Masuk sahaja ke surau atau bilik solat wanita pada hari ini, akan terlihatlah pelbagai jenis kain dan rekaan telekung yang digayakan oleh jemaah wanita. Ada yang berenda, kain jenis lycra, berwarna-warni dan bermacam lagi. Namun persoalan yang sering ditimbulkan ialah hukum solat orang yang memakai telekung yang kita anggap ‘berfesyen’ ini.
Perkara pertama tentang pakaian solat adalah ia perlu menutup aurat secara sempurna. Antara ciri-ciri pakaian yang menutup aurat ketika solat adalah pakaian yang tidak memperlihatkan atau menggambarkan apa di sebalik kain yang menutupi tubuh. Bahkan seharusnya tidak memperlihatkan rupa bentuk atas sebab ketatnya pakaian itu atau jarang serta nipisnya pakaian tersebut sehingga boleh menampakkan warna kulit.
Maka pakaian yang menutup aurat seseorang itu haruslah menutupi keseluruhan tubuh (kecuali muka dan kedua tangan) dan tidak menampakkan anggota tubuh atau warna kulit atas sebab longgar mahupun nipisnya kain. Tidaklah longgar itu dimaksudkan dengan selonggar-longgarnya namun apa yang penting adalah tidak menjelaskan rupa bentuk tubuh terutama pada bahagian tertentu seperti dada dan lain-lain.
Ads
Di samping tidak dibolehkan juga memakai pakaian compang-camping (tidak sempurna) yang boleh menampakkan aurat.
Imam Nawawi turut menyatakan bahawa wajib untuk menutupi tubuh daripada penglihatan yang boleh melihat pada warna kulit. Tidak mencukupi hanya dengan kain yang menutup tubuh tetapi dapat pula dilihat warna kulit sama ada putih (cerah) atau hitam (gelap).
Ads
Begitu juga dengan pandangan dari Ibnu Qudamah, yang mengatakan wajib untuk menutup aurat dan jika disebabkan kain yang nipis itu menampakkan warna kulit di sebaliknya sama ada putih atau merah maka tidak harus untuk bersolat dengannya. Ini kerana ia tidak mencapai maksud asal tujuan menutup aurat itu.
Imam Saffarini al-Hanbali juga menyatakan di dalam Syarah Manzumah al-Adab bahawa makruh bagi lelaki dan wanita yang memakai pakaian yang menjelaskan warna kulit dan juga yang menampakkan saiz atau bentuk tubuh . Manakala, Imam Dusuqi al-Maliki di dalam hashiyahnya berpendapat bahawa pakaian seperti itu jelas makruh melainkan terdapat pakaian luar maka ia menjadi tidak makruh.
Ads
Maka melihatkan perkara-perkara ini, adalah SAH solat orang yang memakai telekung berfesyen, selagi ia menutup aurat seseorang itu dengan sempurna.
Nota: Jawapan diberikan oleh USTAZ KHAIRUL NAIM MANSOR, Penyunting Al-Quran di Jabatan Penerbitan AlQuran Karangkraf dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Kesusasteraan, Universiti Yarmouk, Jordan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Seperti yang kita ketahui, antara suami dan isteri, memang tiada langsung aurat antara satu sama lain. Sama ada suami atau isteri, masing-masing bebas menyentuh dan menerokai tubuh masing-masing. Walau bagaimanapun apabila suami atau isteri yang ada wuduk bersentuhan dengan pasangan masing-masing maka batallah wuduk.
Batal wuduk bukan kerana aurat tetapi disebabkan oleh ada perasaan lain pada suami atau isteri apabila bersentuhan.
Ini penjelasan lengkap daripada Ustaz Azhar Idrus.
https://www.youtube.com/watch?v=WIhxD9BQnLY
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jika seseorang itu pernah melakukan dosa besar dan menyesalinya, apakah yang perlu dilakukan bagi menghapuskan dosa tersebut termasuk juga dengan dosa kecil?
Orang yang pernah melakukan dosa besar hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha. Antara cara atau syarat bagi mereka yang benar-benar bertaubat kepada Allah ialah:
1. Bertaubat hanya kerana Allah SWT bukan kerana manusia.
2. Betul-betul menyesali dan benci akan perbuatan dosa yang pernah dilakukan.
3. Berazam tidak akan mengulangi lagi perbuatan dosa.
4. Sekiranya melakukan kesalahan terhadap manusia, hendaklah memohon maaf kepada orang tersebut.
5. Dirikan solat sunat taubat untuk menyempurnakan lagi taubat kepada Allah.
Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan DIA Maha Pengampun. Pintu taubat sentiasa terbuka luas kepada manusia sebelum berlakunya hari kiamat. Sekiranya orang kafir tertarik dan kembali kepada Islam maka segala dosa yang pernah dilakukannya diampunkan sama sekali.
Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak taubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (al-Baqarah: 222)
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari arah barat, nescaya Allah akan menerima taubatnya.” (Riwayat Muslim)
Manakala dosa kecil pula boleh diampunkan dengan memperbanyak istighfar, menyempurnakan wuduk untuk mendirikan solat, berjalan menuju ke masjid untuk solat dan amalan-amalan yang lain. Wallahua’lam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Berdoa adalah salah satu cara yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Berdoa juga merupakan salah satu cara seseorang memohon atau meminta sesuatu kepada Allah. Agar keinginan kita dimakbulkan oleh Allah SWT, terlebih dahulu kita perhatikan adab berdoa atau tata cara berdoa yang sepatutnya.
BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA:
1. Angkat tangan ke paras dada
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3.“apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب . Titik ba terletak di hati kita.
4. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
5. Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
6. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw
7. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya
8. Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan
Sumber: JAKIM Cawangan Sabah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Seronok beraya, pergi rumah terbuka bertemu saudara mara dan rakan taulan tapi tanpa sedar kita turut sama melakukan dosa.Dikongsi oleh Ustazah Asma' Harun, terdapat...