Petanda bahawa jodoh sudah dekat dari Allah dan dalam Islam tidak dapat dinafikan adakalanya sukar untuk dilihat. Mungkin ada petanda yang ditunjukkan namun kita kerap mengabaikannya. Sememangnya jodoh itu rahsia Allah.
Sesungguhnya Allah sudah menyiapkan jodoh yang sesuai dengan kualiti diri kita sendiri sehingga tidak timbul soal terlalu cepat atau terlalu lambat.
Berikut sedikit gambaran mengenai tanda jodoh sudah dekat menurut Islam.
BERANI BERTERUS-TERANG
Jodoh bermula daripada perasaan yang timbul dalam hati. Apabila ia adalah jodohmu, maka tidak akan ada penghalang perasaan yang timbul dalam hatimu sebab untuk hati yang saling mencintai, anda punya keberanian untuk meluahkan perasaan.
SIFAT MEMAAFKAN
Ya, memang terasa sulit untuk mendapatkan pasangan yang baik, khususnya yang memiliki sifat pemaaf. Akan tetapi, jika ia adalah jodohmu, maka si dia atau anda tidak keberatan untuk memaafkan antara satu sama lain.
SALING MEMBERI MOTIVASI
Semua manusia tidak selamanya akan selalu berada di atas dan ada waktunya untuk berada di bawah. Pada saat inilah, kita sangat memerlukan motivasi dari seseorang, sebab umumnya orang akan menjauhkan diri saat kita jatuh.
Akan tetapi untuk si dia yang merupakan jodohmu, hadirnya si dia dalam kehidupanmu terasa seperti malaikat yang menyelamatkanmu. Si dia juga memiliki cara tersendiri untuk memberikan motivasi kerana si dia menginginkan segala yang baik untuk anda berdua.
SELALU SELESA BERSAMA
Jodoh yang sudah dekat biasanya boleh dilihat apabila saat anda bersama-sama maka tidak ada rasa bosan sedikit pun. Semakin sering bersama maka akan semakin memberikan ketenangan, perasaan gembira di saat anda sedang berduka. Sebaliknya jika sedang berjauhan maka akan terasa sedikit tertekan serta rindu ingin bertemu.
JADI DIRI SENDIRI
Percayalah apabila jodoh semakin mendekat, ia dapat dilihat daripada segi penampilan diri. Jika anda dan si dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat maka ini adalah salah satu petanda yang jodohmu sudah dekat.
HATI TIDAK BERBELAH BAHAGI
Hati dalam bahasa Arab bermaksud al-Qaib iaitu mudah berbolak-balik. Jika anda mendapati bahawa hati anda tidak pernah berbelah bahagi dan tetap pada si dia makan ia merupakan petanda si dia adalah jodoh untukmu. Kemantapan hati ini didasari dengan memohon petunjuk dari Allah.
KETENANGAN JIWA
Jika kehadiran si dia memberikan ketenangan jiwa yang selalu membuatkan anda terasa damai maka dialah jodoh anda seperti Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, ”Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. [QS.A-Ruum : 21].
PANDAI MENYIMPAN RAHSIA
Jika si dia pandai menyimpan rahsiamu maka ia menjadi petanda yang jodohmu sudah dekat. Namun jika sebaliknya yang berlaku maka tolaklah orang tersebut dengan cara yang baik.
SELESA BEKERJASAMA
Kerjasama sangat diperlukan antara anda dengan pasangan. Perkara ini penting untuk kehidupan anda di masa hadapan. Hal ini kerana tugas sebagai ketua keluarga amat berat. Apabila anda sudah bertemu dengan orang yang anda boleh bekerja bersama-sama dalam segala urusan maka ini menjadi petanda yang jodohmu sudah dekat.
MEMBUATMU BERHENTI MENCARI
Petanda jodoh sudah dekat berikutnya menurut Islam adalah jika si dia membuatkan anda berhenti untuk mencari jodoh. Anda merasa hidup anda tidak lengkap tanpa kehadiran si dia sekaligus menjadikan anda yakin yang dialah orang tepat yang diberikan Allah pada anda. Saat ini bererti jodohmu memang sudah sampai.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI