Kerohanian

2 Tahun Tak Merasa Hasil Buah, Lelaki Ini Kongsi Kelebihan Baca Surah Al Khafi Ayat 18 Untuk “Pagar Kebun”

Share

Al-Quran adalah kitab suci bagi umat Islam. Ia diturunkan secara berperingkat melalui Nabi Muhammad SAW. Turunnya kitab suci ini merupakan satu rahmat yang paling besar bagi manusia kerana al-Quran adalah panduan hidup mereka.

Ia mengandungi pelbagai pedoman untuk kehidupan seharian. Kita dituntut untuk membaca, mengkaji dan memahami isi kandungannya supaya boleh menjadikannya sebagai rujukan asas dalam menjalani kehidupan seharian baik dalam bidang politik, sosial mahu pun ekonomi.

Firman Allah dalam surah An Nahl ayat 16:69 bermaksud “Dan Kami turunkan kepada kamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan bagi orang-orang Islam.

Di media sosial, tular satu perkongsian bagaimana hendak memagar kebun dari dimasuki binatang seperti tupai, monyet dan sebagainya dengan membaca surah Al Khafi ayat 18.

Jelas individu berkenaan, dirinya mempunyai kebun durian dan menanam dua jenis pokok iaitu D24 dan D2. Tetapi dalam tempoh dua tahun ini tak merasa buah kerana dicuri monyet dan tupai yang jumlahnya agak banyak.

Namun katanya satu ketika ada mendengar satu temuramah melibatkan Ustazah Asma’ Harun dengan seorang tua, Wan Umi Kalthum berusia dalam lingkungan 81 tahun bagaimana menjaga kebunnya.

Ayat yang diajar ialah bacakan surah al Khafi ayat 18

وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا وَهُمْ رُقُودٌ ۚ وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ ٱلْيَمِينِ وَذَاتَ ٱلشِّمَالِ ۖ وَكَلْبُهُم بَٰسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِٱلْوَصِيدِ ۚ لَوِ ٱطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا

Arab Latin :- Wa taḥsabuhum aiqāẓaw wa hum ruqụduw wa nuqallibuhum żātal-yamīni wa żātasy-syimāli wa kalbuhum bāsiṭun żirā’aihi bil-waṣīd, lawiṭṭala’ta ‘alaihim lawallaita min-hum firāraw wa lamuli`ta min-hum ru’bā

Bermaksud : Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.

“Alhamdulillah, selepas diamalkan surah Al Khafi ini dan dibaca di kebun sendiri, dah seminggu tupai dan monyet tak datang. Jadi dapatlah merasa buah durian nanti,” katanya berkongsi kelebihan surah ini yang bertindak “memagar” kebun dari dimasuki binatang.

Dalam pada itu carian di YouTube mendapati Ustazah Asma Harun ada menemuramah nenek ini yang memberi petua ini.

Saksikan video perkongsiannya.

Published by
almaswa Haji Che Ros