Bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengharapkan kehadiran cahaya mata.

Namun ada yang mudah beroleh rezeki zuriat dan ada juga yang masih menanti kurniaan ini hingga berbelas tahun lamanya.

Bagi yang belum lagi dikurniakan anak, amalkanlah petua dari al-Quran ini sebagai salah satu ikhtiar.

Doa dan zikir ini dikongsi oleh Ustaz Dr. Kamilin Jamilin dalam satu hantaran di media sosial beliau.

Ujarnya dia sendiri pernah mendengar beberapa orang yang diajar dengan doa dan zikir ini lalu mereka mengamalkannya dan ia menjadi sangat mujarab bagi mereka. Walaupun pun sebelum ini mereka telah mencuba pelbagai kaedah untuk memperoleh zuriat seperti IVF tapi gagal.

“Namun selepas mereka istiqomah dengan amalan ini akhirnya datang berita gembira. Tapi ingatlah ini semua adalah ketentuan Allah SWT,” terang Dr Kamilin yang juga Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis.

Ads

 1.Doa Nabi Zakaria

2 Petua Dari Al-Quran Agar Dikurniakan Zuriat

Maksudnya: “Wahai Tuhan, jangan tinggalkan aku bersendirian tanpa memiliki waris. Sesungguhnya Engkau-lah sebaik-baik yang mewarisi.”

“Kita sendiri pernah mendengar kisah Nabi Zakaria dan isteri yang tidak dikurniakan cahaya mata walaupun usia mereka mencecah 80 tahun menurut sesetengah ahli tafsir.

“Nabi Zakaria berdoa dengan doa ini kepada Allah dengan hati yang begitu teringinkan zuriat walaupun ia kelihatan mustahil kerana sudah tua.

Ads

“Tapi tiada yang mustahil bagi Allah. Akhirnya Allah mustajabkan doa Nabi Zakaria ini dan mengurniakannya dengan sebaik-baik anak yang dikenali sebagai Nabi Yahya AS,”cerita beliau.

2.Banyakkan beristighfar

2 Petua Dari Al-Quran Agar Dikurniakan Zuriat

“Sebagaimana Allah berfirman dalam surah Nuh ayat 10, Allah perintahkan kita untuk banyak beristigfar sebab DIA yang mengurniakan segala rezeki yang disebut antaranya anak-anak yang ramai.

“Banyakkanlah beristigfar, bila Allah ampunkan doa kita, lebih mudah untuk doa kita dimustajabkan oleh Allah.

Ads

“Yang penting elakkan daripada asbab yang boleh menghalang doa kita contohnya makan riba, pendapatan yang ragui atau memutuskan silaturrahim.

“Suami isteri yang belum beroleh zuriat amalkan petua ini dengan istiqomah, siang malam atau ketika ada waktu terluang. Selebihnya kita serahkan kepada Allah kerana Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki,”akhirinya.

Sumber: Kamilin Jazilin

 

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI