Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :-
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu. Riwayat Muslim (1955).
Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan bahawa dalam satu riwayat yang lain, hadis ini datang dengan sebutan عَلَى كُلِّ خَلْقٍ yang membawa maksud wajib berbuat ihsan kepada kesemua makhluk. Maka tuntutan ini meliputi berbuat ihsan kepada manusia, tumbuhan, serta haiwan.
Justeru apabila kita menyatakan bahawa hukum berbuat ihsan dengan haiwan adalah wajib, maka menyakiti dan berbuat kezaliman kepada haiwan-haiwan tanpa sebarang yang dibenarkan oleh syarak adalah haram hukumnya.
Tular di Tik Tok dikongsikan oleh @Fauzia Asmaa Hadi, pekerja pembersihan mengambil sebungkus plastik dalam lori sampah selepas mendengar tangisan suara anak kucing sebelum membukanya dan mendapati tiga ekor anak kucing masih kecil dibungkus hidup-hidup sebelum diselamatkan oleh mereka.
Walau tidak dinyatakan kejadian berlaku di mana namun ramai menyifatkan ia satu tindakan kejam kerana menzalimi haiwan kecil kesayangan Rasulullah ini.
Zalimi kucing masuk neraka, kisah ini wajar jadi iktibar
Dikongsi dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam Al Kafi #1707, Mufti menjelaskan perbuatan menzalimi kucing boleh membawa seseorang itu ke dalam neraka.
Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :-
عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا، حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ
Maksudnya: Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya.
Beberapa perbuatan zalim yang dilakukan oleh perempuan ini kepada kucing tersebut disebutkan di dalam sambungan hadis di atas iaitu dikatakan kepadanya:-
لاَ أَنْتِ أَطْعَمْتِهَا وَلاَ سَقَيْتِهَا حِينَ حَبَسْتِيهَا، وَلاَ أَنْتِ أَرْسَلْتِيهَا فَأَكَلَتْ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ
Maksudnya : Kamu tidak memberi makan dan minum kepadanya ketika kamu mengurungnya. Begitu juga kamu tidak melepaskannya sehingga ia boleh makan serangga yang berada di tanah.Riwayat Al-Bukhari (2365).
Ketahuilah, setiap perbuatan kita ada dosa dan pahala dicatatkan. Dan semuanya akan dikumpulkan di Padang Masyhar dan akan diadili di akhirat kelak.
Moga kita sentiasa bersikap ehsan pada semua kerana kita semua hamba dan makhluk ciptaan Allah taala.
https://www.tiktok.com/@fauziaasmaahadi/video/7069926553668357403?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI