Tular ketika ini apabila seorang influencer wanita muslim bagai dirasuk; mengejek dan hina makhluk ciptaan Allah Yang Maha Esa hingga sanggup menyamakannya dengan khinzir!
Khinzir haiwan haram yang sepatutnya tidak disamakan dengan manusia
Tanpa ada rasa malu, wanita ini tidak sedar bahawa setiap tutur kejian dan hinaan yang dikeluarkannya akan dihisab Allah di akhirat kelak.
Ini cukup menakutkan apatah lagi ia dizahirkan dalam keadaan amarah yang meluap-luap. Jika undang-undang dunia tidak dihormati, apatah lagi undang-undang agama.
Bertepatan dengan situasi semasa dan ramai pernah terlanjur mengeluarkan kata-kata mengguris hati dengan mengejek, menghina dan memperlekeh penampilan orang lain (body shaming) Kashoorga ingin menyedarkan bahawa perbuatan ini perlu dihentikan serta merta.
Video tular tersebut telah mendapat reaksi netizen yang rata-rata tidak suka dengan cara influencer tersebut. Dan ada antaranya mencadangkan wanita yang dimalukan itu tampil buat laporan dan tindakan undang-undang.
Budaya ini perlu ditegur agar tidak melarat. Ini bukanlah gaya hidup Islam yang sebenar. Kita tidak mahu generasi akan datang mewarisi sifat menghina bentuk fizikal ciptaan Allah SWT.
Ads
Sebagaimana firman Allah;
Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki mencela kumpulan yang lain, boleh jadi yang dicela itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan mencela kumpulan lainnya, boleh jadi yang dicela itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim“(QS. Al Hujuraat :11)
Jagalah lisan kita sehabis baik, kerana ia lebih tajam daripada mata pedang. Menghina, mencerca, mengejek dan meremehkan orang lain samada rupa parasnya, bentuk fizikalnya, warna kulitnya, pertuturannya dan lain-lain kekurangan adalah dilarang dalam Islam.
Perbuatan kita itu adalah sama dengan kita mengejek Allah yang menciptakan. Simpan dalam hati jika marah sekalipun. Tidak takutkah kita?
Ketika terjadi perkelahian antara Abu Dzar al Ghiffari dan Bilal bin Rabah, terkeluarlah dari mulut Abu Dzar perkataan
Ads
“Wahai anak wanita hitam”, maka Rasulullah sangat marah terhadap ucapan itu.
Baginda mengecam dengan keras Abu Dzar dengan tingkah yang sangat menakutkan. Sabda baginda:
“Hai Abu Dzar, telah dikurangi takaran! Tidak ada keutamaan bagi anak wanita berkulit putih atas anak wanita yang berkulit hitam!” [HR Ibnul Mubarak]
Nabi SAW juga pernah bersabda kepada Abu Dzar, “Lihatlah, engkau tidaklah akan baik dari orang yang berkulit merah atau berkulit hitam sampai engkau mengungguli mereka dengan takwa” [HR Ahmad]
Larangan mencerca dan menghina juga cukup banyak di dalam al Quran
“Dan jangan pula sekumpulan perempuan mencela kumpulan lainnya, boleh jadi yang dicela itu lebih baik “(QS. Al Hujuraat 11)
Ads
(Orang-orang munafik itu) iaitu orang-orang yang mencela orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (untuk disedekahkan) selain sekadar kesanggupannya, maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu, dan untuk mereka azab yang pedih” (QS. At Taubah : 79).
Jelas al-Quran dan hadis melarang perbuatan terkutuk ini. Janganlah jadikannya bahan jenaka atau lawak sehingga kita mengaibkan orang lain. Jika kita menjaga aib orang, Allah akan menjaga aib kita.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda
“Cukuplah seseorang berbuat keburukan jika dia merendahkan saudaranya sesama muslim.” (HR. Muslim)
Mudah-mudahan Allah Ta’ala senantiasa menjaga lisan dan perbuatan kita dari mencela dan merendahkan orang lain.
Kashoorga: Ingatlah satu perkara, siapa kita insan hina dari segumpal darah sanggup mengejek kejadian Allah yang menciptakan kita?
Bertaubatlah segera. Marah macam mana sekali pun, merakam video ditambah pula menularkannya dengan memperlekehkan fizikal orang lain adalah satu dosa. Ia tidak lucu malah ia sesuatu yang menyedihkan. Hati sakit, dosa pun dapat.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Saba’ ayat 39 yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia lah jua sebaik-baik pemberi rezeki.”
Ternyata orang yang suka bersedekah, Allah tidak pernah mengurangkan rezekinya malah sentiasa dilebihkan. Masa yang sama, Rasulallah SAW pernah bersabda, terdapat tujuh golongan manusia yang mendapat naungan Arasy Allah di akhirat kelak antaranya orang yang bersedekah dengan tangan kanannya dan menyembunyikan amalnya hingga tangan kiri tidak mengetahuinya.
Antara kebaikan sedekah ialah ia turut menghapuskan dosa kecil. Dalam satu hadis Muaz bin Jabal RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Dan sedekah melenyapkan kesalahan (dosa) sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat al-Tirmidzi).
Di hari Jumaat yang mulia ini, melalui instagramnya @imammudaasyraf, beliau mewar-warkan mengenai sedekah baju sekolah agama bagi golongan yang memerlukannya. Pemberian secara percuma iaitu seorang sehelai itu akan dilakukan mulai jam 3-5 petang ini di butik miliknya di Butik Aisy Asyraf Bangi Sentral. Sumbangan yang sama dibuat juga di Bertam Walk Penang dalam waktu yang sama.
Menurut Imam Muda Asyraf, saiz baju sekolah agama KAFA ini berukuran antara 28-38 sahaja dan ia akan diberikan pada yang memerlukan.
Dalam perkongsian di instagramnya Imam Muda Asyraf menulis:-
Saya mohon maaf.
Ada hamba Allah infaq Baju melayu putih utk anak2 KAFA.
Hanya size 28-38 sahaja yang ada. Juga mohon maaf atas kekangan tertentu sy terpaksa agih di dua cawangan sahaja. Bangi dan Bertam Penang.
Average size 28 paling kecil ikut badan anak saya umur 10 tahun. Paling besar size 38 ikut badan staf saya hat kurus dlm video tu.
Boleh MAI AMBIK SAHAJA esok jam 3pm -5pm di Butik Aisy Asyraf Bangi Sentral dan Bertam Walk Penang. Sy hanya edar. Ni org lain yg beri sumbangan.
Sejak beberapa hari lepas viral kisah bantuan yang diberikan oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew kepada golongan yang memerlukan.
Dikatakan ramai yang tidak puas hati dengan cara dakwah yang diberikan oleh Ustaz Ebit Lew walaupun pada zahirnya beliau tidak menganggu orang lain.
Dan hari ini dalam posting terbarunya, Ustaz Ebit Lew mengakui terasa penat yang amat sangat dan kini tibalah masanya untuk berehat dan hanya akan membantu golongan susah dari rumah.
Perkongsiannya ini di laman Instagram memang sangat menyentuh jiwa. Dapat merasai kesedihan, keikhlasan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman.
“Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan.
“Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat.
Cuma sayalah terasa sedih sangat. .
Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal.
“Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik.
“Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis.
“Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner.
“Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia.
“Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu.
“Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda.
“Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau.
Ternyata perkongsiannya ini turut mendapat sokongan netizen. Ramai yang memberitahu sayangkan ustaz dan memberi kata-kata semangat padanya dalam menyebarkan dakwah.
nrthiraa7_Stay strong ustaz,. We love you semoga ustaz diberikan kekuatan dan di lindungi oleh Allah. Selamat berpuasa ustaz
syazmin_sulaimanTakpe ustaz, ramai sayang ustaz. Allah sayang kita ustaz
umiernieisnieza94Bersabarlah ustaz.. in shaa allah ada hikmah sebalik semua ini.. semoga ustaz sihat walafiat disamping keluarga..
Siapa yang tidak mengenali penyanyi serta pelakon Amira Othman. Umum mengetahui hubungannya yang cukup rapat dengan adik beradiknya yang lain.
Walaupun hanya dia dan adik lelakinya menceburi bidang seni, namun ibu bapa mereka tidak pernah sesekali membandingkan kebolehan dan kemahiran anak-anak.
“Jangan pernah bandingkan anak-anak anda. Ibu bapa saya takkan bandingkan anak-anak mereka. Bila kami tak dibandingkan kami tak ada rasa iri hati antara satu sama lain.
“Saya ingat lagi dulu ayah cakap, Allah Maha Adil..dia akan bagi anak-anak ada kurang ada lebih.
“Kalau seorang lebih dekat pendidikan, ada seorang yang lebih pada bakat atau kemahiran. Seorang tak minat belajar, seorang lagi mengulang kaji sampai tak tidur,” kata pemilik nama sebenar Nadia Amira Othman.
Malah menurut Amira juga, ibu bapa mereka sentiasa memberi sokongan terhadap apa saja yang menjadi minat mereka adik beradik.
Justeru tidak ada perasaan iri hati antara satu sama lain dan semuanya menganggap rezeki masing-masing.
“Jadi ibu bapa tak akan paksa kami atau bandingkan kami antara satu sama lain. Apa yang kami minat dia akan setuju dengan syarat buatlah dengan bersungguh-sunggh sampai jadi.
“Bila tak dibandingkan, tialah rasa iri hati satu sama lain. Dan apa yang Allah bagi itulah rezeki masing-masing,” tambah anak kedua dari enam adik beradik ini.
Ternyata hubungan kekeluargaan yang rapat keluarga ini menjadi contoh dan inspirasi buat orang lain untuk mengeratkan ukhwah sesama anggota keluarga.