‘16 tahun tak jumpa.’ Doakan ibu ini, bersatu kembali dengan tiga anaknya yang sudah bertahun tidak bersua muka. Tidak dapat bayangkan perasaan rindu yang ditanggung wanita tua ini.
Apatah lagi di usia-usia senja, pasti mengharapkan kehadiran anak dan cucu di sisi. Setahun pun lama, apatah ini 16 tahun, bukan satu jangka waktu yang pendek.
Ikuti kisah sedih ibu ini yang dikongsikan Ustaz Abu Abbas Muhammad Shahir.
16 tahun tak mesej apatah lagi jumpa.
Malam ini setelah solat witir, datang seorang makcik ini dan katanya:
Doakan Ibu Ini
“Ustaz, masuk 10 malam terakhir ini tolong doa supaya saya dapat jumpa anak-anak saya. Saya dah rindu mereka”
Saya: “Semua berapa orang anak? Bila last jumpa tu”?
Makcik: ” Semua 3 orang , mereka semua ada anak-anak dah. Sejak 2007 saya tak jumpa mereka”
Saya: ” Mereka mesej makcik tak”?
Ads
Makcik: “Tak pun Ustaz. Saya sebagai ibu mereka saya maafkan mereka, tapi sekarang dah rindu mereka sangat-sangat. Terasa bahagia nampak gambar-gambar mereka.”
Saya: ” Astaghfirullah, dari tahun 2007 sehingga sekarang, 16 tahun dah, satu orang pun tak mesej”
Bersatu Kembali
Makcik: “Itulah Ustaz, tapi ni ujian saya. Rasulullah lagi berat ujiannya kan Ustaz. Saya ambik semangat yang Ustaz bagi, Ustaz suruh baca sirah. Kisah-kisah sirah Rasulullah ﷺ yang menjadi pengubat duka dan pulih semangat.
Tidak apa Ustaz tolong doakan, saya hendak jumpa anak-anak saya. Cucu pun hendak tengok sekali.”
Saya sebak terus, tapi makcik ini kuat dengan ujiannya melalui pembacaan sirah baginda Nabi ﷺ.
Dengan Tiga Anaknya
Tolong doakan makcik ini ya.
Kepada anak-anak makcik ini, tolonglah jumpa ibu kamu yang sedang merindui kalian. Sanggup buat begini pada ibu tercinta ya.
Ads
Kita jangan buat begini pada ibu kita ya. Ampun maaf banyak Mak Abah salah silap kami semua.
Menurut cerita wanita ini, anak-anaknya dipesan oleh bekas suami tak bagi jumpa ibu. Maka, sampai sekarang bukan setakat jumpa, mesej pun tak dengan ibu mereka. Sang ibu ni teringat sungguh pada anak-anak
Balasan mereka yang derhaka kepada ibu dan ayah.
Al-Imam Ad-Dabbaq رحمه الله berkata:
نتيجة عقوق الوالدين أربعة أمور:
أحدها ان الدنيا تذهب عنه وتبغضه
ثانيها : أن الله يصرف قلوب مجالسيه عن الإستماع إلى كلامه
ثالثها : أن الأولياء لاينظرون إليه نظر رحمة ولا يترقى أبدا
رابعها : أن نور إيمانه لا يزال ينقص شيئاً فشيئا.
4 balasan bagi mereka yang menderhakai ibu ayah:
1) Dunia menjauhinya dan memusuhinya (iaitu sempit rezekinya).
2) Allah jauhkan hati-hati orang yang di dalam majlis dari mendengar ucapannya.
3) Para Auliya tidak memandang padanya dengan pandangan rahmat dan tidak dinafikan darjat selama-lamanya.
Ads
4) Bahawa cahaya imannya akan berkurang sedikit demi sedikit.
ونتيجة رضا الوالدين أربعة أمور هي الأضداد للسابقة:
تحبه الدنيا، ويحلو كلامه بين الناس، ويحنن الله عليه الأولياء، ولا يزال إيمانه يزيد شيئا فشيئا
والله الموفق.
Manakala balasan bagi mereka yang diredhai ibu ayah adalah lawan bagi perkara di atas iaitu:
1) Dunia suka kepadanya (bukan dia suka dunia)
2) Ucapannya diterima oleh manusia
3) Allah jadikan para Auliya mengasihinya
4) Dan imannya sentiasa meningkat sedikit demi sedikit
والله الموفق
Pemergian suami sebagai ketua keluarga apatah lagi dalam keadaan mengejut bukan saja memberi kesedihan tapi juga kebimbangan pada sang isteri. Terutama memikirkan tentang masa depan diri dan anak.
Meskipun ada hak yang telah ditetapkan buat isteri setelah suami meninggal dunia akan tapi sering kali juga berlaku kekeliruan malah konflik terutama berkaitan harta yang ditinggal.
Supaya kaum wanita dan juga masyarakat sedar tentang hak isteri selepas kematian suami perkongsian info dari Majlis Agama Islam Selangor tentang perkara tersebut.
1. Jika suami meninggal dunia dan meninggalkan harta tanpa membuat wasiat atau tanpa menghibahkan hartanya semasa hidup, maka semuaharta-harta yang halal yang ditinggalkan adalah merupakan harta pusaka yang akan diwarisi oleh isteri dan waris-waris lain mengikut hukum faraid.
2. Jika suami meninggal dunia meninggalkan anak lelaki, anak perempuan, ibu dan bapa, maka mereka juga adalah waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka arwah suami selain daripada isteri.
3. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan, bapa dan adik-beradik, maka waris yang berhak ke atas harta pusaka arwah suami adalah isteri, anak perempuan dan bapa sahaja. Adik-beradik arwah suami tidak berhak.
4. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan dan adik beradik, maka semua itu adalah merupakan waris-waris yang layak mewarisi harta pusaka arwah suami.
5. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan berumur 8 tahun dan anak lelaki berumur 2 hari, maka adik-beradik arwah suami tidak berhak ke atas harta pusaka arwah suami walaupun anak lelaki tersebut baru berumur 2 hari.
6. Jika suami meninggal dunia dan 2 hari sebelum itu telah menceraikan isterinya dengan perceraian secara talaq 1, maka isteri tersebut masih lagi berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.
7. Jika suami meninggal dunia sebaik sahaja selepas akad nikah dengan isterinya, isterinya tetap berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.
8. Jika suami sebelum meninggal dunia menyatakan mengharamkan harta-hartanya diwarisi oleh isteri dan kemudiannya meninggal dunia, isteri tersebut tetap berhak mewarisi harta pusaka arwah suaminya.
9. Jika suami meninggal dunia meninggalkan harta yang berkongsi bahagian dengan isteri, bahagian yang dimiliki oleh arwah suami merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris-waris termasuk isteri mengikut hukum faraid.
10. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri sebagai penama kepada simpanan KWSP, Tabung Haji, Takaful atau seumpamanya, maka isteri hendaklah bertindak sebagai pentadbir untuk membahagikan wang-wang tersebut kepada dirinya dan waris-waris lain yang berhak mengikut hukum faraid.
11. Jika suami meninggal dunia namun harta yang ditinggalkan merupakan harta yang dipinjam, harta yang diamanahkan, harta yang telah diwakafkan, harta yang telah dihibahkan atau harta yang telah dijual, harta-harta tersebut bukan merupakan harta pusaka yang layak diwarisi oleh isteri.
12. Harta pusaka arwah suami yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan isteri boleh dituntut oleh isteri sebagai harta sepencarian melalui Mahkamah Syariah.
Ungkapan I Love You mungkin biasa sahaja kedengarannya. Namun percayakah anda bahawa ungkapan itu sangat berkuasa? Malah ayat itu sebenarnya boleh menjadikan seseorang runtun hatinya mengikut situasi yang sedang berlangsung.
Jom perhatikan situasi anda yang mungkin terusik dengan ungkatan ‘aku cintakan kamu’
KETIKA BERGADUH
Ketika bergaduh antara suami dan isteri, jika ada salah seorang mengungkapkan ‘I love you‘ pasti pihak yang satu lagi akan mudah terusik. Malah mungkin akan membuatkan anda berdua terimbas kembali saat-saat dilamun cinta.
Keadaan bergaduh suami isteri memang tidak dapat dielakkan. Maklumlah dua individu berbeza perlu berkongsi semuanya. Maka akan wujudlah situasi berbeza yang boleh mencetuskan perselisihan faham.
Justeru jangan kedekut untuk mengungkapkan ‘aku cinta kamu‘ kepada pasangan.
KETIKA BERJAUHAN
Jika ada antara anda yang perlu bertugas di luar kawasan, cubalah telefon pasangan anda dan bisikkan ‘I love you‘. Pasti si isteri akan tersentuh dan boleh menitiskan air mata. Terasa ingin terbang memeluknya.
Ungkapan ini sungguh berkuasa hingga mampu mencetuskan rasa rindu yang teramat kepada pasangan.
KETIKA DIA SUDAH TIADA
Ungkapan ‘I love you‘ jika ditulis pada kertas oleh pasangan anda, simpanlah kertas itu sebaik mungkin. Jika umur si dia tidak panjang, dan anda menatap kembali tulisannya di atas kertas itu, pasti emosi anda terganggu.
Terasa-rasa si dia masih ada. Terasa-rasa ingin bersama si dia. Kenangan manis bersamanya akan bermain di mata. Begitulah hebatnya ungkapan ‘I love you‘ yang hanya ada tiga perkataan tetapi sangat bermakna bagi mereka yang tahu menghargai.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Saban malam selepas selesai berbuka, masjid akan dipenuhi orang ramai yang ingin menunaikan solat tarawih. Walau ia hanya solat sunat tapi sunat yang sangat dituntut kerana pada bulan Ramadhan sahajalah umat Islam berpeluang melakukan solat ini.
Di media sosial, tular seorang warga tua yang juga seorang bilal yang dilihat menjadi penyelamat apabila menyedari micrphone imam tidak berfungsi saat solat tarawih sudah dimulakan.
Dalam video dikongsi oleh Imam Furqanfawwaz, dapat dilihat pakcik bilal ini melihat imam dan orang ramai sudah mula mengangkat takbir namun tiada suara kedengaran di ruang masjid. Menyedari mic imam tidak berfungsi, pakcik bilal ini dilihat mendekati imam tersebut, menyeluk seketika jubah imam dan membetulkan mic tersebut. Dan selepas itu jelas suara Imam sedang membaca surah Al-Fatihah.
Hal ini dikongsinya bagi menjawap satu soalan pengikutnya yang bertanya apa pengalamannya ngerinya sepanjang menjadi imam.
Kongsi FurqanFawwaz, pengalaman ngeri apabila mic tak berfungsi.
Katanya, pengalaman ngeri tu berlaku tahun ni rasanya. Imam je yang faham perasaan mic tak bunyi. Dalam hati macam-macam dah fikir “macam mana jemaah belakang nak dengar suara aku? Pakai suara hati? ” Memang taklah kann. Haha nasib baik bilal selamatkan.
“Sebelum-sebelum ni imam dimasjid lain pernah blackout itu lebih menakutkan. Apapun selamat berteraweh ya semua, target tahun ni taknak miss lansung teraweh, “ kongsinya.
Terima kasih pakcik kerana menjadi penyelamat imam malam tu. Apa pun suara imam ini mendapat pujian ramai kerana kemerduannya.
Hukum beri zakat kepada orang yang tidak solat dan pelaku maksiat. Dalam hal ini ada yang beranggapan bahawa zakat hanya wajar diberikan kepada mereka...