Doa adalah senjata terbesar umat Islam. Kerana itu, wajib bagi seorang Muslim untuk berdoa kepada Allah Subhanahu wa Taala. Ada banyak doa yang diajar dan dibaca oleh Rasulullah Shalallahu alaihi wa Sallam yang seharusnya diamalkan oleh kita semua.
Doa-doa ini sebaiknya dibaca setiap hari agar kita selalu ingat kepada Allah Subhanahu wa Taala dan tidak menjadi orang yang lalai. Bahkan dengan membacanya kita akan mendapat perlindungan Allaj, dijauhkan dari godaan dan bisikan syaitan yang terkutuk kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh nyata bagi seorang muslim.
“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni Neraka yang menyala-nyala.” (QS. Al-Faathir: 6).
Berikut beberapa doa yang dibaca Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Semoga kita beramal dengannya:
Doa agar ditetapkan hati dalam iman
اَللَّهُمَّ يا مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ، صَرِّفْ قُلُوْبُنَا عَلَى دِينِكَ
“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamaMu.” (HR. Muslim 2654)
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesehatan yang telah Engkau anugerahkan, dari siksa-Mu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaan-Mu.” (HR. Muslim 2739).
“Ya Allah, Aku mohon kepada-Mu kenikmatan memandang wajah-Mu (di Syurga), rindu bertemu dengan-Mu tanpa penderitaan yang membahayakan dan fitnah yang menyesatkan.” (HR. Nasai 1305 dan dishahihkan al-Albani)
Doa agar dijauhkan dari sifat pengecut dan tingkahlaku
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sikap pengecut, aku berlindung kepada-Mu kepada serendah-rendahnya usia (pikun), aku berpindung kepada-Mu dari fitnah dunia, dan aku berlindung berlindung kepada-Mu dari adzab kubur.” (HR. Bukhari 2822)
Doa mohon agar boleh mencintai orang yang mencintai Allah
“Saya memohon agar dapat mencintai-Mu, mencintai orang-orang yang mencintai-Mu dan mencintai amal yang dapat mendekatkan diriku kepada cinta-Mu.” (HR. Tirmidzi no. 3235 dan Ahmad 5: 243, dan Dishahihkan al-Albani).
Doa agar dipermudahkan berbuat baik dan mencintai orang miskin
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mudah melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran serta aku memohon pada-Mu supaya boleh mencintai orang miskin, ampunilah (dosa-dosa)ku, rahmatilah saya, jika Engkau menginginkan untuk menguji suatu kaum maka wafatkanlah diriku dalam keadaan tidak tenggelam dalam ujian.” (HR. Tirmidzi no. 3235 dan Ahmad 5: 243, dan Dishahihkan al-Albani)
“Ya Allah mohon kebaikan pada urusan agamaku karena itu adalah penjaga semua urusanku. Aku mohon kebaikan pada urusan duniaku karena itu tempat hidupku. Aku mohon kebaikan pada urusan akhiratku karena itu tempat kembaliku. Jadikanlah hidup ini tambahan kebaikan bagiku, dan jadikanlah kematianku waktu istirahat bagiku dari segala keburukan.” (HR. Muslim 2720)
Doa mohon perlindungan dari fitnah kaya dan miskin
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الكَسَلِ وَالهَرَمِ، وَالمَأْثَمِ وَالمَغْرَمِ، وَمِنْ فِتْنَةِ القَبْرِ، وَعَذَابِ القَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ النَّارِ وَعَذَابِ النَّارِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الغِنَى، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الفَقْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الَمسِيحِ الدَّجَّال “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kemalasan dan usia jompo, perbuatan dosa dan hutang, fitnah kubur dan azab kubur, fitnah neraka dan azab neraka, keburukan fitnah kekayaan; aku berlindung kepada-Mu dari fitnah kemiskinan dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Masih Dajjal.” (HR. Bukhari 6368)
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, keberlebih-lebihan dalam perkaraku, dan apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Ya Allah, ampunilah diriku dalam kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku, kesengajaanku, dan semua itu adalah berasal dari sisiku. Ya Allah, ampunilah aku dari segala dosa yang telah aku lakukan dan yang belum aku lakukan, segala dosa yang aku sembunyikan dan yang aku tampakkan, dan dosa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku, Engkaulah Yang Maha Mendahulukan dan Yang mengakhirkan, dan Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.” (HR. Bukhari 6398 dan Muslim 2719).
Doa mohon kebaikan dalam segala hal yang pernah diminta Nabi
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu seluruh kebaikan yang segera (dunia) dan yang tertunda (akhirat), kebaikan yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui. Dan aku berlindung kepadaMu dari segala keburukan yang segera (dunia) dan yang tertunda (akhirat), yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui.
Aku meminta kepada-Mu kebaikan semua doa yang pernah diminta oleh hamba dan nabi-Mu, dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukan, yang hamba dan nabi-Mu pernah berlindung darinya.
Ads
Aku memohon syurga kepadaMu dan segala perkataan dan perbuatan yang mendekatkan kepadanya. Aku berlindung kepadaMu dari neraka dan segala perkataan dan perbuatan yang mendekatkan kepadanya.
Aku meminta segala sesuatu yang telah Engkau takdirkan untukku, hendaklah Engkau jadikan kebaikan bagiku.” (HR. Ahmad 25019, Ibnu Majah 3846 dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth).
Doa agar jiwa bertakwa dan berlindung dari ilmu yang tidak manfaat
اللهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا “Ya Allah karuniakan ketakwaan pada jiwaku. Sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya, Engkau-lah Yang Menjaga serta Melindunginya. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari Ilmu yang tidak manfaat, hati yang tidak khusyu, dan doa yang tidak diijabahi.” (HR. Muslim 2722) . Sumber : Islam Pos
WEBINAR JODOH : SUAMI KIRIMAN ILAHI
Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku”
Jelas dan yakin dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
Akan dijauhi heartbreak dan lelaki yang tak serius
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis
Tidak cepat sesaaat, tidak juga terlewat seminit. Apabila sudah sampai janji kepada Allah taala, kita akan berangkat pergi meninggalkan alam fana ini. Pemergian secara mengejut peguam hartanah terkenal, Salkukhairi Abd Sukor hari ini jelas mengejutkan pengikutnya di media sosial.
Tidak dinyatakan punca asbab kematiannya, peguam ini semasa hayatnya banyak berkongsi ilmu-ilmu berkaitan hartanah khususnya dalam pemilikan jual beli rumah di fbnya selain mempunyai buku Mudahnya Urusniaga Hartanah yang banyak membantu orang ramai sebelum membuat keputusan membeli rumah.
Dua hari sebelum meninggal, arwah sempat memuat naik satu dua posting akhir terutama ilmu berkaitan beza faedah lewat bayar (riba yang banyak diamalkan bank dan kita sebagai peminjam) dan ta’widh dalam perjanjian jual beli hartanah (SNP). Malah bagaikan dapat merasai sudah tiba, arwah memaklumkan minggu ini adalah terakhir akan buat kiriman buku tulisannya.
“Saya ingat minggu ni lastlah saya pos BUKU MUDAHNYA URUSNIAGA HARTANAH ni. Sebab time PKPD ni payah nak keluar. Nak keluar kerap kerap pun dah tak berani sekarang. Jadi kalau ada lagi yang masih berminat untuk dapatkan BUKU MUDAHNYA URUSNIAGA HARTANAH ni bolehlah dapatkan HARI INI. Petang nanti jika cukup quota saya pos buku. Minggu depan nampaknya terpaksa hold dulu tempahan BUKU MUDAHNYA URUSNIAGA HARTANAH ni. Maaf ya. Jadi kalau ada lagi nak buku, cepat-cepat buat pay.ment sekarang. Nanti buku dah tak de baru lah nak tanya.
Bacalah ilmu terakhir dikongsikan ini untuk rujukan kita.
1. Faedah lewat bayar adalah riba’ kerana wujudnya pertambahan bayaran yang ditetapkan oleh satu pihak kepada pihak yang satu lagi. Ta’widh adalah gantirugi yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak berdasarkan aqad yang jelas.
2. Faedah lewat bayar dikenakan bersekali dengan bayaran harga jual beli. Ta’widh dibuat selepas semua bayaran harga jual beli diselesaikan.
3. Faedah lewat bayar biasanya dikenakan pada kadar 8%-10% setahun atas baki harga jual beli yang tertunggak dan ia boleh di kompaunkan. Manakala berdasarkan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara, kadar Ta’widh yang dibenarkan adalah tidak lebih 1% daripada bayaran harga jual beli yang tertunggak dan ia tidak boleh dikompaunkan.
4. Faedah lewat bayar biasanya pihak-pihak tiada pilihan. Ia perlu dilaksanakan. Wujudnya unsur penindasan disitu. Manakala Ta’widh terpulang atas persetujuan bersama pihak-pihak sama ada untuk menguatkuasakannya atau tidak. Jadi tiada unsur penindasan di situ.
5. Faedah lewat bayar seolah-olah menjdikan satu pihak membuat untung atas kegagalan/ kelewatan pihak satu lagi melaksanakan tanggungjawab nya. Manakala Ta’widh sekadar satu bentuk gantirugi yang wajar untuk mempampas pihak yang telah mengalami kerugian akibat kegagalan/ kelewatan pihak yang satu lagi melaksanakan tanggungjawabnya.
Jadi pilihan di tangan anda. Ibaratnya, nak pilih ayam yang disembelih dengan kalimah Allah atau nak pilih ayam yang dicucuk leher. Dua dua nampak sama. Tapi satu haram dan satu lagi halal. Tepuk dada tanya Iman.
Semoga setiap ilmu dikongsikan arwah menjadi asbab kebaikannya di dunia.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Taraf ibu saudara lebih tinggi dari ibu mentua. ‘Tak bermakna bila berkahwin, abaikan ibu mentua.’ Sebaliknya secara hukumnya taraf ibu saudara adalah lebih tinggi dari ibu mentua kerana mereka adalah darah daging kita.
Namun jika ditenung-tenung tak semua daripada kita rapat dengan ibu saudara apatah lagi apabila semakin dewasa dan berkahwin serta memiliki keluarga sendiri. Seolah-olah hubungan dengan ibu saudara terputus atau kurang rapat.
Sebaiknya layanilah ibu saudara seperti ibu kita sendiri kerana jika ibu kita tiada lagi, pada merekalah kita meluah rasa hati. Sesungguhnya ibu saudara tiada galang gantinya seperti mak ayah kita juga.
Seperti mana menerusi perkongsian video TikTok oleh Ustaz Badli Shah, dia menyarankan supaya setiap daripada kita menjaga hubungan dengan ibu saudara yang seakan dilupakan.
Namun begitu, ia tidak bermaksud bila berkahwin, kita kena buang atau abaikan ibu mentua. Tetapi perlu diingat taraf ibu saudara itu lebih tinggi daripada mentua, hanya dia seorang dunia akhirat.
Di antara ibu saudara dan juga ibu mentua, siapa yang lebih penting untuk jaga hubungan. Inilah ulasan yang diberikan oleh Ustaz Badli Shah.
Tak Bermakna Bila Berkahwin
Kalau dibincangkan hukum, ibu saudara dengan ibu mentua, mana lebih penting untuk jaga hubungan. Sudah tentulah ibu saudara.
Ini disebabkan oleh ibu saudara adalah adik beradik kepada ibu dan bapa kita. Sudah tentulah anak saudara boleh bersalam dengan mak saudara.
Tapi berapa ramai anak saudara yang rapat dan baik dengan mak saudara.
Kedudukan ibu saudara atau tarafnya tak boleh menandingi dengan ibu mentua kerana ibu mentua boleh dicari bila seseorang berkahwin lain, dapatlah mak mentua baru. Tetapi ibu saudara, hanya dia seorang yang kita ada. Tiada galang gantinya kerana mereka adalah adik beradik mak dan ayah kita.
Kashoorga : Tiada siapa yang lebih tinggi, paling penting adalah jagalah hubungan sesama kita.
Kata Buya Hamka yang juga ulama terkenal, cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta juga bersih dan suci (murni) itu, tidaklah tumbuh dengan sendirinya. Melainkan kita mencari, memupuk, membaja dan membelainya saban hari. Barulah merasai cinta sebenar-benar cinta.
Bagaimana hendak mengenal cinta kalau negara sudah di lock down? Perasaan terperangkap dan kesunyian makin ketara selagi perintah lockdown ini berlangsung. Tetapi emosi tidak sesekali dapat dibenamkan kerana selagi namanya manusia, kita tak akan mampu ‘lockdown emosi’ kita. Makin dipendam, makin gusar jiwa. Motivasi untuk fokus kepada kerja pun ke laut.
Masalahnya, sebelum lockdown pun rasa susah untuk mencari jodoh. Era lockdown ini lagilah susah untuk mencari jodoh. Yang sebenarnya, jikalau kita mempunyai ilmu untuk mencari jodoh, ia tidak susah. Allah akan memudahkan amal bila kita menggunakan ilmu yang diturunkanNya.
Sebagai contoh, kalau kita tak pergi ke sekolah memandu untuk mendapat ilmu memandu, susah rasanya untuk memandu. Pada masa sama kita tak tahu dengan keselamatan jalanraya. Dengan ilmu yang berlandaskan agama, lebih mudah dan selamat panduan amal hidup kita. Percayalah Allah tak akan membebankan kita lebih dari apa yang kita mampu.
Nak tahu rahsia kenal jodoh kita bagaimana? Inilah pentingnya ilmu taaruf
Kashoorga menemuramah Coach Zuhri yang juga Coach jodoh.
Menurut Coach Zuhri apa yang paling penting ialah orang bujang mulakan dengan memahami maksud TAARUF. Apa beza antara Dating vs Taaruf .
“Istilah dating ini sangat biasa bagi orang bujang namun dalam agama kita perlu menjaga adab perhubungan. Jadi apakah dating haram?
“Kalau dating dengan pasangan yang sudah dinikahi sangat digalakkan. Tetapi dating sebelum nikah, mempunyai konotasi, implikasi yang memudaratkan. Dating sebelum nikah dikhuatiri memudaratkan iman kita dan masuk ke kancah yang merosakkan kehormatan diri.
“Antara amanah seorang bujang adalah kepada anak kita yang akan lahir pada masa akan datang. Amanah pada kita untuk memilih pasangan yang yang berakhlak dan beragama. Kerana pasangan kita akan menjadi pembentuk karakter anak kita.
Apa pula taaruf?
“Taaruf ialah cara yang di syariatkan. Sedihnya Ilmu taaruf yang berlandaskan agama tidak sampai kepada kita. Biasanya teknik dating yang memudaratkan ala Hollywood, K-Pop, Cpop, yang kita belajar sedangkan kita tidak belajar ilmu taaruf.
Dalam pada itu bolehkah bertemu jodoh di kala pandemik? Semasa lockdown, seperti kita tahu, suasana dan aktiviti sosial sudah sangat limited. Apa yang para bujang boleh lakukan?
YA BOLEH melalui webinar jodoh yang kami anjurkan. Nanti di webinar ini kami akan ajarkan teknik mengenal jodoh yang selama ini tidak ramai ketahui.