatan di mejanya ketika Ustaz Don memberikan ceramah di surau berkenaan. Dalam di akhir video itu memperlihatkan Ustaz Don menggosok tubuh badan anak kecil ini dengan penuh kelembutan.
Inilah indahnya ilmu dan adab kerana tak kira kita lebih tua atau muda, menghormati orang lain itu digalakkan dalam agama.
‘Ada kotoran pada pakaian, cucilah dulu! jangan tibai terus bawa solat.’ Ini pesan buat wanita berpakaian labuh hingga mencecah lantai.
Tidak dinafikan, wanita digalakkan melabuhkan pakaian, tetapi jangan sampai pakaian yang kita bawa solat terkena najis, jadi tak sah solat nanti.
Namun begitu, bila kita berjalan jauh atau travel, mungkin perkara ini amat remeh jika kita terlalu mengambil berat. Oleh itu, ikuti penjelasan Daei Husna Ghani dan hadam baik-baik apa yang dia sampaikan.
Bila sebut saja perempuan, sebaiknya pakai labuh. Tak kiralah pakai jubah ke, skirt ke, labuhkan skirt daripada buku lali atau pun sebanyak sejengkal daripada tanah supaya tutup elok aurat kaki.
Tapi tak kotor ke? Persoalan ini pasti bermain di fikiran bukan? Mesti terfikir dan risaulah bila kain terkena lopak air atau terseret najis… Iyalah kain itu kan seret lantai…
Sebenarnya, suatu ketika dahulu ada seorang wanita ini dia pergi bertemu dengan Ummu Salamah iaitu isteri kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dia bertanya, “Aku perempuan yang biasa memanjangkan pakaian dan adakalanya aku berjalan di tempat yang kotor.’
Jangan Tibai Terus Bawa Solat
Maka jawab Ummu Salamah, sabda rasulullah s.a.w,
‘Tanah yang berikutnya, menjadi pembersih kepadanya.’ (Al-Muwaththa, No 24/65. Sunan Abu Dawud, No 383. Subab At-Tirmidzi, No 143)
Jadi di sini, dapat dihuraikan bahawa, sekiranya ada jalan kotor yang kita lalui, tanah seterusnya yang kita lalu akan bersihkan kotoran tadi. Tak kiralah najis ataupun kotoran yang kena pada pakaian itu kering ataupun basah.
Ini Pesan Buat Wanita Berpakaian Labuh
Sebab tulah kita ini tak digalakkan cari-cari sangat bahagian yang kotor pada bahagian pakaian bila kita hendak solat. Cukup sekadar pada pandangan umum. Memadai kita periksa pakaian yang dpakai suci dan bersih di mata, maka sudah boleh dibawa solat.
Cara ini juga hendak elakkan kita daripada terlalu was-was. Ada pun kalau memang nampak secara zahir ada najis pada pakaian itu sebelum nak solat, cucilah dulu. Jangan tibai bawa pergi solat pula, tak sah nanti. Begitulah mudahnya Islam.
Kashoorga : Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua. Jangan pula disebabkan sikap was-was kita kita tertinggal solat. Minta dijauhkan.
Setiap tahun, apabila tiba ke penghujung, ramai akan bercerita keseronokan meraikan sambutan tahun baru. Malah banyak syarikat-syarikat korporat dan juga kementerian mengadakan sambutan bagi meraikan kedatangan tahun baru dengan acara nyanyian, tarian termasuk pertunjukan bunga api.
Di sebalik tahun baru yang akan menjelang tidak sampai 10 hari lagi, penceramah terkenal dari seberang Ustaz Abdul Somad sudah mengeluarkan ingatan kepada muslim agar tidak meraikan sambutan tahun baru.
Menurut Ustaz Abdul Somad, tradisi malam tahun baru merupakan tradisi kaum Yahudi. Di mana jika tahun baru, akan ditiupkan terompet dari tanduk kerbau. Itu perjanjian lama. Sebaiknya jangan beri anak-anak lakukan tradisi seperti itu,”katanya dalam satu temubual bersama Dakwah Cyber.
Apa yang sebaiknya dilakukan oleh umat Islam sempena kedatangan tahun baru itu? Kata Ustaz Abdul Somad, tanggal 31 hb itu boleh diisi dengan muhasabah diri atau membuat penilaian tentang pencapaian setahun apa yang telah dilakukan. Kalau tidak muhasabah diri, habis Isyak sebaiknya tidur.Jangan ikut meraikan tiupan trompet dan sebagainya.
Tambahnya lagi, pandemic COVID-19 adalah satu teguran agar semua sedar bahawa musibah itu datang dan menimpa manusia.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...