Berita

10 Tahun Menanti & 17 Kali Rawatan Kesuburan, Tunku Azizah Tekad Bantu Pasangan Tiada Zuriat

Share

Setiap wanita yang bergelar isteri pasti mengimpikan kehadiran si kecil sebanagi lambang kasih sayang antara suami isteri. Namun tidak semua pasangan bertuah dan memiliki anak dalam tempoh yang singkat. Ada juga yang terpaksa menantikan bertahun-tahun, tak kurang yang harus melalui pelbagai rawatan dan ubat demi merealisasikan impian untuk memiliki cahaya mata yang amat diidam-idamkan.

Kisah ketabahan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar benar-benar mengkagumkan. Sifat cekal dan tabah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar wajar dijadikan inspirasi buat wanita dan bakal ibu yang dalam usaha mendapat zuriat. Walaupun Tunku Azizah berdepan dengan ujian dalam mendapatkan zuriat, tidak pernah sesekali melihat baginda berputus asa.

BOLEH TUNKU CERITAKAN MENGENAI YAYASAN FERTILITI TUNKU AZIZAH?

Semua tahu bagaimana susahnya saya nak dapat anak. Empat anak saya hasil rawatan IVF. Idea mewujudkan yayasan ini, saya dapat ketika mahu lancar buku masakan. Pada masa itu saya ditanya ke mana mahu salurkan hasil jualan meja-meja.

Masa itulah tercetus idea nak buat yayasan menolong mereka yang berpendapatan rendah dan tidak mampu nak bayar kos rawatan fertiliti antara RM20,000 dan RM30,000. Apa yang Allah kurniakan, saya nak beri balik untuk menolong.

Portal Diraja Pahang

Alhamdulillah saya ada 115 cucu. Insya-Allah bulan depan sempena Hari Keputeraan Tuanku yang ke-60, saya niat nak hantar 60 orang buat rawatan.

@istana_negara

BERAPA RAMAI YANG TELAH DAPAT FAEDAH MENERUSI YAYASAN ITU?

Hampir 500-600 pasangan through out the years. Duit hasil penjualan buku dan majlis makan malam, 100 peratus disalurkan kepada yayasan. Saya bantu tidak kira bangsa, agama tetapi mesti berkahwin dan gaji RM5,000 ke bawah, combine income.

Saya selalu tumpu kepada golongan 35 hingga 43 tahun kerana mereka sudah berumur give them hope and chance, yang muda-muda saya kata tunggu sekejap. Dalam hal ini, ia bukan masalah isteri sahaja, 50 peratus masalah suami, jadi jangan salahkan orang perempuan sahaja. You men have problem as well. Kita beri mereka harapan kerana saya tahu apa rasanya seorang perempuan berkahwin dan tak boleh dapat anak, semua orang akan tanya apatah lagi saya kahwin dengan Tengku Mahkota yang patut melahirkan waris ganti.

It was a pressure on me, saya faham. Saya tahu perasaan apabila setiap kali mengalami keguguran, rasa sedih, patah hati, menangis. Sudahlah nak dapat anak susah. Setiap kali saya mendapatkan rawatan tidak semestinya setiap rawatan itu berjaya. Sebanyak 17 kali saya buat rawatan baru dapat Hassanal. Dalam 17 kali saya nak dapatkan Hasanal, tengah buat rawatan, doktor cakap I’m sorry I think I have to abandon. It’s not working. Dalam tempoh rawatan dua minggu, kita sudah tahu mengandung atau tidak. Hati berdebar-debar, alih-alih dapat keputusan tak mengandung. Menangis lagi, patah hati. Ayahanda dan bonda saya, merekalah yang rasa lebih bila dia tengok saya.

Saya masih ingat ketika melahirkan anak kembar sudah tiga kali. Ayahanda cakap pada saya, Azizah cukuplah, abah dah tak sanggup tengok Azizah derita lagi. Ayahanda tahu setiap kali rawatan, apa yang perlu saya lalui. Saya kena pergi Singapura ulang alik, kena baring enam bulan.

Ayahanda cakap, Azizah, Allah sudah kurniakan empat anak cukuplah, tapi tahun depan itu mengandung pula. Saya tak tahu mana pula datangnya. Saya kata tak tahulah abah, rezeki. Ayahanda cakap itulah orang sabar, god has tested you in many ways. Among all of my children, you are the strongest. You are very strong, I pray for you.

APA YANG BERI KEKUATAN KEPADA TUNKU BERUSAHA UNTUK DAPATKAN ANAK?

Nenda saya Sultanah Aminah, 12 tahun kahwin baru dapat anak. Saya tengok dia sebagai something yang I look up. Nenda enam kali gugur, lahirkan anak umur setahun meninggal. Ayahanda saya itu anak yang ke-4. 12 tahun baru hidup. Saya lihat diri sebagai tok saya sendiri kerana saya enam kali gugur dan melahirkan enam orang anak. Kalau tak saya ada 12 anak juga. Tok saya kalau tak, ada 13 anak. Apabila saya melalui semua ini, saya fikirkan tok saya. Dia kahwin tahun 1920, masa tu umurnya 14 tahun, hanya pada tahun 1932 baru ada seorang anak hidup. Punya susah hendak dapat anak. Saya selalu fikir jika nenda boleh lakukan, saya juga boleh. Ayahanda selalu cakap Azizah macam tok.

Apabila saya melawat Yayasan Fertiliti, saya turut menangis kerana tahu perasaan mereka. Ada satu pasangan, sudah 22 tahun kahwin, umurnya 44, dia pun tak sangka dapat anak kembar.

Saya peluk dia menangis. Saya kata saya sembilan tahun lebih kahwin pun macam hendak putus asa, 17 kali buat rawatan. Setiap kali saya mengandung, saya kena baring enam bulan tak turun daripada katil. Doktor buat pelbagai suntikan kiri kanan. Ayahanda saya pun susah hati kerana anakandanya kahwin dengan anak Sultan Pahang, patut beri anak, tapi tak keluar-keluar anak. Hanya orang yang melalui tahu apa perasaannya.

Portal Diraja Pahang

Sebab itu bila saya dengar orang susah (nak dapat anak) saya mesti cakap pergilah buat rawatan, jangan putus asa. Itu semua kuasa Allah. Kita boleh cuba macam mana pun tetapi saya selalu beritahu mereka, Allah ada, doa solat hajat, baca surah Maryam. Ada ayat-ayat dalam al-Quran yang boleh menolong kita dapat zuriat. Sebanyak mana pun kita buat rawatan tapi yang menentukannya hanya Allah. Saya bersyukur tak sangka lepas dapat seorang anak, saya boleh dapat empat lagi anak. Tak terlintas dalam kepala.

APA YANG MENDORONG TUNKU UNTUK HAMIL LAGI WALAUPUN PROSESNYA SUSAH?

Semasa saya lahirkan Hassanal, saya kata Alhamdulilah, tapi takkan seorang sahaja, jadi saya pergi jumpa doktor. Mula dia periksa dan tanya Tuanku hendak cuba lagi? Dia kata, saya rasa Tuanku dah tak boleh dapat anak. Umur saya 36 tahun diberitahu saya mungkin tak ada harapan dapat anak lagi. Saya terus balik ke Singapura, saya doa dan buat rawatan, saya dapat Tengku Muhammad itu kembar tapi gugur satu. Selepas itu sudah dapat dua, Tuanku tanya nak cuba lagi lepas ini? Masa itu (rawatan) hanya di Singapura sahaja di Malaysia tidak ada.

Pada mulanya tak nak cuba dah, tapi saya kata ada frozen embryo lagi lima, kalau buang kira macam saya menggugurkan, saya berdosa. Letak sajalah, kalau jadi, jadilah, kalau tak jadi, tak apalah Allah sudah kurniakan dua orang anak. Kemudian bila dapat tahu kembar pula. Bila lahirkan kembar, doktor tanya masa itu dah tiga kali caesarean, doktor tanya nak ikat atau tak?

Saya cakap saya hendak mengandung kena cari doktor buat rawatan. Doktor itu usik saya kalau tahun depan mengandung jangan marah. Betul-betul apabila 1st birthday anak kembar, saya mengandung dan beritahu doktor itu, dia takut. Alhamdulillah dapat yang kecil sekali, kemudian doktor suruh ikat, masa itu saya 42 tahun. Alhamdulillah ini kurniaan tak disangka-sangka.

PESANAN TUNKU UNTUK RAKYAT?

Saya hanya minta kesejahteraan untuk Tuanku dan kebahagiaan Tuanku dengan saya. Dapat menyempurnakan tugas-tugas berbakti. Itu tanggungjawab cukup besar bagi Tuanku. Saya hanya sebagai seorang isteri yang menolong dari belakang.

KASHOORGA: DOA AGAR DIKURNIAKAN ZURIAT

Sumber kredit: Utusan Online @istana negara dan Portal Diraja Pahang

VIDEO KASHOORGA:

Published by
wan erni