14 tahun kahwin belum ada anak, Beto Kusyairy reda. ‘Saya cuma fikir nak cipta kenangan bersama isteri.’ Benarlah rezeki itu dari Allah, lambat atau cepat semuanya datang dari-Nya.
Siapa kita untuk menyoal Ketentuan Allah. Sudah pasti setiap yang berkahwin inginkan cahaya mata secepat mungkin. Tapi jika Allah belum kurniakan, apa daya kita melainkan tak putus berusaha dan berdoa pada Allah yang satu.
Artikel Berkaitan
Begitu juga dengan pelakon popular, Beto Kusyairy. Sebelum ini, dia pernah memaklumkan penantian zuriat merupakan soalan lazim yang diterimanya namun. Tapi, dia sedikit pun tidak pernah menyalahkan takdir dan akur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan buatnya.
Malahan, menurut Beto atau nama penuhnya, Nur Kusyairy Zakuan Osman, 42, pelbagai usaha juga telah dilakukan untuk mendapatkan zuriat termasuklah menjalani rawatan Islam, tradisional dan moden.
Tidak dinafikan jika dihitung sudah 14 tahun dia bergelar suami, tapi rezeki untuk memiliki cahaya mata sendiri dengan pasangannya.
“Tapi tak mengapalah, tiada rezeki anak, Allah beri rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, boleh bekerja itu semua rezeki.
“Nak kata tak usaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani.
“Tetapi mungkin memang Tuhan dah kata masih belum tiba lagi waktu untuk kami bergelar ayah dan ibu, jadi kami serahkan semuanya kepada-Nya,” katanya.
Sebelum itu, menerusi perkongsian di akaun TikTok milik peminat aktor berkenaan, sebuah video berdurasi 10 saat yang memaparkan foto momen manis Beto bersama isterinya, Tisha Shahar dimuat naik.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah tulisan pada paparan skrin berkenaan yang merujuk kepada soalan lazim yang pernah diterima pasangan ini termasuklah soal kahwin lain kepada Beto.
@user1285999598428 Anak Tu Kan Rezeki Dari Allah😊 #fansbetokusyairy #fyp #foryou #foryourpage #fypシ #fypシ #masukberanda #masukberandagak #masukberandagak #berandafyp #berandagak #berandafyp #berandafyp #foryou #halimun ♬ original sound – I . S . A ✌🏼 – A | R 🩹
“Dah 14 tahun kahwin, tak ada anak lagi. Tak nak kahwin lain ke?” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan peminat mendoakan agar pasangan ini dikurniakan zuriat secepat mungkin. Insyallah.
Malahan anak bukanlah penentu bahagia dalam berumahtangga, bagi pelakon ini dia cuma nterfikir untuk mencipta banyak kenangan bersama isteri tersayang selagi nyawa dikandung badan.
Baca Di Sini
Untuk Pasangan Menanti Cahayamata, Boleh Amalkan Doa Ini Agar DIkurniakan Zuriat Yang Baik
Takpe Belum Ada Zuriat. Sekarang Allah Bagi Masa Honeymoon. Lepas Ni Allah Bagi Berturut-Turut Anak
Bekas Isteri Kahwin Lain, Bapa Barulah Sara Anak. ‘Sepatutnya Siapa Punya Anak, Dialah Bagi Nafkah.’
Kashoorga: Semoga Beto dan isterinya dikurniakan rezeki untuk memiliki anak secepat mungkin. Insyallah.
Sumber: TikTok user1285999598, Instagram Beto Kusyairi, xTra
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!