Perkahwinan menjadikan seseorang itu lebih matang dalam menjalani kehidupan. Berbeza dengan orang zaman dulu yang lebih memilih untuk berkahwin pada usia muda.
Masyarakat moden saat ini sudah lebih mementingkan karier untuk meningkatkan kekayaan dari segi material dibandingkan dengan kekayaan berumah tangga.
Namun sebenarnya ada beberapa alasan mengapa berkahwin dalam usia muda digalakkan menurut Islam yang sangat baik dilakukan dan perlu anda ketahui.
MEMELIHARA PANDANGAN
Perkahwinan dalam usia yang muda mampu mengawal pandangan dan seterusnya mengawal nafsu. Secara tidak langsung ia mampu mengelakkan berlakunya perkara-perkara negatif dan di luar kawalan.
LEBIH MENIKMATI ALAM PERKAHWINAN
Berkahwin dalam usia yang muda menjadikan pasangan suami isteri lebih menikmati hubungan suami isteri. Selain itu, rahim seorang wanita muda masih sangat kuat dan subur sehingga mampu menghasilkan keturunan yang berkualiti.
Ads
MENYUBURKAN HUBUNGAN ROMANTIS
Perkahwinan merupakan bukti cinta sejati dan menjadi lambang dari keromantisan.
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada romantisme yang lebih indah bagi dua orang yang saling mencintai selain menikah.” [Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah, Baihaqi dan dishahihkah oleh Albani].
LEBIH BAHAGIA
Berkahwin dalam usia muda juga adalah untuk mencari puncak kehidupan yang lebih bahagia menurut Islam.
Ads
Allah SWT berfirman, “Di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Ia menjadikan rasa kasih dan sayang di antara kalian. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [ar-Rum : 21].
BERJAYA DALAM USIA MUDA
Allah SWT juga akan memberikan limpahan rezeki pada pasangan yang telah berkahwin.
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha mengetahui.” [Q.S : An-nur : 23].
Ads
BANYAK WAKTU UNTUK MENGURUSKAN ANAK-ANAK
Keuntungan yang boleh didapati jika berkahwin dalam usia yang muda ialah kesempatan mendidik anak-anak dengan baik. Ketika usia masih muda, fikiran masih fresh dan tubuh pun masih bertenaga.
MENIKIMATI MASA TUA DENGAN ANAK-ANAK
Berpeluang menikmati hari tua dengan anak-anak yang sudah berganjak dewasa. Ini tentunya berbeza jika anda berkahwin antara umur 40 tahun dan ke atas sebab masih harus bekerja dengan giat untuk membiayai segala keperluan anak-anak yang masih kecil.
MATANG DARI SEGI EMOSI
Lebih mendewasakan pasangan dan menjadi cara untuk mengendalikan emosi menurut Islam. Ia mengajar anda untuk mengawal emosi yang dipengaruhi juga dengan keperluan batin yang dipenuhi daripada pasangan masing-masing.
STAMINA TUBUH
Ketika usia masih muda, masing-masing punya stamina tubuh yang tinggi. Faktor ini menjadi perkara penting untuk memperoleh hubungan suami isteri yang terbaik sekali gus memperoleh keturunan sebanyak banyaknya dalam Islam.
MENJAUHKAN DIRI DARI ZINA
Perkara utama daripada sebuah perkahwinan ialah menyalurkan hawa nafsu mengikut saluran yang betul. Fitrah seorang lelaki dan wanita untuk hidup berpasangan. Untuk menghindari perbuatan zina maka digalakkan untuk berkahwin dalam usia yang muda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Perbankan internet banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. Pelbagai kemudahan disediakan dari membayar bil utility, pemindahan bank ke bank, membuat pembayaran pembelian barang dan makanan serta lain-lain lagi termasuk membuat simpanan.
Khusus bagi pendeposit Tabung Haji, jika suatu ketika dahulu kita perlu berurusan di kaunter Tabung Haji dalam membuat urusan transaksi simpanan dan pengeluaran dan kemudian ia ditambah baik dengan urusan boleh dilakukan di Bank Islam dan Bank Rakyat. Bagi memudahkan urusan pendeposit, Tabung Haji telah melancarkan THiJARI di mana penyimpan boleh menyemak baki akaun dan penyata Tabung Haji online tanpa perlu ke kaunter lagi.
Mulai semalam, demi memudahkan pengguna membuat simpanan dan menyemak baki simpanan, Tabung Haji menjalin kerjasama dengan Rakan Strategik mereka iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB di mana pendeposit boleh menambah simpanan melalui aplikasi JomPAY sahaja. Lebih mudah dan lebih selamat serta cepat tanpa perlu ke kaunter lagi.
Dalam perkongsian di fb rasmi mereka, Tabung Haji memaklumkan, selain di kaunter-kaunter TH dan UTC, pendeposit juga boleh melakukan transaksi TH di kaunter-kaunter Uniteller, Automated Teller Machine (ATM), Cash Deposit Machine (CDM) dan Perbankan Internet rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB Bank.
Pengaktifan (link) kad ATM perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi membolehkan pendeposit menggunakan perkhidmatan TH melalui ATM, CDM dan Perbankan Internet Rakan Strategik TH.
Tapi sebelum nak buat perbankan internet melalui JomPAY kita perlu tahu no akaun Tabung Haji sebanyak 15 digit itu.Kalau tak ingat boleh call Tabung Haji untuk dapatkannnya.
Bila dah ada nombor akaun Tabung Haji, bila buat membuat JomPAY, di biller code nanti tulis 60228 diikuti nombor akaun Tabung Haji kita di Ref 1 (yang 15 digit tu) dan diikuti tulis Tabung Haji bagi Ref 2. Dan selepas itu boleh diteruskan seperti biasa.
Aktifkan akaun di Tabung Haji dalam tempoh 7 tahun sebelum akaun diiktiraf tidak aktif
Dalam pada itu, Tabung Haji turut mengingatkan pendeposit agar melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi di Tabung Haji dalam tempoh 7 tahun agar akaun masih sah dan tidak berstatus tidak aktif.
Bagi yang ingin tahu, boleh hubungan pihak Tabung Haji untuk maklumat lanjut.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Soalan: Apa hukumnya bila kita mahu bersolat tetapi pegang Al-Quran. Ini adalah disebabkan tidak hafal banyak surah. Adakah solat saya akan terbatal atau bagaimana?
Jawapan:
HUKUM MEMEGANG AL QURAN KETIKA SEDANG SOLAT
Membaca Surah Al Fatihah tidaklah menjadi satu masalah kepada kebanyakkan kita ketika menjadi imam tetapi yang selalu kita risaukan ialah apabila mahu membaca ayat-ayat lain selepas Surah Al Fatihah
Maksudnya: “Maka bacalah apa-apa yang kamu mampu untuk membacanya (daripada al-Qur’an) dan laksanakanlah solat”
Surah al-Muzammil: 20
Maka membaca surah-surah yang mudah dan sudah dihafal itu bukanlah menjadi satu kesalahan sekalipun kita mengulang surah yang sama.
Maka timbul satu persoalan ketika Bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi mengenai bacaan Al Quran dengan memegang mashaf ketika solat
Hukumnya adalah harus melihat dan membaca al-Qur’an daripada mushaf dalam solat fardhu mahupun solat sunat, bahkan diwajibkan untuk melihat mushaf jika tidak menghafal surah al-Fatihah. Ini adalah pendapat dalam mazhab Imam Asy-Syafi’e dan Imam Ahmad Rahimahallah. Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/95)
Dinasihatkan bagi yang memegang telefon pintar agar mengaktifkannya kepada mod penerbangan supaya ketika kita merujuk aplikasi Al Quran tidak di ganggu dengan deringan ataupun mana-mana mesej yang boleh menganggu kekhusyukan solat.
Ajal maut jodoh pertemuan ditentukan oleh Allah SWT. Tidak tercepat mahu pun terlambat. Dari sebuah acara bertemu rakan-rakan lama, untuk bersapa dan menjalinkan silaturahim namun diuji dengan berita pemergian di hadapan mata.
Inilah kejadian menimpa bekas Pegawai Perhubungan Awam (Pro) BMG Muzik, Rohani Ismail yang diberitakan meninggal dunia selepas mengadu letih selepas menghadiri majlis hi tea bertemu sahabat lama serta turut dihadiri oleh penyanyi Ziana Zain yang juga pernah menaungi syarikat rakaman BMG suatu ketika dahulu di Hotel Pearl, Kuala Lumpur.
Dalam satu perkongsian di fb, Ritta Ramli yang juga bekas Pro syarikat rakaman itu memaklumkan berita menyedihkan ini.
Innalillahi wainnaillahi rojiun buat sahabat, adik dan PRO BMG yang cukup disenangi semua wartawan hiburan pada era akhir 1980an-akhir 1990an, Rohani Ismail atau lebih dikenali “Ani…Mak letih” telah meninggal dunia selepas hi-tea bersama kawan-kawan PRO di Hotel Pearl, Kuala Lumpur selepas Maghrib tadi.
Menurut bekas PRO BMG, Ritta Ramli mereka berjumpa atas undangan Samirah Hambali dan dalam perjalanan untuk balik dari tempat berjumpa khabarnya Ani tiba-tiba mengadu tidak sihat dan setelah sapu minyak angin beliau senyap.
Menurut Rita, semasa high tea Allahyarham happy sangat sebab rindu lama tak jumpa kawan-kawan semua. Masa nak jalan balik, Allahyarham berjalan dengan Ritta.
“Tiba-tiba Ani beritahu dia rasa tidak sihat, ketika itu sebelum Maghrib. Ritta nasihatkan Arwah (Ani) tenang dan ingat Allah. Selepas beberapa kali sebut Allah dan Ani mengucap.
“Kemudian Ani tenang dan kami baringkan Ani di sofa sementara menunggu ambulan sampai. Apabila pihak ambulan sampai dan lakukan CPR tiada apa-apa perubahan dan kemudian datang team kedua dan membuat CPR sekali lagi dan mereka akhirnya proclaim Ani telah meninggal dunia,” kata Ritta ketika dihubungi sebentar tadi.
Menurut Rita, Danial, anak Allahyarham yang hadir menemani ibunya menghubungi ayahnya, Bakhtiar (suami Allahyarham).
Semoga Allahyarham Ani ditempatkan bersama para solihin.
Keterangan gambar: Allahyarham Ani (tiga dari kiri berbaju hitam belang putih) bersama rakan-rakan PRO.
Dari kiri: Danker, Ritta Ramli, Allahyarham Ruhani Ismail, Ziana Zain, Samirah Hambali. C&P FB
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi kebiasaan bila tiba perayaan tahun baru Cina, kaum Melayu turut meraikannya. Terutama bila ada ramai kalangan sahabat berbangsa Cina.Bukan sekadar ada makan-makan tapi...