Sebaik lafaz ijab dan kabul itu sah, maka ikatan suami isteri juga termeterai. Setiap pasangan bukan sahaja berkahwinan dengan pilihan dicintai, tetapi juga turut berkahwin dengan seluruh anggota keluarga.
Jadi hubungan dengan mentua perlu rapat dan baik kerana mereka juga menjadi sebahagian ahli keluarga. Sayangi dan hormatilah mentua seperti mana kita menghormati kedua bapa sendiri.
Pengasas Kosmetik dan Jamu, Bonda Rozita Ibrahim yang dilihat begitu rapat dengan menantunya, Datin Seri Shahida yang merupakan isteri kepada Jutawan Kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri.
Hubungan mereka sangat baik, malah baru-baru ini kedua-duanya juga dilihat mengerjakan ibadah haji bersama-sama.
Ads
Dalam satu perkongsian di laman Instagram, Bonda Rozita memberitahu menantunya itu bukan sahaja berperanan sebagai menantu, tetapi juga sahabat baiknya yang sangat sabar menempuh pelbagai ujian.
Biarpun antara kedua-duanya tiada pertalian saudara, tetapi Bonda Rozita memandang tinggi dan begitu memuliakan wanita itu sebagai ibu kepada cucu-cucunya.
Sebagai menantu, Datin Seri Shahida juga turut membalas komen pada posting berkenaan dan berkata beliau berterima kasih dan juga turut memberitahu amat menyayangi ibu mentuanya itu dunia akhirat.
Ternyata saling memuji antara satu sama menjadi rahsia ukhwah antara keduanya yang kekal utuh terjalin.
Kalau tidak kerana agama, mana muungkin dia sehebat ini
Menantu dn sahabat baik sy yg sabar dalam ujian , kalau tidak kerana agama mana mungkin dia sehebat ini..Meskipun dia anak org tp sy memuliakan dia ibu kpd cucu2 sy yg solehah
Renungan bersama..Rezeki dtg bersama ujian yg kuat..Semua manusia diuji dn xlepas dr kedukaan dn kecewa..benda paling sakit bukan isi dunia tp sbb Manusia
Sabar menjadikan kita dapat menahan dan mengawal diri, dapat menjauhi kita dari maksiat dan hadapi kesusahan
Smua masalah jadi krn kita xdpt menahan diri..xdpt mngawal diri atau sbb kita tidak sabar.. Sabar itu adalah kemampuan seseorg menahan dn mngawal dirinya shingga sikap yg dilakukan disukai oleh Allah..Sabar dlm taat..sabar ketika mnjauhi maksiat..dn ketika hadapi kesusahan..
Jangan balas keburukan walaupun orang sakitkan hati kita…
Trutama mengawalkn niat kita shingga smua dikawal dgn sbaik2nya.. Ciri org yg boeh mngawal smua dgn baik akn rasa tenang pd dirinya..dn klu kita sdh selesa tenang dgn diri kita..insyaAllah org lain jg akan merasainya bila bersama kita.. Kebaikan slalu mndatangkn ketenangan..keburukkan dn dosa..akn mndtgkn kesengsaraan..
Mudah2an kita sntisa dpt mngawal dn menahan diri dr apa jua kita buat hnyalah utk kebaikan..kebaikan..dn kebaikan.. Yg diterima oleh Allah SWT..ameen ya rabb..
“Sabar adalah sikap yg sgt disukai oleh Allah SWT..dn dgn sabar kita akn merasa tenang dn aman..”
Jangan balas keburukan walau orang sakitkan hati kita @shahidadherbs
Ibu adalah insan yang perlu kita sayangi hingga ke akhir hayat. Selagi dia hidup, selagi itulah sebagai anak kita perlu membahagiakan dirinya.
Bukan hanya beri wang ringgit, sebaliknya cukuplah sekadar mencurahkan kasih sayang sewajarnya. Memastikan dirinya mempunyai tempat tinggal yang selamat, sempurna dan boleh didiami hingga hujung nyawanya.
Namun ada segelintir masyarakat hari ini sewenang-wenangnya membiarkan ibu mereka ini tanpa kasih sayang dan penjagaan secukupnya. Dalam usia masih tua sanggup membiarkan mereka bekerja tanpa ada rasa kasihan.
Mungkin ada sebab anak-anaknya memperlakukan ibu mereka begitu dan salah satunya disebabkan taraf kehidupan atau sebab lain.
Seperti perkongsian lelaki ini yang dilaman sosial twitter menggunakan akaun nama @AizatAzroy menceritakan kisahnya yang menolong seorang warga emas untuk pulang ke rumahnya.
Dari cerita makcik itu, dia mempunyai seorang anak perempuan tetapi tidak mahu menyusahkan mereka sekeluarga. Lalu mengambil keputusan hidup sendiri dengan kudrat yang dia ada bekerja untuk menampung hidup.
Aku terjumpa makcik ni dia mintak tumpangkan dia balik rumah. Apa yang aku nak cerita bukan nak tunjuk aku baik tpi nak share biar jadi pengajaran untuk semua.
Aku jumpa makcik dekat jalan besar menghala johbase. Dri jauh nampak dia nak pitam. Terhuyung hayang berjalan sambil bawak barang barang rumah. Dlam plastik tu aku nampak biskut kering dgan teh serbuk. So aku follow slow blakang dia tkut jadi apa apa.
Dalam otak nak biarkan je makcik ni. Bukan masalah aku kan. Tpi hati ni tk sampai hati nak biar. So aku stop aku tanya makcik nak pegi mana. Dia cakap dia nak balik rumah dekat yap tau sah. Aku tak cakap banyak suruh dia naik lori aku.
Dalam perjalanan tu makcik ni cerita lah kenapa apa terjadi. Makcik tu ckap dia tk sihat dah 2 hari tapi terpaksa jugak kerja. Makcik ni kerja basuh pinggan je dekat bandar dekat dgan flat. Gaji pon rm20 sehari. Aku nk hantar dia pergi hospital dia cakap taknak.
So dia mintak aku belikan minyak cap kapak je. Time nk turun pegi kedai dia hulur aku duit rm20 sekeping duit gaji dia harini. Ya Allah sedih. Aku ckap tkpe la makcik. Dia seboleh boleh nk bg aku duit tu. Lepas beli aku bg dia. Dia tk berhenti ckap trima kasih.
Dia cakap cukup lah dengan minyak kapak ni makcik berubat. Esok elok la ni. Aku tanya la kt makcik tu. Anak tkde ke makcik. Dia ckap ada sorang. Tpi perempuan. Dia mcm berat nak cerita kat aku. Aku pon diam jela. Tapi lama jugak dia diam. Bru dia start cerita.
Anak perempuan dia ni dah berkahwin. Tpi tk pernah tgok dia kt rumah. So basically makcik ni hidup sorang. Makcik tu ckap rumah anak dia dkt kluang jugak. Tpi dia tknak dtang sana sebab tknak kacau anak dia dgan suami dia.
Dia cerita yang bil air rumah dia duduk sekarang baru kena potong . Sampai roundabout yap tau sah aku tanya mana rumah makcik. Dia ckap rumah dia dekat jalan sawi tpi dekat hujung sungai. Dalam hati aku. Mana ada rumah dekat situ
So dia tunjuk la jalan rumah dia. Memang hujung sungai eh rumah dia. Jalan boleh muat 1 lori aku je ni haa. Makcik tu cakap ni rumah pprt. Sampai dekat jambatan je boleh muat lori aku. Aku tk dapat hantar makcik ni sampai rumah dia.
Makcik tu cakap tkpe. Smpai sini pon dah ckup. Dia berterima kasih dgan aku sepanjang perjalanan tu. Aku nak hulur duit dekat makcik ni. Dia tolak. Dia yg nk bg duit kat aku ada laa. Haha semoga dipermudahkan urusan ye makcik. Aminn
This is first time aku sendiri jumpa orang mcmni. Selalu aku tgok dalam drama tv je hidup mcm makcik ni. Tpi Allah nk tunjuk dekat aku. Aku bersyukur sebab walaupun aku dah tkde mak ayah. Dapat bantu makcik tu pon dah lega.
So hargailah mak ayah korang ye. Jangan time claim harta bru korang sibuk nak balik rumah tgok mereka. Doakan jugak dkat arwah mama dan pap aku. Al fatihah untuk semua. Yang baik datang dari Allah. Yang buruk datang dari manusia tu sendiri. Wallahualam.
SubhanaAllah. I dont expect this thread will blow up. Tkde ape nak promote. Just doakan aku dapat tunaikan impian solat di semua masjid di Johor. Aminn
Ternyata perkongsian ini mengundang simpati warganet. Posting ini telah diretweet hingga lebih 10 ribu dan 13 ribu butang like. Masing-masing memuji sikap lelaki ini yang membantu makcik berkenaan.
Tahniah bro, semoga murah rezeki
Yang ada mak, ayah, sayang & hargailah mereka
Semoga kehidupan Tuan dirahmati Allah
Hanya mampu berdoa
Sumber :Twitter Aizat Azroy
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
“NAK MENGAJI TAK RETI, JADI DOA INILAH YANG IBU AMALKAN DARI MULA KENA STROK SAMPAILAH ALLAH IZINKAN UNTUK SIHAT SEMULA…’
Allahuakbar, sebaknya saat mendengar luahan wanita tabah ini. Dia suka gelarkan diri sebagai “Ibu”.
Jika dilihat dari luaran, kita tidak akan pernah menyangka bahawa beliau pernah lalui banyak ujian yang sangat hebat dalam kehidupan. Kemudian saya bertanya, “Kenapa ibu menangis?”
Doa Inilah Ibu Amalkan
“Ibu tak pandai mengaji, Ustazah. Tapi bila Allah uji dengan macam-macam dugaan, antaranya saat ibu kena strok teruk beberapa tahun lalu, doa inilah yang ibu sentiasa amal lepas dengar dari kuliah Ustazah.”
Lalu dia pun bacakan doa itu khusyuk sepenuh hati sambil pejamkan mata, dengan air matanya deras berlinangan, tanda terlampau hiba saat menghayati makna doa.
Maksudnya: “Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia, berikanlah kami kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari seksa api neraka.”
(Surah al-Baqarah: Ayat 201)
Dari Mula Kena Strok Sampai Sihat Semula
Tuan Puan,
Mungkin bagi sebahagian daripada kita, ini doa yang sudah biasa kita baca hari-hari. Kadang kita baca laju tanpa hayati, lalu tak sedar betapa besarnya maksud doa ini.
Namun di sana ada seorang insan, yang tidak tahu pun untuk mengaji. Tapi saat membacakan doa yang kita rasa biasa ini, dia menangis dan membacakannya sepenuh hati. Subhanallah.
Sungguh, sangat banyak pengajaran yang saya sendiri pelajari dari sahabat-sahabat yang hadir, semuanya menjadi sebuah muhasabah dalam menempuhi kehidupan.
‘Selagi bernafas, mak adalah tanggungjawab saya.’ Berkat ikhlas jaga ibu, lelaki ini dapat tajaan tunai umrah bersama ibunya.
Benarlah bila kita ikhlas melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan apa pun, pasti Allah akan kurniakan sesuatu di luar jangkaan sama ada cepat atau lambat.
Tiada kata dapat diungkap selain rasa syukur ke hadrat Ilahi apabila Yayasan Raja Shamri (YRS) menaja lelaki ini yang merupakan seorang penoreh getah untuk menunaikan ibadat umrah.
Zulkifli Hussin, 55, menganggap peluang menginjak kaki ke Tanah Suci itu berkat usahanya yang ikhlas menjaga ibu, Minah Mamat, 88, selama ini.
Mak Adalah Tanggungjawab Saya
Menurutnya, ia harus disyukuri apatah lagi dia bukan dalam kalangan orang senang kerana hanya mengambil upah menoreh getah untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama ibu.
“Saya sentiasa berdoa agar dapat menjejakkan kaki ke Makkah dan beribadah kepada-Nya. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan dan kini semuanya bakal menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tasek Bakong, Rantau Panjang, Kelantan.
Berkat Ikhlas Jaga Ibu
Sebelum itu, dua beranak itu menerima kunjungan daripada Pengasas YRS Raja Shamri Raja Husin yang pada masa sama turut menyampaikan sumbangan wang tunai bagi meringankan beban mereka.
Bercerita mengenai dirinya, Zulkifli masih bujang dan tidak mahu terlalu memikirkan soal jodoh kerana ingin fokus menjaga ibunya yang hanya mampu mengesot untuk bergerak, selain tidak dapat melihat jelas susulan implikasi sakit kencing manis.
Lelaki Ini Dapat Tajaan Tunai Umrah
“Sebelum saya keluar menoreh, sudah menjadi rutin harian untuk menguruskan ibu termasuk memastikan dia sudah mandi dan diberi makan sebelum ditinggalkan untuk bekerja mencari wang menyara kehidupan kami dua beranak.
“Selagi ibu bernafas, menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga ibu sehingga ke akhir hayat,” katanya.
Menjadi kebiasaan bila tiba perayaan tahun baru Cina, kaum Melayu turut meraikannya. Terutama bila ada ramai kalangan sahabat berbangsa Cina.Bukan sekadar ada makan-makan tapi...