Bayi menangis adalah normal yang tak normalnya jika langsung tak menangis. Ia merupakan satu perbuatan bayi untuk memberi isyarat kepada ibu dan ayah bahawa dia perlukan perhatian; mungkin lapar, kurang selesa, sakit dan sebagainya. Sungguhpun begitu ada juga terjadi bayi terlalu kerap menangis dan tidak berhenti menangis.
Keadaan seperti ini sudah tentulah amat membimbangkan ibu dan ayah walaupun segala keperluan telah diberikan. Daripada terus berteka teki mengapa anak yang dilahirkan terlalu kerap menangis daripada biasa, orang tua harus teliti dan perhatikan mungkinkah bayi mengalami gangguan mahkluk halus seperti jin dan syaitan.
Justeru itu, cuba kita lihat tanda-tanda yang memungkinkan dia sedang diganggu yang dinyatakan oleh Pusat Rawatan Islam Darul Nusrah. Gangguan syaitan ini sememangnya wujud dan kita wajib mempercayainya dan berusaha untuk berubat segera.
Sebelum mengesyaki bayi kita mengalami gangguan jin pastikan anak kita tidak demam,lapar atau serta sudah dibawa ke klinik.
Tanda-tanda bayi mengalami gangguan syaitan:
1.Bayi menangis tanpa keluar air mata dan hanya mengeluarkan bunyi, manakala bunyi tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa
Ads
2.Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang teramat banyak boleh menyebabkan kita panik. Bayi yang mengalami gangguan kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula
3.Mata yang pejam ketika berhenti menangis akan bergerak-gerak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri
4.Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur)
5.Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu
Ads
6.Sering terjadi pada bayi kecil yang diganggu jin (makhluk halus), mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Bayi ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.
7. Ketika menangis mata bayi akan tumpu pada satu tempat sahaja sebagai contoh mata bayi hanya pandang syiling rumah sahaja.
8. Biasanya menangis hanya di waktu tertentu, selalunya bermula dari waktu Asar hingga subuh.
9. Bayi mengalami sawan tangis, sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan kerosakkan otak, demam panas dan kerap jatuh sakit.
10. Bayi yang diganggu jin, sukar tidur walau matanya sudah mengantuk dan kepenatan, tetap menangis dan tak mahu berenggang dengan ibu ayah.
Ads
Dalam keadaan begini, ibu dan ayah perlu merukyah bayi dengan segera. Boleh amalkan bacaan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ini sebagai langkah pertama. Bacalah surah-surah berikut:
Surah Al-Fatihah (baca berulang kali)
Ayat Kursi
Doa al-Mu’awwidzaat : Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Nas
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kos sara hidup yang makin tinggi membuatkan bukan sahaja suami perlu bekerja. Tetapi isteri juga digalakkan untuk keluar bekerja demi untuk membantu mengurangkan perbelanjaan keluarga.
Jadi tugas kaum wanita ini bukan sahaja di pejabat, tetapi berterusan bila balik ke rumah. Meneruskan pula tanggung jawab bukan sahaja sebagai ibu, tetapi juga doktor, guru, chef, akauntan, ‘cleaner’, ‘driver’ dan juga ustazah kepada anak-anak.
Jika diikutkan tugas mereka tiada hentinya, sebaik buka mata hinggalah melelapkan mata. Itulah rutin harian mereka yang bergelar isteri atau ibu yang dikatakan cukup hebat.
Namun sebagai insan biasa, mereka juga tidak terlepas dari menanggung rasa penat. Malah ramai isteri setiap hari mengeluh kepenatan dek rasa stres kerana bebanan tugas yang tiada hentinya.
Lebih-lebih lagi jika mereka turut bekerja makan gaji untuk membantu pendapatan suami di zaman serba mencabar ini.
Ada pelbagai cara untuk hilangkan kepenatan ini seperti mengajak suami bercuti, atau berurut di spa. Namun begitu sebenarnya dalam Islam itu juga telah tersedia penawar mengatasi kepenatan yang tiada penghujung ini.
Caranya ialah melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah S.A.W kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah S.A.W untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah S.A.W dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
Lalu Baginda bersabda;
“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Maka disaran kepada ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.
ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
Allahu Akbar – 34 kali
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali
Dalam pada itu sentiasalah didiklah hati untuk ikhlas melakukan semua tanggungjawab agar tidak merasakan ia sebagai bebanan yang memenatkan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Apabila melihat berat badan semakin bertambah, pastinya kaum wanita akan berusaha mencari jalan untuk menurunkannya dan cuba kembali pada bentuk asal.
Pelbagai cara digunakan sama ada moden atau tradisional. Malah ada juga yang sanggup mengambil pil pelangsing badan yang tidak diketahui keberkesananya.
Sebenarnya cara paling mudah adalah dengan hanya mengamalkan makan telur rebus sebagai menu diet.
Jika diamalkan dalam pemakanan harian, insya-Allah berat badan anda akan kekal langsing seperti yang diimpikan.
Disediakan jadual seminggu untuk menu diet telur rebus ini. Pastikan anda mengikutinya untuk mendapat hasil yang berkesan.
Apa yang penting sekali dalam mengamalkan diet adalah kena berdisplin dan komited dengan apa yang dirancang.
Isnin
Sarapan-Buah-buahan & 2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: 1 biji epal hijau & roti gandum penuh
Makan Malam: Salad & ayam masak stim
Selasa
Sarapan-Buah-buahan & 2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: salad & ayam panggang
Malam: 2 biji telur rebus, salad dan oren/ limau
Rabu
Sarapan-Buah-buahan & 2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: keju rendah lemak, tomato & roti/ sandwic
Malam: Salad & ayam masak stim/ sup
Khamis
Sarapan-Buah-buahan & 2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: Buah-buahan
Malam: Salad & ayam masak stim/ sup ayam
Jumaat
Sarapan: Buah & 2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: sup sayur dan 2 biji telur rebus
Malam: Ikan bakar & salad/ ulam
Sabtu
Sarapan-Buah & 2 biji telur
Makan Tengah hari: Buah-buahan
Malam: Salad & ayam masak stim/ sup ayam
Ahad
Sarapan-Buah & 2 biji telur
Makan Tengah hari-ayam bakar/ ayam masak stim bersama salad/ sayur
Malam: Sup sayur
Khasiat Telur Rebus
1-Sumber protein dan serat yang sihat, ia membuatkan perut kenyang lebih lama.
2-Membantu meningkatkan metabolisme tubuh
3-Dikatakan dapat membantu membakar lemak
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Andainya pasangan yang bertunang telah memutuskan pertunangan adakah boleh masing-masing kedua belah pihak meminta kembali hadiah pertunangan yang telah diberikan tempuh hari seperti gelang dan cincin dan kasut dan bag tangan dan kek atau seumpamanya?
JAWAPAN :
Jika berlaku putus tunang dan masa bertunang masing-masing saling memberikan hadiah nescaya tidak boleh lagi diminta kembali hadiah yang telah diberi itu dan hukum meminta kembali hadiah yang telah diberikan kepada orang itu adalah haram.
Ada pun harta yang diberi pinjam ketika dalam pertunangan maka yaitu wajib dikembalikan.
Ada pun pihak yang menerima hadiah tidak wajib mengembalikan hadiah tersebut kerana telah menjadi milik nya.
Berkata Dr Wahbah Zuhaili :
ورأى الشافعية والحنابلة: أنه ليس للخاطب الرجوع بما أهداه؛ سواء أكانت موجودة أم هالكة لأن للهدية حكم الهبة ولا يجوز عندهم للواهب أن يرجع في هبته بعد قبضها إلا الوالد فيما أعطى ولده
Ertinya : “Dan pendapat mazhab Syafie dan Hanbali sungguhnya tidak boleh bagi pihak yang melamar meminta kembali akan hadiah yang telah dia berikannya samada hadiah itu masih wujud atau telah rosak kerana sungguhnya hadiah itu sama hukumnya dengan hibah. Dan tiada harus disisi mereka orang yang telah memberi sesuatu meminta semula pemberiannya selepas dari diterima oleh pihak yang diberikan melainkan pada masalah bapa memberikan kepada anak.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)
KESIMPULAN
Jika masa bertunang saling memberikan hadiah maka apabila putus tunang tidak harus meminta kembali hadiah yang telah diberi.
Pihak yang menerima hadiah itu tidak wajib mengembalikan hadiah yang telah diterimanya kerana telah menjadi miliknya.
Ada pun jika segala harta pemberian masa bertunang itu atas nama pinjam sahaja maka wajib dikembalikan semula kepada yang memberi pinjam.
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...