13 Tahun Lalui Zaman ‘Cinta Monyet’, Akhirnya Pasangan Ini Bergelar Suami Isteri Yang Sah. Moga Bahagia Till Jannah!

Share

Setiap dari kita pastinya melalui dan merasai zaman persekolahan yang sangat manis dan terindah setiap memori untuk dikenang.

Waktu itulah kita mula mengenal dan menghabiskan masa bersama rakan-rakan yang sebaya.

Hubungan yang terjalin tidak lebih dari sebuah persahabatan dalam berkongsi ilmu sepanang menuntut ilmu. Jika ada pun sekadar cinta monyet yang hanya sekadar memori manis untuk dikenang.

Namun segala urusan jodoh dan rezeki itu terletak di tangan Allah. Siapa sangka jodoh bersama seseorang yang dulunya sekadar digelar cinta monyet.

Mula kenal sejak sekolah yang menjadi teman bermain dan akhirnya jadi peneman sehingga ke akhir hayat.

Menerusi perkongsian satu video dimuat naik seorang jurugambar Aizat Mustafa merakam sepasang pengantin yang begitu bahagia di hari perkahwinannya.

Dipercayai pasangan pengantin ini sudah kenal sejak 13 tahun lalu dan dalam satu temubual pengantin perempuan Farah Izzaty memberitahu mereka berkenalan ketika dia dan suaminya sewaktu masih di Tingkaran Tiga.

Namun dia tidak menyangka sama sekali hubungan rapat bersama rakan sekolahnya itu akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.

Kenal sejak bersekolah lagi.

Katanya lagi, hubungan jadi lebih rapat apabila masing-masing menunjukkan minat yang sama dalam pengurusan majlis.

Akhirnya jodoh mereka memang sudah diatur Allah. Tanggal 20 Disember menyaksikan keduanya disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Majlis penuh gemilang ini berjalan lancar dengan diserikan kehadiran sanak saudara serta ahli keluarga di Jitra Kedah.

KASHOORGA: Semua yang berlaku itu sudah ditentukan perjalanannya oleh Allah SWT. Jagalah perhubungan yang cukup indah ini dengan baik dan mungkin dialah jodoh terbaik buat diri kita. Apa yang penting warnailah rumahtangga dibina dengan baik dan hiduplah berkasih sayang berlandaskan Al-Quran serta hadis dan sunnah Rasulullah.

Published by
Siti Zurina