
Umum mengetahui isteri kesayangan Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina sedang mengandung kembar.
Kegembiraan pasangan ini jadi berganda apabila dua hari lalu lalu ketika membuat pemeriksaan kesihatan kandungan, keduanya diberitahu kandungan kembar kali ni adalah sepasang bayi lelaki dan bayi perempuan.
Artikel Berkaitan: Netizen Kagum Cara Dr Sheikh Muszaphar Panggil Isteri Dengan Gelaran, ‘Dr Halina’, Yang Kini Hamil Kembar Sekali Lagi
Sebelum itu pasangan popular ini telah dianugerahkan dua anak perempuan dan sepasang kembar lelaki.
Dalam posting Dr Halina, memberitahu dia sangat bertuah menerima berita yang diterimanya itu sambil mengucapkan syukur kepada Allah atas kurniaan yang diberi.
Artikel Berkaitan: Banyakkan Baca Surah Ar Rahman Masa Hamil, Rahsia Wanita Ini Dikurnia Anak Comel
Sebaik muat naik posting di laman instagram, ramai mengucapkan tahniah kepadanya dan suami serta mendoakan kandungan sihat sehinggalah waktu untuk melahirkan nanti.
farorganize Ya Allah besarnya indahnya rezeki Allah
timetoponder Alhamdulillah. Saya doakan segala urusan dipermudahkan, selamat melahirkan… Doa saya nak tgk sepasang twin lelaki perempuan termakbul.. Alhamdulillah. Nanti sama courum putera puteri, 3 each

alyn_alina Alhamdulillah! Congratulations Dr! Going to be 3 girls and 3 boys! Rezekinyaaaa!!!
elleesapfordten MasyaAllah. I tumpang happy for you dr. Praying the best for you and the babies
Kredit Foto: Instagram Dr Halina & Dr Sheikh
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Hukum Muslimah Memakai Jeans dan Sneakers, Ini Penjelasannya Elak Keliru Dikatakan Menyerupai Lelaki

Isi Kandungan
ToggleAdakah perempuan yang memakai jeans dan sneakers dikira menyerupai lelaki?
Jawapan:
Bismillahirrahmanirrahim.
Allah S.W.T telah menciptakan manusia dari jenis lelaki dan perempuan dan masing-masing dilengkapkan dengan ciri fizikal dan tanggungjawab yang berbeza sebagaimana firman Allah dalam surah al-Qiyamah ayat 37 hingga 39:
“Bukankah dia (manusia) berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis lelaki dan perempuan.”
Menyerupai jantina yang berlainan merupakan satu perbuatan yang menyalahi fitrah insan dan ketetapan Allah. Rasulullah telah bersabda:
“Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita.” (Musnad Ahmad, no: 6875).
Bahkan ‘Abdullah ibn ‘Abbas r.a. menerangkan bahawa: “Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Shahih al-Bukhari, no: 5546).
Berdasarkan hadith yang telah disebutkan diatas, Dr. Wahbah al-Zuhaili menyatakan dalam kitabnya al-Fiqhul Islami wa Adilatuhu adalah haram bagi lelaki menyerupai kaum wanita sama ada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki [1].
Allah S.W.T telah menjadikan pakaian juga sebagai perhiasan bagi si pemakai. Maka perhiasan itu suatu yang tidak menyalahi hukum malah ianya merupakan fitrah seorang insan. Sebagai seorang Muslim, kita harus memastikan pakaian yang dikenakan pada tubuh badan hendak sesuai dan bertepatan dengan syariat Islam.

Pemakaian Jeans dan Sneakers bagi Perempuan
Berbalik kepada soalan, jeans merupakan seluar yang diperbuat dari kain yang lasak. Kebiasaanya, seluar adalah pakaian bagi lelaki tetapi telah mula dipakai oleh golongan wanita. Terdapat sebahagian ulama yang mengharamkan secara terus pemakaian segala jenis seluar oleh wanita. Namun begitu, ramai juga dikalangan ulama yang membenarkan pemakaian seluar kepada wanita berdasarkan jenis seluar yang dipakai.
Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” (Sahih Bukhari, no: 5804). Hukum ini umum, bagi membolehkan perempuan dan lelaki memakai seluar. Asalkan seluar perempuan hendaklah berbeza dengan seluar lelaki kerana mereka tidak boleh sama dalam bentuk penampilan diri.
Syeikh Atiyyah Saqqar, Mantan Pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif di dalam kitabnya Mausucah al-Usrah turut mengharuskan pemakaian seluar bagi perempuan. Namun begitu, pemakaian seluar tersebut haruslah terhindar dari sebarang fitnah dan tidak menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan dan punggungnya dengan rupa yang mengiurkan dan berwarna warni yang mengundang perhatian [2].
Menurut Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam bukunya Fatawa Muacsirah muka surat 191 ketika ditanya tentang hukum gadis atau perempuan memakai seluar panjang. Ia memjawab hukumnya haram kerana ia sempit (ketat) yang boleh menampakkan bentuk badan yang boleh menimbulkan fitnah. Begitu juga kerana ia menyerupai lelaki dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala melaknat perempuan-perempuan yang menyerupai lelaki. Akan tetapi jika ia memakai pakaian-pakaian luar (baju atau jubah) dengan syarat pakaian luar itu longgar serta menutupi seluar serta labuh sehingga ke paras bawah lutut maka hukumnya harus.
Oleh itu, adalah harus bagi perempuan untuk memakai jeans selagi mana jeans yang dipakai berbeza dengan lelaki dan longgar (tidak menampakkan bentuk punggung dan kaki).
Bagi sneakers pula, di pasaran terdapat perbezaan antara sneakers lelaki dan perempuan. Bagi mengelakkan isu menyerupai lelaki, seorang perempuan haruslah memilih sneakers yang direka untuk perempuan sahaja.

Tatacara Pemilihan Pakaian bagi Muslimah
Secara umumnya, seorang Muslimah seharusnya memilih pakaian yang sesuai dan menutup aurat. Pemilihan pakaian juga seharusnya bersesuaian dengan tujuan dan tempat si pemakai. Sebagai contoh, jika seorang muslimah ingin bersukan, pakaian yang sesuai semestinya berseluar, berbaju sukan dan berkasut sukan. Berbeza pula jika seorang muslimah ingin menghadiri majlis keramaian. Pakaian yang lebih sesuai hendaklah lebih sopan seperti berbaju kurung.

Kesimpulan, adalah disarankan agar para Muslimah sekalian lebih berhati-hati dalam memilih sebarang pakaian agar bertepatan dengan syara’ dan kelihatan lebih sopan bertepatan dengan Surah al-A’raaf ayat 26 yang bermaksud :
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (libaasa) pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk (wariisya) perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”.
Wallahucalam.
RUJUKAN
[1] Az-Zuhaili, Wahbah bin Mustofa. Al-fiqhul Islami wa adillatuhu. Dar al-Fikr: Dimasyq. 4/2683.
[2] Atiyyah Saqqar. 2006. Mausucah al-Usrah Tahta Ricayah al-Islam.
SUMBER: MUIS
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Hati-Hati Korban Murah Di Luar Negara, Ustaz Dedah Sisi Gelap Dunia Korban

Ibadah korban adalah ibadah yang sangat dituntut melakukannya bagi setiap individu yang berkemampuan. Firman Allah SWT:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”Surah al-Kauthar (2).
Hukum melakukan ibadah korban ialah sunat muakkad yang bererti seseorang itu mempunyai lebihan harta dari keperluan dirinya dan keluarga yang ditanggungnya pada siang hari raya haji dan malamnya serta hari-hari tasyriq tetapi dia tidak melakukan korban maka hukumnya adalah makruh.
Berbanding tahun lalu, harga bagi satu bahagian korban tahun ini bermula dari RM680. Kenaikan segala kos membuatkan harga binatang ternakan juga melambung naik.
Kita sering mendengar ibadah korban dilakukan di negara-negara Islam lain khususnya yang ekonominya tidak sebaik Malaysia. Ia banyak diuruskan oleh pihak Ngo dan orang perseorangan. Kadar satu bahagian masih dianggap murah berbanding Malaysia. Bahkan ia sering diwar-warkan penerimanya hanya menikmati daging setahun sekali sebagai “ayat penarik simpati” kepada rakyat negara ini yang memiliki rezeki lebih.
Namun sesuatu yang perlu kita perhalusi ialah, jangan terperanjat kerana wujud sisi gelap ibadah korban di luar negara ini yang mampu mengaut untung jutaan ringgit semusim. Ia dikongsikan oleh Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Yusoff mengenai sisi gelap dunia korban. Berhati-hatilah dalam memilih ibadah korban murah khususnya di luar negara.

Ini perkongsiannya :-
Orang Bangladesh bila masuk kandang depa akan tanya mana yang paling besaq. Tapi kebanyakkan kita bila korban selalu tanya ” ada tak yang murah dan cukup umur”.
Bila nak buat korban, pastikan cari yang paling banyak daging sebab lebih banyak manfaat untuk penerima.
Sisi gelap yang berlaku dalam dunia KORBAN ni adalah banyak yang collect dengan nilai paling tinggi tapi pilihan binatang korban dengan nilai yang sangat rendah. Berpadalah dalam mengambil untung ya.
Paling membimbangkan korban luar negera, saya pernah tengok satu claim berkaitan buat korban di kemboja/Africa dengan angka mencecah 3000 ekor. Pengalaman peribadi ke Kemboja memang agak sukar @ mustahil untuk menguruskan urusan korban dan serahan sebanyak itu. Malah saya membayangkan kat mana la tempat nak uruskan lembu sebanyak itu.
Ada iklan korban di Africa dengan kos 250 satu bahagian, sedangkan nilai pasaran lembu di sana tidaklah begitu murah. Sebab tu dalam ibadah korban yang paling baik buatlah di tempat yang berdekatan dan tempat yang kita bekerja cari rezeki. Sunat kita tengok binatang korban kita. Maslahah ni nak elak dari kes-kes penipuan jugak.
Elakkan mentaliti buat korban nak yang murah ya.
Bayangkan kalau dapat buat collection 1000 ekor untuk buat korban, kutipan RM800 satu bahagian total dapat RM5600. Bila ke kandang, beli lembu yang kurus dan kecil dengan harga RM4000 maka keuntungan selepas tolak kos upah sembelih dan lapah adalah sekitar RM1500.
Total untuk 1000 ekor bersamaan PROFIT RM1.5 juta.
Saya sarankan untuk tahun ni, peserta-peserta carilah Surau/ Masjid atau madrasah di kawasan berdekatan ya. Ambillah kesempatan untuk uruskan binatang korban sendiri. Biaq puas hati dalam ibadah ni.

Alhamdulillah minggu ni sempat datang ziarah lembu kami yang di fidlot di Tenang Agro Farm Kuala Nerang, anggaran semua akan cecah 100kg bersih untuk daging sahaja menjelang Raya haji.
Demi Allah sepanjang 4 tahun dah buat korban di MADAD. Kami merekodkan kerugian yang konsisten, sebab collection dari peserta hanya RM4900 untuk seekor lembu. Tapi tahun lepas kami bayar lembu seekor semua atas RM4900. So memang takdak profit langsung malah perlu di absorb kos tahun lepas ja dekat RM30 ribu untuk hampir 100 ekor.
Ingat ya tak semua buat murah tu tipu, cuma kena hati hati. Banyak juga NGO yang telus dan buat betul siap beraudit.
Kalau betul nk buat beli tiket p sana terus biaq puas hati. Beli tiket tu pun dah dapat pahala sambil isi masa untuk khidmat umat.
Doakan ya projek korban kerjasama MADAD, AAA dan KIUT dapat bagi manfaat sebaiknya.
p/s : Saya tak jual lembu korban ya. Cuma pelik macam mana harga daging mentah di sebahagian negara luar lagi mahal dari harga kita. Apatah lagi lembu hidup. Sepatutnya lebih mahal bukan murah. Sumber : FB Mohammad Yaakub Yusra
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
[Video] Viral Jasad Ulama Hilang Ketika Hendak Dikebumikan

Kun fayakun (Jadilah, maka jadilah ia).
Dalam dunia ini tiada yang mustahil kerana segalanya atas kehendak Allah SWT. Malah dalam jutaan umat manusia di dunia ini, terdapat segelintir manusia istimewa yang memiliki kebolehan luar biasa diceritakan secara turun temurun untuk pengetahuan anak cucu.
Malah di negara kita juga banyak wujudnya wali-wali Allah semasa penentangan Barat ke negara kita seperti Tokku Paloh, ulama dari Terengganu yang memiliki kemampuan berjalan di atas air selain mampu berada di satu tempat dengan cepat dalam satu masa serta lain-lain lagi. Begitu juga Tok Kenali, Mat Kilau dan lain-lain yang banyak dikisahkan dalam masyarakat.
Terkini, di saat kita bergelut dengan wabak dan dunia semakin menghampiri akhir zaman kerana sudah banyak kejadian-kejadian kiamat kecil ditunjukkan, viral di negara seberang seorang tokoh ulama dari Lombok yang jasadnya hilang saat hendak dikebumikan.
Diberitakan kisah ulama ini mendapat liputan meluas di berita TV Indonesia kerana kisah jasadnya yang tiba-tiba hilang cukup menggemparkan kerana ia disiarkan di tv negara terbabit.
Dikenali sebagai Tuan Guru Lalu Albyani Akbar, ulama dari Lombok ini diberitakan meninggal tiga hari lalu.
Dalam video berdurasi 50 saat itu, sanak saudaranya dilihat menangis sambil kedengaran selawat berama-ramai saat jenazahnya dibawa turun ke liang lahat. Namun saat diangkat ke dalam liang lahat serta hendak didoakan, jasadnya tiada dan yang tinggal hanyalah kain kapan yang mengempis tanpa jasad.
Saat itu, ramai sanak saudara ulama ini kedengaran esak tangis seakan histeria. Sukar untuk mereka mempercayai jasad ulama tersohor ini tiba-tiba menghilang kerana kejadian aneh sebegini jarang dilihat di depan mata. Ahli keluarga ulama ini juga sampai sekarang bingung dan tidak mampu berkata-kata. Pemakaman ulama ini dilaporkan berlaku di Desa Padamara, Dearah Sukamulia, Lombok Timur.

Apa pun dalam dunia ini tiada yang mustahil andai Allah mengkehendaki.
Saksikan video kisah ulama ini.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI