Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan." (Surah an-Nahl, ayat 97) .Untuk memperoleh kehidupan diberkati dunia dan akhirat, setiap manusia pastinya mahukan kehidupan yang baraqah. Maka ada banyak amalan dan perbuatan kita lakukan untuk memperolehnya.
Dari satu kisah dikongsikan oleh Abdurrahman bin Samrah bersama Rasulullah SAW, ada 16 amalan yang diceritakan Rasulullah yang mampu menolak 16 musibah lain menimpa kita.
Kisahnya begini. Suatu pagi Rasulullah keluar menemui kami. Saat kami sedang berada di tempat berteduh di kota Madinah. Setelah bertemu dengan kami beliau berkata, “Sesugguhnya tadi malam aku bermimpi melihat sesuatu yang luar biasa.”
Pertama, aku melihat seseorang dari umatku yang didatangi oleh malaikat maut yang akan mencabut nyawanya. Kemudian datanglah amalan kebaikan dia dengan berbakti kepada kedua orang tuanya maka amalan tersebut mencegahnya dari kematian.
Kedua, aku melihat salah seorang umatku yang telah dipersiapkan untuknya seksaan kubur. Kemudian datanglah amalan wuduknya yang sempurna ketika ingin menunaikan solat maka amalan tersebut pun mencegahnya dari seksa kubur.
Ketiga, aku melihat salah seorang umatku yang telah dikepung oleh Malaikat Munkar dan Nakir kemudian datanglah amalan solatnya maka amalan tersebut menyelamatkannya dari kepungan dari Munkar dan Nakir.
Ads
Keempat, aku melihat salah seorang umatku yang tercungap-cungap kerana kehausan. Ketika sampai ke sebuah telaga tapi dirinya telah diusir. Kemudian datanglah amalan puasanya di bulan Ramadan maka dari amalan tersebut dirinya diberikan air minuman dari air telaga itu.
Kelima, aku melihat salah seorang umatku berseorangan sementara orang mukmin lain berada dalam kelompok masing-masing Ketika dirinya mendekati salah satu kelompok tersebut, dirinya ditolak kemudian datanglah amalan mandi junubnya yang sempurna dan dirinya duduk berhampiranku.
Keenam, aku melihat salah seorang umatku yang di dalam kegelapan. Di belakang gelap dan dibawahnya juga gelap dan dirinya teraba-raba dalam kegelapan. Kemudian datanglah amalan haji dan umrahnya maka kedua amalan tersebut mengeluarkannya dari kegelapan dan memasukkannya kecdalam cahaya.
Ketujuh, aku melihat salah seorang umatku cuba berbicara kepada orang-orang mukmin tapi dirinya tidak boleh berbicara. Kemudian datanglah amalan silaturahimnya dan berkata,”Wahai jemaah orang-orang yang beriman, berbicaralah padanya kerana sesungguhnya dulu ia adalah orang yang menyambung tali silaturahim kepada saudaranya.” Kemudian orang-orang mukmin berbicara padanya, menjabat tangannya dan dimasukkan dalam kelompok mereka.
Ads
Kelapan, aku melihat salah seorang umatku cuba menutup wajahnya dengan kedua belah tangannya dari api yang menyala dan menyambar-nyambar. Kemudian datanglah amalan sedekahnya maka amalan tersebut menaunginya dan melindungi wajahnya dari api tersebut.
Kesembilan, aku melihat salah seorang umatku merangkak dengan kedua belah lututnya untuk menemui Allah namun ia terhalang. Kemudian datanglah amalan akhlak baiknya maka tangan orang tersebut diraih dan dimasukkan di sisi orang-orang yang diredhai oleh Allah SWT.
Kesepuluh, aku melihat salah seorang dari umatku yang telah dikepung oleh Malaikat Zabaniyah dari berbagai tempat. Kemudian datanglah amalan menegakkan amal ma’ruf nahi mungkar maka amalan tersebut menyelamatkannya dari Malaikat Zabaniyah dan memasukkannya bersama Malaikat Rahmat.
Kesebelas, aku melihat salah seorang umatku yang buku catatan amalnya diberikan dari arah kirinya. Kemudian datanglah amalan khouf (takut) kepada Allah SWT maka hanya kerana catatan itu, maka buku amalannya diberikan dari arah kanannya.
Ads
Duabelas, aku melihat salah seorang umatku berada di pintu neraka jahanam. Kemudian datanglah amalan berkeyakinan tinggi kepada Allah SWT maka amalan tersebut menyelamatkannya dari dimasukkan ke dalam neraka jahannam.
Tigabelas, aku melihat salah seorang umatku yang telah dimasukkan ke dalam neraka. Kemudian datanglah air matanya yang pernah ditumpahkan kerana takut kepada Allah SWT maka air mata tersebut menyelamatkannya dari neraka.
Empatbelas, aku melihat salah seorang umatku yang berdiri di atas titian sirotulmustaqim (jambatan yang lebih tajam dari mata pedang) dalam keadaan gementar ketakutan seperti gementarnya pohon kurma yang terkena angin taufan. Kemudian datanglah amalan husnudzon (berbaik sangka) kepada Allah SWT maka hilanglah gementarnya dan dirinya mampu berjalan di atas titian itu.
Limabelas, aku melihat salah seorang umatku yang berada di atas titian. Terkadang mengengsot, terkadang merangkak dan terkadang tergantung. Kemudian datanglah bacaan selawatnya kepadaku maka aku membangunkannya sehingga boleh melalui titian tersebut.
Enambelas, aku melihat salah seorang umatku yang telah sampai ke pintu syurga tetapi pintunya terkunci. Kemudian datanglah amalan syahadahnya yang diucapkan dengan ikhlas dari hati maka terbukalah pintu syurga tersebut dan masuklah dirinya ke dalam syurga.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selain berdoa kepada Tuhan, pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menghalang penyebaran virus COVID-19 ini.
Ini kerana wabak serius boleh tersebar melalui sentuhan barangan daripada mereka yang mengalami masalah ini.
Salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan mengelakkan penggunaan duit syiling dan wang kertas.
Seperti perkongsian lelaki ini Mohd Razman Faizal Sulaiman yang juga seorang pengusaha kedai memberitahu cara pencegahan melalui penggunaan duit syiling an wang kertas.
WANG KERTAS DAN COVID-19 ++++++
Tahukah Anda? Hangpa tau atau tak duit kertas dan duit syiling adalah salah satu faktor boleh jadi penyebab penyebaran Covid-19 berskala besar.
Serius cakap aku mula terpikiaq sekarang nie potensi penularan Covid-19 nie boleh tersebar meluas melalui sekeping kertas yang dinamakan duit.
Kenapa aku cakap macam tu?
Ini semua berpunca dari rider aku yang nak hantar makanan ke hospital dia call aku balik masa kastemer tu nak bayar duit caj delivery.
“Bang….duit nie selamat ka kalau saya pegang…”
“Kenapa pulak dah?”
“Saya takut la bang…mana tau duit nie dah terkena virus corona tu ka….dah la yang amik tadi nie bukan doktor….yang nie pesakit….nampak macam tak sihat dengan batuk-batuk…..boleh tak lepas nie abang settle awal-awal caj delivery dengan kastemer bayar online jer…. “
Mana taknya bila rider aku cakap macam tu aku mula terfikir. Ada betul juga apa dia cakap.
Dah la jual beli sentiasa berlaku. Duit syiling dan duit kertas sentiasa silih berganti.
Bayangkan sekiranya seseorang itu adalah pembawa virus. Tak mustahil duit syiling atau duit kertas yang ada pada mereka ini pun telah tercemar dengan Covid-19.
Kita semua tau Covid-19 nie boleh tersebar melalui sentuhan.
Jadi adalah sangat tidak mustahil boleh berlaku penularan secara serius hanya dengan sekeping wang kertas atau duit syiling.
Proses ini boleh jadi penyebab tersebarnya Covid-19 daripada seorang pembawa kepada seorang penerima wang kertas atau syiling tersebut.
Jadi bagaimanakah langkah yang perlu diambil oleh kita semua?
Yang ini akan menjadi satu cabaran sebenarnya.
Macam aku sebagai seorang pengusaha kedai makan, aku sangat risau sebenarnya bila difikirkan pasai isu ini.
Apa yang aku buat setiap kali balik ke rumah, aku terpaksa cuci duit syiling dengan dettol.
Duit kertas pulak aku masukkan dalam plastik dan aku spray dengan antiseptic dettol dalam plastik dan biarkan pada waktu yang lama supaya partikel antiseptic dapat memenuhi ruang dalam plastik dan membunuh segala virus atau partikel merbahaya yang ada pada permukaan duit tersebut.
Ini adalah salah satu langkah yang aku nampak dapat mengurangkan penyebaran virus Covid-19 melalui wang kertas atau syiling.
Langkah pencegahan ini kita sendiri boleh laksanakan di rumah.
Semuanya bergantung kepada kita semua.
Sekiranya hangpa rasa benda ini bermanfaat hangpa boleh bagitau dengan orang lain supaya semua orang boleh amik langkah berjaga-jaga dengan membasmi masalah virus nie bermula dari rumah lagi.
Kalau hangpa nak cuci duit bagitau aku hahaha….aku tolong cuci dan simpankan sehingga masalah virus Covid-19 selesai hahaha.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Mengambil masa hanya setahun untuk mengenali hati budi masing-masing, semalam pelakon, pengacara Mira Filzah telah selamat diijab kabulkan dalam majlis sederhana tetapi penuh meriah.
Paling penting majlis yang dilakukan di sebuah pusat konvensyen di ibu kota megikut SOP yang ditetapkan oleh pihak berwajib.
Mira Flzah dilihat sangat manis dan santun dengan menggyakan kurung Påhäng rona putih ditemani ibu tersayang di atas pentas sepanjang majlis ijab kabul.
Hanya sekali lafaz, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30 sah menjadi suami kepada pelakon wanita popular ini.
Tidak meminta wang untuk mas kahwin, sebaliknya seutas gelang di majlis pernikahannya.
Rombongan lelaki juga turut menyerahkan sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulling daripada pihak pengantin perempuan.
Dalam artikel di Berita Harian majlis yang dilangsungkan mengikut rutin normal baharu, turut disaksikan ibu pengantin lelaki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid dan ibu Mira, Faizatul Akmar Hisan.
Kira-kira 250 tetamu merangkumi anggota keluarga dan teman rapat pasangan berkenaan, diundang memeriahkan majlis yang turut disiarkan secara langsung di akaun YouTube TV3.
Mira ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah bersyukur majlis berlangsung sempurna seperti dirancang.
“Walaupun sudah bergelar isteri, Mira akan terus menyambung karier lakonan seperti biasa.
“Mira ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang diberi seawal kerjaya Mira sehingga hari ini.
“Doakan yang terbaik untuk Mira dan Emir,” kata pemegang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 ini.
Dalam pada itu, suaminya juga turut menitipkan doa di laman sosial Instagramnya agar perkahwinan dibina ini akan mendapat keredhaanNya dan selamat hingga ke jannah.
wanemirastar Dengan nama Allah, ٱلرَّحْمَٰنِ Yang Maha Pemurah, ٱلرَّحِيمِ Lagi Maha Mengasihani..
“Kami mohon doa kalian.. moga rahmat Allah SWT membimbing kami, Wan Emir Astar & Nur Amirah Filzah, melaksanakan ibadah perkahwinan, sunnah junjungan kita Rasulullah SAW, dalam usaha kami untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Mohon selamat segalanya, hingga ke Jannah.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan Julai lalu selepas hampir setahun berkenalan.
Majlis resepsi kedua berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya, malam esok, yang akan dipancarkan secara langsung di TV3.
Satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong, Ahad ini dan disiarkan secara langsung melalui program Melodi terbitan stesen televisyen (TV) itu.
Pasangan ini juga mendapat ucapan tahniah dari warganet atas perkahwinan yang baru dibina ini. Masing-masing mendoakan keduanya kekal bahagia till jannah.
Ibu adalah insan mulia yang perlu kita hormat, sanjung dan sayanginya hingga ke akhir hayat. Janganlah sesekali melukai hatinya, kerana jika berniat melakukannya balasan ‘cash’ diberikan oleh Allah tidak terjangkau fikiran kerana jika memang Dia berkehendaki begitu.
Perkongsian daripada kisah seorang anak yang melukakan hati ibunya, insan yang sepatutnya dimuliakan. Semoga menjadi pengajaran kepada kita untuk menghormati insan ini yang selama 9 bulan mengandungkan kita dalam rahim sucinya.
Kematian tak mengenal usia
Melihat kepada kematian yang tidak mengenal usia, bagaikan terpanggil untuk Latifah (bukan nama sebenar) berkongsi sebuah cerita yang boleh dijadikan teladan buat kita semua.
Latifah merupakan seorang guru di Selatan Tanah Air, dia mempunyai seorang kawan yang juga merupakan seorang warga pendidik sepertinya juga.
Kawan yang dipanggil Alisya (bukan nama sebenar) itu sangat alim dan taat kepada suami. Lebih hebat lagi dia juga seorang hafizah.
Hebat orangnya kerana hafaz Al-Quran
Hebat orangnya sehinggakan boleh membetulkan bacaan Al-Quran orang lain tanpa melihatnya. Hanya dengan mendengar sahaja, Alisya boleh mengesan kesalahan bacaan Al-Quran orang lain.
Kita semua pasti sedia maklum orang yang hafaz Al-Quran tinggi kedudukannya dan dijanjikan ganjaran yang hebat oleh Allah. Namun itu tidak berlaku kepadanya dek kerana salah faham antara suami dan ibu Alisya.
Dia dalam dilema, berada di tengah-tengah antara suami dan juga ibunya. Ditelan mati emak, diluah mati anak.
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google
Tanpa sedar telah melukakan hati ibunya
Bagi seorang isteri, syurga di bawah tapak kaki suami dan kerana itu Alisya banyak memihak kepada suaminya tanpa sedar bahawa dirinya telah melukakan hati ibu tersayang.
Ajal maut itu semua urusan Allah, umur Alisya tidak panjang. Apa yang menyedihkan urusan pengebumian Alisya tidak berjalan dengan lancar.
Sebagai seorang Muslim, diharuskan kita untuk menyegerakan urusan pengebumian jenazah, tapi itu tidak berlaku kepada arwah Alisya.
Bermula di hospital, jenazahnya dibiarkan lama hanya semata-mata untuk mendapat pengesahan kematian daripada doktor.
Mayat mengeluarkan bau busuk
Lebih menakutkan lagi, apabila di bawa pulang ke rumah, mayat arwah tidak semena-mena mengeluarkan bau yang busuk.
Menurut Latifah bau tersebut melekat di pakaian tetamu yang datang menziarah, malah ia masih lagi kekal pada bajunya walaupun sudah dibasuh berkali-kali.
Jenazah arwah juga dihurung serangga berterbangan yang sering hinggap pada makanan yang hampir busuk. Lebih menyedihkan lagi ketika di rumah terjadinya pergaduhan antara suami dan adik arwah Alisya.
Pengakhiran sangat menyedihkan
Keadaan itu melambatkan lagi pengurusan jenazah si mati. Memang ralat melihat apa yang berlaku kepada jenazah orang yang hebat seperti arwah Alisya.
Seorang yang alim dan hafizah pun diberikan hukuman sedemikian lupa apatah lagi kita manusia biasa yang sentiasa khilaf.
Akhirnya urusan pengebumian Alisya selesai, tapi pengakhirannya itu sangat menyedihkan dan dapat memberikan pengajaran kepada kita semua. Setelah diselidiki, rupa-rupanya ibu arwah berkecil hati dengan sikapnya yang sering memihak kepada sang suami.
Betapa hebat kuasa seorang ibu, jangan sesekali menderhaka atau menyakiti hatinya
Betapa hebat kuasa seorang ibu, kecil hatinya sahaja memberikan azab yang dahsyat untuk kita semua. Oleh itu, jangan sesekali menderhaka atau melakukan sesuatu yang boleh melukakan hati ibu bapa kita.
Walaupun syurga itu di bawah kaki suami, tapi itu tidak bermakna kita boleh melukakan hati mereka. Jagalah hati mereka kerana sesungguhnya semakin berusia seorang manusia, semakin rapuh hati mereka.
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...