Islam amat menjaga martabat seorang wanita. Namun apabila wanita membuat perlakuan yang tidak sepatutnya maka akhirnya tercemarlah peribadi dan maruah seorang wanita.

Moga perkongsian Dr. Ahmad Sanusi Azmi menjadi pedoman buat kaum wanita.

Gadis Muslimah & Budaya Barat
=============
1. Perkongsian dari Page ASEAN World ini amat menyedihkan. Laman tersebut memaparkan anak gadis dari Malaysia yang terlibat dalam acara bachelorrete party award. Kita harus sedar, bukan semua yang datang dari barat itu baik.

2. Terkadang usaha untuk meliberalkan identiti Muslim ini dilihat sangat aktif. Atas nama kebebasan individu dan hak asasi kemanusiaan, penerapan nilai liberal yang bercanggah dengan al-Quran semakin rancak dilaksanakan.

3. Allah mendidik Muslim dengan memberikan contoh sifat anak gadis di dalam al-Quran. Ketika lari keluar daripada kezaliman Firaun, Allah menggambarkan bagaimana Nabi Musa bertemu dengan dua orang gadis di Madyan. al-Quran menerangkan beberapa ciri yang ditampilkan oleh kedua anak gadis tersebut ketika mereka berusahah untuk mendapatkan air buat binatang ternakan mereka. Perkara ini direkodkan dalam surah al-Qasas ayat 22 hingga 26.

4. Menurut Sheikh al-Sabuni, kedua anak gadis ini amat memelihara kehormatan mereka dengan menjaga batasan pergaulan. Mereka mengasingkan diri mereka daripada bersesak dan percampuran yang terbuka sehingga keadaan mereka ini disedari oleh Nabi Musa. Perkara ini dipaparkan dalam al-Quran ketika babak anak gadis ini menunggu giliran mereka mengambil air.

Ads

5. Menurut al-Sa’di, Allah juga menggambarkan bagaimana anak gadis seharusnya hanya keluar rumah atas keperluan. Perkara ini digambarkan apabila anak gadis tersebut menerangkan kepada Nabi Musa bahawa mereka harus menguruskan urusan gembala mereka kerana ayah mereka telah terlalu tua.

Kata anak gadis tersebut seperti yang dinukilkan dalam al-Quran:

لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاءُ وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ

Maksudnya: “Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.”

Ads

Wahai Kaum Wanita, Tak Semua Yang Datang Dari Barat Itu Molek Kita Tiru

6. Apa yang paling jelas sekali adalah, kedua anak gadis tersebut digambarkan sebagai memiliki sifat malu yang tinggi. Perkara ini ditampilkan secara spesifik apabila Allah menerangkan perlakuan mereka ketika berjalan dengan lafaz “mereka datang berjalan dalam keadaan malu-malu.”Firman Allah:

فَجَاءَتْهُ إِحْدَاهُمَا تَمْشِي عَلَى اسْتِحْيَاءٍ

Maksudnya: Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu…”

Ads

7. Begitulah kisah ringkas di dalam Surah al-Qasas yang membayangkan sifat anak gadis yang memiliki perwatakan yang baik serta berakhlak yg tinggi. (1) Mereka menjaga kehormatan serta batasan pergaulan, (2) mereka tidak keluar rumah melainkan dengan keperluan dan (3) mereka memiliki sifat malu yang tinggi.

8. Jauhi pemikiran liberal yang menjauhkan kita dari panduan Islam. Mudah-mudahan Allah membantu kita memberi kefahaman dan didikan buat anak gadis Muslimah pada hari ini.

Sumber kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

VIDEO:

https://www.youtube.com/watch?v=qDXb7brNhCQ&t=14s

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI