‘16 tahun tak jumpa.’ Doakan ibu ini, bersatu kembali dengan tiga anaknya yang sudah bertahun tidak bersua muka. Tidak dapat bayangkan perasaan rindu yang ditanggung wanita tua ini.
Apatah lagi di usia-usia senja, pasti mengharapkan kehadiran anak dan cucu di sisi. Setahun pun lama, apatah ini 16 tahun, bukan satu jangka waktu yang pendek.
Artikel Berkaitan:
‘Anak Derhaka, Tak Cium Bau Syurga.’ Berang Tak Diberi Wang, Remaja Bakar Rumah Ibu Bapa
Ikuti kisah sedih ibu ini yang dikongsikan Ustaz Abu Abbas Muhammad Shahir.
16 tahun tak mesej apatah lagi jumpa.
Malam ini setelah solat witir, datang seorang makcik ini dan katanya:
“Ustaz, masuk 10 malam terakhir ini tolong doa supaya saya dapat jumpa anak-anak saya. Saya dah rindu mereka”
Saya: “Semua berapa orang anak? Bila last jumpa tu”?
Makcik: ” Semua 3 orang , mereka semua ada anak-anak dah. Sejak 2007 saya tak jumpa mereka”
Saya: ” Mereka mesej makcik tak”?
Makcik: “Tak pun Ustaz. Saya sebagai ibu mereka saya maafkan mereka, tapi sekarang dah rindu mereka sangat-sangat. Terasa bahagia nampak gambar-gambar mereka.”
Saya: ” Astaghfirullah, dari tahun 2007 sehingga sekarang, 16 tahun dah, satu orang pun tak mesej”
Makcik: “Itulah Ustaz, tapi ni ujian saya. Rasulullah lagi berat ujiannya kan Ustaz. Saya ambik semangat yang Ustaz bagi, Ustaz suruh baca sirah. Kisah-kisah sirah Rasulullah ﷺ yang menjadi pengubat duka dan pulih semangat.
Tidak apa Ustaz tolong doakan, saya hendak jumpa anak-anak saya. Cucu pun hendak tengok sekali.”
Saya sebak terus, tapi makcik ini kuat dengan ujiannya melalui pembacaan sirah baginda Nabi ﷺ.
Tolong doakan makcik ini ya.
Kepada anak-anak makcik ini, tolonglah jumpa ibu kamu yang sedang merindui kalian. Sanggup buat begini pada ibu tercinta ya.
Kita jangan buat begini pada ibu kita ya. Ampun maaf banyak Mak Abah salah silap kami semua.
Menurut cerita wanita ini, anak-anaknya dipesan oleh bekas suami tak bagi jumpa ibu. Maka, sampai sekarang bukan setakat jumpa, mesej pun tak dengan ibu mereka. Sang ibu ni teringat sungguh pada anak-anak
Al-Imam Ad-Dabbaq رحمه الله berkata:
نتيجة عقوق الوالدين أربعة أمور:
أحدها ان الدنيا تذهب عنه وتبغضه
ثانيها : أن الله يصرف قلوب مجالسيه عن الإستماع إلى كلامه
ثالثها : أن الأولياء لاينظرون إليه نظر رحمة ولا يترقى أبدا
رابعها : أن نور إيمانه لا يزال ينقص شيئاً فشيئا.
1) Dunia menjauhinya dan memusuhinya (iaitu sempit rezekinya).
2) Allah jauhkan hati-hati orang yang di dalam majlis dari mendengar ucapannya.
3) Para Auliya tidak memandang padanya dengan pandangan rahmat dan tidak dinafikan darjat selama-lamanya.
4) Bahawa cahaya imannya akan berkurang sedikit demi sedikit.
ونتيجة رضا الوالدين أربعة أمور هي الأضداد للسابقة:
تحبه الدنيا، ويحلو كلامه بين الناس، ويحنن الله عليه الأولياء، ولا يزال إيمانه يزيد شيئا فشيئا
والله الموفق.
Manakala balasan bagi mereka yang diredhai ibu ayah adalah lawan bagi perkara di atas iaitu:
1) Dunia suka kepadanya (bukan dia suka dunia)
2) Ucapannya diterima oleh manusia
3) Allah jadikan para Auliya mengasihinya
4) Dan imannya sentiasa meningkat sedikit demi sedikit
والله الموفق
Baca Di Sini:
Ziarah Kubur Ibu Bapa Tiap Jumaat, Doa Anak Derhaka Tetap Diterima Allah
Kashoorga: Semoga kita semua tergolong di kalangan anak yang berbakti dan diredhai oleh ibu ayah.
Sumber: Ustaz Abu Abbas Muhammad Shahir
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.