Wanita kena elak post gambar, video tak menutup aurat. ‘Walaupun dalam private group, bimbang tersebar nanti sudahnya mengundang fitnah.
Tidak dinafikan ada wanita terbuka berkongsi gambar tidak menutup aurat seperti tak bertudung dalam group private dengan harapan tiada siapa yang akan sebarkan.
Kita tak tahu hati manusia kan, kadang-kadang bila berlaku perkara tak terduga dalam hubungan, akhirnya gambar atau video tersebut dijadikan modal.
Ikuti penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini,
Soalan
Bolehkah kalau post gambar tak tutup aurat dengan sempurna macam tak pakai tudung dalam kalangan ‘close friend’ perempuan dekat Instagram? Saya lihat ada kenalan yang buat macam tu. Mohon pandangan dan terima kasih.
Ringkasan Jawapan
Perbuatan memuat naik gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna di media sosial adalah perkara yang bercanggah dengan hukum dan adab sebagai seorang yang beragama Islam.
Walaupun tontonan di media sosial boleh dihadkan dan ditetapkan kepada golongan tertentu, namun terdapat kemungkinan gambar atau video itu boleh tersebar kepada orang lain atau dikhuatiri keadaannya itu diceritakan oleh orang yang melihat kepada ajnabi.
Justeru itu, bagi mengelakkan segala kemudaratan dan maksiat, menjadi satu kewajipan untuk memuat naik yang menutup aurat dengan sempurna serta tidak melanggar adab, etika dan kesopanan seorang muslim.
Ads
Video Tak Menutup Aurat
Huraian Jawapan
Dengan kemunculan dan pembaharuan pelbagai sistem tetapan dan ciri yang menarik di media sosial, pengguna media sosial ini perlu mengamalkan adab dan etika serta sentiasa mengawal diri daripada melakukan perkara yang membawa kesan negatif kepada diri, agama dan negara.
Bagi menjawab persoalan di atas, hukum menghantar atau memuat naik gambar gambar dengan keadaan tidak menutup aurat adalah perkara yang dilarang dalam syarak sama ada perbuatan ini dilakukan oleh lelaki mahupun wanita.
Setiap muslim perlu ada sifat malu dan berusaha menjaga auratnya sebaik mungkin dan tidak boleh mengambil mudah akan perihal aurat sehingga menjadi tontonan golongan ajnabi. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
Surah al-Nur (30-31)
Ads
Walaupun Dalam Private Group
Justeru itu, membuka aurat tanpa sebarang tujuan darurat adalah haram sama ada aurat diri sendiri atau aurat orang lain.
Walaupun gambar atau video yang dimuat naik telah dihadkan tontonannya kepada hanya yang mahram atau dalam kalangan sejantina, namun masih terdapat kemungkinan gambar itu tersebar sehingga menjadi tontonan ajnabi.
Justeru itu, sebagai langkah berjaga-jaga dan menghindarkan diri daripada fitnah, setiap orang perlu menapis setiap gambar dan perbuatan yang akan dipertontonkan kepada orang ramai. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain, lalu wanita lain itu menceritakan kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat wanita yang diceritakannya.
Riwayat al-Bukhari
Bimbang Tersebar
Berdasarkan hadis tersebut, seorang isteri dilarang menceritakan keadaan bentuk badan wanita lain kepada suaminya kerana dikhuatiri suaminya berasa tertarik dengan sifat yang disebutkan sehingga menceraikan isterinya dan mengidamkan wanita yang diceritakan sifatnya itu.
Ads
Hadis ini merupakan hujah Imam Malik dalam menentukan piawaian sadd al-zariah iaitu menghalang perbuatan harus yang boleh membawa kepada sesuatu yang haram. (Rujuk Fath al-Bari, Imam Ibn Hajar al-Asqalani, 9/338)
Oleh yang demikian, memuat naik gambar atau video yang tidak menutup aurat dengan sempurna sewajarnya dielakkan. Walaupun tontonan di media sosial boleh dihadkan dan ditetapkan kepada golongan tertentu, namun terdapat kemungkinan gambar atau video itu boleh tersebar kepada orang lain atau dikhuatiri keadaannya itu diceritakan oleh orang yang melihat kepada ajnabi.
‘Walaupun nampak sweet, sedondon dengan isteri.’ Pengantin lelaki, jangan pakai inai di jari. Memang menjadi kebiasaan bagi pengantin lelaki memakai inai di tiga jari semasa upacara pernikahan kerana tidak semua ambil tahu hukumnya.
Memanglah nampak manis bila jari diinaikan, tapi ianya tidak dibenarkan dalam Islam. Ikuti kemusykilan tentang apa hukumnya lelaki memakai inai di hari perkahwinan.
Apakah hukumnya bagi lelaki memakai inai? Kita lihat ketika majlis perkahwinan, selalunya pengantin lelaki akan diinaikan jarinya.
Jawapan:
Inai adalah perhiasan bagi wanita bukannya untuk lelaki. Dalam sebuah hadith, diriwayatkan daripada ‘Aisyah R.Anha:
أَوْمَتِ امْرَأَةٌ مِنْ وَرَاءِ سِتْرٍ بِيَدِهَا كِتَابٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَبَضَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَدَهُ فَقَالَ: مَا أَدْرِي أَيَدُ رَجُلٍ أَمْ يَدُ امْرَأَةٍ. قَالَتْ بَلِ امْرَأَةٌ . قَالَ: لَوْ كُنْتِ امْرَأَةً لَغَيَّرْتِ أَظْفَارَكِ. يَعْنِي بِالْحِنَّاءِ.
Maksudnya:
Seorang wanita memberikan isyarat dari belakang tabir bagi menunjukkan pada tangannya ada surat untuk diberikan kepada Rasulullah SAW.
Walaupun Nampak Sweet
Maka Nabi SAW menggenggam menutup tangannya lalu berkata:
“Aku tidak tahu adakah ini tangan lelaki ataupun tangan perempuan?”. Jawab perempuan tersebut: “Perempuan”.
Lalu Baginda berkata: “Jikalau kamu ini perempuan, nescaya akan lakukan perubahan pada kuku-kuku kamu (iaitu dengan inai)”.
Riwayat Abu Daud (4166), al-Nasa’ie di dalam al-Kubra (9311) & Ahmad di dalam Musnadnya (26258). Al-Albaani menilainya Hasan.
Di dalam ‘Aun al-Ma’bud disebutkan bahawa hadith di atas menunjukkan kepada tersangat digalakkan bagi wanita untuk mengenakan inai.
Al-Sanadi mula menyebutkan bahawa yang disebutkan dengan (لَوْ كُنْتِ امْرَأَةً) itu membawa makna: “Sekiranya kamu meraikan syiar bagi wanita, nescaya kamu akan mengenakan inai pada tanganmu”.
Sedondon Dengan Isteri
Setelah mengetahui bahawa inai itu adalah perhiasan bagi wanita, maka dalam sebuah hadith yang lain terdapat larangan bagi menyerupai wanita. Sabda Nabi SAW daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
Maksudnya: Rasulullah SAW telah melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan golongan wanita yang menyerupai lelaki.
Riwayat Al-Bukhari (5885)
Al-Imam Ibn Battal Rahimahullah menyebutkan bahawa al-Tabari Rahimahullah mengatakan bahawa pada hadith di atas terdapat fiqhnya iaitu tidak boleh bagi lelaki menyerupai wanita pada sudut pakaian, perhiasan yang dikhususkan buat wanita.
Pengantin Lelaki
Dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah SAW pernah membuang daerah lelaki mukhannas yang mengenakan inai pada kedua tangan dan kakinya. Daripada Abu Hurairah RA:
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أُتِيَ بِمُخَنَّثٍ قَدْ خَضَبَ يَدَيْهِ وَرِجْلَيْهِ بِالْحِنَّاءِ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم: مَا بَالُ هَذَا. فَقِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ يَتَشَبَّهُ بِالنِّسَاءِ. فَأُمِرَ بِهِ فَنُفِيَ إِلَى النَّقِيعِ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلاَ نَقْتُلُهُ فَقَالَ: إِنِّي نُهِيتُ عَنْ قَتْلِ الْمُصَلِّينَ.
Maksudnya:
Sesungguhnya Nabi SAW telah didatangkan kepada Baginda seorang mukhannas yang mana telah menginai kedua tangan dan kakinya. Maka berkata Nabi SAW:
“Apa halnya dengan lelaki ini?”. Maka dikatakan: “Ya Rasulullah, lelaki ini menyerupai wanita”. Lalu Rasulullah SAW mengarahkan agar lelaki tersebut di buang daerah ke al-Naqii’.
Maka mereka berkata: “Ya Rasulullah, mengapa kita tidak membunuhnya?”. Maka jawab Baginda: “Sesungguhnya aku dilarang untuk membunuh orang yang solat”.
Riwayat Abu Daud (4928). Al-Arnout mengatakan sanadnya dhoif (lemah).
Jangan Pakai Inai Di Jari
Berdasarkan kenyataan di atas. Kami cenderung mengatakan bahawa tidak dibenarkan bagi lelaki untuk mengenakan inai pada kedua tangan atau kaki mereka dan digalakkan bagi perempuan yang telah berkahwin untuk berinai bagi tujuan berhias. Ini kerana berinai itu termasuk di dalam perhiasan wanita.
Oleh itu, tidak boleh bagi lelaki untuk berinai samaada bagi tujuan perkahwinan ataupun selainnya atas dasar berhias, agar nampak cantik dan sebagainya melainkan untuk tujuan berubat yang mana dengan berinai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu.
Adapun bagi lelaki untuk mengenakan inai pada rambut, maka hal yang demikian itu tiada masalah. Ini kerana terdapat hadis yang membenarkannya.
Tidak dinafikan, jika kita bercakap mengenai majlis perkahwinan pasti akan terbayang perbelanjaan bajetnya yang besar.
Apatah lagi jika tetamu yang dijemput melebihi dari jangkaan, lebih-lebih lagi jika melakukan kenduri anak sulung atau pertama.
Namun jangan risau mengenai bajet jika kita berniat untuk mendirikan masjid. Pasti ada jalan terbaik untuk mengatasi masalah kekangan bajet.
Perkongsian wanita ini Puan Atikah di laman sosial twitter di mana dia membelanjakan hanya RM10 sahaja mengadakan majlis kahwin.
Walau bagaimanapun semua perbelanjaan termasuk dalam duit hantaran RM10K kecuali untuk photobooth, mekap dan juga barang hantaran. Untuk ini dia menggunakan duit simpanan bulanannya.
Ayuh ikuti perkongsiannya.
Total bajet kenduri hanya RM10K sahaja
Semuanya sekali termasuk dalam duit hantaran RM10K kecuali..
Buat di rumah arwah Tok & Wan kerana cucu sulung
Pelamin simple tapi cantik
Untuk gambar kahwin pula minta tolong teman dan bayar sekitar RM500. Kemudian edit sendiri kerana kedua-duanya graphic designer
Upah DJ untuk memeriahkan majlis dan bajet untuk goodies pun ikut kemampuan
Ini tipnya kalau nak beli emas time murah
Ada duit lebihan beli baju Melayu untuk keluarga. Manakala untuk baju kahwin guna bajet bulanan
Murah dan cantik beli bunga tangan di Kaison
Untuk perbelanjaan duit sendiri ini yang diperuntukan
Bajet untuk mekap sanding & nikah
Total untuk barang hantaran
Beli baju siap, simple dan lawa seperti diinginkan
Duit RM10K itu adalah duit bersama, tapi tambah sedikit duit sendiri untuk keperluan lain
Allah mudahkan majlis, benda baik akan dipermudahkan olehNya
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menurut beliau hukum menerima pemberian angpau rakan kaum Cina dibolehkan asalkan ia tidak berkait dengan perkara haram.
“Angpau ini duit raya dari budaya Cina dan bukan dari agama seperti berhala dan sebagainya. Hukumnya boleh.
“Tapi kalau duit angpau berkait dengan perkara yang haram seperti dari tempat sembahyang mereka, hasil judi atau hasil dari jual Arak, yang ini tak boleh.
“Kalau angpau itu adalah hadiah untuk hari raya, ia tidak mengapa,” jelasnya dalam satu sesi ceramah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Salam bersalaman memohon kemaafan memang sudah jadi budaya kita ketika menyambut raya. Namun begitu batasan untuk bersalaman meskipun bersama ahli keluarga perlu juga dijaga.Ini...