Tidak siapa menduga, dek kerana jatuh hati dengan dengan keindahan, keadilan dan sifat sayang yang sangat dititik beratkan dalam Islam, menjadi faktor utama seorang rakyat Amerika mengambil keputusan memeluk Islam.
Apa yang lebih mengujakan apabila, pemuda ini yang bernama Steve dibawa bertemu dengan Presiden Haramain yang juga Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman As Sudais untuk melafaz dua kalimah syahadah.
“Segala puji bagi Allah. Arab Saudi sentiasa ‘membuka pintu’ untuk sesiapa sahaja, malah Allah juga memberi pelbagai nikmat dan keberkatan khususnya kepada sesiapa yang terbuka hati memeluk Islam.” – Sheikh Abdul Rahman As Sudais
Malah lafaz syahadah turut dipimpin As Sudais sendiri dan diikuti Steve. Beliau kemudian diterangkan pengertian lafaz syahadah itu. As Sudais kemudian meminta agar Steve diberi minum air zam-zam.
Rakaman video Steve memeluk Islam itu tular di media sosial sejak beberapa jam lalu.
Ads
Sebelum itu dikatakan Steve sebelum ini mengakui tersentuh dengan sikap toleransi dan keamanan sesama masyarakat pelbagai bangsa dan agama ketika berada di Arab Saudi.
Steve juga memuji layanan dan hospitaliti Arab Saudi ke atasnya. Dia merupakan pekerja di pejabat pelancongan di Miami, Amerika Syarikat dan berkunjung ke Abha, Arab Saudi bersama rakan-rakannya untuk bercuti.
Secara kebetulan, As Sudais turut berada di kejiranan di mana Steve menginap. As Sudais dilapor bertanya siapakah jiran-jiran sekeliling yang tinggal di sekitar kawasan itu, untuk diberikan air zamzam dan kurma sebagai cenderahati.
Ads
Suah menjadi rezeki Steve di Abha, beliau antara penerima hadiah daripada As Sudais, yang disampaikan pegawai penterjemah kepada As Sudais, Saad Al Matrafi.
Steve begitu kagum dan teruja dengan sikap memuliakan tetamu termasuk pelancong sepertinya oleh pihak As Sudais. Steve juga jatuh hati dengan keindahan Islam yang dilihatnya melalui pemberian As Sudais itu.
Sementara itu, Al Matrafi juga adalah individu bertanggungjawab membawa Steve bertemu As Sudais, sebelum lafaz memeluk Islam dibacakan.
Ads
“Steve tidak dapat menahan sebak di atas jemputan mengerjakan umrah dan menziarahi Masjid Nabawi oleh Sheikh Abdul Rahman As Sudais.” – Saad Al Matrafi, Pegawai Terjemahan Sheikh Abdul Rahman As Sudais
Dalam pada itu, As Sudais turut mengarahkan para pegawainya untuk mengiringi Steve ke Makkah untuk menunaikan umrah dan mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah.
Ada begitu banyak bacaan dzikir yang diajarkan oleh Rasulullah kepada umatnya, Salah satunya adalah dzikir “La ilaha illallah al malikul haqqul mubin” (Tidak ada tuhan selain Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata)
Imam Al Baghdadi dalam kitab hadits Tarikh Baghdad meriwayatkan dari Imam Malik, Perawi Abu Nuaim meriwayatkan dari Sahabat Ali Radhiyallahu ‘Anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Barangsiapa membaca ‘La ilaha illallah al malikul haqqul mubin’ seratus kali dalam sehari maka memperoleh jaminan aman dari kemiskinan, diselamatkan dari dahsyatnya kubur, dan terbuka untuknya pintu-pintu surga.” (HR. Abu Nuaim dalam bab Shifah al-Jannah, Al-Khatib al-Baghdadi di Tarikhnya: 12/358-359)
Mufti Jakarta Habib Utsman bin Yahya menjelaskan,
“La ilaha illallah. al-malikul haqqul mubin. Muhammadur Rasulullah Ash-shadiqul Wa‘dil Amin” merupakan kalimat yang tertera di pintu Ka‘bah. Siapa yang membacanya, akan mendapat pahala yang agung di sisi Allah”
Imam Abu Bakar bin Sayid M Syatho Dimyathi dalam kitab Hasyiyah I‘anatut Thalibin ala Fathil Mu‘in juga menerangkan,
وردت عن النبي صلى الله عليه وسلم في أحاديث صحيحة كثيرة، أمر بها بعض أصحابه لتوسعة الرزق، وقال بعض العارفين: وهي مجربة لبسط الرزق الظاهر والباطن، وهي هذه: لا إله إلا الله الملك الحق المبين، كل يوم مئة مرة
Tersebut dalam banyak hadits sahih sebuah riwayat di mana Nabi Muhammad SAW memerintahkan sejumlah sahabatnya untuk mengamalkan bacaan ini demi memperlapang rezeki. Sebagian ‘arifin mengatakan, amalan ini teruji dalam melapangkan rezeki lahir maupun batin. Bacaan yang dimaksud ialah “La ilaha illallah. Almalikul haqqul mubin” setiap hari 100 kali.
Banyak Syaikh melazimkan dzikir ini saat di antara shalat sunnah Subuh dan shalat Subuh.
Jika kesempatan itu tak memungkinkan, maka mereka akan membacanya setelah solat Subuh hingga sebelum fajar menyingsing.
Jika di waktu itu luput juga, maka bacalah setelah matahari gelincir (penanda Zhuhur). Intinya, kalau bisa jangan sampai setiap orang menjalani hari-harinya tanpa bacaan ini.
Rezeki yang dimaksud dalam hadits diatas mencakup rezeki lahir maupun batin. Artinya, tak ada salahnya jika dzikir yang agung ini diamalkan oleh umat Islam.
Yang jelas, amalan ini menambah pahala yang bersangkutan.
Wallahu A’lam.
Sumber: KabarMakkah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tetapi juga di baca untuk majlis tahlil, kenduri doa selamat, majlis mohon restu untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM sahaja tetapi lebih daripada itu.
Sabda Rasulullah SAW:
“Setiap sesuatu ada jantungnya dan jantung Al-Quran ialah Yasin. Barangsiapa membaca Yasin, Allah tuliskan untuknya pahala membaca Al-Quran sepuluh kali ganda” (Riwayat Al-Tirmizi)
“Sesiapa membaca Yasin di waktu pagi diberikan untuknya kemudahan hari itu sampai ke petang dan sesiapa membacanya di awal malam, diberikan untuknya kemudahan malam itu sampai ke pagi” (Riwayat Al-Darimi)
Dan buat mereka yang masih mencari jodoh pula, boleh juga amalkan Surah Yasin, ayat 36. Ayat ini juga turut dikenali sebagai doa pengasih.
Jika diamalkan secara konsisten, Insya-Allah akan dikurniakan jodoh yang baik dan mampu bimbing kita ke jalan soleh.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap orang diduga dengan ujian yang tidak dijangka. Ada yang berakhir dengan kegembiraan dan ada juga dengan kekecewaan. Jika mengalami situasi ini, pasti kita akan terus bersedih mengenangkan diri kenapa ditinggalkan begitu sahaja.
Namun sebenarnya kita perlu akur dengan ketentuan Tuhan. Jika perpisahan itu yang terbaik setelah sebelum ini berusaha menyelamatkan keadaan, kita perlu reda menerimanya.
Walau bagaimanapun tidak ramai yang boleh move on dari terus mengingati pasangan kepada kehidupan yang lebih baik. Ada yang terus terusan bersedih mengenang dugaan dialami.
Sebenarnya kita perlu jadi lebih kuat dan boleh mengatasi segala masalah berlaku. Kata orang life must go on dan perlu move on untuk mencari kebahagiaan sendiri.
Terdapat beberapa tip yang boleh kita jadikan panduan untuk mereka yang mahu move on. Berfikirlah secara waras dan pastinya segala yang telah dirancang akan menjadi kenyataan.
Hadkan komunikasi dan pertemuan
Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah untuk membuang nombor telefon, ‘block’ si dia di Facebook atau apa sahaja platform media sosial yang boleh membuatkan anda menghubungi si dia atau mengambil tahu sebarang perkembangan terbaru mengenai dirinya. Tabahkan diri anda supaya tidak kembali menghubungi si dia.
Ia bukanlah bermakna anda langsung tidak boleh berhubung dengan si dia. Cuma untuk tempoh-tempoh awal perpisahan, sebaiknya jarak dan hadkan interaksi antara anda berdua sehinggalah anda benar-benar yakin anda sudah berjaya ‘move on’. Seandainya si dia mencari anda, mungkin anda boleh katakan padanya yang anda memerlukan waktu untuk sendirian.
Luangkan masa bersama keluarga, rakan dan diri sendiri
Setiap pasangan yang bercinta pastinya akan cuba sedaya upaya untuk meluangkan masa bersama-sama. Tetapi sedarkah anda, ketika anda hangat bercinta itu, anda mungkin telah mengenepikan keluarga dan rakan baik anda yang selama ini sentiasa dengan anda? Malahan anda mungkin juga langsung tidak mempedulikan tentang keinginan diri anda untuk melakukan apa yang anda sukai dan gemari?
Jadi anggaplah perpisahan ini, walaupun menyedihkan, sebagai satu peluang untuk anda menebus kembali masa-masa yang anda tinggalkan untuk bersama keluarga dan rakan baik anda.
Ajaklah keluarga anda untuk bercuti ke pusat peranginan atau sekadar meluangkan masa untuk makan beramai-ramai di restoran kegemaran anda sekeluarga. Anda mungkin boleh mengajak rakan baik anda untuk menonton wayang, bermain boling atau berkaraoke. Tidak kira apa yang anda ingin lakukan, sama ada bersama keluarga atau rakan baik anda, yang penting, anda hiburkan hati anda.
Atau mungkin anda boleh mencuba untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah anda buat sebelum ini seperti panjat gunung ke, ‘scuba diving’ atau apa sahaja aktiviti yang boleh dilakukan secara berkumpulan dan boleh membuatkan anda menjadi sibuk serta tidak mempunyai masa untuk duduk termenung sambil fikiran teringat kisah lalu.
Dermakan hadiah dan pemberian
Tip untuk melupakan seseorang yang penting ialah jauhkan pandangan dari segala barang dan benda yang ada kaitan dengan dia.
Pastinya sepanjang anda menjalinkan hubungan, anda menerima pelbagai hadiah dan pemberian daripada si dia. Agak mustahil jika anda tidak menerima sebarang pemberian selama anda bersama dengan si dia, walaupun hanya sekeping kad ucapan sempena hari lahir anda.
Walaupun sayang, berikan hadiah dan pemberian daripada si dia kepada rakan. Elakkan memberi kepada ahli keluarga anda, kerana kebarangkalian anda untuk melihat hadiah itu kembali, adalah sangat tinggi dan semestinya ia hanya mengundang memori lama.
Luahkan apa yang dirasai
Semakin anda pendam apa yang anda rasakan, semakin sukar untuk anda ‘melepaskan’ si dia. Jika anda sedang dalam ikhtiar untuk melupakan seseorang, dapatkan rakan baik atau ahli keluarga yang rapat dengan anda yang anda percayai dan luahkan kepada mereka tentang apa yang anda rasai.
Semestinya meluahkan dan berkongsi kepada individu yang anda percaya adalah lebih baik daripada anda berkongsi secara umum di sebarang platform media sosial. Elakkan dari membuat sebarang status di media sosial mengenai perpisahan yang anda lalui.
Jika anda merasakan perlu untuk menangis, menangislah. Tidak perlu menahan emosi anda. Air mata yang mengalir itu bukanlah lambang kelemahan tetapi ia adalah satu petanda anda sedang berusaha untuk kembali bangun.
Menjaga diri
Anda mungkin merasakan tip di atas kedengaran tidak munasabah. Tetapi tahukah anda kesihatan sebenarnya memainkan peranan penting untuk anda meneruskan kehidupan dan membantu anda melupakan seseorang?
Bayangkan seandainya anda tidak mengambil peduli mengenai kesihatan anda, pemakanan dan penjagaan diri, anda berisiko untuk sakit. Dan apabila anda berada dalam keadaan yang tidak stabil dari segi emosi, kesihatan dan fizikal, ia sebenarnya secara tidak langsung akan menyukarkan lagi situasi semasa anda yang sedang dalam usaha untuk melupakan si dia.
Menerima kenyataan
Sudah tentu ini bukanlah satu tip melupakan seseorang yang mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sekali pun. Ia sememangnya lebih mudah untuk melafazkan daripada melakukannya. Tetapi walau bagaimanapun, anda perlu berusaha untuk menerima hakikat tentang apa yang telah berlaku walaupun ia sesuatu yang memeritkan.
Terimalah hakikat bahawa antara anda dan si dia mungkin tidak dijodohkan untuk bersama dan perpisahan adalah yang terbaik untuk anda berdua. Bina dan bawalah haluan baru. Tidak perlu dikenangkan sesuatu yang sudah berlalu. Dalam Islam, kenala terima qada’ dan qadar yang telah ditetapkan.
Kuat dan yakin pada diri
Sesesungguhnya untuk melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Pastinya akan ada yang berkata, bercakap adalah lebih mudah daripada melaksanakannya. Tetapi seandainya anda tidak mencuba sekarang, sampai bila anda ingin membiarkan hidup anda terus diselubungi kesedihan akibat perpisahan yang berlaku?
Solat jamak dan qasar adalah kemudahan yang dikurniakan untuk mereka yang bermusafir menunaikan solat. Namun jarak perjalanan tersebut hendaklah melebihi dua marhalah atau 81...