Kita biasa terbaca berita adik beradik beradik bergaduh kerana berebut harta pusaka ditinggalkan ibu bapa.
Ada sebahagian yang tidak berpuas hati dengan cara pembahagiannya dan barangkali ada yang tertanya-tanya kenapa bahagian perempuan kurang dari anak lelaki.
Dalil pensyariatan pembahagian harta pusaka ini ada disebut dalam surah An-Nisa ayat 11 iaitu:-
Firman Allah SWT:
يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ ۖ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ ۚ فَإِنْ كُنَّ نِسَاءً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ ۖ وَإِنْ كَانَتْ وَاحِدَةً فَلَهَا النِّصْفُ ۚ وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِنْ كَانَ لَهُ وَلَدٌ ۚ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ وَلَدٌ وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ الثُّلُثُ ۚ فَإِنْ كَانَ لَهُ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ السُّدُسُ ۚ مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ ۗ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا ۚ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
Yang bermaksud: “Allah perintahkan kamu (mengenai pembahagian harta pusaka) untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati.
Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah seperdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: seperenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya ialah ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah sepertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah seperenam.
(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Nisa’: 11)
Tapi bukan semua adik beradik “tamak” soal harta faraid ini sebaliknya satu perkongsian dari Zakiah Ariffin di Tik Toknya @zakiahpriety wajar dijadikan contoh terbaik. Ini kerana selepas pemergian arwah mamanya, kesemua 12 beradik ini mendapat bahagian masing-masing selepas harta mamanya itu difaraidkan.
Tapi sikap dan keakraban mereka adik beradik buat ramai terharu bila mana kesemua 12 beradik ini duduk berkumpul dan masing-masing menyatakan pendirian untuk menyerahkan bahagian masing-masing kepada bapa mereka atas dasar kasih sayang. Dan redha di atas harta tersebut diserahkan kepada bapa yang sangat mereka kasihi.
Tindakan ini dilakukan agar setiap sen wang tersebut dapat disalurkan ke jalan kebaikan (digunakan untuk membina Dewan Selawat) dan ia menjadi gedung pahala berterusan buat arwah mama mereka.
Benarlah jika didikan orang tua itu baik kepada anak-anak, tiada apa yang manusia harapkan selepas meninggal iaitu amal jariahnya, ilmu yang bermanfaat dan ketiganya doa anak yang soleh.
Kongsinya lagi, “mama, sesungguhnya engkau ibu yang paling mulia di sisi kami anak-anakmu. Terima kasih atas segalanya. Semoga Allah menempatkanmu di syurga tanpa hisab. Pergimu meninggalkan kesan yang sangat mendalam,”kongsinya lagi.
Semoga semua kebaikan ini menjadi teladan buat kita semua kerana harta benda boleh dicari tapi kasih sayang pada ibu ayah tiada galang gantinya.
https://www.tiktok.com/@zakiahpriety/video/7027768240352922906?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI