Sebagai manusia kita tidak dapat lari dari melakukan dosa yang mungkin menjerumuskan kita ke dalam neraka.

Tapi Allah itu jua Maha Pengampun dan Maha Penyayang, Dia turut memberikan kepada kita amalan amalan yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan kita dari menjadi ahli neraka.

Berdasarkan hadis yang sahih, terdapat 10 amalan yang berupaya menjauhkan diri kita dari dibakar ke dalam api neraka yang sangat dahsyat. Amalan-amalan tersebut adalah:

1. Mengucapkan syahadah dengan penuh ikhlas.

Ucapkanlah syahadah setiap hari dengan penuh ikhlas bahkan jadikanlah ia zikir harian kita kerana ia berupaya menjadi pendinding buat diri kita dari neraka Allah.
Sabda Rasulullah:
مَا مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ إِلَّا حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ
“Tidak ada seorang lelaki yang mengucap Lailaha illah wa anna muhammad Rasulullah dengan penuh ikhlas dan membenarkan dalam hatinya melainkan Allah akan mengharamkan ke atas dirinya neraha. (Sahih al-Bukhari)

2. Berakhlak mulia.

Perbaikilah akhlak kita serta janganlah kita menyakiti yang lain. Kerana akhlak berupaya menjadi pendinding buat diri kita dari dibakar oleh neraka Allah. Sabda Rasulullah:
أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِمَنْ يَحْرُمُ عَلَى النَّارِ أَوْ بِمَنْ تَحْرُمُ عَلَيْهِ النَّارُ ؟ عَلَى كُلِّ قَرِيبٍ هَيِّنٍ سَهْلٍ

Ads

Hendakkah kamu aku beritahu perkara yang menyebabkan dirimu diharamkan dari dibakar oleh neraka? Iaitu setiap orang yang dekat (dengan manusia), lemah lembut, lagi memudahkan.” (HR al-Tirmizi)

3. Melibatkan diri dalam perjuangan di jalan Allah

Mereka yang berjuang sehingga berdebu kakinya kerana mendaulatkan agama Allah, maka Allah akan mengharamkan dirinya dari dibakar neraka Allah:
مَنْ اغْبَرَّتْ قَدَمَاهُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ
“Barangsiapa yang berdebu kakinya dalam jalan Allah, maka Allah mengharamkan dirinya dari neraka.” (Sahih al-Bukhari)

4. Sujud pada Allah dengan penuh penghayatan dan keinsafan.

Sabda Rasulullah:
حَرَّمَ اللَّهُ عَلَى النَّارِ أَنْ تَأْكُلَ أَثَرَ السُّجُودِ
“Allah mengharamkan neraka dari membakar kesan sujud (atau solat yang sempurna). (Muttafaq Alaih)

Ads
5. Solat Sunat empat rakaat sebelum dan sesudah Zohor.

Barangsiapa yang menjaga solat sunat 4 rakaat sebelum zohor dan sesudahnya, maka Allah akan menjaga dirinya dari neraka. Sabda Rasulullah:
مَنْ حَافَظَ عَلَى أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَأَرْبَعٍ بَعْدَهَا حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ
“Barangsiapa yang menjaga (solat sunat) 4 rakaat sebelum zohor dan 4 rakaat selepasnya maka Allah akan mengharamkan dirinya dari neraka. (HR al-Tirmizi)

6. Mengesakan Allah sebelum saat kematian.

Barangsiapa yang berupaya mengucapkan syahadah sebelum kematiannya, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka. Sabda Rasulullah:
مَنْ رُزِقَهُنَّ عِنْدَ مَوْتِهِ لَمْ تَمَسَّهُ النَّارُ
“Barangsiapa yang dikurniakan rezeki (untuk mengucapkan syahadah sebelum kematianya) maka jasadnya tidak akan disentuh api neraka.” (HR Ibn Majah)

Ads
7 & 8. Menangis kerana takutkan Allah atau berjaga malam dijalan Allah.

Sabda Rasulullah:
عَيْنَانِ لَا تَمَسُّهُمَا النَّارُ : عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ، وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis kerana takutkan Allah, dan mata yang berjaga kerana menjaga perjuangan dijalan Allah.” (HR al-Tirmizi)

9. Tidak melihat perkara yang haram.

Dalam riwayat al-Tabrani pula, ada lafaz yang menyebutkan bahawa mata yang tidak melihat perkara yang haramkan akan diselamatkan dari neraka Allah:
“Tiga mata yang tidak akan melihat neraka Allah: dan mata yang menunduk tidak melihat perkara yang diharamkan oleh Allah.” (HR al-Tabrani)

10. Bersabar atas kematian anak.

Ini adalah salah satu amalan yang dikurniakan bagi orang-orang yang terpilih sahaja, iaitu mereka yang bersabar atas kematian anak, maka Allah mengharamkan buat dirinya neraka. Sabda Rasulullah:
“Seorang muslim yang meninggal dunia tiga orang anaknya, maka disentuh oleh api neraka, maka tidak ada baginya kecuali sambil lalu saja.” (HR Muslim)
Semoga Allah membimbing kita.

Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI