Innalillahiwainailahirojiun. Kepada dia kita datang dan kepada-Nya kita kembali.

Di saat diuji dengan kegembiraan memiliki cahayamata selepas menanti 10 tahun, Azmi Saat yang juga penyanyi utama Caliph Buskers akui dengan takdir illahi apabila anak sulungnya yang baru dilahirkan tiga hari lalu iaitu 27 September 2021 dijemput Allah kembali akibat kegagalan fungsi otak.

Berita sedih itu dikongsikannya di instagramnya, @azmi_saat sebentar tadi.

Tulisnya, Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya.

Sebelum ini, Azmi ada memuatkan naik meminta orang ramai mendoakan Khairul Afnan yang dikesan mengalami masalah kesihatan.

Kongsinya, mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji. Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung tapi sekarang Allah nak uji kami.  Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami tapi sekarang Allah nak uji kami. Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya.

Ads

Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya. Tolong doakan moga Afnan sihat dan Allah berikan yang terbaik buat kami. Apa pun yang berlaku, kami redha dengan ketentuan takdirNya. Amin Ya Rabbal Alamin, ” kongsinya sebelum ini.

 

10 Tahun Azmi Saat Menanti Kelahiran Anak, Allah Beri Pinjam Afnan 3 Hari Saja Di Dunia
Pasangan ini menanti kelahiran cahayamata namun Allah lebih sayang anak syurga ini

 

Ads

Dilahirkan pada 27 September lalu, ketika itu Azmi Saat menyuarakan rasa syukurnya atas kelahiran anaknya itu.  Namun takdir Allah mengatasi segalanya. Bahkan dirinya sempat memuat naik betapa syukur diri atas kelahiran Afnan dan perasaan itu jauh berbeza dari menerima  anugerah dalam hidupnya sebelum ini.

Pukul 9:09 pagi tadi anak sulung saya telah selamat lahir ke dunia.

Apa pun anugerah atau kejayaan yang pernah saya terima sebelum ini tidaklah terlalu menyentuh hati. Itu hanyalah sekadar warna yang indah dalam kehidupan saya. Namun, pengalaman semalam benar-benar luar biasa. Takkan mungkin saya lupakan.

Ads

Air mata kesyukuran meluncur keluar saat kali pertama mendengar suara Afnan yang baru sahaja dikeluarkan dari perut ibunya. Saya dapat sentuh Afnan dalam keadaan badannya masih basah melekit. Ya Allah, terima kasih atas anugerah ini.

Moga Afnan membesar menjadi anak yang soleh. Sentiasa menghambakan diri pada Allah, menyangi dan mencintai Rasulullah, sentiasa dalam kebaikan di Dunia dan Akhirat.

Amin Ya Allah.

Semoga Azmi dan isterinya, Nazirah Muhammad diberi kekuatan atas ujian maha hebat ini. Gambar: Instagram @azmi_saat

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI