Saat terlafaznya akad, maka tertanggunglah di atas bahu setiap pasangan hak-hak suami dan isteri dan hak bersama yang perlu ditunaikan. Bagi pasangan bakal berkahwin jangan fikir kehidupan berumahtangga ini semudah ABC.
Nak mengemudi bahtera perlukan nakhoda kapal yang tahu apa yang wajib, harus dan tak patut dilakukan agar bahtera tidak karam. Sebagai suami, bukan senang nak mendapatkan kepercayaan penuh isteri apatah lagi rumahtangga yang dibina adalah atas dasar bercinta selepas nikah.
Artikel berkaitan:Elak Sakitan Hati Isteri Kalau Tak Nak Di Malaikat Mark, Derhaka Pada Allah. Pesanan Untuk Para Suami!
Artikel berkaitan: Isteri Tak Tutup Aurat Akibatnya Suami Tak Dipandang Allah
Tak kenal sangat hati budi masing-masing. Namun bagi seorang suami, anda tak perlu bimbang, jika dapat tunaikan 10 hak isteri ini, InsyaAllah, rumahtangga mendapat berkat Allah SWT.
Sayyid Sabiq dalam Fikih Sunnah mengungkapkan, ada tiga jenis hak dalam hubungan suami isteri. Pertama, hak-hak isteri yang wajib ditunaikan suami. Kedua, hak-hak suami yang wajib ditunaikan isteri. Ketiga, hak bersama antara suami dan isteri.
Kita ikuti penjelasan Syekh Abdul Azis bin Fathi as-Sayyid Nada dalam kitab Mausuu’atul Aadaab Islaamiyah mengungkapkan beberapa hak isteri atas suaminya.
Ibnu Abbas pernah berkata, Sesunguhnya aku senang berhias untuk isteri sebagaimana aku senang jika isteriku berhias untukku. Selanjutnya, Ibnu Abbas membaca firman Allah SWT, ‘’… Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang makruf…’’ (QS Al-Baqarah: 228). (Tafsir Ibnu Katsiir (I/354).
“Janganlah suami memberikan makanan dan minuman yang baik kepada orang lain sementara dia melupakan isterinya. Janganlah pula dia merasa kenyang sementara isterinya lapar, tetapi hendaklah suami memberi isterinya makan dengan apa yang dia makan sehingga timbul rasa cinta yang kuat dari isteri kepada suaminya,’’ ujar Syekh Sayyid Nada.
Menurutnya, seorang suami yang membiarkan isterinya kelaparan merupakan tindakan yang zalim dan Allah mengharamkan perbuatan buruk tersebut.
Nabi SAW bersabda,
‘’Datangilah kebunmu (isterimu) dari mana saja kamu suka, berilah dia makan jika kamu makan, berilah dia pakaian jika kamu berpakaian, serta jangan mengatakan wajahnya buruk dan jangan memukulnya.’’ (HR Abu Dawud).
Seorang suami hendaklah memberikan pakaian yang baik kepada isterinya, seperti pakaian yang dikenakannya. Sekurang-kurangnya sepasang setahun. ‘’Hendaknya suami memberikan pakaian yang sesuai kepada isterinya, tanpa melakukan pemborosan,’’ ujar Syekh Sayyid Nada.
Larangan mengejek wajah isteri sangat ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya. ‘’Janganlah lelaki berkata kepada isterinya, ‘”Semoga Allah memburukan wajahmu,’’ tutur Syekh Sayyid Nada. Bahkan Nabi SAW juga melarang orang memukul wajah isteri.
Seorang suami hendaknya menyedari bahawa tidak mungkin isterinya boleh tampil sempurna. Oleh karena itu, kata Syekh Sayyid Nada, suami harus mengerti isterinya. Seorang suami harus bersabar terhadap aib isterinya dan tidak membesar-besarkannya. Seorang suami harus bersabar atas kekurangan isterinya.
Seorang suami harus bersabar atas tabiat buruk isterinya. Begitu pula seorang isteri harus sabar terhadap keburukan suaminya. Nabi bersabda, “Janganlah seorang mukmin meninggalkan Mukminah apabila dia membenci sebahagian akhlaknya, tentu dia akan redha pada sebahagian yang lain. (HR Muslim)
Menurut Syekh Sayyid Nada, seorang suami hendaklah memelihara perasaan dan akal isterinya, sebagaimana Nabi SAW melakukannya. Rasulullah SAW senantiasa berlaku lemah lembut kepada isteri-isterinya. Bahkan, sesekali bermain dan bergurau.
Tak seharusnya, seorang suami atau isteri mencela penampilan fizikal pasangannya bahkan mengejek-ejekkannya, seperti menghina rupa, bentuk badan, suara, cacat, kepincangan.
Jika seorang suami melihat isterinya berbuat maksiat, maka harus melarang dan memberi peringatan. Yakni dengan cara yang disyariatkan. ‘’Sesungguhnya, jika nampak pada salah seorang keluarganya kebohongan, Nabi SAW akan terus menegurnya sampai dia bertaubat.
Sebagai seorang pemimpin, suami harus meluruskan kebengkokannya, menjauhkan keburukan darinya, serta menasihati kesalahannya. ‘’Seorang suami memiliki hak untuk meluruskannya dengan nasihat, pisah ranjang dan memukul yang disyariatkan.
Menurut Syekh sayyid Nada, jika seorang suami terpaksa memukul isterinya, maka janganlah memukul wajah serta jangan memukul dengan pukulan yang melukai, karena hal itu dilarang oleh Nabi SAW. Suami yang suka memukul isteri, kata Rasulullah, bukanlah orang yang baik.
Kashoorga: Islam itu indah sekali. Sangat memahami jiwa halus seorang wanita sehingga suami perlu mengadaptasi kejadian ciptaan Tuhan ini dengan penuh berhemah. Isteri jika sekali dilukai, dia akan ingat sampai mati kerana parutnya masih berbaki.