Sukar dipercayai namun ianya berlaku. Dalam sidang media melibatkan Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin, semalam, beliau menjelaskan 14 peratus daripada 122 kes Omicron membabitkan jemaah umrah setakat Selasa belum menerima suntikan vaksin.
Ia secara jelas melanggar ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) apabila yang hanya membenarkan mereka yang telah lengkap dua dos vaksin boleh keluar negara dan satu dos booster sebagai tambahan mengikut syarat dari Kerajaan Arab Saudi.
Memetik sumber Astro Awani, Menterinya, Khairy Jamaluddin memberitahu, pihaknya sedang meneliti alasan 17 jemaah terbabit mengenai perkara itu.
“Di sini, wujud isu ketidakpatuhan prosedur operasi standard kerana hanya mereka yang divaksin saja sepatutnya dibenarkan melakukan perjalanan. Kita akan bincang dengan kementerian terlibat supaya agensi pelancongan dapat patuh dengan syarat kita letakkan.
“Kita juga sedang siasat sama ada mereka ini yang tidak menerima vaksinasi disebabkan faktor kesihatan atau memang enggan divaksinasi,” katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada Khamis.
Berdasarkan data yang dikongsikan daripada 122 dijangkiti Omicron itu 26 menerima vaksin AstraZeneca, Moderna (satu), Pfizer (57), Sinovac (enam), selain penerima dos penggalak Pfizer (enam) dan Sinovac (lapan), manakala 17 tidak divaksinasi.
Dalam pada itu, Khairy menjelaskan, kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi dan konsulat di negara tersebut untuk memperketatkan SOP sedia ada.
“KKM bersama agensi berkaitan akan kemas kini SOP umrah termasuk pengambilan dos penggalak sebagai syarat mengerjakan umrah, pengurusan kes dan kontak rapat di Arab Saudi.
“Pemantuan status kesihatan, memperkukuhkan tanggungjawab kepada agensi pelancongan dan memastikan pematuhan SOP umrah oleh jemaah dan petugas umrah serta melaporkan kes positif dan kontek rapat kepada KKM,” katanya.
Dalam pada itu, Khairy memberitahu, KKM telah berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Pengangkutan berhubung penangguhan umrah.
"MOTAC akan bincang dengan agen-agen pelancongan untuk cari kaedah bagaimana dapat menjadualkan semula umrah.
“Kementerian Pengangkutan pula akan bincang penjadualan semula penerbangan yang tertangguh disebabkan keputusan penangguhan ini,” katanya.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Rebut Buat 10 Sedekah Jariah Ini, Pahalanya Mengalir Hingga Kiamat
Islam itu indah. Walau dengan hanya sedikit kebaikan seperti sedekah jariah, Allah akan berikan ganjaran yang sangat besar tak terhitungkan jumlahnya. Setiap perbuatan baik itu akan dicatat dan dibalas di kemudian hari biarpun ia hanya sekecil-kecil sedekah.
Sebagaimana firman Allah SWT:
فَمَن يَّعمَل مِثقَالَ ذَرَّةٍ خَيرًا يَّرَه
Ertinya “Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.” (QS. Al- Zalzalah: 7)
Dalam Islam terdapat begitu banyak jenis sedekah jariah dan pahalanya kekal mengalir walaupun kita telah meninggal dunia. Ia seakan sebuah ladang buah-buahan yang sentiasa mengeluarkan hasil untuk dimanfaatkan oleh tuan punya ladang.
Dari Abu Hurairah r.a, berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلا مِنْ ثَلاثَةٍ : إِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Jika manusia mati, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara: (1) sedekah jariyah, (2) ilmu yang diambil manfaatnya, (3) anak soleh yang selalu mendoakan orang tuanya.” (HR. Muslim, no. 1631)
Apa kata kita lihat 10 jenis sedekah jariah yang boleh kita jadikan sebagai ‘ladang buah’ yang tidak putus menghasilkan buah-buahan untuk pemiliknya.
1.Membina Masjid
Diriwayatkan dari ‘Umdah al-Qari, Rasulullah SAW bersabda;
“Sesiapa yang membina masjid yang dengannya dia menginginkan redha Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga (HR al-Bukhari dan Muslim)
Membangun masjid atau mendermakan tanah wakaf untuk dibangunkan masjid merupakan amal jariah yang boleh kita lakukan.
Masjid yang dibangun di atas tanah pemberian kita akan dipakai sebagai sarang ibadah. Apabila masjid itu digunakan oleh masyarakat berhampiran, ia akan menjadi ladang pahala yang terus mengalir walaupun kita telah meninggal dunia.
2.Menggali Perigi
Walaupun hanya sebuah perigi kecil, tapi ingatlah bahawa Allah tidak melihat kepada saiz atau besar sumbangan kita sebagai pengukur pahala. Dengan perigi kecil itu lah, kita akan mendapat pahalanya selagi mana ia memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling.
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang menggali perigi, (kemudian) tidaklah setiap yang memiliki ruh, baik dari kalangan manusia, jin, dan burung yang minum dari perigi tersebut, melainkan Allah (pasti) akan membalasnya kelak di hari Kiamat.”
3.Mencetak Buku Atau Posting Artikel Yang Bermanfaat
Mencetak buku atau posting artikel ke sosial media dan digital yang bermanfaat terutama berhubungan dengan ilmu agama dan ajaran kebaikan akan menjadi salah satu jenis sedekah jariah.
Ilmu yang bermanfaat dari buku akan mengalirkan pahala kepada kita yang menyebarkan ilmu itu. Bersyukurlah kepada para penulis atau wartawan yang menyampaikan ilmu bermanfaat kepada masyarakat.
4.Membangun Rumah Untuk Musafir
Mungkin cara ini kurang popular di negara kita. Bukan tidak ada, tetapi kurang. Memberi tempat tinggal untuk orang yang bermusafir juga termasuk dalam sedekah jariah yang amalannya tidak akan terputus.
5.Sedekah Sewaktu Hidup dan Sihat
Sedekah atau memberikan sebahagian harta secara iklas juga merupakan salah satu jenis sedekah jariah.
Sebagaimana dalam Firman Allah SWT:
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Ertinya:
“Perumpamaan orang -orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai:tumbuh seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al- Baqarah ayat 261)
6.Ilmu Yang Diajarkan
Wadah ilmu hadir dalam pelbagai bentuk. Selain buku yang bermanfaat, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain juga akan menjadi amalan dan sedekah jariah bagi kita kelak.
Sebab ilmu yang bermanfaat akan senantiasa membawa seseorang menuju jalan kebaikan. Tentunya amalan nya akan terus mengalir kepada kita yang ikhlas mengajarkan ilmu yang bermanfaat tadi.
7.Mushaf Al-Quran Yang Diwariskan
Dari Abu Hurairah Berkata, Baginda Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya termasuk amalan dan kebaikan orang mukmin yang masih mengalir selepas kematiannya adalah ilmu yang diajarkan dan disebarkannya, atau anak soleh yang ditinggalkannya, atau mushaf al-Qur`an yang diwariskannya, atau masjid yang dibangunnya, atau rumah singgah bagi para musafir yang dibangunnya, atau sungai yang dialirkannya, atau sedekah yang dkeluarkan dari hartanya saat sihatnya dan di masa hidupnya, (semua itu) masih mengalir kepadanya selepas kematiannya. ” (HR. Ibnu Majah; Shahih at-Targhib)
8. Mendirikan Rumah Anak-anak Yatim
Perihal anak yatim telah disebut sebanyak 32 dalam al-Quran. Tentulah ini menunjukkan betapa berkatnya jika kita menyediakan rumah anak yatim sebagai tempat berlindung mereka.
Usaha kita itu menjadi ladang amalan bagi kita dan pahalanya berterusan tanpa henti.
Islam meletakkan kedudukan tinggi buat anak-anak yatim dan sewajarnya lah kita memelihara kebajikan mereka.
9. Memberi Makan dan Minum
Berdasarkan sabda Rasulullah SAW :
« أَفْضَلُ الصَّدَقَةِ سَقْيُ الْمَاءِ »
“Sebaik-baik sedekah adalah memberi air minum.” (HR. Muslim).
Sesunggunya Nabi ketika ditanya bagaimana Islam yang baik itu. Baginda menjawab :
« تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلاَمَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ »
“Engkau beri makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal maupun yang tidak kamu kenal.” (Terdapat dalam Ash-Shahihain).
10. Mengadakan Majlis Zikir
Mengadakan majlis zikir merupakan amalan amal jariah yang pahalanya akan mengalir kepada kita kerana semua kegiatan dalam majlis itu merupakan kegiatan berlandaskan ajaran agama Islam.
Artikel berkaitan:Lepas Bangun Pagi Sedekahkan Surah Al-Fatihah Untuk Diri Sendiri. Manfaatnya Rezeki Yang Datang Mengalir Laju!
Artikel berkaitan:Doa Terbaik Boleh Diamalkan Si Anak, Buat Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia
Kashoorga: Ada 10 amal jariah yang boleh kita lakukan. Tepuk dada tanya selera. Sudah tentu kita mahukan pahala yang mengalir seperti derasnya air sungai.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Tak Kekok Jaga Cucu Islam Sejak Kecil, Kasih Sayang Nenek Budha Ini Tak Pernah Luntur
Apabila sudah dewasa seseorang itu berhak memilih jalannya sendiri, termasuk apa agama yang menjadi pegannganya (jika dia bukan Islam).
Malah biarpun berbeza agama, namun ikatan silaturrahim tidak akan terputus begitu sahaja, lebih-lebih lagi jika mereka adalah darah daging kita.
Dalam satu perkongsian di Sinar Harian, seorang warga emas berketurUnan Cina dan beragama Buddha telah memelihara cucunya sejak 23 tahun lalu.
Tan Guan Neo, 75, yang mesra dipanggil sebagai Nyonya Popo telah menjaga Fahira Nabilah Isham, 23 sejak wanita itu berusia 4 bulan dan melengkapkan segala keperluan cucunya dari persekolahan hingga kehidupan seharian.
Nyonya Popo akui bahawa bukan mudah untuk menjaga seorang cucu beragama Islam dan memastikan dia mendapat pendidikan Islam sewajarnya. Jadi, wanita berusia 75 tahun itu bertindak menghantar sendiri Fahira ke sekolah agama dan kelas mengaji.
“Agama dan kepercayaan yang berbeza bukan penghalang untuk kita hidup harmoni, paling penting kena saling menerima kerana tuhan sudah arahkan kita berbuat baik sesama manusia tidak kira apa jua agama,” kata Tan Guan Neo, 75, yang mesra dipanggil sebagai Nyonya Popo.
Menurutnya perkara yang membawa perpecahan kaum dan agama sehingga menimbulkan keresahan dan ketakutan rakyat di negara ini seharusnya dielakkan demi memastikan perpaduan yang dinikmati rakyat ketika ini sejak sebelum kemerdekaan negara dicapai, dapat terus dipertahankan.
“Cina atau Melayu sama sahaja… saya menjaga cucu Islam sejak kecil sampai besar dan sekarang dia sudah berkahwin, anak saya tiga orang masuk Islam dan saya biasa sahaja (tidak memarahi mereka). Cina, India dan Melayu sama, kita sembahyang pun satu tuhan buat apa kita berselisih faham antara satu sama lain?
“Sudah berpuluh-puluh tahun Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum dan agama. Walaupun masyarakat kita tidak menganut agama yang sama, tetapi kita berkongsi negara yang sama. Perpaduan inilah yang buatkan negara kita kuat dan unik,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Taman Merdeka di sini.
Dia mempunyai lima anak perempuan berusia antara 43 dan 54 tahun yang tiga daripadanya iaitu Faridah Nurul Ain, 54, Nur Hasleena Lee, 52, dan Fatin Nasuha Lee, 43, menganut agama Islam selain 11 daripada 15 cucunya juga beragama Islam.
Guan Neo dan suaminya, Lee Nyong Yin yang meninggal dunia akibat denggi berdarah lima tahun lepas mengambil tanggungjawab menjaga cucu perempuannya, Fahira Nabilah Isham sejak cucunya itu berusia empat bulan.
Menurutnya yang merupakan Cina peranakan dan pernah menerima Anugerah Ibu Cemerlang 2015 peringkat negeri Melaka, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran terutama perbezaan agama selain pandangan serong dari masyarakat sekeliling dalam menjaga Fahira Nabilah yang kini berusia 23 tahun, namun dia berjaya menempuhinya.
“Saya akui bukan senang untuk besarkan cucu untuk pastikan dia mendapat pendidikan agama yang sempurna apatah lagi saya agama lain, Fahira Nabilah agama lain, bahkan ramai yang mengganggu tetapi saya tidak takut, kerana bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Abu Talib pun bukan Islam tapi jaga baginda dengan penuh kasih sayang.
“Jadi apa salahnya saya jaga darah daging saya sendiri, lagipun semasa Fahira Nabila bersekolah, saya sendiri memandu kereta untuk menghantarnya ke sekolah agama dan mengaji selain memastikan dia tunaikan solat, berpuasa dan khatam al-Quran,” katanya yang pernah membasuh rumah dengan air tanah dan tidak membela anjing sejak menjaga cucunya itu.
Sementara itu, Fahira Nabilah yang merupakan graduan Diploma Sains Komputer dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin berkata, generasi muda perlu mengekalkan kemakmuran dengan menghargai keamanan negara selain tidak mudah terpengaruh dengan anasir jahat terutama di media sosial.
“Di media sosial sering terdapat perkara yang cuba untuk mencetuskan provokasi antara kaum dan telefon pintar adalah gajet yang paling hampir dengan golongan muda, jadi mereka perlu berhati-hati dan jangan mudah percaya dengan provasi itu kerana hakikatnya masyarakat kita walaupun berbeza kaum dan agama, tetap boleh hidup dengan aman dan damai.
“Misalnya, saya dan Popo (Tan) berbeza fahaman, namun kami saling hormat menghormati antara satu sama lain. Paling penting untuk berjaya dalam apa jua cabaran yang kita hadapi, kita perlu bersatu,” katanya yang sudah berkahwin dengan pasangannya Muhammad Asyraf Abd Rahman, 23, sejak Januari lepas.
Fahira Nabilah mempunyai dua adik lelaki iaitu Fariz Ikmal Isham, 21, dibesarkan oleh keluarga sebelah bapanya Isham Mansor yang telah meninggal dunia pada 2008 manakala seorang lagi adiknya Falah Isyraf Isham, 14, kini tinggal di Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj di Pantai Kundor.
“Saya akui bukan senang untuk besarkan cucu untuk pastikan dia mendapat pendidikan agama yang sempurna apatah lagi saya agama lain, Fahira Nabilah agama lain, bahkan ramai yang mengganggu tetapi saya tidak takut, kerana bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Abu Talib pun bukan Islam tapi jaga baginda dengan penuh kasih sayang.
“Jadi apa salahnya saya jaga darah daging saya sendiri, lagipun semasa Fahira Nabila bersekolah, saya sendiri memandu kereta untuk menghantarnya ke sekolah agama dan mengaji selain memastikan dia tunaikan solat, berpuasa dan khatam al-Quran,” katanya yang pernah membasuh rumah dengan air tanah dan tidak membela anjing sejak menjaga cucunya itu.
Sementara itu, Fahira Nabilah yang merupakan graduan Diploma Sains Komputer dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin berkata, generasi muda perlu mengekalkan kemakmuran dengan menghargai keamanan negara selain tidak mudah terpengaruh dengan anasir jahat terutama di media sosial.
“Di media sosial sering terdapat perkara yang cuba untuk mencetuskan provokasi antara kaum dan telefon pintar adalah gajet yang paling hampir dengan golongan muda, jadi mereka perlu berhati-hati dan jangan mudah percaya dengan provasi itu kerana hakikatnya masyarakat kita walaupun berbeza kaum dan agama, tetap boleh hidup dengan aman dan damai.
“Misalnya, saya dan Popo (Tan) berbeza fahaman, namun kami saling hormat menghormati antara satu sama lain. Paling penting untuk berjaya dalam apa jua cabaran yang kita hadapi, kita perlu bersatu,” katanya yang sudah berkahwin dengan pasangannya Muhammad Asyraf Abd Rahman, 23, sejak Januari lepas.
“Misalnya, saya dan Popo (Tan) berbeza fahaman, namun kami saling hormat menghormati antara satu sama lain. Paling penting untuk berjaya dalam apa jua cabaran yang kita hadapi, kita perlu bersatu,” katanya yang sudah berkahwin dengan pasangannya Muhammad Asyraf Abd Rahman, 23, sejak Januari lepas.
Fahira Nabilah mempunyai dua adik lelaki iaitu Fariz Ikmal Isham, 21, dibesarkan oleh keluarga sebelah bapanya Isham Mansor yang telah meninggal dunia pada 2008 manakala seorang lagi adiknya Falah Isyraf Isham, 14, kini tinggal di Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj di Pantai Kundor.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Rumah Bermandi Lumpur Dalam Tragedi Kepala Air Gunung Jerai, Namun Sejadah & Al-Quran Ini Sedikit Pun Tidak Tersentuh Air
SubhanAllah, apa juga yang terjadi adalah atas izin dari Allah jua. Kita sebagai hambanya hanya mampu berdoa agar dijauhkan segala musibah.
Di saat negara diuji dengan wabak Covid-19 yang mengorbankan banyak nyawa termasuk anak-anak kecil bergelar anak yatim sekelip mata, hujan lebat juga dilihat turun dalam dua tiga hari ini di beberapa buah negeri tanpa henti.
Di sebalik hujan yang melebat, semalam daerah Yan di mana terletaknya Gunung Jerai dikejutkan dengan tragedi limpahan kepala air yang mengakibatkan banjir besar melanda kawasan sekitarnya. Diberitakan tiga orang meninggal dunia dan seorang darinya ialah Sharuzi Mohamad, 53, pekerja Jerai Hill Resort manakala tiga lagi diberitakan masih hilang dan proses mencari masih diteruskan oleh pihak berkuasa.
Dalam video-video yang tular di media sosial dilihat limpahan kepala air Gunung Jerai yang pada awalnya hanya sedikit namun kemudian menjadi bencana besar hingga menghancurkan kawasan reakrasi itu selain penduduk sekitar diduga dengan limpahan air lumpur yang bukan sedikit. Dilaporkan banyak kenderaan rosak teruk selain rumah dimasuki air lumpur.
Di sebalik tragedi menyedihkan itu, di Tik Tok atas nama @fiezah_morat, wanita ini berkongsi satu video kejadian yang menunjukkan kekuasaan Allah taala bila mana sejadah putih dan al-Quran langsung tidak tersentuh air lumpur berkenaan sementara di bilik yang sama, air banjir memenuhi kawasan sekitarnya.
Dapat dilihat sejadah putih itu langsung tidak kotor, begitu juga rehal yang diletakkan Al-Quran langsung tidak terkena air. Sementara karpet yang mengalas sejadah berkenaan dipenuhi banjir lumpur, seolah-olah Allah melindungi kitab Al-Quran dan sejadah putih berkenaan.
Walau tidak dinyatakan lokasi itu adakah berlaku di rumah ibu mentuanya yang turut diuji dengan banjir lumpur berkenaan di mana ruang tamu dan kawasan sekitar dipenuhi selut tebal, kata Fiezah Morat, hanya bilik solat di rumah mentuanya yang masih elok.
Dalam pada, orang ramai memberikan komen kagum akan kekuasaan Allah taala dan ada yang berkongsi, bahawa mereka pernah mengalami banjir juga namun Al-Quran terselamat dalam banjir besar itu.
Benarlah, Al-Quran adalah kitab suci dari Allah SWT yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril, yang kemudian menjadi pedoman hidup bagi umat muslim, baik saat masih hidup di dunia mahu pun di akhirat. Moga kita terus mempertingkatkan ibadah untuk menghadapi saat akhir zaman yang semakin banyak petunjuk dariNya.
https://www.tiktok.com/@fiezah_morat/video/6997863056302787867?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI