Siapa tidak mengenali pelakon Ashraf Muslim yang begitu bahagia menjalani kehidupan bersama dua orang isteri dan anak-anaknya.
Terserlah kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga yang dibina sejak sekian lama. Malah sambutan Syawal tahun ini jadi lebih bermakna apabila dapat meraikan bersama-sama seisi keluarga.
Ashraf Muslim juga turut memberikan dedikasi istimewa buat dua orang isteri kesayangan, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.
Beliau berkongsi ucapan itu di laman Instagramnya dan katanya lagi setiap kali tiba raya pasti akan membawa cerita yang berbeza.
“Setiap kali raya memang ditunggu-tunggu sbb setiap tahun akan membawa cerita yg berbeza-beza. Alhamdulillah dalam keadaan pkp AM sangat bangga dan sangat berterima kasih kepada mama ibu kerana bertungkus lumus bersama-sama meraikan Hari Raya kali ini dgn bahagianya.
Ads
“Malam raya dah sibuk masak, Pagi-pagi raya makan rendang ayam dan kuah kacang yg sedap sgt sampai kami anak beranak dah malas nak keluar.. heheh boleh buat berniagalah lepas ni heheh.. sampai solat raya pun kul10.30pagi.
“Anak-anak pulak happy sgt sampaikan terpaksa berperang ngn anak-nak dulu utk siapkan dierg.. tapi itulah moment yg indah semasa mereka kecil nih…Ya Allah terima kasih kerana memberi pinjaman kekasih-kekasih hati AM yang sentiasa bersama-sama dgn AM selama ini.
“Ya Allah tenangkanlah hati mereka dan bahagiakanlah mereka bersamaku dan tingkatkan darjat isteri-isteriku ini dimatamu ya Allah… amin.
Baru dua bulan bernikah, suami dijemput Ilahi. ‘Niat untuk tinggal bersama tidak kesampaian. Luluh hati isteri ini bila suaminya pergi buat selamanya sebelum sempat dia berpindah untuk tinggal bersama suaminya di Melaka.
Al-Fatihah buat allahyarham dan semoga isterinya terus kuat meneruskan kehidupan mendatang. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Baru dua bulan melayari bahtera perkahwinan, bak kata orang baru merasa betapa manisnya berumahtangga, namun Nurul Huda Azanan, 20, terpaksa berdamai dengan takdir untuk melepaskan suami tersayang yang dijemput Ilahi, bulan lalu.
Suami Nurul Huda, Azizul Husen, 22, yang juga anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang bertugas di Kem Terendak, Sungai Udang di Melaka meninggal dunia pada 10 Disember lalu.
Allahyarham Azizul meninggal dunia dalam tidur di rumahnya di Taman Seruling Jaya, Masjid Tanah dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kuala Ketil, Kedah.
Suami Dijemput Ilahi
Kisah pasangan itu mendapat perhatian warganet selepas Nurul Huda berkongsi cerita di TikTok dan pengguna media sosial itu turut mendoakannya sentiasa kuat dan tabah.
Berkongsi cerita, Nurul Huda berkata, dia dan suami bernikah pada 26 Oktober tahun lalu dan mereka tinggal berasingan sementara dia menguruskan beberapa urusan sebelum berpindah ke Melaka.
Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa suami sebulan sebelum Azizul meninggal dunia ketika pulang ke kampung untuk bercuti, namun mengakui arwah suaminya itu sudah menunjukkan beberapa perubahan.
Niat Untuk Tinggal
“Kali terakhir kami berjumpa ketika menghantarnya di stesen bas Sungai Petani untuk pulang ke Melaka. Sebelum naik bas, beberapa kali suami berpatah balik ke arah saya sambil meminta menjaga diri dan tengokkan ibunya jika dia tiada.
“Ketika di kampung dia juga membawa saya meronda di kubur dan selalu memeluk serta mencium ibunya tetapi arwah suami kurang bercakap serta lebih banyak termenung,” katanya yang tinggal di Kuala Ketil, Kedah.
Menurut Nurul Huda, pada hari kejadian dia berbual dengan suaminya di telefon sebelum arwah mengadu pening kepala dan mahu tidur pada jam 1.30 pagi.
“Suami juga ada tanya kenapa darah dia beku dan saya sangka dia bergurau saja dan sangkakan dia pening sebab penat berkerja, tetapi ketika itu suami seperti biasa dan ceria.
“Pada 8 pagi, mak mentua beritahu keadaan suami dan mulanya saya sangka dia hanya pengsan saja. Mak telefon sekali lagi cakap suami sudah tiada,” katanya yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang.
Bersama Tidak Kesampaian
Katanya, ketika itu dia yang dalam perjalanan ke Melaka terkejut dan tidak percaya dengan berita itu sehingga pihak atasan suaminya memaklumkan Azizul sudah meninggal dunia.
“Kebetulan abang ipar ada di rumah suami (di Melaka) jadi dia yang menyedari keadaan suami sebelum menghubungi mak di Kedah.
“Suami tiada penyakit dan kesihatannya juga baik, malah beberapa hari sebelum itu dia membuat pemeriksaan kesihatan dan semuanya baik,” katanya memberitahu hasil bedah siasat juga mendapati keadaan suaminya baik dan tiada penyakit.
Reda Dengan Takdir
Nurul Huda berkata, dia reda dan menerima takdir suaminya pergi dulu, namun sedih kerana perancangan untuk tinggal bersama di Melaka tidak kesampaian dan menyifatkan arwah Azizul sebagai suami dan anak yang baik, disenangi ramai, suka membantu serta bersedekah.
“Kalau mengikut perancangan saya akan berpindah ke Melaka hujung Disember lalu kerana masih ada beberapa urusan perlu diselesaikan, malah suami sudah beria minta saya pindah cepat.
“Keterujaan menyambut Ramadan dan Aidilfitri pertama bersama juga lenyap dan sebenarnya sedih kerana peluang berbakti sebagai isteri hanya sekejap saja tapi bagi saya hampir dua bulan ini memang bahagia menjadi isterinya.
“Saya memang sudah bersedia menjadi isteri tentera kerana tugas mereka menuntut masa menjaga negara, tetapi kali ini suami saya ‘pergi’ tidak kembali lagi,” katanya.
Menurutnya, dia turut berterima kasih kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutama Kem Terendak yang banyak membantu dan memudahkan urusan pengebumian suami dari mula hingga akhir.
Kashoorga : Kehilangan orang tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditelan, namun sebagai hamba-Nya kita perlu berdamai dengan takdir. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
‘Umur sudah 30 tahun, tapi belum kahwin.’ Soal jodoh ini kuasa Allah. Jangan disoal tentang Ketentuan Allah, jika belum masanya.
Tidak ada wanita yang ingin hidup bersendirian tanpa pasangan hingga ke hujung nyawa. Namun jika itu adalah jalan hidup yang telah Allah tentukan buatnya, dia reda dan pasrah.
Sebagai manusia biasa jangan tahu menghukum salahkan itu dan ini bila mana kita sudah memiliki pasangan. Percayalah setiap manusia tidak sama jalan hidupnya.
Ikuti perkongsian Ustazah Asmak Husin mengapa jangan disoal tentang jodoh orang lain.
Wanita itu mulia, mengapa perlu direndahkan martabatnya hanya kerana dia lambat berkahwin.
“Umur sudah 30 tahun,tapi belum kahwin. Tengok orang lain dah anak 3.”
Saya sedih membayangkan apa perasaan wanita yang sering direndahkan kerana lambat berkahwin.
Soal jodoh ini bukan kuasa mereka. Jika bertanya kepada mana-mana wanita sekalipun pasti semua ingin berkahwin dan punya keluarga.
Tapi Belum Kahwin
Namun perlu kita fahami, perjalanan jodoh setiap orang tidak sama.
Ada orang jodoh dia datang awal, ada orang ditunda sebentar jodohnya.
Namun dalam Islam kemuliaan wanita itu bukan dikira melalui status diri.
Kemuliaan seorang wanita itu dikira melalui sejauh mana ketaatan dia kepada perintah agama.
Soal Jodoh Ini Kuasa Allah
Semua wanita berhak bahagia tidak kira apa status dirinya. Oleh itu setiap wanita mesti mencari perkara yang membahagiakan diri.
Jangan biarkan diri hanyut dalam kesedihan kerana kata-kata orang di sekeliling.
Sebab itu juga saya selalu bersemangat untuk perbanyakkan perkongsian tentang jodoh kerana dengan ilmu dan teknik yang betul boleh membantu wanita mendapatkan jodoh yang baik.
Doa Cepat Dapat Jodoh Untuk Wanita
Khas buat para wanita, anda boleh amalkan juga doa ini sebagai usaha untuk mendapatkan bakal suami yang soleh dan terbaik.
Maksudnya : “Ya Rabb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”
Di samping mengamalkan doa khas untuk mendapatkan jodoh, anda juga perlu membaiki hubungan dengan Allah dengan cara perbanyakkan solat tahajud, segerakan solat lima waktu, banyakkan bersedekah, amalan sunah dan baiki peribadi diri.
Dengan beristiqamah dalam melakukan amalan baik, Allah pasti akan meredhai hamba-Nya dan pasti akan memberikan yang terbaik untuk hidup dan doa juga lebih mudah termakbul.
Sejak semalam tular di media sosial sepucuk surat dari Kedutaan Arab Saudi Kuala Lumpur kepada pengendali syarikat pelancongan yang hanya membenarkan empat jenis vaksin diberi kebenaran memasuki negara tersebut untuk menunaikan umrah dan haji (untuk musim haji tahun hadapan). Walau surat itu tidak kelihatan tarikh ia dikeluarkan) namun ia dinyatakan tulen kerana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sudah mengulasnya dalam siaran berita Tv3 semalam.
Antara jenis vaksin yang diiktiraf adalah Pfizer Bontech, Moderna, Johnson dan AstraZeneca manakala penerima vaksin Sinovac tidak tersenarai dalam senarai dikeluarkan.
Jelas isu ini mendapat perhatian penerima-penerima vaksin jenis ini kerana melihat peluang untuk menunaikan haji dan umrah “tersekat” kerana mereka sendiri tidak mempunyai pilihan ketika menerima suntikan. Ia sesuatu yang sangat menegcewakan kerana ramai yang rindukan suasana damai di bumi barakah itu.
Dalam pada itu, Datuk Dr Zulkifli yang menyedari keresahan hati kalangan penerima vaksin tersebut dalam temuramah di TV3 memaklumkan Malaysia akan membuat rayuan kepada Kerajaan Arab Saudi berkaitan hal ini.
Jelasnya ketika berkunjung ke Arab Saudi pada Ramadan lalu, Kerajaan Arab Saudi hanya memberi kebenaran kepada dua jenis vaksin sahaja iaitu Pfizer dan AstraZeneca tetapi kini jumlah itu sudah naik kepada empat iaitu tambahan dua lagi jenis vaksin selepas merujuk kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia akan vaksin tersebut.
Diharap penerima vaksin jenis Sinovac tidak berasa risau kerana usaha sedang dibuat.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...