Sebaik berkahwin pastinya kita mahukan rumahtangga dibina berkekalan hingga ke jannah.
Dan setiap pasangan itu sangat digalakkan untuk saling mendoakan satu sama lain. Tidak kira di mana saja, doakanlah pasangan kita sentiasa dilindungi, dijauhkan dari segala perkara tidak baik dan dimurahkan rezeki oleh Allah.
Terdapat koleksi doa yang boleh isteri pohon untuk kebaikan suami. Amalkan setiap kali selepas solat dan InsyaAllah Tuhan itu Maha Mendengar dan Mengetahui.
Doa 1 Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik si sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.
Doa 2 Ya Allah, jadikanlah hambamu ini dicintai oleh suami dengan rahmat-mu wahai Zat Yang Maha Penyayang DiAntara Para Penyayang.
Doa 3 Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah. Jika masih di langit, maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertanam di dasar Bumi hanya Engakulah yang mampu mengeluarkannya.
Ads
Doa 4 Ya Allah, berkahilah rezeki yang diperoleh suami hambamu agar membawa kebaikan kepada kami sekeluarga di dunia dan di akhirat.
Doa 5 Ya Tuhanku, berikanlah suami hamba balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku dan pahala yang sebesar-besarnya atas kasih sayang yang suami hamba limpahkan.
Doa 6 Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan curahan rahmat-Mu.
Doa 7 Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan syaitan dan dari mimpi-mimpi buruk (HR. Ibn as-Sani)
Doa 8 Ya Allah, aku memohon curahan cinta-Mu dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu, serta memohon curahan amal yang dapat mengantarakan diriku.
Ads
Doa 9 Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Doa 10 Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar terbuka hati untuk berbuat kebajikan dan menjauhi kemungkaran.
Doa 11 Ya Allah bukakanlah bagiku hikmahmu dan limpahkanlah padaku keberkahanMu, wahai Pengasih dan Penyayang.
Ads
Doa 12 Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar, dan keluarkanlah pula aku secara keluar yang benar.
Doa 13 Ya Allah, berilah kesihatan dan kemudahan rezeki kepada kami, dan selalu jadikan kami berada di jalanMU yang lurus.
Doa 14 Ya Allah Ya Rabb.. Segala Puji bagiMu, yang telah mempertemukan kami dengan RamadhanMu.. Semoga kami bertemu RamadhanMu selanjutnya.
Doa 15 Ya Allah Ya Rabb.. Aku berdoa untuk semua hati yang menangis kerana kepahitan hidup. Bantulah kami Tuhanku untuk menjadi manusia-manusia yang terus berharap kepadaMu
Doa 16 Ya Tuhanku, berkati aku dan keluargaku di setiap saat. Lindungilah kami dan jauhkan kami dari kemungkaran dan orang-orang yang berniat jahat kepada kami.
‘Sampai masa seimbangkan dunia dan akhirat.’ DJ Lin bertudung, kini akui dirinya lebih tenang. Ternyata sampai suatu akan timbul kesedaran untuk kita berubah ke arah yang lebih baik.
Apatah lagi sesusah satu demi satu ujian menimpa. Sudah tentu ia menjadi titik tolah untuk kita menjadi manusia yang lebih baik seperti mana yang dilalui oleh DJ Lin.
Memetik laporan Harian Metro, penyampai radio Suria FM, DJ Lin, 47, mengalirkan air mata ketika berkongsi cerita penghijrahannya yang kini sudah bertudung selepas pulang dari mengerjakan umrah, baru-baru ini.
Jelas DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid yang juga Pengurus Besar Suria FM, pemergian ibu, Puteh Jantan tahun lalu dan abangnya, Mohd Yusof Abdul Majid tahun ini, sangat memberikan keinsafan buat dirinya.
Seimbangkan Dunia & Akhirat
“Sepanjang tempoh 23 tahun saya menghambakan diri dalam bidang radio, arwah mak pernah cakap, fokus saya nombor satu pada kerja dan keluarga pula jatuh nombor dua.
“Bila orang lain pulang ke kampung, saya pula sibuk bekerja di pejabat kerana sayang sangat dengan Suria FM yang dianggap seperti ‘baby’ saya ini,” katanya.
DJ Lin Bertudung
Menurut DJ Lin lagi, pemergian dua anggota keluarga terdekat itu membuatkan dia terduduk dan sedar sebagai manusia kita perlu kembali kepada fitrah sebagai hamba Allah.
“Bila arwah mak dan abang meninggal dunia, baru saya sedar adakah saya terlalu mengejar urusan dunia dan hal keduniaan? Sampai masanya, saya seimbangkan urusan dunia dan akhirat sekarang,” katanya.
Kini Lebih Tenang
Bercerita lanjut mengenai penampilan dirinya yang sudah bertudung, DJ Lin telah memutuskan untuk menutup aurat sepenuhnya sebaik saja kembali dari Makkah.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana akhirnya hati terbuka untuk menutup aurat sepenuhnya kerana memang sudah lama saya merancang untuk bertudung.
“Waktu di Makkah dan Madinah, saya memang pakai tudung labuh dan ada masanya berniqab di Tanah Suci.
“Saya percaya ia petanda yang baik kerana hati berasa tenang dan damai sepanjang di sana hingga saya sudah pasang niat untuk bertudung sebaik saja kembali ke tanah air,” katanya.
Ia adalah kali ketiga Lin mengerjakan umrah selepas 2012.
Selalunya waktu musim Haji keadaan cuaca sangatlah tidak menentu. Kepanasan cahaya matahari yang melampau di Tanah Suci ekoran cuaca panas ada kalanya boleh mencecah sehingga 44 darjah celsius. Di waktu-waktu begini amat penting bagi setiap jemaah Haji untuk menjaga kesihatan.
Cuaca Tanah Arab yang kering dan panas sangat memberi kesan kepada para jemaah Haji. Jelas ketara perbezaan purata suhu dan kelembapan di Tanah Arab. Keadaan ini menyebabkan kulit kita yang sudah biasa dengan tahap kelembapan yang tinggi mudah menjadi kering.
Para jemaah juga perlu berhati-hati agar tidak terlalu terdedah kepada cuaca panas. Minum air secukupnya bagi menghidratkan tubuh terutama semasa beribadah di Mina dan juga di Muzdalifah. Amat penting untuk kita mengekalkan kelembapan kulit sepanjang mengerjakan Haji. Antara masalah yang sering dihadapi oleh jemaah Haji adalah masalah kulit kering.
Tanda-tanda kulit kering:
*Kulit jadi gatal dan bersisik
*Kulit kemerahan dan pedih
*Kulit terasa tegang
Melakukan ibadah Haji dalam keadaan kulit kering akan mendatangkan ketidakselesaan. Ia juga boleh mengganggu konsentrasi untuk beribadah dengan baik. Bukan itu sahaja, penambahan kos dalam bajet Haji turut berlaku disebabkan perlu membeli ubat yang mahal di farmasi di sana.
Berikut dikongsikan LIMA tip untuk mengekalkan kelembapan kulit sepanjang menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci.
1. Boleh bawa halwa kundur. Rendam dalam botol mineral dan sejukkan dalam peti sejuk. Minum sekerap mungkin bagi mendapatkan kulit yang lembut dan lembap.
2. Biji selasih (basil seeds)/getah anggur juga sesuai direndam dan di minum di kala terasa panas badan. Amat penting untuk memastikan tubuh cukup air agar kulit kekal segar dan tidak kering.
3. Minum banyak air zam zam untuk mengelakkan hidrasi air dalam badan.
4. Kerap mandi dan elakkan daripada menggunakan sabun sebaliknya gunakan gel mandian bagi mengekalkan kelembapan kulit.
5. Satu lagi cara untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah dan tubuh ialah dengan ‘bantuan’ Bio-Oil Dry Skin Gel. Di samping mengatasi masalah kulit kering, gel ini meningkatkan tahap hidrasi pada kulit. Istimewanya produk terbaharu Bio-Oil ini menggunakan teknologi baharu menggantikan air dengan minyak dan menjadikan produk ini 100 peratus aktif.
Gabungan Shea Butter dan Niacinamide B3 membentuk lapisan ‘perlindungan’ pada kulit. Ia memelihara kulit daripada kehilangan kelembapan, sementara kombinasi Urea dan Glycerine pula berfungsi menarik kelembapan kembali kepada kulit. Dalam masa yang sama juga ia mengunci kelembapan bagi mengelakkan kulit menjadi kering, merekah dan iritasi.
Formulasi Chamomile yang terkandung dalam produk ini pula berfungsi memberi ‘kelegaan’ dengan haruman yang begitu menenangkan. Jadi ia sesuai sekali untuk dibawa ketika menunaikan ibadah Haji bagi memastikan kesihatan kulit kekal sihat.
Bio-Oil Dry Skin Gel telah diuji secara klinikal. Hasil ujian klinikal membuktikan bahawa 82% peserta mengakui bahawa keadaan kulit kering mereka bertambah baik selepas dua hari penggunaan.
Ianya sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif dan tidak menyumbat liang-liang pori. Kandungan air serendah tiga peratus dalam produk ini cukup untuk membolehkan bahan aktif berfungsi dengan cekap. Paling utama produk ini juga bersifat ringan, tidak melekit dan mudah meresap ke dalam lapisan kulit.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua bakal-bakal tetamu Allah. Kini, anda tidak perlu runsing untuk mencari produk yang sesuai dibawa ketika menunaikan Haji bagi memastikan kulit kekal sihat sepanjang menunaikan ibadah Haji.
Bunga Telang merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok lain, tiang, pagar atau kayu sokongan. Ketinggiannya mampu mencapai antara tiga hingga empat meter bergantung kepada lilitan. Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar.
Jika di Kelantan, bunga ini juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Bunga Telang atau nama saintifiknya, Clitoria ternatea selain sering digunakan dalam masakan dan minuman juga punya banyak manfaat kesihatan.
Berikut perkongsian daripada Dhia Raihana Aryan tentang khasiat air telang selasih lemon yang baik diamalkan untuk manfaat kesihatan.
Menjadi kebiasaan bila tiba perayaan tahun baru Cina, kaum Melayu turut meraikannya. Terutama bila ada ramai kalangan sahabat berbangsa Cina.Bukan sekadar ada makan-makan tapi...