Kebanyakan insan di dunia ini memerlukan cinta dan kasih sayang untuk menghidupkan jiwa yang mungkin keseorangan. Ada kalanya berkongsi dengan orang lain menjadi penguat semangat untuk kita berjaya dalam hidup. Adat dalam bercinta, kebanyakkan pasangan mahu mengakhirinya dengan pernikahan, tanda penyatuan dua jiwa.
Jodoh diatur Allah ini cukup unik. Adakalanya ia datang bagai sepantas kilat tapi ada yang mengambil masa bertahun-tahun kenal sebelum keduanya disatukan atas izin dariNya.
Dalam satu perkongsian di Tik Tok atas nama @temaOmar yang juga nama sebenarnya Siti Fatma Omar yang juga Pengasas Harrogate Sulphur Soap Malaysia, berkongsi manisnya cinta versi “mak-mak” antara dirinya dan suami, dikenali sebagai Fahmy.
Berbanding kisah anak muda yang mungkin mahu kerap berjumpa, ternyata versi cinta kisah Mak-Mak sangat manis untuk dikenang dan lebih cool. Dirinya ambil masa 10 tahun malah mengambil masa setahun menjawap salam aidilfitri dihantar suaminya sebelum bertemu jodoh pada 26 Jun baru-baru ini.
Dalam perkongsian di Tik Tok, dirinya menjelaskan mula kenal dengan suaminya pada penghujung tahun 2011. Namun ketika itu dirinya sibuk dengan dunia pekerjaan dan masa yang sama sibuk menguruskan perpindahan kerja ke Kedutaan Malaysia di Korea Selatan.
Namun ketika salam dihulurkan suaminya, dia tidak pernah kenal wajah pasangannya sebaliknya salam dihulur melalui aplikasi Whatsapp sahaja.
Dalam Whatsapp itu, suaminya memaklumkan sudah jatuh cinta pandang pertama dan kerana itulah dirinya sempat mengambil nombor telefon Siti Fatma dari kenalan wanita itu yang kini sudah dijemput Illahi.
Ads
Kata Siti Fatma, ketika mula-mula berkenalan, dia tidak terlayan mesej dari suaminya kerana agak sibuk menguruskan urusan perpindahan ke Korea Selatan. Dan sepanjang bertahun-tahun perkenalan itu, sekalipun mereka tidak pernah berjumpa dan kekal kekal berhubung melalui aplikasi Whataspp sesekali. Dan mengakui lelaki berkenaan baik.
Pernah Fahmy datang ke Korea Selatan dan mengajaknya bertemu namun itu dia tidak melayannya.
Lebih menarik, suami pernah memberi ucapan selamat hari raya pada 2017 dan dirinya mengambil masa setahun hanya untuk menjawab salam berkenaan.
Ternyata jodoh pasangan ini sudah diatur oleh Allah SWT. Pada tahun 2019, suaminya datang ke satu majlis anjuran syarikatnya. Katanya dapat invition dari status Whatsapp dan ketika itulah suaminya memberanikan diri memperkenalkan diri dan memaklumkan namanya, Fahmy.
Ads
Lebih seronok, saat memandang wajah lelaki berkenaan, kata Siti Fatma dia tidak menyangka wajahnya suaminya agak tampan dan berasa malu saat keduanya bertentang mata buat kali pertamanya. Syukur ayahnya melayan lelaki berkenaan dengan baik dan masa yang sama dia berasa malu-malu lagi.
Sejak cinta pandang pertama itu, keduanya mula berkawan dan mengambil masa dua tahun untuk keduanya disatukan pada 25 Jun lalu. Malah ada beberapa kali menunda majlis disebabkan PKP.Malah anak-anak yang sudah pun dewasa turut sama meraikan majlis keduanya.
Kata Siti Fatma, 12 tahun dirinya membesarkan dua orang anak selepas tiada jodoh dan ternyata dia menikah kali kedua dengan orang yang tidak disangkanya.
Ads
“Jodoh itu rahsia Allah. Syukur alhamdulillah, kongsinya. Malah dirinya berdoa agar dapat menjadi isteri yang baik di sisi suami dan anak-anak,” kongsinya dalam aplikasi Tik Toknya.
Didoakan agar pasangan ini kekal bahagia till Jannah seisi keluarga. Berbeza cinta orang muda dan orang berusia, ternyata versi cinta mak-mak ini lebih cool dan tenang.
Memang ada individu yang lebih selesa hidup membujang. Bukan mereka tidak mahu berkahwin namun hal ke arah itu masih tidak berlaku. Ada yang berkata selesa hidup sendiri kerana ada pekerjaan dan ada aset yang mereka kumpulkan sejak mula bekerja. Sama ada memang benar-benar selesa hidup sendiri ataupun hanya sekadar manis di mulut untuk menyedapkan hati sendiri, wallahualam.
Bagi wanita, sudah pasti ada rasa malu untuk memulakan perkenalan yang menjurus ke arah perkahwinan. Bimbang dikatakan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Bimbang juga dikata pergi mencari timba. Lantas segalanya dipendamkan. Cuma berani berkawan-kawan biasa. Jika ada perkenalan yang membawa ke arah perkahwinan, alhamdulillah. Kalau tak ada pun, terserah.
Jika mahu minta keluarga carikan jodoh, bimbang pula hati tidak berkenan. Walaupun lewat bertemu jodoh, namun diri sendiri tetap ada taste. Tidak mahu main tangkap muat, orang kata, asal ada suami.
Bagi lelaki pula, barangkali keadaan kewangan mengekang mereka daripada meminang anak dara orang. Kerja tidak seberapa. Tidak berani hendak buka mulut untuk berkahwin. Kos membuat majlis boleh tahan juga pada hari ini. Lantas, daripada malu orang tahu tak ada duit, maka lebih baik membujang.
Bertuahlah bagi lelaki yang bertemu dengan ibu bapa wanita yang boleh berlebih kurang. Buat majlis seringkas boleh kerana mahu memudahkan proses perkahwinan. Perkara paling penting ialah akad nikah. Majlis menguar-uarkan pernikahan anak buatlah ringkas sahaja.
Justeru, apakah faktor yang menjadikan jodoh itu berat bagi seseorang?
Di sinilah kita berbalik kepada soal jodoh yang masih dalam lingkungan rahsia ALLAH. Orang yang sudah berkahwin pun tidak pasti sampai bilakah pasangan mereka kekal sebagai jodohnya.
Antara faktor berat jodoh atau liat jodoh ialah:
1) Malas Usaha
Jodoh perlu diusahakan. Misalnya mencari jodoh melalui internet dengan berwaspada, mempersiapkan diri dengan penampilan sedap mata memandang supaya jodoh mudah mendekat, berjumpa ahli agama untuk berubat membersihkan ‘dalaman’ diri, rajin pergi reunion dengan harapan untuk berjumpa bakal jodoh. Anda tidak boleh hanya duduk di rumah dan berharap ada jodoh yang datang tanpa anda usaha ke arahnya. Ya, memang jodoh itu rezeki namun anda perlu berusaha.
2) Tidak Berdoa
Doa itu senjata orang Islam. Berdoalah kepada ALLAH. Mintalah pada DIA. Kalau solat pun anda malas, apatah lagi berdoa. Lengkapkanlah diri dengan agama dan dekatkan diri dengan ALLAH.
3) Terlalu Cerewet Memilih
Apabila anda cerewet dalam soal pemilihan jodoh, tidak mustahil jodoh jadi berat. Liat jodoh hendak datang kepada anda. Hendak yang begitu, hendak yang begini. Tidak mahu yang begini, tidak mahu yang begitu.
4) Kriteria Terlalu Tinggi
Anda menetapkan kriteria yang terlalu tinggi misalnya mahu si dia yang tampan, kerjaya hebat dan hendaklah sudah mempunyai rumah serta kereta. Jika terlalu tinggi, maka semakin ketatlah syarat untuk anda bertemu jodoh.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ada kala kita diberikan ujian apabila mempunyai dua calon jodoh dalam satu masa. Di sana kita sayang, di sini kita suka. Justeru kebuntuan datang melanda. Hati mulai berbelah bagi. Perasaan kasih dan sayang tiada sesiapa yang memaksa. Kita sendiri kena faham apa sebenarnya yang kita mahukan dalam perkahwinan.
Jadi apabila kita ada dua pilihan, mana satu yang kita perlu pilih? Dalam hal ini, anda perlu meneliti kriteria setiap calon. Ya, memang pastinya ada yang terkecewa. Namun anda perlu betul-betul terbuka dalam memilih. Ingat ya, anda perlu jaga hati semua orang. Jadi mintalah bantuan daripada Yang Maha Esa.
Ini yang perlu anda lakukan!
LANGKAH PERTAMA – ISTIKHARAH
Jangan lupa dirikan solat istikharah supaya ALLAH membantu anda dalam proses membuat pilihan. Petunjuk daripada-Nya pasti membantu anda membuat pilihan yang betul. Petunjuk selalunya diberikan melalui mimpi dan gerak hati. Mudah-mudahan anda dapat petunjuk yang mudah dikenal pasti.
Sebelum solat istikharah, anda perlu penuhi terlebih dahulu solat fardu. Jangan tinggal solat. Rajinkan diri membuat solat sunat. Solat ialah tiang agama. Berdoalah ALLAH tunjukkan jalan dan mintalah pada Dia supaya tiada hati yang terluka. Manalah tahu, si dia yang tidak terpilih akan berasa dendam. Jadi elakkanlah semua itu terjadi. Biarlah masing-masing terbuka hatinya.
LANGKAH KEDUA – MENERIMA
Buka hati anda untuk melihat kebaikan antara calon. Lain orang pasti lain sikap dan perangainya. Pasti ada kebaikan antara mereka yang mencuri hati anda. Namun hati-hati. Jangan tertipu dengan kebaikan yang palsu. Selidiki tahap agamanya, solatnya, puasanya dan amal jariahnya. Bukanlah bermaksud perlu mencari ustaz atau ustazah. Namun carilah pasangan yang ada pegangan agama yang kukuh demi masa depan yang lebih baik.
Pada hari ini, mungkin memilih si dia yang mempunyai kedudukan kewangan lebih baik menjadi keutamaan. Pun begitu, janganlah sampai anda jadi orang yang mata duitan. Ya, memang wang itu penting. Sekali lagi ditegaskan, calon jodoh perlulah saling melengkapi. Pilihlah yang agamanya kuat, tahu tanggungjawab dan menyenangkan hati anda dari segi sikapnya. Di samping itu, perasaan cinta juga penting supaya anda ada rasa kasih kepadanya.
LANGKAH KETIGA – NASIHAT
Dapatkan nasihat daripada individu lebih berpengalaman. Paling dekat ialah daripada ibu bapa. Tiada salahnya jika anda mahu mendapatkan pandangan daripada sahabat baik. Rangkumkan semua pendapat dan buatlah pilihan yang dekat dengan hati anda.
Nasihat daripada orang tua dan sahabat baik boleh dijadikan panduan. Mereka boleh nampak orang yang sesuai untuk anda. Ada kala mata kita dikaburi dengan perasaan cinta. Jadi, pandangan orang lain boleh menjadikan pilihan kita lebih bersifat realistik.
Selamat memilih!
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Mencari jodoh atau pasangan hidup bererti mencari teman/pendamping untuk menemani saat kita saat berada dalam situasi suka dan duka.
Diakui bahawa bukan mudah untuk bertemu dengan jodoh yang sesuai dan mungkin mudah sahaja bertemu jodoh kerana ia bergantung kepada rezeki masing-masing.
Walau bagaimanapun, jodoh perlu diusahakan. Tidak hanya menunggu jodoh datang mendekat. Berikut beberapa cara ampuh yang boleh anda praktikan dalam usaha untuk mencari jodoh.
LUASKAN PERGAULAN
Penting untuk memperluaskan jaringan pergaulan agar anda dapat mengenali lebih ramai orang. Ia bukan sekadar menjalinkan sillaturahim tetapi juga boleh dijadikan medium untuk mencari jodoh. Beranikan diri untuk berkenalan dengan orang baru, bertegur sapa dan memulakan perbualan ringan dengan teman baru. Semua aktiviti sederhana ini boleh membuatkan kita bertemu dengan jodoh tanpa disangka-sangka.
MANFAATKAN SOSIAL MEDIA
Jaringan media sosial membolehkan anda bertemu dengan rakan-rakan lama sama ada di sekolah, di universiti dan juga mungkin tempat kerja lama anda. Medium media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya mampu menghubungkan kembali dengan rakan-rakan lama.
Siapa tahu dengan menjalinkan komunikasi melalui sosial media akan berlanjutan hingga ke pelaminan. Cara ini sudah banyak yang berhasil dan bertemu dengan jodohnya, tidak ada salahnya anda juga mencubanya.
BANTUAN KELUARGA, SAUDARA MARA DAN RAKAN-RAKAN
Mungkin kedengarannya agak kuno namun sebenarnya ia juga merupakan salah satu cara untuk anda bertemu dengan calon jodoh yang sesuai. Tidak ada salahnya kalau anda meminta tolong mereka untuk mencarikan jodoh. Cara klasik ini boleh dipraktikan, khususnya bagi anda yang lebih percaya dengan pilihan orang-orang terdekat yang anda percaya.
YAKIN PADA DIRI SENDIRI
Keyakinan pada diri sendiri merupakan landasan awal untuk anda bertemu dengan pasangan hidup. Keyakinan yang kuat akan memberikan dorongan secara automatik dalam diri untuk terus berusaha dan pantang menyerah. Selalu yakin dan berfikiran positif bahawa jodoh akan segera datang pada diri anda.
PERBAIKI PENAMPILAN DIRI
Penampilan dalam tahap pencarian pendamping hidup memiliki peran yang sangat penting. Dengan penampilan yang baik, akan menimbulkan persepsi suka dan cinta dalam diri seseorang. Berpenampilan menarik tidak harus dengan berpakaian bagus atau mahal, mulailah dengan hal-hal sederhana misalnya memilih potongan rambut yang sesuai dengan wajah kamu, rajin berolahraga agar badan lebih sehat, berpakaian lebih rapi dan lebih wangi.
LAKUKAN YANG TERBAIK
Usaha mencari jodoh juga merupakan satu perjuangan. Jangan pernah berputus asa. Selalu lakukan yang terbaik setiap hari. Tetap berusaha dengan baik, dan iringi dengan doa dan berpasrah diri semoga semua usaha baik yang anda lakukan akan segera berbuah manis dan anda akan bertemu dengan jodoh yang anda idamkan. Aamiin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Suami Beri Pilihan Kepada Isteri Untuk Ceraikan Diri Sendiri, Boleh Ke?Konflik rumah tangga yang berlaku memungkinkan perkara ini berlaku. Bila mana suami sendiri memberi...