Menurut Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya, Al-Adab fid Din ada menerangkan adab seorang suami kepada isterinya; berinteraksi dengan lemah lembut, bertutur dengan kata-kata yang baik, menunjukkan cinta dan kasih sayang, tidak mencari dan mempersoalkan kesalahan pasangan, memaafkan isteri jika ada membuat salah, menjaga harta isteri, tidak berdebat, memberi nafkah dan membiayainya dengan tidak kedekut, memuliakan keluarga isteri, sentiasa memberi janji yang baik dan selalu bersemangat dengan pasangannya.

Malahan, di dalam sebuah hadis:-

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُول اللَّه صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ : أَكْمَل الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهمْ خُلُقًا، وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ

Maksudnya: Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang mukmin yang paling baik akhlaknya dan sebaik-sebaik kamu adalah orang yang paling baik kepada isterinya” (Hadis Riwayat. At-Tirmidzi, 3/466; Ahmad, 2/250 dan Ibnu Hibban, 9/483. Hadis dinyatakan sahih oleh Imam at-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Syaikh al-Albani.)

Dalam melayari alam rumahtangga, wajib untuk suami meniru cara Rasulullah SAW melayani isteri. Ia bagi menjaga kemesraan antara suami dan isteri. Berikut disenaraikan 20 teladan baik dari Rasulullah untuk suami isteri.

1. Suami suap istri
Dari Saad bin Abi Waqosh r.a berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Dan sesungguhnya jika engkau memberikan nafkah, maka hal itu adalah sedekah, hingga suapan nasi yang engkau suapkan ke dalam mulut isterimu.” (HR Bukhari (VI/293) dan Muslim (V/71)

2. Mencium isteri ketika keluar dari balik dari kerja
“Dari Aisyah ra, bahawa Nabi Salallahu Alaihi Wassalam biasa mencium isterinya setelah wudhu, kemudian Baginda solat t dan tidak mengulangi wudhunya.” (HR Abdurrazaq)

3. Makan/minum sepiring/segelas berdua
Dari Aisyah r.a, ia berkata: “Saya dahulu biasa makan his (sejenis bubur) bersama Nabi Shallallahu Alaihi Wassalam.” (HR. Bukhari dalam Adabul Mufrod)

Dari Aisyah r.a, ia berkata: “Aku biasa minum dari gelas yang sama ketika haid, lalu Nabi Shallallahu Alaihi Wassalam mengambil gelas tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulut, lalu Baginda minum.” (HR Abdurrozaq dan Said bin Manshur, dan riwayat lain yang senada dari Muslim.)

Ads

4. Suami membukakan pintu untuk isterinya
Dari Anas, dia berkata: “Kemudian kami pergi menuju Madinah (dari Khaibar). Aku lihat Nabi ﷺ menyediakan tempat duduk yang empuk dari kain di belakang Baginda untuk Shafiyyah. Kemudian Baginda duduk di samping untanya sambil menegakkan lututnya dan Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Baginda sehingga dia boleh menaiki unta tersebut.” (HR Bukhari)

5. Menyayangi isteri dan melayaninya dengan baik
Dari Abu Hurairah, dia berkata: “Rasulullah bersabda: Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik di antara kalian ialah yang paling baik terhadap isterinya .”(HR.Tirmidzi, Ibnu Hibban, hadits Hasan shahih).

6. Bersenda gurau dan membangkitkan kemesraan
“Aisyah dan Saudah pernah saling melumuri muka dengan makanan. Nabi ﷺ tertawa melihat mereka.” (HR Nasai dengan isnad hasan)
“Dari Zaid bin Tsabit berkata tentang Rasulullah: suka bergurau dengan isterinya.” (HR Bukhari)

7. Berlemah lembut, melayani/menemani isterri yang sedang sakit (memanjakan isteri saat sakit)
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a, “Nabi ﷺ adalah orang yang penyayang lagi lemah lembut. Baginda orang yang paling lembut dan banyak menemani isteri yang sedang penat atau sakit.” (HR Bukhari No 4750, HR Muslim No 2770)

8. Tetap romantis walau isteri sedang haid
Haid, adalah sesuatu yang normalbagi wanita. Berbeda dengan pandangan kaum Yahudi, yang menganggap wanita haid adalah najis besar dan tidak boleh didekati.
“Ketika Aisyah sedang haid, Nabi ﷺ pernah membangunkannya, Baginda lalu tidur di pangkuannya dan membaca Al Quran.” (HR Bukhari no 7945)

Ads

9. Memberi hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, ia berkata, “Ketika Nabi ﷺ menikah dengan Ummu Salamah, Bagindau bersabda kepadanya, Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.”
Ia (Ummu Kultsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah ﷺ, dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Nabi memberikan kepada isterinya masing-masing satu botol minyak kasturi, sedang baki minyak kasturi dan pakaian tersebut beliau berikan kepada Ummu Salamah.” (HR Ahmad)

10. Isteri menaburkan wangian ke badan suami
Aisyah r.a berkata : “Aku memakaikan Rasulullah ﷺ wangian, kemudian Baginda berkeliling kepada isteri-istrinya. Lalu Baginda berihram dan tersebarlah bau minyak wangi itu.” (H.R. Bukhari)
Dan Aisyah berkata : “Aku telah meminyaki Rasulullah ﷺ dengan sebaik-baik minyak wangi.” (H.R. Bukhari)

20 Cara Romantik Nabi Layan Isteri Dalam Rumahtangga,  Suami Wajib Tiru Untuk Menjaga Kemesraan

11. Mencium isteri selalu
Mencium isteri dengan penuh kasih sayang, sangatlah mulia dan romantis.
“Nabi ﷺ sering mencium Aisyah dan itu tidak membatalkan puasa.” (HR Nasai dalam Sunan Kubra II/204)

12. Suami menghantar isteri
Shafiyyah, isteri Nabi ﷺ, menceritakan bahawa dia datang mengunjungi Rasulullah ﷺ. ketika Baginda sedang melakukan itikaf pada hari sepuluh yang terakhir dari bulan Ramadan. Dirinya berbicara dekat Baginda Nabi beberapa saat, kemudian berdiri untuk kembali. Nabi SAW juga ikut berdiri untuk menghantarkannya. (Dalam satu riwayat 492 dikatakan: Nabi ﷺ berada di masjid. Di samping Baginda ada para isteri lain. Kemudian mereka pergi (pulang). Lantas Nabi SAW. berkata kepada Shafiyyah binti Huyay: “Jangan terburu-buru, agar aku dapat pulang bersamamu’).” (HR Bukhari dan Muslim)

13. Berpelukan saat tidur
Perilaku Rasulullah yang menggambarkan tentang hal ini, Rasulullah berkata: “Mendekatlah kepadaku, hangatkanlah diriku, hangatkanlah diriku!” Lalu kukatakan pada Baginda Nabi, “Saya sedang haid.” Nabi berkata, “Walaupun engkau sedang haid, singkaplah kedua pahamu.” Lalu kubukakan kedua pahaku dan Baginda meletakkan pipi dan kepalanya (juga dadanya) di atas kedua pahaku (aku mendakap Baginda) hingga dirinya merasa hangat dan tertidur.” (H.R. Bukhari)

Ads

14. Segera bertemu isteri di saat syahwat berkeinginan
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi ﷺ pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke rumah isterinya Zainab, lalu Nabi tumpahkan keinginan kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita, kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan. Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia datangi isterinya, kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (HR Tirmidzi)

15. Memahami perasaan istri
“Sesungguhnya ketika seorang suami memperhatikan istrinya dan begitu pula dengan isterinya, maka Allah memperhatikan mereka dengan penuh rahmat, manakala suaminya memegang telapak tangan istrinya dengan mesra, berguguranlah dosa-dosa suami isteri itu dari celah jari jemarinya.” (Diriwayatkan Maisarah bin Ali dari Ar- Rafi dari Abu Said Alkhudzri r.a)

16. Mandi romantis bersama pasangan
Aisyah pernah mandi satu bersama Nabi. Berkata Aisyah: “Aku mandi bersama Rasulullah ﷺ dalam satu ruang, aku mendahuluinya dan ia mendahuluiku sampai-sampai ia berkata: “Tinggalkan untukku, dan aku berkata, tinggalkan untukku.” (H.R. An Nasai I/202)

17. Tidur di pangkuan isteri
Dari Aisyah ra, ia berkata, “Nabi ﷺ biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian Baginda membaca al-Quran.” (HR Abdurrazaq)

18. Membantu urus bersama-sama rumah tangga
Aisyah pernah ditanya: “Apa yang dilakukan Nabi ﷺ. di rumahnya?” Aisyah menjawab: “Baginda ikut membantu melakukan kerja rumah.” (HR Bukhari)

19. Membelai isteri
“Adalah Rasulullah ﷺ tidaklah setiap hari melainkan Baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga Baginda singgah ke tempat isteri yang Baginda giliri waktunya, lalu Baginda Nabi bermalam di tempatnya.” (HR Ahmad)

20. Isteri sikatkan rambut suami
Dari Aisyah ra, ia berkata, “Saya biasa menyisir rambut Rasulullah ﷺ, saat itu saya sedang haid.” (HR Ahmad)
Nabi ﷺ bersabda, “Yang terbaik di antara kalian adalah yang terbaik terhadap keluarga/isterinya. Dan saya adalah orang yang paling baik terhadap isteri/keluargaku.” (HR Tirmidzi).

SUMBER: WASPADA

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI