Banyak perkara dalam kehidupan kita yang kita tahu boleh dapat pahala lebih tapi tidak kita amalkan. Seakan sukar untuk diamalkan dalam kehidupan harian, kita lebih selesa meneruskan aktiviti gaya hidup yang sedia ada tanpa cuba untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih baik.
BERIKUT 12 PERKARA YANG KITA TAHU ADA FADHILATNYA TAPI KITA PANDANG SEBELAH MATA:
1. Kita mengetahui solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.
2. Kita mengetahui bahawa ucapan “Subhaanallaahi wa bihamdihi” sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.
3. Kita mengetahui bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.
Ads
4. Kita mengetahui bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.
5. Kita mengetahui bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.
6. Kita mengetahui bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.
Ads
7. Kita mengetahui bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.
8. Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur’an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur’an dalam jadual harian kita.
9. Kita mengetahui bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.
Ads
10. Kita mengetahui bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.
11. Kita mengetahui bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.
12. Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.
Sumber: Imam Muda Azlan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kita sering mendengar istilah “kamus berjalan”. Istilah ini biasanya ditujukan kepada orang yang daya hafalnya begitu kuat sehingga apa yang ditanya kepadanya mampu dijawab. Orang tersebut ibarat sebuah komputer yang mampu menyediakan data apa pun yang diminta.
The Walking Quran atau “Quran berjalan” mestilah lebih dari sekadar itu. Orang yang disebut sebagai “The walking Quran” boleh dijadikan tempat bertanya sekali gus sebagai tempat menimba ilmu. Mereka bukan sahaja menghafal al-Quran tapi mampu memahaminya dengan baik. Kehadirannya tidak hanya membantu tapi juga membawa manusia keluar dari jalan yang gelap menuju cahaya yang terang.
Firman Allah SWT;
“Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.” (QS Taha 20:2)
Ayat ini menyatakan bahawa Al-Quran tak akan membuat manusia menjadi susah. Ini bermaksud semakin kita dekat dengan Al-Quran, semakin mudahlah hidup kita. Semoga kita mampu mengamalkannya.
Untuk menjadi individu yang sentiasa dekat dengan Al-Quran, anda perlu tahu perkara-perkara yang berikut:
1.Tilawah Wa Tartil (Selalu membaca dengan betul)
Suka membaca Al-Quran akan menambah kebaikan, baik dalam keadaan miskin ataupun kaya serta menambah ilmu.
Membaca secara tartil akan melepaskan manusia dari belenggu kesesatan, menenangkan fikiran dan hati yang kalut serta merasakan kegembiraan dalam menghadapi situasi kehidupan.
Membaca secara berkelompok akan mendatangkan ketenangan dan rahmat serta syafaat di Hari Kiamat (HR Bukhari & Muslim)
2. Tadabur (Merenungkan kandungannya)
Bertadabur Al-Quran boleh membuka hati untuk menerima petunjuk Allah dan mendapat ilmu
3. Hifzh (Menghafal)
Dengan membaca Al-Quran, kita juga akan mengembangkan saraf otak.
Penghafaz Al-Quran tidak akan diseksa setelah meninggal, jasadnya diharamkan oleh Allah untuk dilukai bumi.
4. Ta’lim (Mengajarkan)
Manusia terbaik adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannnya (HR Bukhari)
Generasi yang dekat dengan Allah adalah yang tidak berhenti belajar dan mengajarkan Al-Quran.
5. Istimaa’ (Sentiasa mendengarkannya)
Mereka yang suka mendengar bacaan Al-Quran akan mendapat rahmat, kebaikan dan kemenangan serta diberi khabar berita.
Allah memberikan satu mulut dan dua telinga adalah untuk mendidik manusia supaya sedikit bercakap dan banyak mendengar.
Mendengarkan wahyu akan mendatangkan ketenteraman jiwa, kesucian hati, menghilangkan gangguan syaitan, menguatkan jiwa dan meneguhkan langkah kehidupan.
Sesungguhnya apabila hidup berpegang pada Al-Quran, ia akan menjadi pengubat hati, penawar rindu. Oleh itu langkah-langkah di atas tidak boleh dianggap remeh. Secara emosionalnya, Al-Quran memberikan belaian dan ubat hati yang menteteramkan.
Secara spiritualnya pula dengan membacanya, seolah-olah mendengar kembali Tuhan berfirman kepada dirinya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kata pendakwah Indonesia, Khalid Basalamah, rezeki itu umpama buah yang terdapat pada pohon. Ada yang bergantungan dan ada juga berguguran. Siapa sahaja boleh mengambilnya, tidak kira beriman atau kafir dengan sebanyak mungkin.
Islam adalah agama yang seimbang membicarakan aspek kehidupan di dunia dan di akhirat. Umatnya diseru berusaha secara tekun untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Oleh itu perlu ada ‘usaha’ ke arah memperolehi rezeki.
Berikut perkongsian tip Nur Aliah Mohd Nor agar pintu rezeki datang dengan mudah.
9 Tip Pintu Rezeki Datang Dengan Mudah
1. Sentiasa senyum sebab senyum itu kan sedekah. Lagi kerap kita senyum lagi mudah rezeki datang.
2. Bahagiakan anak-anak yang masih kecil, terutama sekali anak-anak comel yang tak ada mak ayah dah. Mereka pon perlukan kasih sayang abadi.
3. Kalau dah jumpa jodoh tu cepat cepat la dirikan rumahtangga, sebab bila kahwin Allah akan bagi rezeki rumah tangga pula!
4. Setiap kali jumpa suami atau isteri atau anak, berilah pelukan, ciuman, lafazkan sayang dan doakan mereka.
5. Sentiasa berbuat baik dengan semua orang, termasuklah berbuat baik kepada orang tua, orang sakit dan fakir miskin. Bantu mereka dengan seikhlas hati.
6. Sentiasa rasa bersyukur dengan pasangan hidup masing-masing. Ingat jangan cari orang yang sama dengan kita, cari orang yang boleh melengkapi hidup kita. Dan bersyukurlah.
7. Di mana saja kedudukan kira berada, sentiasalah berikan layanan dengan penuh hormat tidak kira siapa orang itu, kalau leader kita itu lebih muda hormatlah dia sebagai seorang leader.
8. Bahagiakan dan bagi semangat kepada sahabat kita yang sedang dalam kesusahan, sedih dan sakit.
9. Minta maaf dan memaafkan semua orang. Bila kita buat baik kepada orang, orang juga akan berbuat baik kepada kita. Bahagia selalu ya, sebab bila hati bahagia REZEKI mudah datang. ?
Antara syiar terpenting yang membezakan seorang wanita Islam dengan wanita bukan Islam ialah daripada segi pakaian yang menepati kehendak dan piawaian syariat. Disiplin berpakaian ini lebih kerap disebut sebagai kewajipan menutup aurat kerana secara asasnya Islam tidak menetapkan jenis pakaian yang perlu dipakai, tetapi menetapkan bahagian mana yang wajib ditutup bersama beberapa kriteria asas.
Apabila seorang wanita Islam mengenakan pakaian, bukan si pemakai sahaja yang mendapat ‘saham’ tetapi si tukang jahit pun turut mendapat ‘saham.’
Perlu diketahui, bahawa gaji atau pendapatan yang didapatkan dari pekerjaan yang haram bekerja sebagai tukang jahit pada bahagian membuat pakaian haram atau menjadi karyawan kepada model yang menjual pakaian haram adalah harta yang haram.
Nabi bersabda, “Sesungguhnya jika Allah mengharamkan sesuatu maka Allah pasti mengharamkan pendapatan yang dihasilkan darinya” [HR. Abu Daud, no. 3488, dinilai sahih oleh Al-Albani]
Orang yang sudah terlanjur bekerja dengan pekerjaan haramdi atas, wajib segera keluar dan mencari pekerjaan lain yang halal sehingga halal pula gaji dan makanan yang dia makan atau tidak membuat pakaian yang menjolokkan mata. Semoga Allah memberi hidayah-Nya kepada kita sekalian dan memudahkan semua urusan kita serta membukakan pintu untuk kita mengecapi kekayaan-Nya dengan cara lebih halal.
TUJUH GARIS PANDUAN PAKAIAN MUSLIMAH DI HADAPAN BUKAN MAHRAM
1.Menutupi keseluruhan tubuh melainkan wajah dan tapak tangan.
2. Pakaian yang dipakai bukanlah perhiasan yang melampau atau bertabarruj sehingga menarik perhatian.
3. Pakaian yang dipakai itu tidak terlalu nipis atau jarang sehingga menampakkan warna kulit dan membayangkan anggota tubuh.
4. Pakaian yang longgar, tidak ketat dan memperlihatkan bentuk tubuh sehingga boleh menimbulkan syahwat.
5. Tidak memakai wangi-wangian yang boleh dihidu oleh lelaki bukan ajnabi.
6. Pakaian yang dipakai tidak menyerupai pakaian lelaki.
7. Tidak dipakai untuk tujuan menunjuk-nunjuk atau ingin nampak glamor.
Sesungguhnya menutup aurat itu adalah demi untuk menjaga kehormatan diri seorang wanita yang sangat tinggi nilainya dalam Islam.
Sumber: FB: Prof Dr Muhaya
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai dalam kalangan lelaki yang memilih untuk berambut panjang. Tiada masalah tentang hal ini namun perlu diingat ketika solat rambut tersebut sebaiknya dilepaskan dan...