
Isi Kandungan
ToggleDiam tak diam kita sudahpun memasuki bulan April dan tidak lama lagi akan menyambut Ramadan yang mulia.
Jika sebelum ini dikatakan mereka yang lahir bulan Mac adalah disifatkan sebagai seorang yang tetapi bagaimana pula dengan mereka yang lahir pada bulan ini.
Rupanya individu yang lahir pada bulan keempat dalam 12 bulan adalah seorang yang aktif dan dinamik. Mereka juga dikatakan sangat cepat bertindak untuk membuat keputusan tetapi cepat pula menyesal.
Dalam pada itu, kelahiran bulan April juga disifatkan sebagai seorang yang sangat menarik dan pandai memanjakan diri. Serta dikurniakan daya mental yang sangat kuat tetapi awas seorang yang suka diberi perhatian.
Mereka juga dikategoikan sebagai insan yang sangat diplomatik dan seorang yang pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Menariknya mereka ini seorang yang sangat berani dan tidak mempunyai perasaan takut.
Antara sikap lain individu yang lahir pada bulan April ini adalah seorang yang suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun serta pemurah orangnya.

Ini adalah hasil kajian dari Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah selama 25 tahun tentang sikap dan perwatakan seseorang mengikut bulan kelahiran mereka.
Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan sahaja. Jangan ambil perkara ini terlalu serius.
Antara sebahagian selebriti yang lahir bulan April lain adalah Zizan Razak, Kamal Adli dan juga Remy Ishak.

APRIL
# sgt aktif dan dinamik
# cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
# sgt menarik dan pandai manjakan diri
# punya daya mental yg sangat kuat
# suka diberi perhatian
# sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org
# sgt berani dan tiada perasaan takut
# suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah

# emosi cepat terusik
# try control the emotion
# kecenderungan bersifat dendam
# agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
# kuat daya ingatan
# gerak hati yg sangat kuat
# pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
# berpenyakit disekitar kepala dan dada
# sgt cemburu dan terlalu cemburu
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Apakah Keinginan Manusia Pada Saat Maut Menghampiri?

Pada saat maut menghampiri manusia, ia akan mengharap kembali ke dunia. Seandainya ia orang kafir, ia pasti berharap masuk islam. Kalau dirinya seorang pendosa, dirinya berharap masuk islam. Kalau ia banyak dosa, ia berharap untuk bertaubat.
Allah berfirman:-
حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ ۚ كَلَّا ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا ۖ وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia).
“Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat) (surah Al-Mukminun ayat 99-100)
Syaikh Umar Sulaiman al Asygar dalam bukunya berjudul ” Ensiklopedia Kiamat ” menjelaskan iman tidak lagi diterima jika maut telah datang dan taubat akan sia-sia jika nyawa sudah hampir ke kerongkong.
Allah berfiiman:-
إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللَّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِنْ قَرِيبٍ فَأُولَٰئِكَ يَتُوبُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّىٰ إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآنَ وَلَا الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ ۚ أُولَٰئِكَ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini,” (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya (surah An-Nisa ayat 17-18).

Ibn Katsir menuturkan hadith yang menunjukkan bahawa taubat seorang hamba dapat diterima jika maut telah datang selagi belum sampai ke kerongkong:-
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selama sakaratul belum sampai di kerongkong.” (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah).
Setiap orang yang taubat sebelum mati, maka ia telah benar-benar bertaubat asalkan benar-benar ikhlas dan serius memintanya. Namun tidak semua mampu berbuat demikian kerana nyawa sudah sampai di kerongkongnya.
Setidaknya, sentiasalah bertaubat di atas dosa sama ada disedari atau tidak kita lakukan sebelum nyawa terpisah dari badan. Lakukan sebelum mulut kita dikunci. Bersegeralah taubat, wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kerana taubat adalah harta karun bagi orang yang berbuat kebaikan. Sumber : Kalam Sindownews.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bila Nafsu Melebihi Iman, Isteri Seret Suami Ke Mahkamah Lepas Cabul Dua Anak Perempuan

Wujud bapa musang berbulu ayam. Meratah anak sendiri tanpa mengenal dosa dan pahala. Satu perkongsian dari aktivis Ngo, Puan Natipah Abu tentang kes anak dicabul bapa sendiri semalam, rupanya terus mendapat perhatian ramai. Agak mengejutkan, kes sedemikian turut sama terjadi kepada individu lain. Menyedihkan suaminya berbini 4 dan sudah cukup untuk memuaskan nafsunya namun masih memilih anak-anak sebagai mangsa.
Ikuti perkongsian dari fb Natipah Abu.
“Assalamualaikum…
Allahuakbar …
Status Kak Pah mengenai anak yang dicabul, ibarat membuka kembali sejarah kami. Benar, if suami buat gitu- gini kat isteri , still boleh bersabar walau sampai tahap dipijak maruah diri. Tapi apabila anak kandung diusik, maaf! Memang tiada langsung kemaafan untuk suami.
Bertahun saya bersabar dengan segala karenah bekas suami. 14 tahun kami hidup bersama, bukan satu jangka masa yang sekejap. Kisah saya, dua orang anak dicabul ayah kandung sendiri termasuk seorang OKU. Mira anak autism saya, ketika kejadian baru berumur 12 tahun.
Pagi sewaktu hendak ke sekolah, anak mengadu “faraj pain”. Nangis dia waktu nak mandi. Saya cek bibir faraj, melecet kemerahan. Saya bawa situasi ni ke dalam gorup autism dan discuss di sana. Ada pendapat mengatakan ianya mungkin berpunca dari keputihan. Tapi setahu saya .. Mira tak ada keputihan coz sejak umur dia baru 10 tahun, saya dah start ajar dia pakai pantiliner. Memang saya selalu pantau keadaan Mira. Tak mungkin keputihan. Kes Mira burn gitu saja coz Mira tak dapaat nak explain apa yang belaku.
Tapi bila berlaku perkara yang sama berlaku kat adiknya Maisarah yang ketika tu berumur 7 tahun dan anak normal, dia silap banyak. Dulu dia buat kat kakak, dia terlepas. Kali ni, dia silap bila dia buat pula kat adik yang petah berkata-kata.
Saya ralat kerana tinggalkan anak petang tu untuk hantar ayah ke klinik. Saya minta izin dengan X nak hantar ayah. Sebelum tu, saya tanya X, dia dah kat mana? Dia cakap dia dah otw balik rumah dan dia izinkan saya hantar ayah ke klinik tanpa membawa anak-anak coz anak tak nak ikut. Maisara yang berumur 7 tahun juga sedang tidur.
Dalam pukul 7, saya call umah tanya anak..
“Papa dah balik ke belum “
Anak jawab,
“ Belum ! “
“ Ok tak apa, kejap lg ibu sampai .. “
Sampai di rumah, saya nampak X tengah duduk kat sofa. Nampak dia seolah tak selesa. Macam ada sesuatu yang tak kena. Benda kau buat salah, instinct seorang isteri. Lagi-lagi bila dah lama nikah, lari sikit saja perangai, memang mudah detect. Tapi dia still diam saja. Sempat lagi saya tanya …
“Abg ada nak apa-apa tak sebelum orang pergi mandi ? “
Dia request nak air panas so saya buatkan air kopi. Kemudian, saya pun pergi mandi. Settle mandi, saya masuk bilik. Maisarah tiba-tiba ikut masuk bilik dan kemudian tutup pintu. Time tu Maisarah ngadu …
“Tadi kan ibu, papa buka panties Mai. Papa gosok-gosok faraj Mai. Papa masukkan baby finger kat dalam faraj Mai. Mai sakit … pedih !”
Memang time tu saya rasa tergamam sungguh. Antara percaya dengan tidak, apa yang saya dengar.Anak saya 4 orang perempuan. 2 orang darinya OKU, Mira autism dan Maya ADHD. Saya memang ajar bab secret part yang boleh sentuh dan tak boleh sentuh. Siapa yang boleh sentuh dan siapa yang tak boleh sentuh juga.
If sesapa sentuh, bagitau ibu. So itulah yang Maisarah buat. Saya time tu memang controlkan sangat hati, control sangat emosi. Jangan melatah awal coz kami semua perempuan yang ada dalam rumah. Saya cuba berlakon dan berlagak seolah tak ada apa yg berlaku. Masih boleh diam dan lipat kain dalam bilik. Apa yang pasti, setitis airmata pun tak mengalir keluar. Blur dengan keadaan.
Anak kot, anak kandung kau sendiri kot ! Bukan anak orang lain. Wife kau ada 4, dah cukup kouta dah! Part stok luar lagi .. tu tak campur dengan stok gundik. Apa lagi yang kurang sampai anak kandung pun kau sesah. Allahuakbar… Jam 3.30 pagi, X keluar dari rumah. Anak-anak terjaga untuk shake hand papa. Cuma Maisarah saja, saya suruh duduk dalam bilik, jangan keluar. Sebaik dia bergerak saja dari umah, saya terus mandi dan bersiap pergi ke balai polis buat report.
Sampai kat IPD buat report kat IO. Saya tanya IO ..

“Boleh amik kes ni ke? Coz pelaku bukan dari kalangan org biasa …. “ IO teruja pada awalnya tapi bila saya mention, jangan pulak nanti ada yang tabur duit bawah meja dan mata hati jadi kelabu, dia mula serba-salah. Siasatan diteruskan, pukul 9 pagi … saya ke hospital untuk cheackup Maisarah. Tengahari … naik ke hospital sekali lagi pula untuk cheack up dengan pakar.
Dalam pada itu, polis pengiring bagitau, X sudah kena tahanan reman, dia serah diri. Madu-madu call saya bertalu, tapi saya tak jawab. Mai ditahan di wad dan hari ke-3, JKM datang amik report dari kami.
Time tu kawan, jiran, mak. Semua call saya. Saya buka load speaker, bagi pegawai JKM dengar sekali skali apa yang dia orang cakap. Mereka pecah masuk rumah saya dan cari kami merata kat umah mak dan adik beradik. Alasan madu- madu mencari saya kononnya, nak ajak kami makan sesama. Pada hal sebelum ni, kami jenis buat hal sendiri dan tak kacau hal memasing. Tetiba pula memasing jadi baik sangat nak makan sekali. Memang sesuatu yang sangatlah luar biasa.
SU VIP wasap bagitau VIP nak jumpa saya. Saya bagi alasan, tak ada kat umah. Hari yang kami dah keluar dr ward, bff X datang rumah parent saya. Konon alasan nak ziarah ayah yang uzur ketika tu. Tapi dari cara dia masuk, duduk dalam rumah parent, bukan nk ziarah ayah pun. Tapi tujuan dia nak borak dengan saya. dan memang kami sembang panjang. Short story, dia suruh saya tarik report. Alasan, tak baik buka aib suami. Itu saja alasan dia. Aib apa yang kami kena cover?
Itu kesalahan dan bukan aib yang perlu saya selindung. Untuk pengetahuan, X seorang yang berpengaruh, ada pangkat besar dalam politik. Link yang sangat hebat dengan politik. Tapi itu bukan alasan untuk saya terus hidup dengan orang macam tu. Saya memfailkan penceraian. Kes anak saya senyap lama. Kes naik semula bila IO yang baru take over file yang dah lama terperap.
Polis call saya pukul 5 ptg. Suruh saya datang mahkamah untuk kes bicara esok harinya. Preparation memang out, coz sangka kes memang dah burn. 2 orang saksi datang pagi di hari bicara, balik awal tanpa kebenaran mahkamah. Dalam court, X request dengan lawyer, mintak kes dibuang coz kes dah lama. Hakim tak setuju, coz kes belum dengar bicara apa-apa. Kes ditangguhkan sehingga diberitahu kemudian.
13 Julai 2020 terpahat memory hitam kami. Dan saya masih berjuang untuk membela anak saya walaupun saya tak pasti apakah perjuangan saya akan berhasil. Pesan saya kepada ibu-ibu di luar sana, ajarlah anak-anak tentang private part lebih awal agar mereka tahu apa yang boleh dan tak walau dengan orang yang mereka sayang kerana nafsu yang rakus tak mengenal batasan dan sempadan. “
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Sedang Mengerjakan Umrah Tapi Kalau Ia Perjalanan Terakhirnya, Ini Yang Lan Solo Minta…

Sebaik selesainya musim haji pada 1440H lalu yang menyaksikan beberapa rakan selebriti menjadi tetamuNya, kini barulah Tanah Suci Mekah dibuka pula untuk mereka yang mahu menunaikan ibadah umrah.
Nampaknya seperti biasa rakan selebriti lain tidak ketinggalan dipanggil menjadi tetamu Allah untuk menunaikan ibadah umrah di sana.
Antara yang pergi kali ini adalah penyanyi Lan Solo yang bukan sahaja pergi seorang diri, tetapi juga bersama seluruh ahli keluarga, termasuk anak kecil berusia setahun.
Dalam posting terdahulu di laman Instagramnya, Lan ada memaklumkan dia dan keluarga kini dalam perjalanan sedang mengerjakan umrah. Justeru Lan memohon maaf kepada semua follower dan memohon agar segala urusanya dipermudahkan.
Menurutnya juga dia bukanlah insan sempurna dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Jadi dia memohon mereka yang membaca postingnya itu memaafkan segala kekhilafannya.
Lan juga menganggap jika ini adalah perjalanan terakhirnya, dia meminta agar segala keburukan mereka sekeluarga dapat dilenyapkan dan mungkin dengan hanya satu kebaikan yang pernah dilakukannya.
Rata-rata rakan selebriti dan netizen memberi komen positif. Malah mereka turut mendoakan agar urusan ibadah umrah Lan sekeluarga berjalan lancar.
alifsatar selamat semua bro
nabilzira Selamat pergi Dan pulang @lansolo_officialsefamily
ezadlazim Syukur umrah sekeluarga
nurfifiliana95_ Semoga selamat pergi dan balik serta dapat umrah yg mabrur. Aamiin
sitiidayu94 Smg smuanya dipermudahkan.. Slmt pergi dan balik… Smg mendapat umrah yg mabrur… Aamiin..
roskiahros Semoga dipermudahkan dan mendapat umrah yg mabrur
Assalamualaikum..
Hari ni..8 sept 2019, Ahad..
Kami sekeluarga akan berangkat ke tanah suci utk menunaikan umrah.
Dgn rendah hati, sy mewakili isteri serta anak2 memohon semua sama2 berdoa agar perjalanan umrah kami mudah dan lancar.

Sbg manusia,kami tidak sempurna dan tidak lepas drpd melakukan kesilapan.
Dgn kesempatan ini, dpt la andainya semua yg membaca ini memaafkan segala kekhilafan kami, dr segala segi.
Terlanjur perbuatan,terlanjur tuturkata,terhina tanpa sengaja,tutur bicara yg menghiris hati sesiapa,terusik harta, terlebih kira, terdgr berita yg tidak sepatutnya.
Mohon juga halalkan makan minum kami seikhlas hati serta segala yg keruh dapat dijernihkan dr hati ke hati.
Seandainya perjalanan ini adlh perjalanan terakhir kami, dapatlah kiranya sejuta keburukan kami dapat dilenyapkan mungkin dgn hanya satu kebaikan yg pernah kami lakukan sekiranya ada.
Semoga perjalanan kami ke tanah suci, penuh dgn redha dan berkat illahi.
Ikhlas drpd
Lan, Sheila
Qaleesya – Qeesyara
Qassyaff – Quxandra .
KREDIT FOTO: INSTAGRAM LAN SOLO
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI