Ziana Zain buat solat taubat, istikharah dan hajat sebelum bercerai. “Saya keliru, minta Allah beri petunjuk.’
Setiap pasangan yang bergelar suami, isteri tak lari daripada ujian. Sudah pasti sesiapa pun ingin rumah tangga yang dibina berlandaskan cinta bahagia hingga ke hujung nyawa, namun siapa sangka rupanya hujan di tengahari.
Ziana Zain antara isteri yang diuji. Pergolakan rumah tangga yang berlaku antara penyanyi Ziana dan bekas suami, Armin Zaharin pernah menjadi topik hangat di media sosial.
Baru-baru ini, Ziana bersikap terbuka mendedahkan detik hitam yang menjadi punca rumah tangga dengan bekas suami berakhir dengan perceraian.
Pendedahan menerusi program bual bicara, Next To Neelofa musim kedua, Ziana menyatakan dia ‘terpukul’ dengan kata-kata kesat yang dilontarkan oleh bekas suami.
Istikharah dan Hajat
Dalam keadaan sebak, penyanyi berumur 54 tahun ini berkata bekas suaminya tergamak menyebut dia sudah tidak peduli dengan isteri sendiri.
Pada tahun 2016, masih segar di ingatannya apa yang bekas suami cakap, ‘Ingat saya hairan (peduli) ke dekat dia? Saya tak hairanlah (pedulilah) dekat dia.’
Sebagai isteri macam mana perasaan macam saya? Berbelas tahun saya taat kepadanya, dia boleh cakap dia tak hairan (peduli) dengan saya.
Ads
Sebelum Bercerai
Jadi, saya ke sahaja yang terdamba-dambakan dia. Perasaan waktu itu rasa macam tiada harga diri.
Macam mana dia (bekas suami) tergamak keluarkan perkataan sebegitu. Saya isteri dia. Dia nak anak empat, saya beranak anak empat (orang).
Saya hampir hilang nyawa 50-50 bertarung (nyawa) untuk dia dan this is the end (inikah pengakhirannya).
Suami adalah individu yang terdekat selepas bapa. Bila sudah selalu dihambur dengan kata-kata kesat, hati ini sudah tidak boleh pulih.
Saya Keliru
Dalam masa yang sama, bercerita perihal anak-anak, Ziana mengakui salah seorang anaknya menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
Jelas Ziana, dia jadi tawar hati selepas anak lelakinya dipukul teruk dan ekoran peristiwa itu dia nekad untuk meminta pertolongan daripada Allah SWT.
Ads
Pada tahun 2018, saya baru pulang dari penggambaran, saya tengok anak sulung, tunggu pukul tiga pagi. Saya tanya kenapa abang tak tidur lagi, dia jawab ayah pukul adik.
Saya pergi ke bilik dan tengok bengkak muka anak saya macam belon. Tangan dia penuh kesan biru (lebam) dan darah. Saya tanya kenapa? Dia jawab ayah pukul sebab tak reti baca surah ‘Qul huwAllahu Ahad (Surah Al-Ikhlas).’
Minta Allah Beri Petunjuk
Saya buat solat taubat, istikharah dan hajat. Lepas itu, saya tidur dan bangkit pukul 5 pagi. Dalam pada itu,Ziana merasakan doanya termakbul apabila satu persatu ‘rahsia’ bekas suami terbongkar.
Saya buka telefon bimbit dia dan tengok banyak mesej masuk. Saya tak sangka dia sanggup buat isteri macam itu. Sebagai suami, dia kena setia dengan saya, bukan mengkhianati.
Selepas dua hari saya rasa macam memang inilah Allah hendak tunjuk. Saya buat laporan.
Ads
Terdahulu, Mei 2018, Armin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencederakan anak lelakinya.
Ziana berkahwin dengan Armin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga anak lelaki dan seorang perempuan berusia 11 hingga 20 tahun.
Bagaimanapun, pasangan itu bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.
Tahniah buat pengantin baharu, Mira Filzah dan suami, Wan Emir yang telah selamat diijabkabulkan pada 3 September 2020. Semoga sahaja pernikahan ini kekal bahagia hingga ke Jannah.
Begitu juga buat pengantin baharu lainnya. Sesungguhnya perkahwinan adalah satu ikatan suci yang diredha Allah SWT. Pernikahan adalah ibadah yang begitu suci dan mulia, di dalam agama Islam sendiri pernikahan digambarkan dengan kata mitsaqan ghalizha, iaitu janji yang sangat agung.
Ikatan agung ini tidak hanya menyatukan adam dan hawa saja, tetapi juga dengan kedua keluarga. Maka jelaslah, restu dan redha daripada kedua orang tua adalah sesuatu yang harus diambil perhatian.
Oleh itu, doa yang paling penting adalah doa dari ibu dan ayah mempelai agar berkahnya pernikahan yang dijalani. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmatNya untuk kita semua.
Doa yang terbaik adalah doa yang diajar oleh Rasulullah SAW. Jika kebiasaannya kita hanya ucapkan “Selamat Pengantin Baharu, semoga berbahagia ke anak cucu” Tahukah kita bahawa doa begini tidak ‘dipersetujui oleh Rasulullah SAW? Oleh itu, kita amalkan doa berikut yang jauh lebih baik mengikut Sunnah.
Doa untuk Pasangan Pengantin Mengikut Sunnah
Dari Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa, jika Nabi SAW ingin mengucapkan selamat kepada seorang yang telah menikah, Baginda mendoakan,
“Semoga Allah memberkahimu ketika bahagia dan ketika susah dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan” (HR Abu Daud: 2130)
Kashoorga : Oleh yang demikian, selepas ini, kita titipkan doa sebagaimana sunnah sama ada diucapkan atau ditulis pada kad. Semoga kita mendapat manfaatnya. Bagaimanapun selagi kalimat doa itu masih mempunyai maksud yang baik, maka ia tidak menjadi kesalahan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebelum kita mendirikan solat, sudah tentu kita akan menjaga sebaik mungkin air wuduk yang diambil sebelumnya. Ada beberapa hal yang akan menyebabkan wuduk terbatal.
Namun adakah jika kita muntah ia turut menyebabkan terbatalnya wuduk?
Kita baca penjelasan ustaz Azhar Idrus tentang hal ini.
Seorang kawan saya ada memberitahu yang muntah menyebabkan wuduk kita terbatal. Katanya dia mengetahui perkara itu setelah membaca sebuah buku tentang solat. Mohon penjelasan ustaz sebab setahu saya muntah tidak menyebabkan wuduk kita batal.
JAWAPAN :
Di antara perkara yang membatalkan wuduk ialah keluar sesuatu dari kemaluan hadapan atau belakang.
Oleh itu jika keluar sesuatu dari selain kemaluan seperti keluar muntah melalui mulut atau keluar air melalui hidung atau keluar darah melalui telinga adalah ia tidak membatalkan wuduk.
Ertinya : “Bermula pendapat mazhab kami , sesungguhnya tidak membatalkan wuduk dengan keluar suatu dari selain kemaluan hadapan dan belakang seperti darah orang berbekam dan muntah dan berdarah hidung samada sedikit yang demikian itu atau banyak.
Dengan inilah berkata Ibnu Umar dan Ibnu Abbas dan Ibnu Abi ‘Aufa dan Jabir dan Abu Hurairah dan Aisyah r.a. dan Ibnu Musayyab dan Salim bin Abdullah bin Umar dan Al-Qasim bin Muhammad dan Thawus dan Atha’ dan Makhul dan Rabi’ah dan Malik dan Abu Tsur dan Daud.
Dan telah berkata Al-Baghawi ialah pendapat kebanyakkan para sahabat dan tabi’in. Dan berkata satu kumpulan wajib berwuduk dengan sekelian yang tersebut itu dan ialah mazhab Abu Hanifah dan As-Tsauri dan Al-Auza’I dan Ahmad dan Ishaq.” (Kitab Al-Majmu’ Sharah Al-Muhazzab)
KESIMPULAN Muntah tidak membatalkan wuduk samada banyak atau sedikit dan samada sengaja atau tidak.
Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW nampak seperti satu zikir biasa namun manfaatnya sangat besar. Ini kerana di Padang Masyhar kelak, tiada manusia terlepas dari dosa kecuali Nabi Muhammad SAW. Malah Baginda adalah satu-satunya Nabi pemberi syafaat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzaab, ayat 56).
Bagi mendapatkan jaminan syafaat daripada Nabi SAW kita digalakkan berselawat.
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Tabrani)
Ternyata sering berselawat memberikan 1001 kebaikan kepada manusia yang tidak menyisihkan dunia sebaliknya melebihkan akhirat dalam kehidupan.
Itulah juga rahsia mengenai seorang warga emas berasal dari Pontianak, Kalimantan Barat iaitu Hubabah Anisah binti Sayyid Yusof Al Hadad yang kini berusia 105 tahun.
Siapakah wanita warga emas yang sangat istimewa ini?
Hubabah Anisah binti Sayyid Yusof Al Hadad yang kini berusia 105 tahun mampu khatam Al-Quran 3 kali semingguSering mengumpulkan biji-biji buah-buahan seperti rambutan, longan dan lain lagi dan mengira jumlah surah Al-Ikhlas yang dibacanya beribu kali sehari.
Usinya sudah mencapai 105 tahun. Dan salah satu amalan rahsia panjang umurnya ialah dirinya suka berselawat dan pesannya, jangan sedikit pun membuka aib orang apatah lagi menghina seseorang itu.
Apabila rumahnya didatangi tetamu, dirinya akan menjamu tamu dengan ramah dan dirinya amat suka dibacakan qasidah memuji Datu beliau iaitu Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam (berketurunan Nabi).
Beliau suka mengumpulkan biji-biji seperti buah iaitu biji rambutan, bii durian belanda, longan dan lain-lain. Biji itu beliau akan basuh dan dimasukkan ke dalam mangkuk untuk menghitung jumlah surah Al-Ikhlas yang dirinya bacakan. Salah satu amalan dirinya ialah membaca surah Al-Ikhlas ribuan kali dan setiap hari tidak meninggalkan membaca Robitul Haddad.
Malah lebih mengujakan Hubabah Anisah mampu khatam Al-Quran tiga kali seminggu dan ternyata amalan dirinya sungguh luar biasa.
Kita mungkin tidak mampu menuruti amalan warga emas ini tetapi cukuplah kita minta didoakan kerana dirinya adalah seorang ahli ibadah dan Dzurriyat keturunan Rasulullah SAW. Dirinya suka bersedekah dan dirinya juga seorang auliya Allah.
Ramai habib dan ulama mengunjunginya di rumah dan beliau akan minta dibacakan qasidah dalam setiap kunjungan itu.
Banyak para habib dan dan ulama yang sering mengunjunginya di rumah. Didoakan agar dirinya dipanjangkan usia dan sihat tubuh badan.
Mudah-mudahan berkat Rasulullah, para auliya dan orang-orang soleh. Dosa-dosa dan kesalahan kita zahir dan batin diampuni Allah, dikabulkan segala hajat, selamat dunia dan akhirat, peroleh husnul khatimah dan masuk syurga tanpa hisab, aamiin.