Bagi tetamu Allah yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah pasti merindui suasana di bumi baroqah itu. Di sana sini kelihatan ramai melakukan ibadat dan seakan tidak kisah dengan soal duniawi.
Suasana Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang tenang membuatkan ramai merinduinya apabila kembali ke tanahair masing-masing.
Dalam pada itu, ramai yang mengikuti agensi pelancongan ke tanah suci kerana merasakan lebih mudah. Hanya perlu keluarkan wang dan segalanya tersedia. Tapi bagi yang berhajat melakukan umrah diy boleh follow tips dikongsikan oleh Farhaany Nawawi, 29 yang baru saja balik dari Tanah Suci selepas melakukan kembara secara solo minggu lalu.
Jelas Hani, dia sebelum ini pernah melakukan umrah berdua dengan kakaknya awal Februari 2020 dan kali ini dirinya kembali menjadi tetamu Allah secara sendirian, iaitu pergi solo. Ya, seorang diri.
Akui Hani, dirinya mengambil keputusan hanya seminggu sebelum membuat keputusan dan ketika itulah pencarian tiket kapal terbang, urusan visa, hotel di Makkah dan Madinah dilakukan dan seterusnya terbang ke Arab Saudi dan turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.
Dirinya akui selesai umrah dirinya kemudian membuat perjalanan ke Madinah menggunakan pengangkutan keretapi. Selesai segalanya, dirinya pulang melalui Madinah.
“Kos keseluruhan dari awal hingga akhir termasuk masih murah berbanding ikut travel agent. Lagi satu murah sebab semuanya buat sendiri untuk tempoh 10 hari tersebut.
Keyakinan pada Allah kena tinggi
Dalam pada itu, jelas Hani, bila travel secara solo, duit perkara kedua tapi paling utama ialah keyakinan tinggi pada Allah. Dirinya turut berkongsi tips yang ditulisnya di fb miliknya @haany harraz.
Di saat Allah jemputku ke sini, kuat keyakinan saya kepada Allah bahawasanya untuk ke Haramain
1. Urusan duit itu letaknya nombor 2.
2. Kekuatan niat itu yang utama.
3. Bersungguh-sungguhlah menangis dalam doa minta kepada Allah untuk menjemput kita dalam masa terbaik walau apa jua situasi kita.
4. Sentiasalah bersangka baik kepada-Nya.
5. Minta doa daripada kawan-kawan terutamanya yang berada di Tanah Suci.
6. Selalu lihat live dan posting kawan-kawan berkaitan Tanah Suci supaya hati sentiasa terpaut untuk jadi Tetamu Allah Yang Istimewa.
7. Sentiasa support kawan-kawan yang nak jadi Tetamu-Nya meskipun belum tiba giliran kita.
Moga-moga, langkah ini menjadi permulaan baik buat semua yang rindu menjadi tetamuNya. Insyaallah pasti Allah undang lagi dan lagi. Rindu Haramain tiada penghujung
Dalam temubual dengan KASHOORGA, pengusaha rempah sup dan nasi arab terkenal ini, Rempah Che Fatimah, Hani menjelaskan kos makannya lebih kurang RM200-RM300 kerana dirinya memasak sendiri.
“Saya bawa periuk kecil. Masak dalam bilik hotel saja. Adakalanya saya beli makanan luar. Di Masjidil Haram, hotel saya jarak perjalanannya dengan Kaabah cuma 5 minit sahaja. Di Madinah lebih kurang lapan minit menuju ke pintu Raudah iaitu pintu 25.
“Cuma kalau travel solo, adakalanya dapat pemandu teksi yang tak faham bahasa inggeris agak sukar sikit. Tapi saya buat begini. Saya tunjuk lokasi, tetapkan harga dan saya buka waze. Kalau pemandu teksi cuba menipu, saya tunjukkan waze itu dan mereka tahu kita juga tak mudah ditipu.
“Tapi sebenarnya di ada saja bas-bas yang boleh naik secara percuma untuk ziarah di sini. Saya juga gunakan kemudahan itu. Nak kata ada ujian tu tak juga cuma di Masjid Nabawi, saya hilang selipar. Baliklah berbaki ayam untuk jarak perjalanan lebih kurang 15 minit. Nak beli kasut, tak jumpa kedai.
“Selebihnya Allah amat memudahkan urusan saya. Nak ambil gambar kenangan saya minta tolong pada orang Malaysia yang ramai saya jumpa. Dapatlah juga berborak dengan mereka,” katanya mengakui ramai mesej kepadanya untuk turut sama melakukan umrah DIY.
“Insya Allah, Oktober ini dan Januari tahun depan saya buat lagi umrah secara DIY,” katanya yang mengakui, bila segalanya sendirian, keyakinan pada Allah adalah tertinggi.
“Insya Allah, kalau niat baik, Allah akan memudahkan urusan kita untuk beribadah,”jelasnya.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI