Hari ini kita melihat maksiat dan dosa jadi sebahagian dari cara hidup. Sebenarnya sedar atau tak kita sedang hidup pada zaman yang paling digeruni Rasulullah SAW, zaman yang mana orang yang baik berkurang sedangkan yang jahat bertambah.
Nabi Muhammad SAW menyebut dalam sebuah hadis “Apabila umatku lakukan 15 perkara ini, maka mereka akan ditimpa bala”
Diriwayatkan oleh Saidina Ali Bin Abi Talib, bahawa Nabi SAW bersabda:
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “إِذَا فَعَلَتْ أُمَّتِي خَمْسَ عَشَرَةَ خَصْلَةً حَلَّ بِهَا الْبَلاءُ”. قِيْلَ وَمَا هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: “إِذَا كَانَ الْمَغْنَمُ دُوَلاً، وَالأَمَانَةُ مَغْنَمًا، وَالزَّكَاةُ مَغْرَمًا، وَأَطَاعَ الرَّجُلُ زَوْجَتَهُ، وَعَقَّ أُمَّهُ، وَبَرَّ صَدِيقَهُ، وَجَفَا أَبَاهُ، وَارْتَفَعَتِ الْأَصْوَاتُ فِي الْمَسَاجِدِ، وَكَانَ زَعِيمُ الْقَوْمِ أَرْذَلَهُمْ، وَأُكْرِمَ الرَّجُلُ مَخَافَةَ شَرِّهِ، وَشُرِبَتِ الْخُمُوْرُ، وَلُبِسَ الْحَرِيرُ، وَاتَّخِذَتِ الْقِيَانُ وَالْمَعَازِفُ، وَلَعَن آخِرُ هَذِهِ الْأُمَّةِ أَوَّلَهَا، فَلْيَرْتَقِبُوْا عِنْدَ ذَلِكَ ريحًا حَمْرَاءَ أَوْ خَسْفًا أَوْ مَسْخَا”. (رواه الترمذي)
Maksudnya: “Daripada Ali Bin Abi Thalib RadhiAllahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah bersabda: “Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara beredar di kalangan orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami mengikuti kemahuan isteri.
5. Anak derhaka kepada ibunya,
6. Sedangkan ia berbuat baik dengan temannya.
7. Anak menjauhkan diri dari ayahnya.
8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. Minuman keras sudah diminum di segenap tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung-sanjung
14. Muzik banyak dimainkan
15.Generasi akhir ummat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)
Maka ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”. (HR Tirmizi, hadis lemah)
Perkara yang dijelaskan dalam hadis mungkin sudah kesemuanya telah berlaku, hanya tanda kiamat yang besar sahaja yang masih belum terjadi.
Sumber: USTAZAH ASMA’ BINTI HARUN & TIM PENYELIDIKAN