10 Hikmah Menatap Langit, Ibadah Sunnah Ini Selalu Manusia Terlupa Lakukan

Share

Di dalam al-Quran, penciptaan langit disebut dahulu sebelum penciptaan bumi. Di dalam surah Ali Imran ayat 190 bermaksud :

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal”.

Malah kekuasaan Allah turut dinyatakan dalam surah Yassin ayat 81 dan Surah Ghafir ayat 57 yang membawa maksud, Allah mampu menciptakan apa saja termasuk langit dan bumi dan kita insan yang cukup kerdil di muka bumi ini.

Dapat disimpulkan di sini, langit adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat agung. Perkataan langit selalu disebut ketika Allah ingin menunjukkan kekuasanNya.

Inilah sebab kenapa Syaikh Abdul Aziz Ath-Tharifi mengatakan bahawa menatap langit termasuk ibadah. Kerana menatap langit ertinya menyaksikan salah satu tanda kebesaean Allah, keperkasaan penciptaanNya serta kekuasaan Allah

Dalam kitab “At-Tafsir wal Bayan” Syaikh Ath-Tharifi menulis 10 faedah dan hikmah yang sangat luar biasa ketika seseorang mendongakkan wajahnya ke langit.

Berikut adalah 10 hikmah menatap langit yang sangat jarang kita buat sedangkan ia salah satu sunnah Rasulullah.

Pertama: Takafur (berfikir), tadabbur (merenung) dan i’tibar (mengambil pelajaran). Yakni, dengan mendongakkan wajah ke atas melihat langit luas, secara automatik, tumpuan akan tertumpu pada objek dilihat di depan mata. Baik siang atau malam, langit selalu memberi ilham kepada orang-orang yang mahu berfikir bahawa alam semesta ini sangat mengagumkan, indah dan cukup mempersona. Ada banyak rahsia-rahsia ilmu pengetahuan yang dapat di atasnya.

Kedua: Menunjukkan hajat dan kelemahan diri. Meski tidak diucap secara lisan, bila kita memandang ke langit yang maha luas, di langit atas itu itu ada kekuatan yang maha dahsyat. Kita tentunya mengharapkan datangnya pertolongan dari Allah. Secara psikisnya, bila kita merenung langit yang luas, di saat dihimpit dengan semua masalah tapi perasaan susah hati itu akan hilang kerana langit itu cukup terbuka.

Ketiga: Berbaik sangka kepada Allah. Bila menatap langit, seolah kita mengharapkan satu berita baik akan datang di saat kita dihimpit dengan masalah. Hal ini juga dilakukan Rasulullah SAW yang sering berhusnudzon kepada Ya Rabb, bahawa satu hari nanti ada berita baik untuk kita dengar dan Allah kabulkan semua doa yang kita minta.

Keempat: Mentauhidkan Allah dalam perkara Rububiyah dan perkara Uluhiyah. Rububiyah bermaksud perbuatan-perbuatan yang hanya dapat dilakukan oleh Allah. Seperti memberi rezeki, menciptakan, menghidupkan, mematikan, serta mengatur alam semesta ini. Sedangkan pengertian Uluhiyah adalah perbuatan-perbuatan hamba yang seharusnya ditujukan untuk Allah semata. Jadi, dengan melihat langit yang merupakan tanda-tanda keagungan-Nya, fitrah mengakui keesaan sang Khaliq akan timbul dalam jiwa kita.

Kelima: Bertambahnya keimanan dengan menyaksikan semua kekuasaan Allah, keagungan ciptaan-Nya dan kesempurnaan penciptaannya. Rasa takjub yang muncul saat seorang mukmin melihat angkasa raya yang luas akan membuatnya semakin yakin bahawa Allah sahaja yang mampu menciptakan semua kehebatan ini dan tidak ada keraguan langsung. Dengan semua ini, jika iman bertambah semangat untuk beribadah jjuga semakin tinggi dan menggebu-gebu.


Keenam: Tumbuhnya sifat tawaduk (rendah hati) pada diri seseorang ketika ia melihat langit, makhluk yang Allah ciptakan jauh lebih besar dari kita insan yang cukup kerdil. Maka dengan mengetahui qudrah (kekuasaan) Allah, hilanglah semua benih-benih kesombongan dan jiwa akan suci dari noda hitam. Akan tumbuh di dalam hati, kita ini hanya kecil malah bumi juga kecil, tidak seperti planet lain yang Allah ciptakan seperti Saturnus, Uranus, Jupiter dan banyak lagi. Itu belum lagi matahari dan bulan kerana bumi banyak bergantung kepada kepada apa yang ada di atas sana.

Jadi jika masih merasakan diri sombong, bersifat angkuh, merasa lebih hehat buangkanlah perasaan itu kerana kaki masih berpijak di bumi. Itu maknanya kita tidaklah sebesar mana.

Ketujuh: Wujudnya rasa khauf (takut) kepada Allah. Bayangkan kekuasaan Allah di depan mata kita, segalanya mungkin. Jika rasa takut itu ada, maka kita takut melakukan dosa. Ini kerana Allah Maha Melihat lagi Maha Mendengar dan sering mengawasi tindak tanduk hambaNya seperti ditulis dalam surah Al Fajr ayat 14.

إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ

“Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi.” (QS. Al-Fajr: 14)

Inilah perbezaan antara takut kepada Allah dan takut kepada makhluk. Ketika kita takut kepada makhluk, maka kita akan menghindarkan diri dan menjauhinya. Tetapi ketika kita takut kepada Allah, maka kita kita akan semakin dekat dengan-Nya.

Ke lapan: Hadirnya sifat tawakal iaitu menyerahkan segalanya kepada Allah taala yang mengatur kehidupan kita. Mutawakkil, orang yang bertawakkal, ertinya orang yang percaya dan menyerahkan segala urusannya kepada Dia yang Maha Mengetahui. “Sesungguhnya, apabila Dia menghendaki sesuatu, maka ia hanya perlu berkata, “Jadilah!” Maka, jadilah sesuatu itu.” (QS. Yasin: 82)

Kesembilan: Beriman kepada Allah dengan seluruh Asma’ul Husna dan sifat-sifat-Nya. Di antara nama dan sifat Allah iaitu; “Al-Aliy” (Yang Maha Tinggi), ‘Ar-Raziq’ (Yang Maha Memberi Rezeki), “Al-Lathif” (Yang Maha Lembut), “Al-Aziz” (Yang Maha Mulia), “Al-Khaliq” (Yang Maha Mencipta), “Al-Qahiru fauqa ‘Ibaadihi” (Dia yang Maha Perkasa), berada di atas seluruh makhluk, dilihat dari tempat dan kedudukan-Nya.

Kesepuluh: Bila menghadap ke langit, bermakna kita hanya "memilih" Allah, tiada orang besar, tiada orang politik, orang kaya atau orang miskin. Semuanya sama di sisi Allah taala.

Sumber: Dakwah.ID

Published by
almaswa Haji Che Ros