Dewasa ini ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi cantik. Kalau boleh mahu wajah kekal awet muda sampai muda sampai bila-bila, walaupun usia telah melewati pertengahan abad.
Ada yang sanggup berbelanja besar untuk memastikan wajah kekal anjal dan biar cantik di pandangan mata orang. Namun, ada cara lain yang lebih semula jadi dalam memastikan wajah anda kekal sihat dan berseri.
Tidak perlu berbelanja mahal kerana cara yang disarankan ini memang mengikut landasan syariat dan insya-Allah anda akan kekal awet muda dan disukai suami. Perlu amalkannya kerana caranya cukup mudah dan penting ada kesungguhan.
1. Urut muka sambil selawat ke atas Nabi.
2. Minum air sebaik bangun tidur.
3. Jaga kebersihan dengan memotong kuku pada hari tertentu.
4. Baca selawat Nabi ketika berdandan.
5. Amalkan baca surah Yusuf.
6. Amalkan juga ayat tertentu dalam surah Al-Waqiah, ketika mandi pagi.
7. Bangun awal pagi dan amalkan mandi embun.
8. Amalkan urutan wajah.
9. Biarkan wajah sentiasa dalam wuduk.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kuasa ‘Bismillah” Jadikan Wajah Mira Filzah Berseri-Seri Di Majlis Pernikahannya, Hasil Sentuhan MUA Yna Sakinah
Rasanya ramai yang belum ‘move on’ dengan kemeriahan majlis perkahwinan Bintang Paling Popular, Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir Astar minggu lalu.
Tidak dinafikan ramai terpegun melihat kejelitaan Mira di majlis pernikahannyya. Dengan mengenakan persalinan kurung Pahang rekaan Rizman Ruzaini, sentuhan mekap artis popular Yna Sakinah menyerikan lagi wajah manis Mira.
Bukan saja tetamu yang hadir, tetapi juga warganet turut memuji kejelitaan Mira Filzah di majlis pernikahannya itu.
Dalam video BTS oleh jurusolek yang bertanggungjawab menata rias wajah Mira ini, Yna Sakinah memberitahu persiapan yang dilakukan sebelum itu.
Artikel Berkaitan: Pasangan Pengantin Paling Manis & Santun, Mira Filzah Sah Bergelar Isteri Emir Hanya Dengan Sekali Lafaz!
Yna membertahu dia yang dipertanggungjawabkan untuk menata rias wajah Mira dengan tema Natural Glow untuk majlis pernikahannya berlangsung malam Jumaat lalu di sebuah pusat konvensyen di ibu kota.
Walaupun gementar, Yna Sakinah berjaya menyempurnakan amanah yang diberi. menurutnya dia hanya biasa menyolek Mira sebelum ini membaca ‘Bismillah’ sebelum memulakan tugasan berkenaan.
Ternyata kuasa ‘Bismillah’ ini menjadikan wajah Mira sangat cantik, anggun dan tak puas mata memandang.
“Alhamdulillah.. Selesai Majlis Akad Nikah Mira & Emir 3 Sept 2020 . Kina edit share sikit moment bts persiapan sebelum Nikah khas utk peminat Mira (Kina xlupa permintaan korg request Mira kenyit mata & flying kiss). Bts makeup, Interview with media dgn Kina sekali kena interview. Xkelakar k. Gagap Kina kat situ.
“Few times tukar date akhirnya selamat Ijab Kabul semalam. Rasanya besar tanggungjawab semua team untuk siapkan hari paling bersejarah buat Mira.
“Almost 5 years Kina jadi MUA untuk tatarias apa saja jenis makeup untuk Mira tapi semalam mmg Kina paling nervous so makeup natural glow utk nikah. Sebab ramai suka Mira dgn Natural beauty so makeup ni “Not to more, Not to less”.
“Of course seri bertambah naik bila dikenakan dgn busana RizmanRuzaini dan Kina baca2 sikit (hahaha baca bismillah la)
“Both of you are lucky to have each other. MasyaAllah. Semoga berbahagia hingga ke jannah, mendapat anak yg soleh & solehah. Aminnn
Kecantikan wajah Mira turut mendapat komen warganet yang memuji hasil kerja jurusolek yang terkenal dalam kalangan selebriti dan instafamous ini.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Kebersihan Sebahagian Daripada Iman.’ Tiada Larangan Dalam Islam Menyapu Sampah Pada Waktu Malam
‘Kebersihan sebahagian daripada iman.’ Tiada larangan dalam islam menyapu sampah pada waktu malam seperti yang dimomokkan oleh kebanyakan orang.
Ramai yang percaya bahawa menyapu sampah pada waktu malam akan membawa kesusahan dan kesempitan dalam hidup. Ternyata ia hanya sekadar kepercayaan bukannya larangan dalam agama Islam.
Ikuti penerangan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri tentang isu menyapu sampah di malam hari akan membawa kepada kemiskinan.
Artikel Berkaitan:
Kebersihan Sebahagian Daripada Iman
Soalan:
Benarkah menyapu rumah pada malam hari membawa kepada kemiskinan? Sebabnya saya pada waktu siang, saya bekerja, jadinya waktu malam sahaja masa yang ada untuk mengemas rumah. Mohon pencerahan. Terima kasih.
Jawapan:
Secara umumnya tidak ada larangan dalam Islam untuk menyapu dan membersihkan rumah pada waktu malam.
Bahkan sebaliknya kita dituntut untuk menjaga kebersihan rumah dan tempat tinggal kita pada bila-bila masa.
Hal ini kerana Islam sangat prihatin terhadap soal menjaga kebersihan dan bersuci. Ini kerana kebersihan merupakan sebahagian daripada ciri-ciri orang beriman.
Tiada Larangan Dalam Islam
Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada Abu Malik al-Asy‘ari bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ
Maksudnya: “Bersuci itu adalah sebahagian daripada ciri-ciri keimanan.”
Riwayat Muslim (223)
Begitu juga terdapat hadith lain yang menggalakkan atau menggesa untuk membersihkan rumah-rumah, dan ia jelas disebut sebagai salah satu ciri orang Mukmin dan meninggalkannya pula adalah salah satu ciri orang Yahudi.
Terdapat riwayat daripada Sa‘ad bin Abu Waqqas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إنّ اللهَ طيِّبٌ يحبُّ الطَّيِّبَ، نظيفٌ يحبُّ النَّظافةَ، كريمٌ يحبُّ الكرمَ جوادٌ يحبُّ الجودَ فنظِّفوا أفنيتَكُم ولا تشبَّهوا باليَهودِ
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah itu baik dan mencintai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, mulia dan mencintai kemuliaan, pemurah dan menyukai kedermawanan. Oleh itu, bersihkanlah halaman rumahmu dan janganlah menyerupai orang Yahudi.”
Riwayat al-Tirmizi (2799) dan beliau menilainya sebagai gharib kerana di dalamnya terdapat perawi bernama Khalid bin Ilyas dan dia dinilai sebagai dha’if.
Syu‘aib al-Arna’ut pula menyatakan dalam Takhrij Zad al-Ma‘ad (4/256), di dalamnya terdapat perawi bernama Khalid bin Ilyas dan dinyatakan dalam al-Taqrib, matruk al-hadith (orang yang ditinggalkan hadithnya).
Bahkan Dr. Muhammad ‘Abd al-Sami‘, Mudir Idarah al-Furu‘ al-Fiqhiyyah dan Ahli Jawatankuasa Fatwa di Dar al-Ifta’ ketika ditanya mengenai adakah menyapu rumah pada waktu malam membawa kepada kefakiran?
Beliau menyebutkan bahawa dibolehkan untuk membersihkan rumah pada waktu malam dan tidak ada apa-apa akibat dalam melakukan hal tersebut, serta hukumnya tidak haram sebagaimana yang disangkakan oleh sebahagian orang.
Beliau menambah lagi dalam jawapannya itu, begitulah juga halnya membersihkan kawasan perniagaan pada waktu malam. Hal ini kerana tidak ada dalam agama apa-apa yang melarang daripada melakukannya dalam apa jua keadaan.
Menyapu Sampah Pada Waktu Malam
Kami berpendapat selama mana ia kotor dan ada kemampuan oleh tuan rumah atau amah, maka boleh dibersihkan siang ataupun malam.
Kami melihat Masjid Nabawi dan Masjidil Haram dibersihkan siang dan malam begitu juga hotel-hotel. Tiada nas yang sahih lagi sarih yang melarang untuk menyapu rumah sama ada malam, siang, pagi dan petang.
Pepatah Arab menyebut:
النَّظَافَةُ مِنَ الَايْمَانِ
Maksudnya: “Kebersihan sebahagian daripada iman.”
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Amin.
Kashoorga: Umum mengetahui bahawa orang-orang tua dahulu banyak kiasan, jadi barangkali mungkin mereka hanya berpesan agar anak-anak mengemas rumah di siang hari melakukan pekerjaan lain.
Sumber: Maktabah Al-Bakri
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
MOTAC Ambil Tindakan Syarikat Umrah Tawar Harga Badal Haji RM1500, Jelas Berlaku Penipuan
Sejak dulu lagi, banyak syarikat pelancongan menawarkan harga RM1500 membuat badal haji. Mungkin tiadanya pendedahan mengenai isu ini, banyak syarikat pelancongan umrah mengaut untung begitu saja tanpa membuat badal haji seperti diamanahkan.
Isu badal haji dengan kos RM1500 ini pernah KASHOORGA tulis dalam temuramah bersama penasihat Tabung Haji dan juga pemilik bersama syarikat umrah Andalusia Travel & Tours iaitu Dato Ustaz Daud Che Ngah yang menyifatkan harga RM1500 adalah tidak logik pada 15 Jun lalu.
Jelas Ustaz Daud Che Ngah, syarikat pengendali umrah ini mengaut untung RM500,000 semusim begitu saja kerana ramai terpedaya. Modus operandi mereka membacakan 10 nama secara pukal sedangkan syarat badal haji ialah satu orang untuk satu nama. Jelasnya, cara terbaik mengenal pasti tidak ditipu ialah harga mesti melebihi RM3000 ke atas selain memastikan syarikat terlibat diberi lesen oleh Tabung Haji membawa jemaah haji.
BACA SINI :- PENIPUAN BADAL HAJI, KOS RM1500 HARGA TAK LOGIK – DATO USTAZ DAUD CHE NGAH
Dan isu ini mendapat perhatian dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) yang akan mengambil tindakan terhadap pengusaha pelancongan yang menawarkan pakej badal haji meragukan menerusi media sosial, sejak akhir-akhir ini.
Motac dalam kenyataan menyebut, pihaknya memandang serius tawaran pakej berkenaan memandangkan harganya jauh lebih rendah daripada caj pakej dan permit haji dikenakan kerajaan Arab Saudi.
“Motac akan mengambil tindakan sewajarnya bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) yakni Seksyen 8(d) Akta 482 menyebut syarikat pengusaha pelancongan tidak boleh menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara,” menurut kenyataan itu.
Menurut Motac, pengusaha pelancongan yang melanggar akta berkenaan boleh dikenakan penggantungan atau pembatalan lesen.
Sehubungan itu, Motac menasihatkan orang awam untuk membuat pengesahan terlebih dahulu terhadap apa saja pakej ditawarkan dan hanya mempertimbangkan syarikat berlesen demi memastikan hak mereka terpelihara.
Senarai syarikat pelancongan yang berlesen bawah Motac boleh dirujuk di laman web, www.motac.gov.my/semakan/umrah.
Sebelum ini, Pengarah Operasi Bimbingan Tengku Aziz Raja Abdullah dilaporkan berkata, lambakan iklan yang mempromosikan pakej badal haji pada harga tidak munasabah perlu diberi perhatian serius kerana ia seolah-olah tindakan sengaja mengaut keuntungan.
Katanya, Lembaga Tabung Haji yang memainkan peranan penting di Tanah Suci pun tidak melaksanakan badal haji tahun ini kerana menyedari pelbagai peraturan ditetapkan Arab Saudi. Sumber : FreeMalaysiatoday
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI