‘10 tahun duit cukup tunaikan haji.’ Siap surat beranak anak, ibu ini terus buka akaun Tabung Haji dan menabung secara konsisten. Semuanya perlu perancangan kalau hendak tunaikan haji dalam usia yang muda.
Dahulu mungkin kurang kesedaran, sekarang rata-rata ibu bapa mula membuka akaun tabung haji sedari anak masih kecil seterusnya membuat potongan gaji setiap bulan untuk simpanan anak-anak.
Sepertimana yang dikongsikan oleh Puan Nor Azihan Sulaiman ini, baginya tiada rahsia anaknya dapat pergi haji dalam usia muda, sebaliknya inilah cara dia lakukan selama ini.
10 Tahun Duit
Ramai yang tanya saya, rahsia anak-anak dapat menunaikan haji pada usia yang muda. Tidak ada rahsia.
Saya dan Tabung Haji memang tak dapat dipisahkan. Kalau ada award, boleh bagilah dekat saya…
Seawal usia 15 tahun saya sydah buka akaun Tabung Haji (TH). Ketika itu ada pameran di sekolah dan saya singgah buka akaun di booth TH. Dari situlah bermulanya persahabatan saya dengan TH.
Cukup Tunaikan Haji
Ada duit RM5, saya pos ke TH Gerik. Begitulah yang saya lakukan masa zaman sekolah. Sehinggalah saya keluar mengajar, barulah saya buat potongan gaji secara tetap.
Sebelum berkahwin, sebelum ada anak, saya sudah membantu membuka akaun TH untuk anak-anak murid Tahun 1 saya. Masa tu kaunter TH dibuka pada setiap hari Sabtu di bangunan Arkeb MARA Lenggong.
Saya wujudkan tabung simpanan untuk anak-anak murid. Kalau mereka masih ingat, setiap hari mereka akan menabung duit lebihan belanja sekolah mereka, sekupang dua kupang…
Ads
Siap Surat Beranak Anak
Zaman itu belum ada media sosial macam sekarang. Nak ambil gambar buku catatan tabungan pun tak dapat. Kena guna kamera isi filem Kodak.
Apabila duit mereka cukup RM5 atau lebih, saya akan bawa ke kaunter TH. Sehingga mereka di Tahun 6, saya masih meneruskan usaha tabungan tersebut. Buku akaun TH mereka, saya pulangkan kepada mereka apabila mereka tamat tahun 6.
Jadi, tak ada hairanlah kalau saya membuka akaun TH anak-anak saya seawal usia mereka 2 minggu iaitu sebaik-baik sahaja mereka memperoleh surat beranak dan seterusnya mendaftarkan haji mereka.
Target saya, sebulan RM100, setahun RM1200, sepuluh tahun RM12, 000 simpanan bersih tidak termasuk bonus. Bermakna pada usia 10 tahun, mereka sudah cukup wang untuk mengerjakan haji.
2007, umur abang genap 10 tahun. Dia selalu ikut opahnya pergi kursus haji kerana pada tahun tersebut opahnya dapat tawaran mengerjakan haji. Dia bagitau kawan-kawannya yang dia nak pergi haji.
Ads
Buka Akaun & Menabung
Suatu hari saya terserempak cikgunya. Cikgu dia beritahu, Syaiful cakap pada semua orang yang dia hendak pergi haji. Cikgunya kata,”Dia ingat senang-senang kot nak pergi haji. Kalau tak ada duit, mana boleh pergi haji. Setakat pergi kursus sajalah.”
Saya senyum saja. Tak jawab apa-apa pun. Tidaklah pula saya beritahu, duit dia memang sudah cukup. Apa yang cakap itu memang betul dia nak pergi haji sebab memang sudah daftar pun haji dia ketika itu.
Alhamdulillah, 6 tahun kemudian, pada usianya 16 tahun, Allah menjemput abang menjadi tetamu agung-Nya.
Terus Istiqamah
Anak-anak memang sejak kecil lagi pulun mengaji dan hendak khatam Quran cepat-cepat sebab mama dan ayah janji hendak bawa umrah kalau semua sudah khatam Quran.
Bukan paksa anak-anak tapi asbab itu jugalah mereka bersungguh-sungguh mengaji dan berguru.
Ads
Doa mama semoga anak-anak mama terus istiqomah dalam mengerjakan amal ibadat, mencintai rumah Allah dan mencintai agama Allah.
‘Terima kasih Allah kurniakan bidadari yang baik.’ Manis ucapan Adam Corrie sempena ulang tahun perkahwinan ke-14. Pelakon Adam Corrie sememangnya seorang suami yang amat menghargai isterinya.
Seperti mana orang lain, Adam Corrie tidak ketinggalan menuturkan kata-kata indah sempena ulangtahun perkahwinan seperti tahun-tahun sebelumnya sebagai tanda menghargai segala pengorbanan isterinya selama membina hidup bersama.
Coretnya,
Terima Kasih Allah
Alhamdulillah sudah 14 tahun usia perkahwinan kami.
Terima kasih Allah kerana kurniakan bidadari yang baik. Dan terima kasih bidadari saya kerana menerima lamaran saya 14 tahun yang lepas dalam keadaan saya yang baru kenal Islam, seorang selebriti, berlainan bangsa dan budaya.
Tapi alhamdulillah bidadari terima saya seadaanya. Malah membantu saya mendalami dan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim dengan baik selepas SAH menjadi suami isteri.
Manis Ucapan Adam Corrie
Alhamdulillah… atas berkat sabar dan saling ingat-mengingati diri saya dalam semua perkara. Jatuh bangun sentiasa bersama memberi sokongan.
Sempena Ulangtahun Perkahwinan ke-14
Semoga Allah SWT memberkati rumah tangga kami sehingga ke Jannah. Aamin allahumma aamin.
Dalam masa yang sama, ramai yang mendoakan pasangan ini, antaranya :
Ustaz Hanafi
Barakallahu lakuma wa baa raka ‘alaika wa jama’a bainakumaa fii khoiir. “Semoga Allah memberikan rahmat kepada kamu, dan semoga Dia mengurniakan rahmat kepadamu, dan semoga Dia mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan. ”
Norlida Omar
Mudanya, Alhamdulillah, Semoga berkekalan hingga ke Jannah Dan doakan sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah, keselamatan, kesejahteran, keselamatan ,keberakahan, dikurniakan anak yang soleh dan dipermudahkan segala urusan ADAM CORRIE sekeluarga. Amin Ya Rabbal Alamin. Happy Anniversary to both of you.
Mohamad Quzari An-Nuur
Assalamualaikum ADAM CORRIE. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan kesihatan yang baik kepada Adam dan wife. Dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, dan semoga hubungan suami isteri berkekalan hingga akhir hayat. Amin, insyallah. Teringin jumpa Adam Corrie. Minat dengan semua lakonan Adam Corrie.. Good Luck BOSS!
Mengapa jika ada masalah, seperti perceraian, posting luahan hati di sosial media menjadi pilihan? Lihat sahaja di facebook, twitter,blog dan aplikasi digital hari ini ada sahaja coretan luahan hati tanpa memikirkan kesannya kelak.
Bagi pemilik akaun, itu adalah hak dia untuk bersuara atau melepaskan apa yang terbuku di hati dan termasuklah perihal kepincangan rumahtangga.
Hal perceraian adalah sesuatu yang sangat peribadi dan ia melibatkan aib diri, keluarga malah pihak ketiga jika ada. Seboleh mungkin ia disimpan kemas dan hanya keluarga dan sahabat terdekat sahaja yang tahu. Tidak perlu hebohkan satu dunia tentang nasib diri.
Ikuti nasihat puan Hajah Safura Hj. Ahmad Sharkawi, Ketua Penolong Pengarah, Unit Kaunseling, Jabatan Agama Islam Serawak khas buat pasangan yang telah bercerai, hasil daripada pengamatan beliau.
Bagi yang sudah bercerai, saya sarankan sebaik baiknya elakkan posting yang berbentuk refleksi atau pengeluahan perasaan kepada umum buat beberapa ketika yang mungkin agak lama. Ia adalah atas beberapa sebab:
Perceraian sepatutnya umpama gencatan senjata.
Ia menamatkan pertingkahan, pertengkaran yang merosakkan emosi diri sendiri dan juga orang-orang penting yang berada di sekitar perkahwinan itu.
Posting berunsur refleksi terbuka untuk tanggapan yang subjektif. Ia boleh memanjangkan lagi perbalahan, persengketaan, menyukarkan interaksi neutral yang masih perlu di masa hadapan seperti urusan anak-anak, ziarah menziarahi keluarga mentua dan sebagainya.
Pengeluahan itu membuka ruang kepada pelbagai interpretasi umum.
Bagi mereka yang berada dalam circle anda, mereka akan membuat interpretasi yang menjurus kepada perkara sekitar isu rumahtangga anda.
Ia boleh jadi datang dalam bentuk sokongan, tohmahan, kejian, umpatan dan lain-lain yang lebih banyak mudarat dan tidak membantu anda pulih daripada trauma mahupun kelukaan.
Interpretasi adalah subjektif.
Anda mungkin maksudkan lain tapi anda tak boleh jangka dan menahan orang mentafsir dengan fahaman dan sudut pandang berbeza.
Lebih lagi bila anda membuat posting umum di media sosial. Jika 5000 orang membacanya, setiap seorang boleh membuat interpretasi yang tidak sama bergantung di posisi mana mereka berada.
Apabila mereka komen, komen mereka pula diinterpretasi oleh 4999 orang lain yang juga dari sudut berbeza.
Memecah belahkan circle yang anda kongsikan selama perkahwinan.
Anda berkongsi keluarga, berkongsi kawan-kawan, berkongsi saudara mara, berkongsi kawan facebook, berkongsi kelab atau persatuan, berkongsi followers, berkongsi rakan pejabat, berkongsi kejiranan, berkongsi kawan-kawan anak dan juga ibubapa kepada anak-anak, berkongsi rakan jemaah masjid surau dan sebagainya.
Apabila anda membuat posting yang hiba sayu atau berbentuk amarah yang menjurus kepada isu sekitar perkahwinan dan perceraian anda, ia akan mendorong kepada terpecahnya circle yang anda kongsi tadi.
Puak A menyokong anda, puak B menyokong bekas pasangan anda sedangkan puak A dan puak B mungkin adalah kalangan rakan rapat anda suami isteri sebelum ini.
Senario di circle perkahwinan anda akan jadi begini:
Mereka simpati pada anda dan marah pada bekas pasangan anda- sedangkan mereka ahli keluarga anda dan dia.
Mereka simpati pada pasangan anda dan marah kepada anda, sedangkan mereka ibubapa kepada kawan anak anak anda.
Mereka mengkritik perkahwinan anda dan buruknya sifat perangai anda sepanjang berada dalam perkahwinan sedangkan mereka adalah ipar duai anda.
Komuniti ini yang anda berada dan tinggal di dalamnya tidak berhenti berkata dan membuat interpretasi selagi ada bahan di depan mata. Bahan itu adalah posting umum anda.
Jadi, apa yang perlu dilakukan?
Hentikan semua ini. Jika anda seorang yang ekspresif dan perlu mengeluarkan apa isi hati agar ia tidak berlegar legar dalam kepala, anda boleh buat catatan di facebook yang anda assignedkan ‘only me’.
Anda juga boleh catatkan dalam jurnal, tulisan dan mungkin juga boleh buat voice record.
Sebaiknya jika anda mahu memenuhi wall anda sekalipun sebagai hiburan hati, post saja tentang makanan, kucing, tumbuh-tumbuhan, PKP, Covid19, Puteri Hang Li Po dan sebagainya. Tak ada orang dapat kaitkan Puteri Hang Li Po dengan kisah anda.
Anda tenang, bekas pasangan tenang, keluarga tenang, circle anda pun tenang. Nak move on pun senang. Tak mahulah jadi seperti kata pepatah: “Rumah siap, pahat masih berbunyi”. Lontarkan luahan hati itu eksklusif untuk tatapan sendiri sahaja.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hari ini dapat dilihat ketegangan perang makin memuncak di antara Palestin dan zionis Israel. Selepas tentera membedil kawasan awam dan meruntuhkan penempatan rakyat Palestin, bridget Al Qassam memberi amaran akan melancarkan serangan balas ke arah Tel Aviv. Buktikannya malam tadi, sebanyak 130 roket dilancarkan ke arah Tel Aviv di mana keadaan di kawasan itu sebahagiannya musnah dan keadaan menjadi hura-hara sebagaimana pernah dilalui oleh rakyat Palestin sebelum ini.
Dalam pada itu, pendakwah terkenal, PU Azman turut berkongsi kenapa doa untuk pembebasan Palestin belum dimakbulkan Allah?
Kenapa Allah tak menangkan Palestin? Palestin sedang menang. Menang dengan semangat jihad yang tumbuh dari iman.
قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman".
Kita lihat mereka berkejaran dalam gempita bom dan peluru. Tapi hakikatnya, mereka sedang kejar syahid, sebaik-baik kematian. Kalau kita kesian dengan Palestin, kita patut lebih kesian pada diri kita kalau tak sudi berdoa untuk mereka. Padahal benda itu sangat mudah untuk dilakukan.
Kita tak galas tugas seberat Umar al Khattab yang membuka Baitul Maqdis dan tidak seperit Solahuddin al Ayubi yang membebaskan Baitul Maqdis dari cengkaman musuh Islam dan tak sehebat Mujahidin Palestin yang setia berjuang untuk pembebasan Palestin.
Lalu bila kita berdoa, kenapa Palestin masih tidak menang? Kerana rintihan kita menjadi pilihan Allah untuk DIA dengari. Boleh saja Allah lenyapkan perang ini 70 tahun yang lalu. Lalu apa yang tinggal untuk kita? Terus santai di zon selesa?
Usaha kita iaitu prihatin, risau, doa dan infaq bukan debu yang dipersiakan. Semua itu menempah ganjaran Allah sebagai umat yang mengambil berat hal saudaranya. Semua itu saham akhirat buat kita.
Kenapa rakyat Palestin mengukir senyum ketika ditangkap tentera Israel? Kerana kepercayaan mereka yang padu pada ganjaran akhirat. Mereka yakin janji Allah. Masa depan bukan di dunia persinggahan tapi di syurga abadi.
Jadi bila Yahudi dan Israel akan hancur? Mereka sedang bahkan telah lama hancur. Hancur dengan tamak yang akhirnya memberi laluan mudah Mujahidin untuk menggalas syahid ke syurga. InsyaAllah.
Cuma persoalannya, kita di mana sekarang ini?
-Cik Man-
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Perlukah Anak Ganti Puasa Yang Ditinggalkan Ibu Bapa Meninggal DuniaIbu atau bapa meninggal dunia dalam masa yang sama diketahui oleh anak bahawa orang tuanya...