Menunaikan haji ialah rukun Islam yang kelima setelah syahadah, solat, puasa dan zakat/fitrah. Menunaikan ibadah haji adalah bentuk ritual tahunan yang dilaksanakan kaum muslimin dan muslimat sedunia yang mampu dari segi material, fizikal dan mental. Kebiasaanya ramai yang menggunakan perkhidmatan kapal terbang dan juga kapal laut untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah.
Namun bagi pemuda yang bernama Mochammad Khamim Setiawan, pemuda ini berjaya sampai ke Makkah dengan hanya berjalan kaki sejauh 9,000 kilometer dalam tempoh tidak sampai setahun. Tiada yang mustahil untuk dilakukan asalkan ada kemahuan. Kata pepatah, jika ada kemahuan, di situ pasti ada jalan.
Meskipun ini kisah musim haji tahun lalu namun ia cukup menjadi inspirasi bahawa jika kita berniat ikhlas untuk melakukan sesuatu ibadah maka Allah akan mudahkan segala urusan. Hanya berbekalkan niat dan berazam untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan haji, impian pemuda bersemangat waja ini menjadi kenyataan.
BERJALAN KAKI
Mengimbas kembali pengembaraan Khamim, dia memulakan perjalanan dari daerah Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia pada 28 Ogos tahun 2016. Pemuda yang selesa disapa dengan panggilan Aim ini berkelana ke Makkah hanya dengan membawa sebuah beg galas. Di dalam beg galas itu diisi dengan senaskhah al-Quran, beberapa helai pakaian, sarung kaki, khemah dan beg tidur, telefon pintar, GPS serta wang tunai berjumlah kira-kira tiga juta rupiah (RM955).
Ads
Tidak dapat dinafikan bahawa memang pada mulanya pihak keluarga Khamim agak keberatan dengan hasratnya itu. Mungkin juga mereka kurang yakin dengan kemampuan Khamim untuk berjalan kaki sejauh 9,000 kilometer. Larangan abangnya yang memaksa Khamim untuk melupakan hasratnya untuk berjalan ke Kota Makkah juga langsung tidak mematahkan semangat Khamim untuk meneruskan hasrat murninya itu. Malah ia membuatkan Khamim lebih bersemangat untuk merealisasika impiannya agar menjadi kenyataan.
Nyata Khamim seorang anak muda yang kuat semangatnya. Ujar bapa Khamim, Syaufani Solichin, apabila Khamim mahukan sesuatu, dia akan bertekad untuk melakukannya sehingga berjaya. Tidak ada perkara yang akan menghalangnya. Dia adalah seorang anak muda yang mempunyai daya keyakinan diri yang sangat tinggi.
Khamim bersama bapanya, Syaufani Solichin.
Sepanjang ‘pengembaraan’ Khamim ke Tanah Suci, Khamim memilih untuk berjalan kaki pada waktu malam. Dia mampu mencapai jarak sejauh 50 kilometer sehari jika sihat. Namun jika dia sakit, dia hanya mampu berjalan sejauh 10 kilometer sehari jika kakinya sakit. Khamim akan berhenti berehat di masjid, bangunan awam dan rumah penduduk.
HANYA DUA KALI JATUH SAKIT
Ads
Sepanjang mengharung perjalanan yang panjang dan penuh mencabar itu, Khamim tidak pernah meminta sedekah daripada orang ramai tetapi kerap berjumpa insan baik hati yang memberikannya makanan halal selain bertanyakan jalan ke Arab Saudi.
Dalam tempoh perjalanannya itu, Khamim hanya jatuh sakit sebanyak dua kali sahaja iaitu semasa berada di Malaysia dan India. Bagi memudahkan urusan perjalanannya, Khamim akan berhenti pada setiap kedutaan Indonesia yang dilaluinya bagi urusan visa dan membuat panggilan.
“Saya berazam mengerjakan haji dengan hanya berjalan kaki bukan kerana kekurangan wang tetapi saya percaya ia merupakan cara saya memperlihatkan ketakwaan saya kepada Allah dengan mempelajari Islam daripada pelbagai ilmuwan Islam selain berjumpa pelbagai orang dengan pelbagai latar belakang. Dengan cara ini saya dapat belajar budaya mereka dan menambah pengalaman,” katanya.
Ads
Sepanjang melalui tempoh pengembaraan yang panjang itu juga, Khamim merekodkan perjalanannya di setiap negara yang dilaluinya selain mengemas kini akaun media sosial miliknya bagi memaklumkan kedudukannya kepada ahli keluarga.
IMPIAN JADI KENYATAAN
Dan akhirnya penat jerih Khamim berbalas jua apabila pada 27 Julai 2017, Khamim akhirnya memuat naik gambar dia memakai pakaian ihram dengan berlatar belakang Kaabah. Dia tiba lebih awal daripada tarikh jangkaan ketibaannya di Tanah Suci iaitu pada 30 Ogos 2017, iaitu sehari sebelum Hari Wukuf.
Inilah kepuasan yang tidak terhingga kepada Khamim. Bukan sahaja dapat mengembara tetapi juga yang penting hasratnya untuk menunaikan rukun haji dalam usia yang masih muda (ketika itu usia Khamim 28 tahun) akhirnya menjadi kenyataan.
Sumber: Saudi Gazette
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Syukur alhamdulillah, ramai mendoakan saya.’ Tahniah Neelofa, hamil anak kedua. Akhirnya teka-teki tentang selebriti terkenal Neelofa yang didakwa hamil anak kedua terjawab.
Sebelum ini, teka-teki tentang kehamilan bekas pemenang Dewi Remaja 2009/2010 itu tercetus selepas tular video menunjukkan perubahan pada bahagian perutnya yang kelihatan bentuk ‘baby bump’ dalam media sosial baru-baru ini.
Dalam video tersebut, Neelofa memegang perutnya yang kelihatan semakin membesar sewaktu memberikan ucapan sempena ulang tahun kelahiran Bilal yang pertama pada 29 Januari lalu.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 34, mengiyakan dakwaan dirinya hamil anak kedua selepas berkongsi cabaran menunaikan ibadah umrah bersama keluarga baru-baru ini.
“Ya, half way to go (pertengahan jalan). Jadi faham-fahamlah. Orang pun sudah nampak kan? (perutnya). Ramai yang mendoakan saya sihat dan selamat.
“Ramai mendoakan saya perkara yang baik-baik, menghantar mesej dalam Instagram (DM) ucapan yang baik-baik. Syukur alhamdulillah,” kata Neelofa.
Ramai Mendoakan Saya
Menurut isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu lagi, dia bersyukur apabila urusannya dipermudahkan walaupun aktif bergerak ke sana sini untuk bekerja.
“Saya pun aktif pergi sana sini, dengan anak kecil lagi (Muhammad Bilal). Bukan mudah sebenarnya tapi urusan saya dipermudahkan,” ujarnya.
Di samping itu, tambah Neelofa, untuk kehamilan kali kedua ini, dia tidak kisah tentang jantina anak yang bakal dikurniakan asalkan bayi yang dilahirkan dalam keadaan sihat dan urusannya dipermudahkan.
Tahniah Neelofa
“Dari kehamilan pertama lagi saya tidak memilih (jantina). Saya okey sahaja. Alahan pun tidak teruk, alhamdulillah. Kalau dibandingkan dengan kenalan saya, ada yang tidak boleh bangun dari katil.
“Jadi saya sangat bersyukur. Dari segi perubahan bentuk badan, rasa, hormon berubah dan banyak lagi. Mereka yang banyak kali hamil sudah biasa dengan semua itu,” ulasnya.
Dalam masa yang sama, Neelofa berkongsi cerita mengenai kelakuan Bilal yang bakal menerima adik, Neelofa bersyukur anak sulungnya itu tidak banyak meragam.
Hamil Anak Kedua
“Bilal okey sahaja sebab dia pun sudah besar dan makin kenal orang. Saya rasa itu hanya mitos bila orang kata anak pertama akan meragam apabila bakal ada adik. Alhamdulillah semuanya okey sahaja,” ujarnya.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021 di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Bilal berusia setahun yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.
Kashoorga: Semoga Neelofa dipermudahkan urusan dan dapat melalui fasa kehamilan dengan baik.
Tiada apa yang lebih indah melainkan cinta selepas berkahwin.
Tiada sebarang kisah cinta digembar gemburkan di media massa, namun tahun baru 2022 disambut penuh bahagia oleh penyanyi yang aktif dengan kerja-kerja kemanusiaan, Heliza Helmi yang selamat disatukan dengan cinta hatinya, Dato Sri Mahadi Badrul Zaman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 1 Januari lalu.
Dapat dilihat, dirinya kelihatan malu-malu saat jarinya manisnya disarung cincin ketika majlis membatalkan air sembahyang saat sah bergelar isteri kepada suami tercinta.
Menjadi tumpuan ramai berikutan pernikahan ini, mengenakan busana menurut syariat sepenuhnya, Heliza Helmi tampil manis di majlis akad nikahnya.
Dan semalam, meraikan hari bahagia mereka di sebuah hotel, ramai menzahirkan rasa senang dan mendoakan pasangan ini kekal hingga jannah kerana majlis mereka dilihat tidak keterlaluan sebaliknya kedengaran alunan selawat Nabi saat pasangan bahagia ini berarak masuk ke dewan utama.
Bahkan dapat dilihat pasangan pengantin ini bersama-sama berselawat Nabi ketika majlis mereka berlangsung.
Dihadiri tetamu termasuk di kalangan alim ulamak seperti Ustaz Wadi Anuar, Ustaz Kazim Elias, Dato Dr Izhar Ariff bahkan ada lagi golongan beragama hadir termasuk Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah iaitu qari terkenal, Abdul Karim Omar, Ustaz Haslin Bollywood serta ramai lagi sekaligus ramai mengakui berasa tenang dan dianggap wedding of the year oleh kebanyakan peminat Heliza.
Tidak hanya golongan agamawan, kelihatan Datuk Sri Siti Nurhaliza turut hadir dan menyanyi lagu Mikraj Cinta di majlis penuh baraqah ini. Dapat dilihat di majlis ini penuh keberkatan dengan kehadiran para ilmuan bahkan pakaian tetamu-tetamu juga sangat sopan sekaligus majlis resepsi penuh gah ini berunsurkan keislaman sepenuhnya.
Didoakan agar pasangan pengantin ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat mereka. Sumber Tik Tok @ummupresint17
Setiap hari kita mendapat laporan terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung perkembangan terkini penularan wabak COVID-19 ini.
Berita itu disampaikan melalui sidang media/akhbar ataupun di muat naik melalui hantaran di media sosial. Bahkan setiap cara atau kempen bagaimana menangani penularan ini juga disalurkan melalui media sosial.
Dan saban hari juga kita akan melihat susuk tubuh lelaki ini memberitahu perkembangan terkini dengan suara yang cukup tenang, perlahan walau dalam apa jua situasi.
Ternyata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah juga sebenarnya adalah hero kita bersama barisan hadapan dalam menangani krisis ini.
Perkongsian menarik di laman sosial Facebook menggambarkan keperibadian beliau yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan sejak tahun 2013 lagi.
Wajah beliau tampak penat. Beliaulah hero kita semua bersama pasukan barisan hadapan. Saban hari pakar bedah yang juga Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia akan menyampaikan maklumat terkini berkaitan virus Covid-19 yang melanda negara. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, anak kelahiran Sepang Selangor.
Dato’ Dr. Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 1 Mac 2013. Setelah memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah sejak 1 Feb 2008, Datuk Dr Hisham adalah pakar bedah dan pentadbir yang terlatih.
Beliau juga merupakan pakar bedah kanan dan pakar bedah endokrin di Hospital Putrajaya. Dato’ Dr Hisham, yang mempunyai ijazah Sarjana dalam Pembedahan dan ijazah Kedoktoran Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan pada bulan Ogos 1988.
Beliau kemudiannya menjadi pakar dalam pembedahan endokrin dan melakukan latihannya di pelbagai universiti di Adelaide dan Sydney di Australia. Beliau mempunyai banyak penerbitan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa dan menulis banyak bab teks dalam pembedahan endokrin.
Marilah kita sama sama doakan beliau dan pasukan barisan hadapan negara dapat menangani wabak ini, diberi kekuatan dan kesihatan yang baik, serta berjaya menyelamatkan negara kita dari serangan Covid-19.
Terima kasih Doktor..Terima kasih nurse, pembantu perubatan, atendan, pemandu ambulans, Polis, tentera dan seluruh pasukan yang terlibat.
Anda hero rakyat Malaysia.
Kita juga boleh membantu dan menjadi hero dengan #stayAtHome
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tindik hidung antara trend yang diikuti ramai tak kira umur dan jantina. Ia dibuat demi menonjolkan identiti, gaya diri atau sekadar mengikuti tren.Semua tahu...