Dari bangku sekolah lagi, kita diajar agar menjauhkan diri dari perbuatan memiliki harta haram. 

Kita tahu betapa besarnya dosa memperoleh harta secara haram. Selagi syaitan wujud menghasut dan merosakkan nafsu manusia, selagi itu lah kita tidak kering dengan dosa.

Saban hari ada sahaja berita tentang penyelewangan wang syarikat, ketirisan, riba, mencuri, merompak, memeras ugut dan banyak lagi perbuatan terkutuk menjurus kepada pemilikan harta haram.

Jika sempat bertaubat dengan membersihkan segala harta haram itu sebelum mati, InsyaAllah kita tidak hadapi masalah untuk ke syurga. Audit diri, lihat bagaimana kita dapat membersihkannya.

13 Cara Bersihkan Harta Haram Untuk Ke Syurga

1. Musnah Atau Tinggalkan Harta Haram Segera!

Sebarang rezeki yang diperoleh dari pekerjaan haram haruslah ditinggalkan atau dimusnahkan segera. Sebagai contoh, jika anda bekerja di tempat yang berkaitan dengan penghasilan, penjualan, pemasaran dan pengendalian arak, maka bersegeralah berhenti, walau apa pun alasannya.

2. Hentikan Menjual Barang Haram

Jika anda memiliki kedai jualan, pastikan tiada satu pun barang jualan menggunakan bahan-bahan haram. Contohnya barang yang mengandungi lemak babi.
Lemak babi adalah haram, tidak boleh dijual, maka pastikan barang yang dijual bebas dari unsur haram. Perniagaan kita malah lebih berkat lagi apabila kita bertegas dalam hal ini.

3. Bertaubatlah Bersungguh-sungguh

Apa pun juga dosa yang kita lakukan, dengan hanya kesungguhan bertaubat sahaja dapat membersihkan dosa kita dan harta yang kita terima dari perbuatan haram.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu: kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. [al-Baqarah 2: 278-279]

4. Rendahkan Diri, Pergilah Minta Maaf Pada Yang Dizalimi

Dikisahkan bahwa suatu hari Safwan ibn Umayyah r.a tidur di masjid Nabi SAW berbantalkan bajunya. Di saat terlelap dalam tidurnya, bajunya dicuri oleh seseorang. Namun, pencuri bajunya itu berhasil ditangkap dan segera dihadapkan kepada Rasulullah SAW. Maka segera Baginda memerintahkan agar sesuai hukum mencuri dalam Islam pencuri itu dipotong tangannya.

Mengetahui pencuri bajunya akan segera dipotong tangannya, Safwan r.a merasa hiba, sehingga dia berkata kepada Rasulullah SAW,”Wahai Rasulullah SAW, apakah tangannya akan engkau potong kerana dia mencuri bajuku? Ketahuilah bahawa aku telah menghalalkan bajuku untuknya.” Rasulullah SAW menganggapi ucapan Safwan r.a dengan bersabda: “Mengapa tidak engkau maafkan sebelum engkau melaporkannya kepadaku?

13 Cara Bersihkan Harta Haram Untuk Ke Syurga

Ads

5. Maklum & Menyesali Perbuatan Buruk

Menyesal, kerana telah memakan atau menggunakan barang yang haram untuk dimakan atau digunakan serta bertekad untuk tidak mengulanginya.

Jangan lupa memanjatkan doa pengampunan dosa kepada Allah atas dosa memakan atau menggunakan harta yang haram untuk digunakan.

6. Memulangkan Semula Kepada Yang Berhak

Apabila harta haram tersebut diharamkan disebabkan cara mendapatkannya yang terlarang, maka wajib untuk mengembalikan harta tersebut kepada pemiliknya atau meminta untuk dimaafkan. Baik pemiliknya adalah perseorangan atau institusi atau organisasi dan lain-lain.

Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah engkau mengambil barang milik temanmu, baik hanya sekadar bermain-main atau bersungguh-sungguh. Dan bila engkau mengambil barang milik saudaramu, maka segera kembalikanlah kepadanya.”

7. Mengakui Perbuatan Kepada Yang Dizalimi

Pada hadis lain Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa pernah melakukan tindak kezaliman kepada seseorang, baik dalam urusan harga dirinya, atau hal lainnya, maka segeralah dia meminta untuk dimaafkan, sebelum tiba hari yang tiada lagi dinar atau dirham.

Bila hari itu telah tiba maka akan diambilkan dari pahala amal salehnya dan diberikan kepada orang yang dia zalimi sebesar tindak kezalimannya. Dan bila dia tidak memiliki pahala kebaikan, maka akan diambilkan dari dosa-dosa orang yangd ia zalimi dan akan dipikulkan kepadanya

Ads

8. Didermakan Kepada Masyarakat

Segala harta haram didermakan atau disalurkan untuk kepentingan masyarakat Islam tanpa mengira siapa dan di mana. Demikian pendapat Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah.

Derma yang disalurkan itu boleh sahaja berbentuk pemberian wang atau derma fizikal asalkan untuk manfaat orang ramai. Niatkan untuk orang yang dizalimi tersebut serta niatkan untuk menyucikan diri dari dosa harta haram.

9. Diberikan Kepada Fakir Miskin

Boleh juga disalurkan pada maslahat kaum muslimin dan fakir miskin selain untuk masjid. Demikian pendapat ulama Lajnah Ad Daimah Kerajaan Saudi Arabia.

Harta haram tersebut tidak boleh disalurkan untuk pembangunan masjid kerana harta tersebut haruslah berasal dari harta yang suci.

Artikel berkaitan:PU Amin Hilang Dompet Berisi Duit Belanja dan Wang Sedekah Fakir Miskin Anggap Ujian Dari Allah

10. Digunakan Untuk Jihad

Harta haram didermakan untuk tujuan ke jalan Allah, iaitu untuk jihad di jalan Allah. Demikian pendapat terakhir dari Ibnu Taimiyah.

Ads

Jihad ada pelbagai cara dan antaranya membantu keperluan berperang umat muslim yang melawan kafir dan sebagainya.

11. Disumbangkan Kepada Korban Peperangan Atau Bencana Alam

Sekiranya harta haram yang dicuri tidak mampu dikembalikan disebabkan suatu hal, misalnya disebabkan tidak tahu di mana orang itu tinggal atau alasan lain, wang atau benda yang haram tersebut boleh diberikan kepada yang amat memerlukan bantuan seperti korban peperangan, bencana alam, kecelakaan seperti apa yang berlaku di Lubnan.

Namun harta tersebut tidak dihitung sebagai sedekah atau amal. Ia hanya untuk membersihkan dan dalam rangka menyucikan diri saja.

Artikel berkaitan:Waktu Bencana Untuk Bermuhasabah, Banyakkan Zikir  Baca Al-Quran. Bukan Layan Tik Tok Pesan PU Amib

12. Disumbangkan pada Ahli Waris

Jika harta didapat dari sesuatu yang tidak baik itu telah meninggal dunia orang yang bersangkutan, maka ia perlu diberikan kepada ahli warisnya dan dengan taubat serta permintaan maaf terlebih dahulu, tentunya memang harus diperlukan keberanian untuk mengakui perbuatan silam.

Namun tentu hal itu jauh lebih baik daripada nantinya mendapat balasan yang berat di akhirat.

13 Cara Bersihkan Harta Haram Untuk Ke Syurga

13. Disumbangkan Dengan Niat Sedekah Untuk Yang Dizalimi

Jika harta didapat dari menzalimi orang lain seperti mencuri dan tidak boleh pula mengembalikannya, harta itu boleh disumbangkan kepada yang memerlukan dengan meniatkan sedekah untuk orang yang dizalimi dahulu.

Kashoorga: Apa pun juga, yang paling utama jangan diulangi perbuatan terkutuk memburu harta haram. Berusaha keraslah dengan mencari rezeki halal

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI