Hidayah itu milik Allah. Hanya Dia yang mengetahui siapakah insan terpilih untuk menerima hidayat dariNya.
Alangkah bertuah insan itu kerana diri diibarat kain putih yang sangat bersih dan kıtalah harus mencorakkannya mengikut syariat yang telah ditetapkan.
Tidak dinafikan hikmah PKP ini ramai orang bukan Islam yang memilih Islam sebagai agama baru.
Bergelar mualaf menjadikan satu fasa dalam kehiidupan dan perlu sabar dan yakin menempuh segala dugaan dan rintangan mendatang.
Dalam satu perkongsian di twitter, seorang gadis menggunakan akaun @Nur Lyn Umairah berkongsi kegembiraaan mengucap dua kalimah syahadah secara rasmi 3 Jun lalu.
Dia dilihat muat naik sekeping gambar memaparkan dokumen ikrar memeluk Islam oleh Jabatan Agama Johor.
Ads
Malah gadis ini turut mengharapkan orang ramai agar mendoakan dirinya terus kuat dan istiqamah dengan agama baru yang dipilihnya.
Dia juga sebenarnya tidak menyangka akan mendapat kata-kata semangat daripada orang ramai dan ada juga turut memberikannya hadiah. Malah dia beruntung dan sangat bersyukur dikelilngi orang yang baik-baik.
Ads
Dan perkongsiannya ini turut mendapat respon daripada warganet. Masing-masing mendoakan dirinya kekal istiqamah.
Ada juga mendoakan dirinya dengan agama dipilih hingga ke jannatul firdausi.
Ads
Ada juga antara warganet berkongsi tip serta memberi hadiah sebagai menghargai keputusannya memeluk Islam.
Ada juga yang turut mahu memeluk agama Islam bila membaca kisahnya ini.
Kita kadang-kala suka menganggap semua perkara adalah “biasa”. Tak apa-apa sekadar suka-suka tanpa menyedari hukumnya. Ditambah sikap tidak suka membaca dan suka terikut-ikut mengakibatkan hal tidak dibenarkan dalam agama dianggap biasa-biasa oleh sesetengah dari kita.
Di media sosial, viral tentang patung berbentuk pocong yang dijual pada harga serendah RM140 di platfrom beli belah dalam talian.
Ia mungkin dianggap menakutkan bagi sesetengah kanak-kanak kerana patung itu benar-benar menyerupai pocong tapi dari sudut hukumnya, malaikat tak akan merahmati seisi rumah kerana kita tidak dibenarkan menyimpan patung kecuali untuk mainan kanak-kanak kecil, di bawah usia 3- tahun.
Tidak dinafikan, ramai sukakan patung beruang dan sebagainya kerana cute tetapi ini hukumnya kena tahu.
Dikongsi dari pejabat Mufti Wilayah, dinyatakan kenapa patung tidak dibenarkan disimpan dalam rumah.
Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Imam al-Nawawi pula berkata: “Menurut para ulama, antara sebab yang menghalang malaikat daripada masuk ke dalam rumah adalah kerana terdapat gambar (makhluk bernyawa).
“Perbuatan meletakkan gambar itu sebenarnya maksiat yang amat keji dan seolah-olah menyerupai ciptaan ALLAH SWT, manakala, sebahagian daripada gambar-gambar tersebut dijadikan sembahan.”
Oleh itu, malaikat tidak akan masuk ke dalam rumahnya, tidak melakukan solat di dalamnya, tidak meminta keampunan bagi penghuninya, tidak memohon keberkatan seterusnya tidak melindungi penghuni rumah tersebut daripada gangguan syaitan.
Namun, hanya Malaikat Rahmah sahaja yang tidak masuk ke rumah kita di mana Malaikat Rahmah ialah malaikat yang memohon keberkatan dan keampunan bagi penghuni di dalam rumah tersebut.
Bagaimanapun, Malaikat Hafazah masih tetap masuk ke dalam rumah kerana mereka diperintahkan untuk mencatat setiap amalan manusia.
Apabila disebut tentang rumah, ia adalah berbentuk tempat yang kita gunakan termasuk kereta dan seumpamanya.
Jika mahu meletakkan patung, maka, perlu dilihat apakah maksudnya.
Adakah ia patung yang dihormati, patung besar dan yang dipuja? Jika inilah tujuannya, jelas ia dilarang.
Adapun, sekiranya ia melibatkan permainan kanak-kanak kecil yang tidak diagungkan atau dimuliakan, ia dianggap sekadar barang permainan kanak-kanak.
Ia kerana sikap kanak-kanak bermain adakalanya mereka melempar patung tersebut dan meleraikan anggota patung mainan.
Maka, ia dibolehkan dengan syarat ia bukanlah patung yang besar dan hanyalah semata-mata patung kanak-kanak.
Pun begitu, kita disyorkan supaya mengelakkan permainan patung itu supaya tidak menimbulkan perkara yang boleh membawa kepada perasaan pemujaan dan sebagainya.
Sebaiknya, gantilah dengan hal-hal yang boleh mengelakkan daripada sebarang bentuk syubhah apabila kita meninggalkan perkara-perkara yang khilaf seperti ini.
Semoga kita dapat mendidik keluarga dan anak-anak kita agar benar-benar menghayati agama sebaik mungkin.
(Sumber: Al-Afkar #47: Hukum Patung Sebagai Perhiasan, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tidak dinafikan sebagai ibu bapa kita kadang kala tidak terlepas dari sikap ‘pilih kasih’ terhadap anak-anak.
Walaupun sebenarnya tidak berniat ke arah itu tetapi tanpa sedar, kita sebenarnya akan berlaku sikap begini pada anak-anak.
Namun sebenarnya sikap pilih kasih ini sangat tidak bagus untuk diamalkan. Ini kerana boleh menyebabkan berlakunya sikap tidak bertanggungjawab apabila dewasa nanti.
Sebaliknya didiklah mereka sama rata tanpa mengikut gender kerana 20 tahun lagi merekalah bakal memimpin keluarga sendiri.
Seperti perkongsian di laman sosia Facebook, di mana wanita ini Puan Insyirah Soleha tidak membezakan tanggungjawab mengikut gender dalam keluarganya.
Gambar sekadar hiasan.
Bila anak dibanggakan mengikut gender, yang patut dirisaukan adalah tanggungjawab untuk mendidik anak-anak.
Bapa yang dapat ramai anak perempuan akan rasa susahnya nak pelihara anak perempuan, nanti besar khuatir salah memilih jalan.
Bapa yang dapat ramai anak lelaki akan rasa susahnya nak suruh buat kerja rumah, nanti isteri nan seorang dari siang sampai malam macam kain buruk dikerjakan anak-anak.
Kenapa tidak kita melahirkan manusia, tak kira apa jantina tetapi berlaku ihsan dan kasih sayang?
Saya tak ada anak perempuan, jadi kena sedih buat kerja rumah sendirian? Tak. Saya suruh anak-anak lelaki saya buat kerja rumah dan belajar urus diri mereka sendiri.
Untuk langkah pertama, bapalah yang PERLU memainkan peranan. Ada masa suami memasak, ada ketika beliau menyapu sampah, ada hari beliau sidai dan angkat pakaian di jemuran. Tak ada istilah “queen control” sebab dalam hidup ni memang saling memerlukan dan melengkapi kekurangan.
Ada isteri suka jadi superwomen untuk buat semua kerja sendiri. Tapi, itu hanya akan buat anak-anak melihat contoh yang tidak tepat.
“Hanya ibu buat kerja rumah.”
“Tugas ibu sekian sekian sekian.”
Anak yang sulung, diajar senduk nasi sendiri seawal usia 6 tahun. Belajar untuk hidup, paling kurang bila lapar reti nak masuk dapur.
Bila dah usia 9 tahun, perlahan-lahan diajar memasak dengan pantauan 100% dari kami. Masak saja yang mudah, goreng telur. Belajar untuk hidup, paling kurang bila lapar reti nak buat apa.
Selalu suruh angkat pakaian.
“Kenapa asyik kena buat kerja je?”
Budak. Selagi boleh bertanya memang dia nak jawapan yang boleh sejukkan hati.
“Sebab Allah suruh buat baik kepada ibubapa. Kalau anak-anak tak nak tolong, ibubapa buat semua. Macammana anak nak dapat pahala? Ni abi suruh buat sebab nak bagi anak-anak dapat pahala.”
“Habis tu abi buat apa?”
“Abi suruh anak buat. Abi dapat pahala juga sebab ajar anak.”
Semalam, saya minta anak sulung basuhkan adiknya buang air besar. Memang tak sangka dia akan berjaya sebab baru 9 tahun, lelaki pula. Saja la nak ‘test power’, dia dengan girang selinsing lengan baju dan singkatkan seluar.
“Jom adik, basuh. Busuk la. Nanti dah basuh, kita main.”
Adik pun kedek-kedek masuk tandas. Easy peasy.
Saya tunggu depan tandas beri arahan satu per satu. Berjaya dengan cemerlang.
Teringat suami cerita masa kecil kena mengasuh adik, kalau part basuh najis memang lari sebab muntah. Sampai lah dah ada anak sulung baru boleh handle najis anak sendiri. Kasih sayang bapa.
Gambar dari FB Insyirah Soleha.
Semoga 20 tahun mendatang, anak-anak lelaki kami jadi suami yang menyantuni isteri dan anak-anak mereka. Menyayangi anak perempuan dari ibubapa mertua mereka.
Tiada kebanggaan dengan jantina anak, mereka semua perlu diberi kasih sayang dan ilmu kehidupan dunia dan akhirat.
Ada anak perempuan, Allah muliakan.
Ada anak lelaki, tetap juga Allah muliakan.
Semoga Syurga jadi motivasi kita untuk hidup di atas dunia.
Seperti yang kita maklum, sebaik seorang wanita itu suci dari darah haid perlu segera menunaikan ibadah terutamanya urusan solat.
Walaupun begitu, ada kalanya darah haid berhenti ketika kita ada urusan di luar contohnya di pejabat. Keadaan itu menyukarkan untuk mereka mandi wajib.
Jika situasi ini berlaku sudah tentu kita tidak boleh solat kerana belum membersihkan diri dengan mandi wajib.
Dalam bab ini, bagaimana hukumnya melambatkan mandi wajib sedangkan darah sudah habis ketika masuk waktu Zuhur.
Menurut pendakwah dan penulis, Ustaz Mustafar Mohd Suki, dalam perihal haid, hukum asal solat bagi wanita yang datang bulan adalah dilarang sama sekali.
Ia berdasarkan hadis Saidatina Fatimah binti Abi Hubaisy dalam Riwayat al-Bukhari dan Muslim yang mana Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila kamu didatangi haid, maka tinggalkan solat, apabila tempohnya sudah berlalu hendaklah kamu mandi dan bersihkan darah lalu dirikan solat.”
Agamawan itu turut mengemukakan pandangan Imam al-Nawawi dalam kitabnya, Syarah Sahih Muslim bahawa ulama telah sepakat wanita perlu meninggalkan solat ketika datang haid.
“Adapun jika berlaku seperti keadaan seperti di atas, dalam keadaan telah suci, tetapi kesukaran untuk mandi di pejabat, maka, wajib baginya untuk menggantikan (qada) solat yang ditinggalkan.
“Ini sepertimana disebutkan oleh Sheikh Hasan al-Kaf dalam kitabnya, al-Taqrirat al-Sadidah pada bahagian ibadah. Di samping itu, mohon istighfar kepada ALLAH SWT atas kekurangan yang berlaku,” katanya.
Usah pandang remeh tentang bab-bab ibadah ini. Kepada para wanita, pekalah tentang perihal period masing-masing.
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...