Segala amalan baik dan buruk kita adalah penentu bagaimana pengakhiran hidup kita nanti. Semua mahu meninggal dunia dalam keadaan Husnul Khatimah.
Tapi kalau hanya menuturkannya sahaja tapi tiada sebarang tindakan baik ke arah itu, nilainya sama sahaja dengan mati sia-sia.
Hidup di dunia ini hanyalah sementara ia adalah salah satu transit dan fasa dalam perjalanan kita menemui Allah di akhirat nanti. Hidup kita diakhiri dengan kematian. Selalulah tanya kepada diri sendiri.
Dapatkan jawapan yang jujur, adakah kita bersedia menghadapi saat kematian? Mengingati kematian adalah satu perkara yang sangat baik agar kita akan ingat tujuan hidup kita ini hanya untuk dapat reda Allah.
Dan kita sungguh bertuah kerana banyak diingatkan tentang amalan-amalan yang perlu dilakukan agar dipermudahkan dalam meghadapi kematian.
Salah satu pesanan yang terbaik ialah 10 pesanan daripada Imam Syafi’e tentang bagaimana kita boleh meninggal dalam keadaan baik, tenang dan selamat.
1. Hak Kepada Diri
Ads
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak Kepada Malaikat Maut
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuatpersediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
3. Hak Kepada Kubur
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak Kepada Munkar Dan Nakir
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Ads
Foto google
5. Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan AmalPada Hari Kiamat)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
6. Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka Pada Hari Akhirat)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
7. Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
Ads
8. Hak Kepada Ridhwan (Malaikat PenjagaSyurga)
Iaitu : Berasa reda dengan Qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9. Hak Kepada Nabi SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah.
10. Hak Kepada Allah SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Kashoorga: Jika inginkan Husnul Khatimah, maka dekatkan diri kita dengan amalan-amalan da ibadah bagi mendapat reda Allah.
Adat dalam berumahtangga, setiap wanita pasti tidak sabar untuk bergelar seorang ibu. Bayi comel yang mendiami rahim hasil pengikat kasih sayang ibu ayah. Bila mula melihat dunia, dijaga dan ditatang sepenuh jiwa.
Namun manusia itu hanya mampu merancang dan Allah menentukan. Ia untuk menguji sejauh mana hambaNya redha dengan ujian diberi. Dan satu perkongsian dari skuad pengurusan jenazah percuma, Mr Wan Cai Official di fbnya mengundang sebak tatkala mereka menguruskan penghuni syurga, Nur Emirah Raudhah, berusia tujuh bulan. Lagi dua bulan insya Allah akan melihat dunia namun asbab ibunya terbabas motosikal, dirinya bergelar penghuni syurga.
Baca perkongsian ini, manusia itu tiada daya upaya dan Allah Maha Berkuasa dan tahu segala-galanya.
Pengurusan Bidadari syurga Nur Emirah Raudhah Binti Muhammad Hizqil 7 bulan mati dalam kandungan.
Anak tanpa dosa ini meninggal dunia sehari selepas ibunya terjatuh dari motosikal. Kejadian malang itu berlaku sewaktu si ibu dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya selepas habis bekerja.
Motosikal yang ditunggang oleh si ibu dikatakan hilang kawalan dan jatuh terbabas disatu selekoh. Selepas terjatuh si ibu tidak mengalami sebarang kecederaan atau luka teruk dan terus pulang kerumahnya. Tetapi pada malam kejadian si ibu mengadu mengalami sakit-sakit di bahagian dalam perut.
Si ibu kemudiannya telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Doktor yang merawat mendapati bayi dalam kandungan si ibu nadinya telah terhenti. Menangis si ibu apabila diberitahu bayinya sudah tiada.
Anak syurga ini telah dilahirkan secara normal setelah air ketuban dipecahkan. Pengurusan buat baby Emirah telah disempurnakan seperti anak-anak syurga yang lain. Jasadnya dimandi dan dibelai seperti anak kami sendiri.
Segala pengurusan buat baby Emirah kami lakukan dengan cukup sempurna. Saya yakin si ibu pasti menyalahkan dirinya atas kematian anak yang dikandung.
Kehidupan kita didunia ibarat sebuah roda. Adakala kita berada di atas. Adakalanya kita boleh jatuh ke bawah. Tidak semua mempunyai kehidupan yang bernasib baik. Yang pasti si ibu bukan sengaja mahu menunggang motosikal tersebut.
Lagi-lagi dalam keadaan si ibu sedang sarat mengandung. Mungkin kehidupan si ibu kurang bernasib baik seperti yang saya katakan di atas. Jika mempunyai kenderaan lain sudah tentu si ibu akan memilih untuk memandu kereta.
Menunggang motosikal adalah pilihan terakhir yang akan dilakukan oleh mana-mana insan yang bergelar ibu mengandung. Si ibu perlu menerima ketetapan qada dan qadar. Menyalahkan diri sendiri ibarat menolak takdir Allah.
Percayalah. Setiap perkara yang berlaku sudah Allah SWT aturkan. Berat bagaimana pun ujian mendatang kita perlu REDHA. Belajar memaafkan diri sendiri adalah lebih baik!
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Wabak COVID-19 masih belum menunjukkan bakal reda. Di Selangor sendiri, 19 buah sekolah diumumkan tutup selepas menunjukkan ramai murid dijangkiti. Namun Kelantan terus menunjukkan rekod tinggi kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R naught (Rt) tertinggi di negara ini iaitu pada kadar 1.32 berbanding kadar kebangsaan 1.19. Ini memaksa tujuh jajahan Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 29 April ini.
Dalam pada itu, dalam satu kenyataan rasmi semalam, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengumumkan se seluruh masjid mukim, surau dan musolla di Kelantan diarah tutup untuk semua aktiviti termasuk solat Jumaat, fardu, solat sunat tarawih dan aktiviti-aktiviti lain mulai hari ini sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata bagaimanapun pelaksanaan solat Jumaat, fardu dan solat sunat tarawih di masjid negeri, bandar dan jajahan adalah dibenarkan.
“Pelaksanaan itu dibenarkan dengan 50 peratus kehadiran jemaah daripada kapasiti masjid selepas penjarakan fizikal di dalam saf sebanyak dua meter.
“Manakala aktiviti-aktiviti lain termasuk tazkirah, tadarus Al-Quran, iktikaf dan lain-lain adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, masjid yang dibenarkan adalah Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Masjid Al-Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan, Masjid Sultan Muhammad II,Telipot, Masjid Sultan Mansor, Kampung Sireh dan Masjid D’Raja Long Yunus, Langgar.
Selain itu, Masjid Bandar As-Salam, Pengkalan Chepa, Masjid Ismaili Jajahan Tumpat, Masjid Mahmoodi (Jajahan Bachok), Masjid Ibrahimi (Jajahan Pasir Puteh), Masjid Sultan Yahya Petra (Jajahan Machang) dan Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, (Jajahan Kuala Krai).
Turut dibenarkan dibuka ialah Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra (Jajahan Gua Musang), Masjid Sultan Muhammad I (Jajahan Jeli), Masjid Sultan Muhammad III (Jajahan Pasir Mas), Masjid Ismail Petra (Jajahan Tanah Merah) dan Masjid Bandar An-Nur Guchil, Kuala Krai.
Tengku Mohamad Rizam berkata MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak yang gagal patuhi prosedur operasi standard ditetapkan. Sumber : BERNAMA
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam menjalani kehidupan seharian, ada ketikanya iman kita turun dan naik. Di dalam surah Al-Ankabut ayat 2 Allah berfirman:-
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”,
Jadinya, dalam menjalani kehidupan seharian, kita tidak tidak terlepas dari ujian sebagai penanda bukti keimanan kita kepada Allah. Masa yang sama, setiap ujian dan musibah yang diturunkan ke atas seseorang hamba itu sebenarnya bertujuan untuk menghapuskan dosanya.
Jika beberapa hari lalu media sosial dikejutkan dengan gambar mendedahkan aurat dari pelakon Nonny Nadirah sehingga mengejutkan rakan baiknya, Mila Jirin yang meminta agar sahabatnya itu percaya akan rezeki Allah, nampaknya doa sahabatnya itu serta orang ramai termakbul apabila tiada sebarang gambar lagi di Instagram artis berkenaan termasuk gambar mendedahkan auratanya.
Ternyata perubahan dan ketiadaan sebarang gambar di Instagram Nonny (masa yang sama menimbulkan tanda tanya kerana profile picturenya hanya menunjukkan warna hitam) membuatkan beberapa orang artis mengucapkan rasa syukur malah Mila Jirin turut mengucapkan rasa syukur selain mengajak rakannya itu bermujahadah, jom lawan seperti ditulisnya di insta story.
Malah sebelum itu, Mila Jirin turut mengakui apa yang berlaku pada sahabatnya itu adalah ujian juga buat dirinya. Malah dirinyaa turut berkongsi kelebihan membaca doa Ummu Salamah ketika mereka sama-sama mengerjakan umrah sebelum ini.
Doa Ummu Salamah ini adalah doa mengelak musibah.
Daripada Ummi Salamah katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Jika ada diantara kalian tertimpa musibah, hendaklah dia berkata :
Maksudnya: “Sesunggunya kami milik Allah dan sesunguhnya kami akan kembali pada-Nya. Ya Allah aku hanya menghitung pahala musibah ini di sisi-Mu, maka berikanlah kepadaku pahala itu, dan gantikanlah aku dengan sesuatu yang lebih baik dari musibah ini.” (Riwayat Abu Daud, no. 3119)
Tulis Mila Jirin :-
Bila Allah uji orang terdekat kita – sebenarnya Allah juga sedang menguji kita
Nonny ni masya Allah – sangat baik..Bayangkan doa Ummu Salamah pun beliau hafal (saya pun tak hafal)
Tengok gambar ni, teringat betapa gembiranya mu dapat masuk Raudhah dapat solat dalam Raudhah….
Non, mu antara yang Allah pilih untuk dijemput ke Makkah Madinah, Allah pilih untuk hadiahkan HIDAYAH…
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...