Tiada manusia yang sempurna. Malah tiada manusia yang terlepas dari berbuat dosa. Tapi sebagai hamba Allah, kita masih diberi peluang untuk bertaubat. Taubat sesungguh taubat iaitu taubat nasuha iaitu tidak mengulangi lagi doa tersebut.
Dalam satu perkongsian di pagenya Ustaz Azhar Idrus berkongsi 10 kelebihan orang yang bertaubat. Sementara masih memiliki peluang bertaubat, ambillah peluang ini.
Bacalah perkongsian dari Ustaz Azhar Idrus mengenai kelebihan orang yang bertaubat.
10 KELEBIHAN ORANG YANG BERTAUBAT
Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah Taala dengan taubat nasuha maka dapat baginya sepuluh kelebihan.
Artinya : “Maka sesudah mereka (para Nabi) datanglah suatu generasi yang menyia-nyiakan sembahyang dan mengikut hawa nafsu. Mereka itu akan dilemparkan ke dalam kebinasaan. Kecuali orang-orang yang bertaubat di antara mereka dan beriman serta beramal soleh maka mereka itulah orang-orang yang akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak akan dianiaya sedikit pun.” (Maryam : 59-60)
Artinya : “Dan orang-orang yang mengerjakan dosa-dosa kemudian bertaubat sesudahnya dan beriman maka bahawasanya Tuhanmu sungguh Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (Al-A’raf : 153)
Artinya : “Dan barang siapa yang melakukan dosa-dosa itu nescaya dia akan menemui pembalasannya. Akan dilipat gandakan azab mereka pada hari kiamat dan mereka akan kekal di dalamnya dalam keadaan terhina. Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal solih maka mereka itulah orang-orang yang digantikan oleh Allah keburukan-keburukan mereka menjadi kebaikan. Dan Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” (Al-Furqan : 68-70)
Ketujuh : Mendapat Hanya Yang Baik
Firman Allah :
Ads
فَإِن يَتُوبُواْ يَكُ خَيْراً لَّهُمْ
Artinya : “Maka jika mereka bertaubat nescaya dapat bagi mereka yang baik-baik” (At-Taubah : 74)
Artinya : “Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki diri dan berpegang teguh dengan agama Allah serta mengikhlaskan agama mereka untuk Allah maka mereka itulah yang akan bersama dengan orang-orang beriman dan Allah akan memberikan kepada orang yang beriman pahala yang amat besar.” (An-Nisaa’ : 146)
Kesembilan : Mendapat Berkat Rezeki & Kekuatan
Firman Allah :
وَيَا قَوْمِ اسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاء عَلَيْكُم مِّدْرَاراً وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَى قُوَّتِكُمْ وَلاَ تَتَوَلَّوْاْ مُجْرِمِينَ Artinya : “Wahai kaumku! Minta ampunlah kepada Tuhan kamu kemudian bertaubatlah kepada-Nya nescaya akan dikirimkan kepada kamu awan dengan membawa air hujan yang lebat dan akan diberikan kekuatan tambahan kepada kamu dan janganlah kamu berpaling menjadi orang yang berbuat dosa.” (Hud : 52)
Artinya : “Para malaikat yang memikul ‘Arsy dan malaikat lain di sekelilingnya sentiasa bertasbih dengan memuji Tuhan mereka dan mereka beriman kepada-Nya dan memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman. Ya Rabb kami. Rahmat dan ilmu-Mu maha luas meliputi segala sesuatu. Ampunilah orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu serta peliharalah mereka dari siksa api neraka.” (Ghafir: 7) wallahua'lam ustaz azhar idrus
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai yang percaya mimpi itu hanya mainan tidur. Bagaimanapun ada juga mimpi yang sebenarnya sedang memberi petunjuk kepada kita terhadap sesuatu perkara.
Perkara ini dijelaskan oleh Ustaz Ustaz Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed yang memberitahu tak dinafikan ada juga mimpi yang kita alami itu adalah yang benar. Ini kerana ujarnya para ulama sebenarnya membahagikan mimpi kepada tiga bahagian iaitu:
1. Mimpi yang benar.
2. Mimpi mainan syaitan dengan tujuan untuk menakutkan atau menyedihkan anak Adam.
3. Mimpi yang terkesan daripada kehidupan nyata dan realiti manusia sehingga dibawa ke dalam tidur.
Mimpi yang benar merupakan khabar yang baik daripada ALLAH SWT, manakala mimpi daripada syaitan ialah mainan tidur yang didatangkan untuk tujuan menakut dan melemahkan iman anak Adam.
Pembahagian itu berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Mimpi terbahagi kepada tiga, berita gembira daripada ALLAH, bicara diri sendiri (benak fikiran) dan sesuatu yang menakutkan daripada syaitan. Jika seseorang bermimpi sesuatu yang disukai, maka ceritakanlah mimpi itu jika dia mahu dan apabila dia bermimpi sesuatu yang dibenci, maka jangan diceritakan, hendaklah dia bangun dan berdoa.” (Riwayat Ahmad).
Menurut riwayat yang lain, Rasulullah SAW menyarankan agar berta’awwuz (membaca A’uzubillah) apabila seseorang sedar daripada mimpi yang buruk.
5 tanda mimpi benar
Sementara itu, menerusi perkongsian oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid pula menjelaskan bahawa tanda mimpi adalah benar sekiranya memenuhi 5 ciri-ciri ini.
1. Berwudhu sebelum tidur. 2. Tidak dalam keadaan berhadas, baik hadas kecil mahupun hadas besar. 3. Waktu berlaku diantara tengah malam hingga ke subuh yang paling afdhal. Iaitu antara pukul 12 tengah malam hingga masuk waktu subuh. 4. Habis mimpi terus terjaga. 5. Ingat mimpi dari awal sampai habis satu per satu.
Sekitar tahun 90an, siapa yang tak kenal lelaki bersusuk tubuh tegap, tampan dan berwajah persis orang Arab.
Edika Yusof satu nama tidak asing kepada peminat seni tanah air kerana kemunculannya sebagai seorang model dan pelakon serba boleh.
Filem yang paling sinonim dengan dirinya adalah Maria Mariana berlakon di samping Erra Fazira dan Ziana Zain. Namun selepas berkahwin, kelibatnya dalam dunia lakonan tidak kelihatan.
Bukan kerana tidak mahu belakon tetapi ada sebab kenapa dia menghilangkan diri dalam dunia seni. Namun kini dia juga dilihat sudah kembali beraksi dalam dunia seni cuba tidak seaktif dulu.
Dalam masa sama Edika Yusof juga turut menjaga isterinya, Nor Hidayah Yusri, 41 tahun, yang jatuh sakit dan lumpuh tiga suku badan setelah dua tahun mereka berkahwin.
Dalam satu postingnya di laman Instagram, dia mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke 41 tahun buat isterinya yang tersayang.
Isterinya itulah cinta hati dan tanpa cintanya dia tidak boleh hidup bersendirian. Ternyata kasih sayang tidak berbelah pada isteri tercinta walaupun suri hatinya tidak mampu berjalan. Dia juga mengakui akan terus menyayangi isterinya itu hingga ke jannah.
Ternyata pelakon hebat ini begitu menyayangi keluarga termasuk isteri dan anak-anak yang sentiasa memberi sokongan serta dorongan padanya.
Dalam satu video oleh Sinar FM yang telah ditonton lebih tiga juta pelayar, Edika berkongsi pengalamannya selama 14 tahun (termasuk tahun ini) menjaga isterinya itu.
Sejak isterinya jatuh sakit dan menjadi lumpuh hingga mengakibatkan menghidap strok tidak boleh mendengar dan juga bercakap.
Keadaan ini menyebabkan ia menggangggu memori iserinya hingga ada beberapa perkara tidak mampu untuk diingati.
Situasi ini benar-benar menguji diri Edika yang keliru kenapa dugaan ini yang Tuhan beri padanya. Dia terfikir untuk berkongsi masalahnya dengan seseorang. Tetapi jalan yang dipilih adalah berkongsi masalah itu dengan Tuhan sendiri.
Daripada situ beliau mendapat hidayah dan menguatkan diri menempuh segala apa yang berlaku. Walaupun dalam masa sama dia seperti sudah putus harapan, tetapi melihat kesungguhan isterinya apabila melakukan sesuatu dan tidak pernah ‘give up’ daripada situ kekuatan dirinya datang.
Walapun isterinya berada dalam serba kekurangan, tetapi lelaki ini tidak pernah menganggap isterinya seorang OKU ataupun seorang yang lumpuh. Malah dia menganggap isterinya seperti manusia biasa yang sempurna.
Daripada sikap isteri yang begitu membuatkan isterinya juga tidak sedar bahawa dirinya lumpuh dan bukan seperti insan normal lain.
Edika juga turut memberitahu dia treat isterinya sama sahaja daripada segi kasih sayang. Mereka ada masanya bergaduh dan menguruskan keperluan keluarga bersama-sama. Dia cipta benda begini supaya isterinya itu tahu bahawa dia seorang yang normal.
Biarpun ada pandangan keluarga dan teman-teman yang bertanya kenapa dia tidak berkahwin lagi satu, Edika punya jawapan tersendiri. Katanya jika berkahwin lagi satu pun tidak akan selesaikan masalah yang sedia ada.
Mungkin juga isteri kedua itu nanti akan sakit lumpuh. Jadi berapa ‘wheechair’ yang perlu dia jaga kelak.
Menurutnya juga cukuplah dengan satu ini yang dia perlu jaga dan alhamdulillah baginya ini dugaan yang Tuhan beripada dirinya. Isterinya juga ada menyuruh Edika berkahwin lain tetapi dia menolaknya.
Baginya sewaktu mengambil isterinya, dia berada dalam keadaan sempurna dan jika mahu mengembalikan pada keluarga juga mestilah boleh berdiri dan berjalan.
Jadi daripada situ isterinya paham yang dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lain atau menambah isteri kerana padanya yang satu ini juga sudah memadai.
Di akhir perbualan, Edika juga sempat menitipkan pesanan buat kaum lelaki di luar sana agar susah senang bersama isteri. Jangan bagi beban kepada isteri saja kerana lelaki merupakan ketua keluarga.
Kita perlu sentiasa sama-sama membantu isteri dalam urusan rumahtangga. Jangan anggap isteri sebagai maid sebaliknya anggap dia adalah soulmate kita dan lakukan apa-apa biarlah bersama-sama. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
“Tidak ada sesuatupun yang serupa denganNya, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Dalam satu perkongsian oleh Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri itu berkongsi kisah seorang lelaki yang sudah hampir berputus asa dengan kehidupannya menceritakan bagaimana Allah tidak pernah tidur dan mendengar doa dari hamba-hambaNya.
Baca perkongsian dari Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.
“Saya rasa sebak. Tuan-tuan tak kenal saya, tapi tuan-tuan bantu saya sampai macam ni. Betullah Tuhan tak tidur. Setiap masa saya berdoa agar diberi pertolongan…” Beliau benar-benar menangis di hadapan saya.
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Yadim menerima permohonan beliau melalui Tele Bantuan YADIM. Beliau tertekan kerana dihalau kerana tidak mampu membayar sewa bilik yang berharga RM600.
Beliau sudah sampai ke peringkat ingin terjun bangunan untuk menamatkan riwayat hidupnya. Pilihan yang sudah pasti tiada peluang kali kedua untuk kembali bernyawa.
Kami datang ke Lorong Haji Taib, menyelesaikan hutangnya, menyediakan sedikit wang saku untuk belanja harian beliau sekeluarga dan menyampaikan barang-barang asar dapur. Nampak riak wajahnya amat gembira dan bersyukur.
Usai pulang, kami menerima mesej ini daripada beliau:
“Assalamualaikum Encik. Maaf ya tadi duit sumbangan yang encik beri tadi saya serahkan sebanyak RM100 pada seorang wanita dari Sabah yang saya tidak kenali. Telah beberapa kali beliau telah hubungi saya untuk meminta saya tolong beliau buat permohonan bantuan dari NGO atau dari Zakat kerana beliau tidak pandai membaca dan menulis.
Wanita ini tinggal bersama abgnya yang OKU serta wanita ini tidak bekerja. Tadi saya dengar suaranya seperti menangis minta tolong kerana lapar dan perlukan ubat untuk abangnya, saya masukkan duit RM100 ke akaunnya.
Duit RM100 ini dari sumbangan yang encik-encik semua berikan kepada saya tadi dan saya telah berikan pada wanita ini. Saya mohon maaf & mohon halalkan duit yang encik sumbangkan pada saya ,saya telah berikan pada wanita ini..”
Dunia ini masih ramai orang yang mulia. Moga Allah SWT beri rezeki yang seluasnya kepada beliau sekeluarga.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...