“Turning point ketika jalankan umrah kedua, saya sebenarnya orang yang jahil.’ Shamsul Ghau Ghau kongsi momen berhijrah yang dapat dijadikan inspirasi kepada orang lain.
Benarlah bukan mudah untuk kita berubah, apatah lagi bergelar seorang artis dan dikenali ramai. Namun apa yang dilakukan Shamsul di saat awal penghijrahannya amat membuka mata semua orang.
Bila Allah menjentik hati dan perasaan seseorang, itu tandanya Allah sayangkan hamba-Nya. Benarlah hidayah itu milik Allah SWT.
Sebelum ini, tular sebuah video pelakon Shamsul Ghau Ghau berkongsi detik permulaannya untuk berhijrah dan istiqamah ketika menyampaikan ceramah di sebuah majlis ilmu.
Ads
Dalam perkongsian tersebut, pelakon itu menyatakan penghijrahannya bermula sewaktu dirinya menjalani ibadah umrah yang kedua, di Tanah Suci Mekah.
Menerusi video itu juga, Shamsul mengakui dirinya begitu jahil sehingga terjadinya beberapa perkara yang membuatnya muhasabah diri dan kembali ke jalan yang benar.
Saya Sebenarnya Orang Yang Jahil
“Turning point dia bermula apabila saya melakukan umrah yang kedua. Saya ini orang yang jahil dan fakir. Sampai sekarang pun saya jahil dan tak banyak ilmu. Saya ikut orang Makkatul Mukaramah.
“Nak sembahyang solat sunat, saya tak tahu solat sunat apa. Nak tawaf sunat pun kita penat. Jadi saya ambil yang paling simple tengok dapat pahala, tengok kaabah.
“Saya duduk dekat atas tangga itu sambil tengok kaabah. Dapat dua puluh rahmat saya pandang kaabah. Tanpa disedari, Allah persoalkan dalam kepala saya macam-macam perkara berkenaan akhirat,” katanya.
Ads
Shamsul Ghau Ghau Kongsi Momen Berhijrah
Malah, Shamsul juga menyatakan di saat dia sedang menikmati keindahan kaabah, seorang anak kecil datang duduk disebelahnya dan membaca Al-Quran dengan lancar.
Tambahnya, ketika itu dia mula sedar bahawa dia sudah lupa cara untuk mengaji dan wujud rasa malu, sekali gus membuatnya nekad untuk memohon beberapa hajat yang diimpikan ketika itu.
“Di saat air mata mula turun tanpa henti saya minta kepada Allah agar diampunkan dosa, minta agar diberikan keizinan untuk berkahwin, dikurniakan anak yang soleh dan solehah, ada rumah dekat dengan masjid dan dianugerahkan kembali pandai mengaji seperti dulu,” katanya.
Semalam akhbar Harian Metro melaporkan lebih 100 pasangan pengantin sudah dinikahkah oleh seorang jurunikah tidak bertauliah yang sudah pun ditangkap selepas satu serbuan dilakukan di rumah bekas kakitangan kerajaan ini di Puncak Alam ini.
Malah semasa serbuan dilakukan, sepasang pengantin di mana wanitanya orang tempatan sementara pasangannya bukan warganegara sedang menanti untuk dinikahkan. Laba keuntungan menikahkan pasangan tanpa tauliah ini membolehkan lelaki berkenaan meraih RM50,000 sebulan.
Sumber berkata, lelaki terbabit turut menjalankan peranan 2+1, iaitu dengan menjadi jurunikah dan wakil wali kepada bakal pengantin. Dia yang juga bekas penjawat awam pernah ditahan kerana terbabit dalam pengurusan perkahwinan termasuk di luar negara sebelum ini. Malah lelaki itu mengakui menikahkan antara 3-6 pasangan setiap hari dengan kadar bayaran RM3000 ke RM5000 setiap satu termasuk yang ingin berpoligami.
Sebagai orang awam, kita tentu tertanya-tanya, adakah sah pernikahan kalau menggunakan jurunikah tak bertauliah. Bagaimana status anak jika dilahirkan? Adakah anak zina atau bagaimana?
Apa yang paling penting yang semua orang kena tahu ialah salah satu syarat sah rukun nikah ialah WALI. Jika pernikahan dijalankan tanpa kebenaran wali, pernikahan tidak sah dan hukumnya berzina.
Sebaiknya andai ada di antara kita yang mahu berkahwin, untuk mengurangkan kos pernikahan yang mungkin dianggap mahal, ambillah ayah kandung sendiri sebagai jurunikah tanpa perlu menggunakan juru nikah kerana ia dibenarkan dalam syarak. Jika ayah gagal ditemui, boleh menggunkan wali hakim.
Janganlah kerana kemaruk bernikah, maka kita melanggar semua hukum agama kerana nasab itu amat penting dijaga. Malah agama sendiri menyarankan nikahilah wanita solehah kerana empat perkara iaitu :-
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim Bacalah rujukan dari Mufti Sabah jika menggunakan jurunikah tanpa tauliah ini.
Sah atau tak perkahwinan menggunakan jurunikah tanpa tauliah?
Soalan :- Saya mempunyai pekerja menjadi suami isteri yang dinikahkan oleh yang tidak bertauliah. Adakah sah nikah mereka atau perlu dinikahkan semula?
JAWAPAN:– Islam meletakkan pada setiap pernikahan perlulah memenuhi rukun dan syaratsyarat yang telah ditetapkan berlandaskan panduan Al Quran dan As Sunnah maka, kekurangan atau tidak memenuhi rukun dan syarat-syarat pernikahan sudah tentu akan mendatangkan masalah dan kecacatan bagi mana-mana pernikahan yang dilangsungkan. Adapun Permasalahan Wali sebagaimana yang dipersoalkan termasuk dalam perkara rukun nikah dan ini dinyatakan secara jelas dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w bersabda:-
الن كاحإالب ول يو شاهدي عدل وماكان م ن ن كاح ع لى غ يردل ك فهوب اطل
Mafhumnya : “Tidak ada pernikahan melainkan dengan adanya wali dan dua orang saksi yang adil. Jika pernikahan berlaku tanpa kehadiran mereka, nikah itu batil”
Hadith riwayat Ibnu Hibban dalam Mawarid al Zham aan ila Zawaid Ibn Hibban; kitab Nikah bab hadith-hadith mengenai wali dan saksi. Dalil di atas menunjukkan keperluan hadirnya wali dan dua orang saksi yang adil yang merupakan rukun nikah. Syaikh Zainuddin bin Abdul Aziz Al Malibariy didalam kitabnya Fathu Al Mu’in beserta Hasyiahnya I’anah At Tolibin karangan Al Allamah Abu Bakar Uthman Bin Muhammad Syatto Ad Dumyati Al Bakri, jilid ke-3, halaman 518,523 dan 527.
Menyatakan kedudukan Wali menurut susunan iaitu :-
1. Bapa sekiranya tiada sama ada telah meninggal dunia atau terdapat penghalang kemudian. 2. Ayahnya ayah (datuk) dan terus ke atas. 3. Saudara lelaki seibu sebapa 4. Saudara lelaki sebapa 5. Anak lelaki saudara lelaki seibu sebapa 6. Anak lelaki saudara lelaki sebapa 7. Bapa saudara lelaki seibu sebapa 8. Bapa saudara lelaki sebapa 9. Sepupu (anak lelaki bapa saudara seibu sebapa) 10.Sepupu (anak lelaki bapa saudara sebapa) “Kemudian setelah tiada Ashabah dari nasab sebagaimana senarai di atas, maka Ashabah dari Wala’ (Hamba Abdi dan ini tidak berlaku di zaman ini) dengan urutan sebagaimana dalam perwarisan.
Kemudian sekiranya semua diatas tidak ada maka yang memegang hak kewalian ini adalah Qadhi (hakim) atau wakilnya, sebagaimana Sabda Nabi s.a.w : ال س لطان ول يم نالول ي لها Maksudnya :- “Sultan adalah walinya seorang wanita yang tidak mempunyai wali”. Dan yang dikehendaki dengan maksud Sultan disini ialah mereka yang memegang kuasa kewalian sama ada dari kalangan para Imam, Qadhi mahupun para wakil mereka (iaitu wakil yang dilantik atau ditauliahkan)”. “Kemudian setelah tiada Ashabah dari nasab sebagaimana senarai di atas, maka Ashabah dari Wala’ (Hamba Abdi dan ini tidak berlaku dizaman ini) dengan urutan sebagaimana dalam perwarisan. Kemudian sekiranya semua diatas tidak ada maka yang memegang hak kewalian ini adalah Qadhi (hakim) atau wakilnya, sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:
ال س لطان ول يم نالول ي لها
Maksudnya : “Sultan adalah walinya seorang wanita yang tidak mempunyai wali”. Dan yang dikehendaki dengan maksud Sultan disini ialah mereka yang memegang kuasa kewalian samaada dari kalangan para Imam, Qadhi mahupun para wakil mereka (iaitu wakil yang dilantik atau ditauliahkan)”.
Mengenai pernikahan yang telah berlaku namun diwalikan oleh mereka yang tidak bertauliah sedangkan wujud disana wali hakim maka ia samalah bernikah dengan tanpa wali yang sah, oleh itu menurut hukum syariah, pernikahan mereka tidak sah dan batil sebagaimana keterangan nas diatas bahawa setiap wali hakim atau para wakil mereka adalah yang dilantik atau ditauliahkan oleh Sultan, Raja atau pemerintah.
Ini lebih jelas lagi sebagaimana yang termaktub dalam Enakmen Keluarga Islam 2004, bahagian ii PERKAHWINAN, berkaitan Orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwnan, dalam seksyen 7, halaman 178 dan 179, (1) Sesuatu perkahwinan di Negeri Sabah hendaklah mengikut Enakmen ini dan hendaklah diakadnikahkan mengikut Hukum Syarak oleh:- a. wali di hadapan Pendaftar; b. wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar; atau c. sebagai wakil wali. d. Jika sesuatu perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang tiada mempunyai wali dari nasab, mengikut Hukum Syarak, perkahwinan itu hendaklah diakadnikahkan hanya oleh wali Raja. Menurut BAHAGIAN I Tafsiran Seksyen 2 halaman 176 (1) menjelaskan bahawa maksud wali Raja ertinya wali yang ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, atau oleh Raja, dalam hal sesuatu Negeri lain, untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali dari nasab . Seterusnya menurut BAHAGIAN ii PERKAHWNAN, berkaitan Orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwnan, dalam seksyen 11, halaman 180, menjelaskan bahawa sesuatu perkahwinan adalah tak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu menurut hukum syarak untuk menjadikannya sah.
Oleh yang demikian perkahwinan yang tidak berwalikan dengan wali yang tidak bertauliah adalah tidak sah disisi undang-undang syarak. Syaikh Zainuddin bin Abdul Aziz Al Malibariy didalam kitabnya Fathu Al Mu’in beserta Hasyiahnya I’anah At Tolibin, jilid 3, halaman 535-536 menyatakan lagi ; “Apabila seseorang melakukan persetubuhan dalam ikatan nikah tanpa berwali (termasuk tanpa menggunakan wali hakim yang sah apabila ketiadaan wali dari nasab) seperti wanita yang mengahwinkan dirinya sendiri sedangkan hakim tidak menetukan hukum sah atau tidaknya nikah tersebut, maka orang tersebut diwajibkan membayar mahar misil bukan mahar yang ditentukan, kerana (fasad) rosaknya nikah yang ada”.
Maka berlandaskan perkara yang telah dijelaskan di atas maka perkahwinan tersebut dikira rosak dan perlu dibubarkan atau difaraqkan, manakala pihak perempuan wajib mendapat mahar misil iaitu harta yang diberikan kepada pengantin perempuan dengan kadar pada kebiasaannya sepadan dengannya apabila mereka telah bersama. Dan sekiranya kedua pasangan tersebut ingin kembali sebagai pasangan yang sah menurut syariat mereka perlulah bernikah semula dengan akad nikah yang baru.
Rumusan :- 1. Hanya Wali Hakim atau wakil Wali yang bertauliah sahaja layak dan berhak mewalikan seorang wanita ketika ketiadaan wali nasabnya. 2. Pernikahan yang tidak berwali sama ada wali nasab atau wali hakim adalah tidak sah dan ia dikira sebagai nikah fasid (rosak) atau batil. 3. Pernikahan yang fasid menyebabkan pasangan yang terlibat perlu di faraqkan atau di bubarkan dan memerlukan akad nikah yang baru sekiranya ingin kembali bersama sebagai suami isteri yang sah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Semoga pahala mengalir berterusan.’ Berkat rezeki Tiara Candy, Achey beli MPV jadikan van jenazah. Siapa sangka dari hanya permintaan anak kecil akhirnya menjadikan perniagaan ini berjaya hingga mampu menginfak kepada golongan memerlukan.
Tindakan Achey cukup memberi inspirasi kepada warganet terutamanya di kalangan pengikut Tiara Candy. Ramai yang menyangka kenderaan yang dibeli adalah untuk mengembangkan perniagaan Tiara Candy, rupa-rupanya MPV yang dibeli untuk amal kebajikan.
Menerusi pengumuman Achey di akaun TikToknya, berkat rezeki daripada jualan gula-gula anaknya, Tiara Candy, dirinya membeli kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk dijadikan van jenazah sebagai kegunaan secara percuma bagi pihak yang memerlukan.
Jelas Achey, MPV ini dibeli setelah mengambil kira pencapaian jualan perniagaan anak kesayangannya dengan hasil sokongan daripada warganet yang membeli. Umumnya:
“Ini adalah achievement anak bernama Nur Tiara Zinnirah dan anda yang menyokong Tiara Candy.
Berkat Rezeki Tiara Candy
“Semoga semua dapat merasa hasilnya,” tambah Achey yang berkongsi video memaparkan kenderaan berupa KIA Carnival berwarna hitam yang tertera ‘Van Jenazah’ dan ayat-ayat suci al-Quran.
Di samping itu, menurut Achey selain perkhidmatan mengambil dan menghantar jenazah tanpa sebarang bayaran kepada golongan kurang berkemampuan, pihaknya juga menyediakan set kain kafan percuma.
“Walaupun kenderaan terpakai, kami percaya ia membantu. Peti jenazah belum siap, jadi belum beroperasi lagi. Insyallah kami cuba secepat mungkin.
Achey Beli MPV Jadikan Van Jenazah
“Untuk cover perjalanan yang dekat, insyallah. Doakan kami dapat sediakan van jenazah lagi untuk kawasan-kawasan yang memerlukan,” ujar Achey.
Walaupun perniagaan Tiara Candy masih lagi baru dan belum sampai sebulan beroperasi, perniagaan menerusi platform TikTok Shop itu menunjukkan rekod jualan yang tinggi.
Malah sebelum ini, jualan Tiara Candy pernah mencatat 21 juta tanda suka dan 3,000 pek terjual dalam tempoh dua jam. Tahniah Achey dan Tiara Candy.
Ketika kita masih kecil dan belum aqil baligh, segala keputusan yang dibuat terletak di tangan ibu dan ayah. Apa sahaja pilihan mereka kita akan ikut kerana menghormati kedua-duanya.
Tetapi apabila dewasa dan sudha mencapai usia sepatutnya. seorang anak itu boleh memilih haluannya sendiri termasuk agama yang menjadi pilihannya.
Dan bagi keluarga, berhak menentang kehendak mereka. Namun jika si anak memilih Islam sebagai agama barunya, itu dianggap sebagai pilihan terbaik dan wajar untuk dihormati.
Walaupun berlainan agama, hubungan kekeluargaan tetap kekal terjalin. Ibarat air dicincang takkan akan putus.
Begitulah kisah perkongsian seorang ibu ini yang dikenali dengan nama Anty Kilin yang mana dua anak perempuannya berlainan agama tetapi sedikitpun tidak meretakkan ikatan persaudaraan.
Dan paling penting kasih sayang seorang ibu itu tidak akan berubah walaupun berbeza agama.
Tidak kisah sama ada Muslim atau kristian, mereka tetap dari rahim yang sama dan ibu adalah syurga pertama bagi mereka.
Ibu ini juga turut memberi nasihat kepada kedua-duanya agar sentiasa menghormati satu sama lain dan sebagai ibu doa serta restu akan sentiasa bersama anak-anaknya.
Sumandak sy yg sya sayang..
Mungkin kamu terpisah oleh dua Agama yg berbeza tapi sedikit pun tidak akan meretakkan hubungan dan ikatan persaudaraan dan paling penting Kasih Sayang seorang Ibu ini tidak akan berubah walau mcmana pun. Sama ada kau Muslim atau Kristian, asal kamu adalah dari Rahim yg sama, susu gantung yg sama.. keluar dari tempat yg sama, pindik kata Ibulah SYURGA pertama kamu dan jangan sesakali saling bermusuh atau mengasiburuk antara satu sama lain. Hormati dia sebagai kaka dan dia akan menghormati kau sebagai adik.
Restu dan Doa ibu untuk anak, akan sentiasa bersama kamu walau di mana pun kamu berada, dalam situasi kamu mcmana..
Anak Sulung *Saat dia memilih untuk Memeluk Agama Islam, Sy telah memberikan restu seikhlasnya dan Meminta Bakal Suaminya untuk menjadikannya sebaik baiknya wanita Muslimah..
Anak Kedua *Mami.. sy mau masuk sekola AlKitab.. Sy mau memberikan tumpuan pada Gereja, supaya sy boleh mendoakan semua orang… “
Apa lagi yg sy boleh katakan.. selain dpd memberikan restu kepada apa yg diurang suda pilih.. Anak anak sa terbaik, walaupun sy bukan lah ibu yg terbaik…
Ternyata perkongsian ini mengundang respon baik dari warganet. Masing-masing memuji sikap ibu ini sebagai seorang ibu yang baik.
Ada juga yang turut mendoakan urusan keluarga ini dipermudahkan dan mendapat limpahan rezeki berganda dari Allah.
Dya RaffiSemoga allah permudahakan rezeki dn sihat sentiasa diberkati buat antie kilin dn anak2…aamiin ya rabball alamin
Seronok beraya, pergi rumah terbuka bertemu saudara mara dan rakan taulan tapi tanpa sedar kita turut sama melakukan dosa.Dikongsi oleh Ustazah Asma' Harun, terdapat...