Pelbagai cara boleh dilakukan dalam menghulurkan sumbangan untuk membantu negara dalam memerangi wabak koronavirus ini.
Ada yang menghulurkan sumbangan makanan dan membuat baju perlindungan PPE kepada frontliner kita.
Malah ada juga para dermawan menghulurkan bantuan makanan kepada golongan yang memerlukan.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita sama-sama membantu negara dalam memerangi wabak virus COVD-19 yang sangat merbahaya ini.
Dalam pada itu, bagi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) juga turut mengambil peluang yang sama dengan menghulurkan sumbangan dalam bentuk pemberian wakaf Al-Quran.
Sebanyak 15,000 naskhah al-Quran disasarkan untuk pelaksanaan Projek Wakaf al-Quran Ke Hospital, pusat kesihatan dan pusat kuarantin di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seluruh negara.
Lebih menarik, projek wakaf khas itu bertujuan mengaktifkan #QuranTime Corner menjelang Ramadan.
Ads
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, inisiatif berinteraksi dengan al-Quran melalui pembacaan, pemahaman dan amalan itu merupakan projek bersama TV AlHijrah, Sinar Harian, Ideaktiv, WUIF, Majlis Dakwah Negara, Solidariti Ummah untuk Ummah.
“Sehingga jam 9 pagi Selasa ini sebanyak 10,309 naskhah Al-Quran wakaf telah kami terima. Kami juga turut mensasarkan 15,000 naskhah lagi untuk agihan di hospital utama dalam 200 naskhah, 60-100 untuk hospital biasa serta pusat kuarantin dan 40 naskhah untuk klinik kesihatan.
“Al-Quran Mu’jam. Terjemahan per kata dan Tajwid Berwarna, bagi membantu semua saudara kita di hospital untuk Berinteraksi dengan Al-Quran; membacanya dengan baik dan memahami isi Al-Quran. Melalui TV Hijrah setiap hari, ada panduan yang kami berikan di Malaysia #QuranTime jam 12 dan ulangan jam 10/11 malam.
“Sejak dilancarkan pada hari Jumaat yang lepas, agihan segera telah dilakukan sejak hari Sabtu dan semalam agihan telah kami buat ke pusat kuarantin yang menempatkan sekitar 200 orang serta ke Hospital Sg Buloh yang menempatkan ramai pesakit serta petugas.
Ads
“Sumbangan wakaf ini akan dimanafaatkan untuk menggerakkan #QuranCorner yang mana ia akan menjadi ruang untuk sesiapa sahaja yang berada di hospital memanafaatkan ruang tersebut untuk berinteraksi dengan Al-Quran walaupun sekejap.
“Semoga dengan sedikit masa bersama Al-Quran yang besar kesannya sebagai panduan, peringatan, penyembuh, ia menjadi cara untuk Rehat & Rawat, Biidznillah.
“Wakaf Quran inj juga Insyaallah menjadi sedekah jariah kita. Dari ummah untuk ummah kerana orang Mukmin itu seperti satu tubuh. Kita ikut merasa luahan penat, derita sakit yang ditanggung oleh saudara kita.
Ads
“Wakaf juga adalah cara kita yang menyumbang untuk membebaskan diri kita dari cinta harta yang salah di hati. Wakaf yang dilakukan secara sukarela adalah hadiah kita kepada sesama sehingga ia menimbulkan rasa kasih kepada penerima. Itulah psikologi wakaf sebagaimana yang ditulis oleh SS Prof Dr Ali Gom’ah, Mufti Mesir.
“Semoga dengan formula wakaf ini, terbit rasa kasih pada sesama, lahirl ramai rakyat Malaysia yang lebih baik dan akhirnya terbina Baldatun Thoyyibatun wa Rabbun Ghafur, Biidznillah,” katanya lagi.
Untuk menyumbang sebagai pewakaf al-Quran, orang ramai boleh mendaftar di bit.ly/wakafquranhospital. Bayaran wakaf boleh dibuat kepada Warisan Ummah Foundation melalui nombor akuan Maybank Islamik 564276516031 atas nama dengan rujukan Wakaf Quran.
Sewaktu pembayaran dilakukan, turut disarankan untuk meniatkan wakaf tersebut atas nama penyumbang. Slip pembayaran boleh dihantar ke http://www.wasap.my/60193803635/WakafQuran
#HaveFaith
#JanganPutusAsaMalaysia
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap pasangan memang teruja apabila bakal sambut kelahiran anak, apatah lagi ia merupakan cahayamata pertama. Pelbagai persiapan awal telah dibuat agar kelahiran berjalan lancar termasuklah menginginkan doktor wanita yang menyambut kelahiran anak itu nanti.
Namun kita hanya merancang, ada ketikanya ibu terpaksa terima hakikat doktor yang bertugas untuk menyambut kelahiran pada hari itu adalah seorang doktor lelaki. Mustahil untuk menunda kelahiran di saat genting ketika itu.
Tak kan nak halau doktor lelaki itu? Jadi bagaimana agaknya pandangan Islam? Kita ikuti penjelasan ustaz Dr. Irwan bin Mohd Subri bagi meredakan keresahan ibu hamil yang ingin menjaga auratnya.
“Isu doktor wanita menyambut kelahiran kembali menggegar alam maya. Isunya ialah suami dan netizen tidak mahu doktor lelaki menyambut kelahiran dan tidak mahu doktor lelaki melihat, menyentuh apa tah lagi menyeluk (istilah tepat ialah pemeriksaan bukaan) faraj isteri,” ujarnya di awal coretan
Hukum asal atau yang dikatakan hukum azimah ialah haram melihat faraj wanita lain saja-saja (tanpa sebab kukuh). Dalam hal ini, ia terpakai kepada doktor lelaki dan wanita.
“Maksudnya orang lelaki yang bukan suami tidak boleh (haram) melihat faraj wanita lain termasuklah faraj mahramnya tanpa alasan kukuh. Begitulah juga orang wanita tidak boleh (haram) melihat faraj wanita lain saja-saja tanpa ada keperluan,”
Jika alasan bahawa doktor lelaki tidak boleh melihat faraj isteri ketika melahirkan anak, sepatutnya alasan sama digunakan juga terhadap doktor wanita; tidak boleh melihat faraj isteri ketika melahirkan anak. Ini kerana hukum azimah ialah tidak boleh melihat faraj wanita lain secara saja-saja. Sama ada doktor lelaki dan wanita sama sahaja hukumnya.
“Namun kita bercakap tentang proses melahirkan anak. Adalah satu keperluan untuk seseorang menyambut kelahiran tersebut. Seseorang itu sama ada seorang lelaki atau seorang wanita.
“Jadi, keadaan hukum asal azimah telah berubah menjadi hukum rukhsah, iaitu daripada hukum tidak boleh melihat faraj wanita lain secara saja-saja, kepada hukum “harus” bahkan terkadang menjadi “wajib” untuk melihat faraj wanita yang melahirkan anak”, ulasnya lanjut
Proses melahirkan anak telah menjadi hajat (keperluan) atau darurat (kecemasan) yang mana ia dinamakan rukhsah (keringanan) hukum. Hukumnya tidak lagi sama dengan keadaan hukum asal azimah.
Ketika berlaku situasi hajat atau darurat, pesakit (isteri) tidak berdosa kerana mendedahkan aurat farajnya kepada orang lain. Doktor sama ada wanita atau lelaki tidak berdosa melihat faraj wanita lain ketika sambut kelahiran. Kata kuncinya ialah hukum azimah dan hukum rukhsah. Begitu juga hajat dan darurat.
Dari segi awlawiyyatnya adalah lebih baik doktor atau jururawat wanita yang menyambut kelahiran. Sekiranya tiada doktor wanita bertugas, diharuskan kepada doktor lelaki untuk menyambut kelahiran. Sudah tentu, sama ada wanita atau lelaki yang menyambut kelahiran perlu mematuhi prinsip Syarak, antaranya ialah tidak melebihi had sepatutnya. الضرورة تقدر بقدرها
Tuntutan supaya doktor O&G hanya dikhususkan kepada wanita sahaja demi menyelamatkan maruah faraj isteri adalah penyelesaian juz’ie (kecil atau sebahagian) sahaja. Penyakit-penyakit lain juga memerlukan pendedahan aurat selain faraj seperti barah payudara, tiroid, barah usus dan lain-lain.
Dalam keadaan tanpa alasan kukuh atau saja-saja (azimah), aurat selain faraj juga haram dilihat. Namun dalam situasi sakit (rukhsah), diharuskan untuk melihat dan menyentuhnya.
Berhujah dengan maqasid Syariah dalam pertembungan hifzu al-din (hukum aurat) dan hifzu al-nafs (nyawa/kesihatan) juga selalu disalahfaham. Ada situasi yang wajib didahulukan al-din seperti jihad.
Ada pula situasi yang wajib didahulukan al-nafs demi menjaga al-din seperti rawatan kesihatan khususnya yang melibatkan hidup mati pesakit. Sebab itulah imam al-Shatibi meletakkan satru al-awrah (tutup aurat) dalam kategori tahsiniyyat dan bukannya daruriyyat.
Wallahu A’lam bi al-Sawab.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Semalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan dividen sebanyak 6.10 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.65 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2021.
Ia lebih tinggi berbanding 2020, yang mana dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 5.20 peratus dan 4.90 peratus untuk Simpanan Syariah.
Jumlah pengagihan terkumpul bagi 2021 adalah RM56.72 bilion, iaitu RM50.45 bilion untuk Simpanan Konvensional dan RM6.27 bilion lagi untuk Simpanan Shariah seperti diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Dalam pada itu, satu perkongsian dari pakar kewangan Islam, Dr. Zaharuddin Abd Rahman di fbnya memaklumkan khusus bagi umat Islam yang masih berada dalam simpanan Konvensional, sebanyak 69 peratus daripada dividen yang diterima perlu dibersihkan kepada mana-mana institusi baitulmal.
Ini kerana 69 peratus dividen yang diterima daripada simpanan Kovensional adalah datang daripada pelaburan yang tidak patuh Shariah. Permbersihan boleh dilakukan menggunakan wang lain yang dimiliki.
Contoh : Dividen 6.1 % dari jumlah caruman, katalah dividen bernilai RM 10,000 (dividen dari caruman) maka RM 6,900 perlu dibersihkan ke faqir miskin, Baitul Mal atau kegunaan kebajikan awam.Jika tak tahu nak bersih dan dermakan kemana, boleh pilih derma untuk permbersihan dari mana-mana projek ini https://myclaaz.com/app/charity/education_crowdfunding/
Berbeza dengan simpanan Shariah yang semua dividen adalah datang dari pelaburan patuh Shariah dan tiada pembersihan diperlukan.
Dalam pada itu, dirinya menjelaskan 84.5 % pencarum muslim masih dalam KWSP Konvensional berbanding bakinya sudah beralih ke Simpanan Shariah.
Bagi yang berada di Simpanan Shariah, tidak perlu bimbang dengan pembersihan harta ke institusi zakat ini kerana duit pelaburan Simpanan Shariah TIADA yang dilabur ke bank-bank Konvensional.
Dalam pada itu, menjawap mengapa pihak KWSP tidak secara automatik menukar Simpanan Shariah bagi pencarum muslim, Dr Zahiruddin menjelaskan perbezaan dividen begini menjadi salah satu sebab, mengapa KWSP tidak boleh sewenangnya secara automatik pindahkan semua pencarum muslim ke simpanan Shariah kerana KWSP tiada hak untuk bertindak dan paksa pencarum menurut undang-undang.
“Masa yang sama, ada ramai muslim di luar sana yang tidak endah halal haram. Kelak jika ditukar secara auto dan dilihatnya dividen konvensional lebih tinggi, dia memprotes dan ambil tindakan undang-undang ke atas KWSP.
Selain itu, KWSP juga hanya wakil bertindak bagi pihak pencarum maka perlukan mandat utk perubahan. Secara automatik TIDAK boleh. perlukan perlantikan melalui akad jelas secara online atau di kaunter,” katanya menjelaskan pertanyaan banyak pihak mengenai hal itu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam kes kematian yang meningkat, ramai juga membabitkan dari golongan jemaah tabligh yang sebelum itu menyetai ijtimak di Masjid Seri Petaling Februari lalu.
Sejak itu ramai menunding jari menyalahkan golongan ini tanpa mengetahui kisah sebenarnya.
Namun sebenarnya golongan jemaah tabligh ini tidak seburuk yang disangka. Malah mereka memang ikhlas dalam menyampaikan dakwah mengikut sunnah Rasulullah.
Dalam satu posting di laman sosial Instagram berkongsi satu posting pengalaman jururawat yang bertugas menjaga jemaah ini.
Ternyata perkongsian ini sebenarnya menyedarkan warganet untuk melihat sendiri hikmah yang cuba disampaikan di sebalik ujian maha hebat dari Allah ini.
Menurut jururawat berkenaan, wad pengasingan membabitkan jemaah ini sentiasa bergema dengan bacaan suci ayat Al-Quran, zikrullah dan tidak pernah lalai menjaga solat berjemaah dan solat sunat.
Biarpun kebanyakan pesakit jemaah sudah berusia, namun mereka sesekali tidak menyusahkan kakitangan hospital.
Malah menurut frontliner ini lagi, situasi dalam wad juga cukup menyenangkan. Kesemuanya berjubah, berserban dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir.
Dengan pertuturan yang lembut dan sentiasa bertanya andai perlukan pertolongan mengubat keletihan mental dan emosi petugas di situ.
Tambahnya lagi, tingkah laku dan amalan ditunjukkan oleh jemaah ini cukup terkesan di hati kerana majoriti mereka terlalu baik.
Menurut pemilik Instagram, Azuan Mazlan Allah sebenarnya mahu beri kita ujian supaya masyarakat hari ini belajar balik cara kehidupan Rasulullah SAW.
Tambahnya kehidupan Islam kita banyak dipengaruhi adat orang Melayu (nenek moyang) kita berbanding cara kehidupan Islam yang diajar oleh Rasulullah.
Dan katanya lagi inilah masanya belajar cara akhlak Rasulullah dan Sunnah Nabi SAW dalam kehidupan.
“Luahan Nurse2 yang menjaga jemaah tabligh.. Allah bagi ujian pada kita supaya Masyarakat dan kita semua belajar balik cara kehidupan Rasulullah saw.
Hari ini sebenarnya kehidupan Islam kita banyak di pengaruhi dgn adat orang melayu (datuk nenek moyang) kita berbanding cara kehidupan Islam yg di ajarkan oleh Rasulullah saw.
Inilah masanya belajar cara akhlak Rasulullah saw dan Sunnah Nabi saw dalam kehidupan”
Selepas Syawal ramai yang berkira-kira untuk melakukan ibadah korban Setiap kali tibanya musim ibadah korban untuk Aidiladha nanti.Boleh jadi terdetik juga keinginan untuk melakukan...