Isi Kandungan
ToggleBakat seni adalah satu anugerah tidak ternilai dari Yang Maha Esa. Ada orang dikurniakan suara yang sedap, pandai melukis da tidak kurang juga yang berbakat dalam seni tulisan tangan.
Seperti yang viral di media sosial baru-vbaru ini, seorang pengguna Twitter Ahsanul Fikri berkongsi mengenai tulisan tangannya yang mendapat perhatian ramai.
Ahsanul berkata tulisan tersebut dipanggil sebagai penulisan tahriri iaitu salinan tulisan tangan ayat Quran.
Menurutnya, gambar yang dimuatnaik olehnya diambil semasa menjalani pengajian Persijilan Tahfiz di Darul Quran tahun 2017/2018.
Antara keperluan program itu ialah perlu membuat salinan bertulis tangan ayat Quran yang dihafal dan beliau telah berjaya menyalin 30 juzuk ayat Al-Quran.
Tambahnya lagi, dia telah belajar tulisan tersebut sejak dari sekolah menengah lagi iaitu pada usia 13 tahun.
Ahsanul yang kini berusia 21 tahun dan belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata pada awalnya agak susah untuk membuat tulisan tersebut dan menghadapi beberapa kesalahan seperti tersilap baris dan tertukar ayat.
Namun dengan hasil latihan yang kerap, ia dapat dilakukan dengan mudah dan sehari boleh menulis sebanyak sejuzuk.
Walaupun dia kini tidak lagi membuat penulisan tahriri namun dia tetap membelek ayat-ayat tersebut dan menyemak semula hafalan.
Tenyata sebaik di muat naik, posting ini mendapat perhatian di media sosial. Rata-rata memberikan komen positif dan memuji tulisan tangan berkenaan.
Lawalah tulisan tangan…
Thank U so much
Ya Allah cantiknya
Artikel Berkaitan: Pemuda Tahfiz Ini Hadiahkan Al-Quran Tulisan Tangan Sendiri, Sebagai Hantaran Kahwin Buat Isteri Tersayang
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Tenatnya Anak Muda! Social Experiment Buktikan Lebih Kenal Artis Dari Lafaz Niat Solat Asar
Lelaki itu imam kepada isteri dan bakal anak-anaknya. Bahkan tanggungjawab lelaki juga sangat besar. Selain mencari nafkah untuk keluarga, tugas terberat mereka juga adalah memastikan anak dan isterinya tidak terseret ke neraka Allah.
Tidak hairanlah suami perlu mendidik anak isterinya mengikut jalan kebenaran dan bukannya hanya memikirkan keseronokan dunia semata-mata. Ramai bergelar lelaki namun belum ramai mampu memikul amanah sebagai seorang suami iaitu membawa isterinya bersama ke syurga Allah.
Berbicara mengenai anak muda, satu social experiment dari akaun Tik Tok @Vilda_E dari negara seberang membuktikan anak muda ditemuramahnya lebih kenal artis berbanding siapa nama isteri Rasulullah dan lebih malang, tidak mampu menghafal niat solat Asar. Seolah membuktikan bahawa hidup ketika usia muda adalah untuk keseronokan semata-mata.
Dengan penampilan berjilbab sepenuhnya, @vilda_emon telah membuat temuramah secara rawak kepada generasi muda yang bercouple.
Awalnya dirinya menunjukkan gambar seorang artis dan kemudian pasangan remaja ini mengatakan itu adalah Fuji bahkan tahu siapa pasangan kekasih kepada artis tersebut.
Kemudian dirinya menyoal, siapakah isteri pertama Rasulullah dan pasangan ini kelihatan keliru sebelum remaja perempuan menjawab Aisyah (sedangkan nama isteri pertama Nabi ialah Siti Khadijah) manakala remaja lelaki hanya mampu berdiam diri.
Ia kemudian dilanjutkan dengan pertanyaan adakah mereka masih solat dan dijawap ia. Dan menyuruh mereka membaca lafaz niat solat Asar dan ternyata mereka gagal menjawapnya terutama lelaki.
Dari social experiment ini, rata-rata netizen menyuarakan rasa sedih mereka. Kata mereka, niat solat Asar pun tak tahu, apa nak jadi dunia pacaran sekarang.
Kata mereka lagi, bagaimana nak bimbing anak orang kalau solat pun tak reti.
Wahai, anak muda ada masa untuk berubah. Begitu juga buat ibu bapa, sentiasalah ingatkan anak-anak tentang solat kerana kita akan ditanya di akhirat kenapa terus give up menegur anak bab solat.
Bahagikan masa ikut keperluan, tidak salah meminati hiburan namun jangan mengagungkan makhluk. Agungkan Allah di hati dan hidup kita. Dunia artis tidak akan membawa ke mana-mana. Jagalah solat kerana ia tiang agama. Jangan abaikan lima waktu ini kerana hidup kita tidak akan ke mana-mana.
https://www.tiktok.com/@vildaemon/video/7100795330542849306?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Doktor Gigi Ini Kongsi 15 Tip Bahagiakan Hati Suami, Salah Satunya Jangan Kedekut Puji Suami
Isi Kandungan
ToggleIbarat pokok yang memerlukan baja untuk terus hidup begitu jugalah dengan alam rumah tangga. Perlu dijaga agar terus hidup dan ‘berkembang.’
Kata pepatah, sedangkan lidah lagi terigigit, inikan pula suami isteri. Pepatah ini ada benarnya kerana tiada hubungan yang sentiasa sempurna. Tak dapat tidak, pasti ada gelora yang melanda.
Isteri pilihan hati adalah penyejuk hati suami walaupun apa jua masalah yang mendatang. Biarpun didatangi onak dan duri namun kebahagiaan tetap menjadi keutamaan.
Seorang isteri itu menjadi ‘nadi’ kebahagiaan sesebuah rumah tangga maka sebab itulah amat penting seorang isteri itu membahagiakan seorang suami.
15 TIP BAHAGIAKAN HATI SUAMI
1. Jangan terlalu mengongkong suami
2. Berilah perhatian pada suami walaupun anda sibuk
3. Jangan sesekali abaikan makan, minum dan pakai suami
4. Sekali sekali, izinkan suami keluar dengan teman-temannya
5. Percayalah pada suami
6. Jangan kedekut memuji suami
7. Kalau anda nampak suami keletihan dan kepenatan , urutlah dia dengan rela hati tanpa disuruh
8. Kalau suami tidak suka mengikut anda keluar membeli-belah, jangan paksa,minta izinnya untuk keluar seorang diri, bersama anak-anak atau rakan-rakan
9. Sentiasalah hadiahkan suami senyuman yang paling manis setiap masa
10. Jagalah penampilan anda khas untuk suami
11. Sentiasa beritahu suami dia seorang yang hebat
12. Jangan melarang suami melakukan apa yang diminatinya selagi tidak memudaratkan anda sekeluarga
13. Elakkan daripada menjadi pegawai penyiasat yang sentiasa ingin tahu apa yg suami buat dan ke mana dia pergi. Berikan dia sedikit ruang untuk dirinya sendiri
14. Selalulah ucapkan terima kasih pada suami
15. Beritahu suami betapa anda sayang dan cintakan dia dengan sepenuh hati
Sama-samalah membahagiakan hati suami/isteri kita… Semoga kita semua akan beroleh keluarga yang bahagia…
Sumber Kredit: Dr Suhana Abd Wahab
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Buat Umrah DIY Bersama 6 Ahli Keluarga. Lelaki Ini Kongsi Panduannya
Ramai yang berimpian membawa satu keluarga menunaikan umrah, sekali gus menjejakkan kaki kali pertama di Makkah. Namun begitu jika pemergian diurus oleh agen kosnya agak tinggi. Untuk seorang mungkin perlu menyediakan antara RM8-12k.
Namun begitu ada juga cara jimat untuk mengerjakan ibadah ini, iaitu secara DIY. Semuanya diuruskan sendiri dari tambang, tempat tinggal, perjalanan, ibadah dan sebagainya. Ia memang lebih menjimat hingga separuh daripada kos pergi menggunakan agen.
Umrah DIY ini juga dilakukan oleh Azizul Azli Ahmad bersama enam ahli keluarganya pada akhir bulan Ramadan baru-baru ini. Beliau turut berkongsi panduan lengkap mengenainya buat yang berhajat melakukannya. Berikut adalah perkongsian beliau
Panduan buat umrah DIY
Saya ada impian nak bawak semua 6 ahli keluarga tunaikan umrah pada 10 Ramadan terakhir. Kos yang 2 Travel agen tawarkan pada harga sekitar RM12k-15k biasanya untuk 10 Ramadan terakhir. Biasanya 12/8 malam biasanya. Saya tak lah ada banyak duit. Maka, saya rancang 18 hari dengan kos separuh dari itu.
1. Saya mulakan buat tempahan tiket pada bulan Januari. Waktu saya beli harga tiket seorang Kuala Lumpur – Jeddah – Kuala Lumpur adalah RM2100. Tambah cukai semua benda, harga tiket jadi RM2666 seorang pergi balik.
2. Carian penginapan di Mekah awalnya gagal, tidak ada yang sesuai dengan bajet kami awalnya sebab bilik mahal sangat jika nak dekat. Semalam sekitar RM2k-3k semalam, mana mampu.
3. Saya buat carian penginapan di Madinah dulu kalau begitu melalui Booking dot com. Di Madinah kami bercadang untuk tinggal selama 7 hari bermula raya kedua. Kos penginapan di Madinah di Hotel Al Mokhtara Diomand adalah SAR5181 (RM6781 semalam RM484)
Kami dapat dua kamar selesa, ada 6 katil, jarak 600 meter dari daratan Masjid Nabawi masuk melalui pintu 310, 316. Melalui Masjid Ali, Masjid Abu Bakar dan Masjid Ghaumamah. Lokasi sangat strategik dan baik. Hotel juga bersih dan selesa.
4. Penginapan di Mekah untuk 9 malam terakhir agak sukar dapatkan secara online walaupun sejak januari. Kerana harga yang ditawarkan terlalu mahal dan diluar dari bajet saya. Sepanjang Januari hinggalah Mac kebanyakkan bilik yang kami jumpa tidak memenuhi bajet atau jauh dari Masjidil Haram.
Ada yang semalam sampai RM12k untuk jarak kurang dari 20 minit jalan kaki. Kami tak mampu. Sebab itulah Cik Bee pun terkejut tengok harga DSV bayarkan!
5. Bulan Ramadan jika kita memilih bilik yang jauh, memerlukan kita menaiki bas waktu datang atau pergi. Akan sangat meletihkan. Dalam ibadah stamina kena jaga, apatah lagi kita sedang berpuasa, jaga isteri dan 4 orang anak anak dewasa pada saya.
6. Kami ditawarkan bilik awal di Aziyiah yang baik berkatil 6 pada kadar yang mampu. Akhirnya kami buat keputusan tolak sebab memang dah jangkakan Ramadan kali ini manusia akan luar biasa ramai.
7. Akhirnya kami dapat menginap di Thumuh Golden Hotel di Ajyad yang hanya 12 minit jalan kaki ke dataran halaman Masjidil Haram dengan kos RM1000 semalam bagi 7 malam dengan bantuan mutawif disana.
Saya tak galakkan pembaca saya tempah dan tinggal di Hotel ini kerana keadaan kamar yang tidak selesa dan bersih. Kami hanya ulang untuk tidur dan selebihnya banyak di Masjidil Haram sahaja.
8. Tempahan visa https://ksavisa.sa
Arab Saudi hanya kami lakukan seminggu sebelum berangkat pada penghujung bulan Mac. Ini bertujuan agar sah lakunya lama dan jika ada rezeki dalam tempoh setahun ini boleh kembali ziarah lagi. Kos visa pelancong adalah RM511 seorang.
9. Bayaran kos vaksin bagi setiap dari kami RM160 perorang. Selepas disuntik kita akan terima sijil pengesahan vaksin untuk dibawa. Ia sah digunakan selama 5 tahun.
10. Perjalanan dari Ipoh ke KLIA kali ini kami mengunakan bus Yoyo. Tidak perlu sediakan bayaran kos parking selama 18 hari, tak perlu letih memandu, keadaan bus juga selesa. Setiap orang bayaran satu perjalanan RM49.00 sahaja.
11. Bagi merancang aktiviti sendiri. Isteri saya telah sediakan 18 sampul belanja sepanjang berada disana. Satu hari, satu sampul. (Rujuk gambar). Belanja makan setiap hari sekitar SAR 200 sehari sepanjang Ramadan di Mekah.
12. Belanja makan selepas Ramadan di Madinah lebih tinggi bajet kami sekitar SAR300 sehari. Tukaran waktu kami pergi 1SAR = RM1.27 waktu itu. Menu makana nasi arab antara SAR20-25 sekali makan. Makan sunda atau Indonesia juga sekitar SAR20-25. Makanan Malaysia di DSaji sekitar SAR20-30 untuk nasik lemak biasanya. (RM25-32)
13. Kos kenderaan dari lapangan terbang Jeddah ke Hotel di Mekah pada hari ketibaan adalah SAR350. Kos diluar waktu puncak hanya sekitar SAR150 sahaja biasanya. Semua kos menjadi 3 kali ganda selama musim Ramadan cerita mutawif bersama kami. Kami mengunakan Hyundai Starek yang besar untuk angkut 6 orang dewasa dah bag bag. Ada banyak bus sekitar SAR50 sekitar airport sebenarnya.
14. Kos teksi dari hotel untuk miqat selalunya sekitar SAR 50 menjadi SAR 150 – 200 dimusim Ramadan. Jika kali pertama datang musim Ramadan, semua perkara jadi mahal sebenarnya. Ada pemandu mintak pada harga SAR300. Harus bijak tawar menawar.
15. Kos sewa sebuah van Hyundai Starek yang besar dan selesa bagi perjalanan ziarah pada bulan Ramadan seperti ke Jabal Nur, Museum Wahyu, Jabal Rahmah, Jahal Thur, Sekitar lokasi haji seperti padang Arafah dan Mina adalah sekitar SAR 300. Tempoh perjalanan adalah sekitar setengah hari sahaja.
15. Kos mutawif bagi membimbing anak anak yang kali pertama menunaikan umrah dibawah bimbingan Ustaz Husaini adalah SAR300. Saya sangat rekomendasikan ustaz ini buat kawan kawan yang kali pertama sampai sebab penjelasan dan bimbingannya sangat bagus, baik dan jelas.
16. Atas kebagusnya, kami guna khidmatnya sebagai pemandu pelancong untuk tujuan ziarah sekitar Mekah. Dia berceritah bab sirah nabi dengan jelas seperti baca khutbah jumaat woi! Bagus amat. Bayaran yang saya keluarkan SAR200.
17. Makan agak mahal sebenarnya, pakej biasa sekitar SAR20-25 nasi ayam, daging atau kambing. Biasanya kami makan bertiga pun tak habis. Banyak sungguh. Jika beli 2 set dah SAR 50 (RM63.7) sekali makan.
18. Saya jumpa dengan kumpulan pelajar Mesir. Mereka beli nasi arab sahaja sekitar SAR10 dan lauk gulai kambing atau daging sekitar SAR5 -10. Balik bilik tuang atas saprah plastik dan makan ramai ramai. Lebih padu rasanya dan sedikit jimat.
19. Sepanjang Ramadan, Masjidil Haram sediakan pack pack berbuka percuma yang boleh diberikan percuma didataran. Dengan syarat sebelum asar sebaiknya kita dah dapatkan tempat di masjid untuk tujuan iktikaf. Jika dapat masuk kedalam masjid, ruangnya sangat selesa dan sejuk. Sebaiknya ada baju tebal kerana suasana di pintu 90-87 yang saya masuk memang sejuk. (Rujuk foto)
20. Balik terawih, biasanya kita akan rewards diri dengan jus mangga SAR 10, aiskrim SAR 10, buah SAR 10 -15. Saya suka beli pisang sebab murah SAR 1 (rujuk foto), minum teh panas sekitar masjid SAR 5. Jika sekitar hotel teh sekitar SAR 2-3. Jus buah sekitar hotel hanya sekitar SAR 6-7 sahaja lebih murah.
21. Kos perjalanan dari Mekah ke Madinah, kami sewa sebuah van Hyundai Starek (foto) sebab besar dan selesa hanya pada harga SAR 650. (RM829) Berbanding naik keretapi laju, kos tiket keretapi laju perorang sekitar SAR300, jika berenam dah jadi SAR1800 (RM2296). Itu belum dihantar sampai ke hotel lagi. Kos UBER sekitar SAR56. Jadi sewa sebuah van, jauh lebih menjimatkan murah dan selesa. Kami boleh singgah solat, beli makanan di lebuhraya dan melihat bagaimana unta naik Hilux balik raya, woha!! (rujuk foto).
22. Sepanjang di Madinah, kami hanya tempah sebuah kenderaan van Hyundai yang sama untuk tujuan ziarah. Memandahkan waktu di Madinah telah diluar waktu puncak Ramadan, kadar sewa van hanya SAR150 sahaja untuk ke Masjid Qiblatan, Jabal Uhud, Masjid Quba dan pasar penduduk.
23. Saya juga manfaatkan selama disana, bawa anak anak ini untuk tidak lepaskan peluang ziarah muzium muzium hebat di Madinah untuk belajar bab sirah, wahyu dan seni bina masjid Nabawi. Antara muzium yang bagus adalam Muzium Pengubahsuaian Masjid Nabawi SAR 15, Dal Al Madinah SAR 25, Muzium penciptaan alam semester al Safiyah SAR 30.
24. Sekiranya kita ada impian untuk iktikaf dan lama tinggal dalam masjid. Saya galakkan pakai baju sedikit tebal, bawa sejadah yang boleh dilipat untuk bersandar, (rujuk foto) sebagai bekalan. Beli disini sekitar SAR 25 sahaja, ia sangat selesa dan sesuai untuk berlama lama di masjid sekitar 4-5 jam biasanya.
25. Bila dijumlah hitungkan semuanya, secara purata kami belanja sekitar RM7000 untuk setiap orang. Saya masih jimat separuh dari kos yang ditawarkan dan ada lebihan sekitar 18 hari dibumi haramain secara bebas.
26. Jangan lupa tuntut air zam zam setiap orang boleh dapat 5 liter air pada harga SAR 12 satu kotak di Terminal Jeddah. Tanda baik baik agar jelas nampak sebab akan ada orang ambil sebab sama semua kotaknya nanti. Istimewa bila DIY nie, kita bebas tentukan jadual perjalanan, aktiviti dan ibadah kita. Berapa kali ingin buat umrah dan berapa kali ingin tawaf sunat sendirian.
26. Jumlah tetamu Ramadan menurut kementerian Haji dan Umrah Saudi kali ini paling ramai cecah 8.3 juta tetamu. Melebihi jumlah tetamu haji pada musim musim haji. Ada banyak pengalaman yang kami belajar dan untuk kita insafi.
Tujuan datang adalah untuk ibadah, sejak hari pertama sampai saya hanya maklumkan pada majikan, ibubapa, ipar duai dan jemaah surau sahaja sebab ada beberapa aktiviti surau saya terlibat.
Fokus kita datang hanya untuk ibadah sahaja.
Catatan ini saya lakukan dalam perjalanan pulang dalam Air Asia DS7701 yang memakan masa penerbangan 8 jam 15 minit tanpa henti dengan kelajuan lebih 1000km/s 33,000 kaki dari aras laut.
Saya doakan semua sahabat dan pembaca saya diberikan kesempatan, dijemput menjadi tetamu Allah menunaikan umrah suatu hari nanti. Saya percaya Allah SWT tidak menjemput orang yang mampu, tetapi Allah mampukan semua tetamu yang dia jemput.
Semoga bermanfaat
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI